Tidak dapat
dinafikan kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat di Negeri Pahang pada
ketika ini semakin bertambah buruk hari demi hari.
Sejak
bermulanya insiden 'Boo...' dari kalangan ahli - ahli PKR sewaktu pengumuman
yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini timbul pula masalah lain.
Jika sebelum
ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kepimpinan Datuk Fauzi ditolak
kepimpinan Negeri apabila Azan Ismail meletakkan jawatan.
Kemudiannya,
beberapa ahli PKR Paya Besar turut mengikut jejak langkah Azan dan bertindak
secara drastik untuk keluar dari parti tersebut.
Jelas,
kepimpinan Datuk Fauzi bukan baru ini menjadi bahan pertikaian tetapi sejak
awal beliau melangkahkan kaki keluar dari UMNO lagi.
Ramai yang
mempersoalkan, dimana kredibiliti Datuk fauzi sebagai seorang pemimpin? Beliau
bukan seorang Ketua Cabang. Bagaimana beliau boleh jadi Pengerusi Negeri?
Sewajarnya,
sebagai seorang Ketua Umum, perkara sedemikian akan berada dalam pertimbangan
Datuk Seri Anwar. Namun malangnya, perkara tersebut tidak berlaku.
Suara ahli
PKR diperingkat akar umbi seolah - olah telah dipinggirkan begitu sahaja.
Malah, sehingga ke hari ini, nama Datuk Fauzi masih disebut - sebut oleh Anwar.
Tidakkah itu
bukti bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lansung mendengar gerak nadi orang
bawahannya sendiri? Bagaimana mungkin beliau dapat memimpin Negara kelak?
Mungkin
jelak dengan cara kepimpinan sedemikian membuatkan 300 orang ahli PKR termasuk
Timbalan Ketua Cabang bertindak keluar parti malam semalam.
Tindakan itu
dilakukan sewaktu jamuan makan malam sempena Majlis Jalinan Kasih Kelab
Pembangunan India Kuantan Pahang bersama YAB Menteri Besar semalam.
Dalam Majlis
tersebut, mereka juga turut membaca ikrar taat setia dan akan menyokong Barisan
Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bagi mereka,
hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu untuk memperjuangkan hak serta menjaga
Kebajikan rakyat terutamanya kaum India diseluruh Negara.
Selain itu,
mereka juga turut menempelak kepimpinan PKR yang jelas bukan sahaja tidak
mengendahkan mereka, malah turut tidak mengambil berat terhadap kaum
tersebut.
Persoalannya
sekarang, jika ahli sendiri pun PKR buat tak layan, apatah lagi dengan kita
orang biasa? Memang jelas perjuangan PKR bukan untuk memperjuangkan rakyat.
Sebaliknya untuk kepentingan diri mereka semata - mata!!!
No comments:
Post a Comment