Pengarah kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia Steven Wong buat kali kedua telah memuji Manifesto BN yang beliau anggap sebagai praktikal dan terperinci.
Dalam kajian terbaru, beliau telah mencadangkan idea membuat senarai semak untuk menilai dasar yang dibentangkan oleh BN dan PR dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Dalam senarai semak yang dicadangkan itu, beliau telah menyenaraikan enam perkara untuk dijadikan sebagai asas penilaian. Antara enam perkara itu adalah praktikaliti.
Praktikaliti ini bermaksud keupayaan sesuatu parti untuk melaksanakan segala dasar yang telah dijanjikan di dalam manifesto masing-masing.
Dalam kriteria ini, BN telah menjelaskan secara khusus bagaimana mereka akan melaksanakan janji mereka yang meliputi 17 bidang apabila mereka menunjukkan apa yang sudah dibuat pada 5 tahun sebelum ini dan apa yang mereka akan buat dalam masa 5 tahun akan datang. Jelas.
Dalam kriteria intensif, kerajaan telah melakukan dengan tepat apabila pemberian bantuan BR1M terus kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ini kerana bantuan kewangan itu adalah amat munasabah. Pemberian ini sangat fokus dan mereka yang betul-betul layak sahaja yang menerimanya.
Seterusnya kita beralih kepada kriteria inovasi. Intipati dan kunci untuk memenuhi segala aspek dalam manifesto adalah dengan pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif kerana tanpa asas ekonomi yang kukuk, negara akan menjurus ke lembah kehancuran.
Semua sasaran akan hanya menjadi impian semata-mata. Semua sudah jelas pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak tahu apakah strategi pertumbuhan PR. Ianya langsung tidak dijelaskan di dalam manifesto mereka.
Manifesto BN dengan jelas menyebut bahawa mereka menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.
Tetapi ada juga beberapa perkara yang di mana BN dan PR tidak merancang dengan betul dari segi aspek kesalingbergantungan. Kelemahan ini gagal dijawab oleh kedua-dua pihak. Sektor pengangkutan, infrastruktur, perumahan mampu milik; apakah kesannya terhadap imbangan bayaran luar semasa negara? Mereka tiada jawapan.
Manifesto BN dan PR perlu lebih terperinci untuk menunjukkan dengan lebih yakin bahawa ianya tidak akan mengakibatkan berlakunya kehancuran belanjawan dan keperluan membuat pinjaman.
Dan yang terakhir, menyedari betapa pentingnya langkah yang diambil untuk menangani ketidakadilan sosial, Stevan berharap, Malaysia tidak bersikap terlalu pemurah, yang akhirnya boleh menyebabkan lahirnya sebuah negara berkebajikan yang bukan seperti yang diinginkan.
No comments:
Post a Comment