Thursday, April 11, 2013

Usah Khayal Manifesto Pakatan! #ManifestoBukanJanji #PRU13 #GE13 #TolakPR #BNBgus #BetterNation


Utusan

ANAK muda sudah terlalu letih dengan janji pihak pembangkang di musim pilihanraya ini. Macam-macam ingin dijanjikan seperti yang popular untuk menhapuskan tol, memberi pendidikan percuma dan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN.

Ini semua adalah gula-gula pilihanraya untuk anak muda. Uji kaji dan eksperimen yang dibuat di Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri yang terkaya di Malaysia yang ditadbir oleh pembangkang telah mengajar anak muda kita bahawa tiada perumahan disediakan untuk anak muda di Selangor terutamanya rumah kos rendah

seperti yang dijanjikan, manakala sebaliknya harga melambung tinggi di Pulau Pinang menyebabkan anak muda gigit jari mendengar harga rumah mencecah setengah juta ringgit.

Apa yang paling menyedihkan pendidikan di mana dua buah institusi pendidikan  penting di Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Selangor (UNISEL)tidak ditadbir dengan sempurna sehinggakan masa depan pelajar Unisel terabai.

Dalam tempoh 4 tahun di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, namakan apa sahaja, segalanya disediakan kepada rakyat - pembinaan sekolah, hospital, klinik, jalan raya, bekalan elektrik dan air bantuan kepada pemandu teksi, bantuan kepada petani dan nelayan, subsidi barangan asas (gula, tepung, petrol, minyak masak) serta pemberian 
bantuan tunai seperti bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), baucar buku, batuan persekolahan dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pendek kata bahasa mudah anak muda, janji manifesto Pakatan Rakyat adalah "kelentong" dan hakikat suasana ekonomi di empat buah negeri di bawah pakatan pembangkang sudah cukup untuk membuktikan pembohongan dan penipuan yang dilakukan pembangkang.

Jika rakyat melihat pertumbuhan ekonomi yang dipacu hasil daripada pelaksanaan inisiatif kerajaan dalam program transformasi, negara berjaya mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2012

Lihat sahajalah negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah masih dan sedang bergelut dengan krisis kewangan yang hampir melumpuhkan sistem ekonomi terutamanya sektor perbankan, kejayaan Malaysia menunjukkan kredibiliti kepimpinan negara cekap dan bijak mentadbir negara.

Tambahan pula, kepercayaan anak muda menolak kronisme dan politik kekeluargaan menyebabkan anak muda tdak berani menaruh harapan yang tinggi kepada pakatan pembangkang untuk mentadbir negara. Bayangkan bagaimana Kabinet kerajaan pakatan pembangkang yang dibayangi seorang bapa yang juga Perdana Menteri dan anaknya Menteri.

Inilah Kabinet Dinasti dan keluarga yang akan mencambahkan ketidaktelusan, bercambahnya kronisme dan amalan rasuah dalam pentadbiran.

Pembangkang hanya memikirkan populariti dan bagaimana meraih sokongan rakyat dipeti undi. pembangkang seolah-olah mencipta satu provokasi untuk memenangi minda rakyat tanpa memikirkan kesan terhadap kestabilan ekonomi negara malah manifesto pembangkang.

Kerajaan pimpinan Najib boleh menjanjikan pelbagai janji indah tetapi kerajaan lebih memikirkan kesan jangka panjang dan juga memikirkan implikasi kepada kedudukan kewangan kerajaan dan kesan herotan pasaran ( market distortion ) ke atas ekonomi negara. Kerajaan pimpinan BN lebih realistik dan tidak berfantasi untuk menjanjikan gula-gula manis.

Pada Pilihanraya Umum 2008 lalu, Pakatan rakyat berjaya meraih sokongan hasil daripada janji populis tetapi gagal melaksanakan pelbagai janji dan seringkali menyalahkan kerajaan Persekutuan kerana mereka gagal mengotakan janji. Anak muda tidak harus berkhayaldengan jani-janji manifesto pembangkang kerana ia hanyalah kejutan untuk pilihanraya semata-mata.

Selepas menang, mereka akan mencari pelbagai alasan dan helah untuk menggelakkan diri daripada menunaikan janji.

Pembangkang dalam hal ini hanya membuat 'sweeping statement' atau kenyataan tangkap muat dan itulah yang berlaku dalam manifesto dengan tidak mengkaji secara mendalam tetapi lebih tertumpu untuk mencari imej popular.

Anak muda, tidak akan tertipu lagi dengan janji-janji putar belit pembangkang kerana sudah memahami niat sebenar mereka iaitu hanya mengejar kuasa dan lebih kepada agenda untuk parti bukannya untuk kepentingan negara.

Mereka berangan-angan ingin menjadi Robin Hood dan Zorro kononnya untuk membantu dan menyelamatkan manusia sebaliknya mereka ini boleh menukar pakaian menjadi watak lain mengikut keadaan dan boleh juga bertukar menjadi badut sarkas. Imej pakatan sudah terpalit pelbagai masalah dan sukar dihilangkan dengan pelbagai cara.

Anak muda harus menyokong program transformasi dan menolak reformasi yang tiada hala tuju dan matlamat yang jelas. Secara jujurnya memang hati anak muda sangat berat untuk memangkah Pakatan pada kali ini disebabkan tidak mempercayai kepimpinan mereka.

Berhentilah berharap dengan pakatan ini kerana sudah terang-terang mereka sebenarnya berjuang untuk diri sendiri, keluarga, dinasti dan sanak saudara. Siapa tidak mengenali Anwar Ibrahim yang merupakan satu wajah pelbagai watak.

Jangan kelentong dan menipu anak muda lagi. Jika CCTV tentang Anwar dikatakan konspirasi oleh pemimpin Pakatan apatahlah janji, pasti akan dimanipulasikan dengan sandiwara dan madah berhelah.

Pakatan pembangkang seperti filem Ali Baba Bujang Lapuk, siang menjadi rakyat, malam menjadi watak jahat dan mereka hanya berpura-pura baik tetapi dalam hati susah dipercayai.

Kerajaan pimpinan Najib telah berjaya menguruskan ekonomi dan kewangan negara dengan cekap dan berhemah demi kesejahteraan rakyat. 

No comments: