Wednesday, November 7, 2012

PUTERI UMNO : APA PENDIRIAN MUSLIMAH PAS???



KUALA LUMPUR 6 NOV - Puteri UMNO meminta Dewan Muslimah Pas Tampil menyatakan pendirian berhubung  kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilam Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengenai rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan agama tertentu termasuk dalam kalangan orang Melayu.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berpendirian berdasarkan daripada sudut akidah, syariah dan akhlak yang merupakan asas kehebatan Islam, kenyataan Nurul Izzah disifatkan amat bertentangan dengan ajaran Islam selama ini.

"Oleh kerana itu kita ingin tahu adakah Muslimah Pas terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan akidah terus menular? Apakah mereka memilih terus menikus," katanya di sini hari ini.

Utusan Malaysia, 7/11/2012

No comments: