Pada hari yang sama jam 10:26 malam, satu lagi emel dari sumber yang sama menyatakan bahawa “Projek 222” telah berjaya. Dengan mengandaikan Anwar Ibrahim telah meminta derma RM222 dari seribu orang, bermakna tidak sampai sehari beliau telah berjaya mengumpul sejumlah RM222,000.
Walaupun meminta derma dari warga internet bukan satu kesalahan, namun Anwar harus menjelaskan kepada setiap orang yang menerima emel tersebut. Akaun siapakah yang digunakan untuk mengutip derma tersebut dan berapa ramai pula yang telah menderma? Anwar harus menyenaraikan kesemua penderma dan berapa jumlah yang dikumpul untuk menunjukkan ketelusan.
Selain dari emel yang dibalas, adakah Anwar akan mengeluarkan kenyataan umum tentang jumlah derma yang dikumpulkan? Paling penting sekali, untuk tujuan apakah derma ini dikumpulkan? Anwar Ibrahim harus menjawab kesemua persoalan ini.
Ini kerana tiada kenyataan khusus mengenai aliran tabung derma dalam ceramah mereka ekoran ianya tidak diaudit. Adakah ia digunakan untuk tujuan yang betul ataupun untuk mengenyangkan pemimpin parti? Janganlah mengambil kesempatan terhadap ahli parti yang begitu setia memberi sumbangan.
Anwar perlu mengeluarkan kenyataan dengan jelas ke mana perbelanjaan wang itu disalurkan, kerana derma adalah amanah daripada orang ramai.
No comments:
Post a Comment