Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my
DALAM apa-apa pertikaian
pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu
pun, yang penting faktanya.
Menyelusuri fakta-fakta
sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan apakah benar kerajaan Barisan
Nasional (BN) telah menganaktirikan Pas
suatu ketika dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang angkat
kaki dari kerajaan BN pada 1977 ekoran sifat
tikam belakangnya terhadap BN.
Di sini saya utarakan dahulu
sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena
Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur.
Dalam
pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa
bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi
tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan
hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan Pas demi
kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan Pas juga
memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan
menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk
kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan
atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu
provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali
juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas
dalam BN.
Perkara ini dibangkitkan
dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah
Pas menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting
Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh
membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan
tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha
dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. Tetapi bagaimanakah
perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan
dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang
hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Ada dalam kalangan rakyat
yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan
kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan
menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.
Antara punca sebenar krisis
Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat
itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap
Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu
tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad
sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.
Yang diselindungkan Pas
ketika itu ialah:
* Ada di antara pemimpin
Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhammad Nasir terlalu mengikut telunjuk
UMNO-BN. Hakikatnya pada ketika itu UMNO-BN tidak pernah campurtangan dalam
mencorak pemerintahan Pas (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan
pemerintahan Pas Kelantan masih di tangan kuasa majoriti Dewan Undangan Negeri.
* Malah pada ketika itu
juga terdapat usaha dalam Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas (ketika itu),
Datuk Dr. Mohd Asri Muda. Ia dilakukan hanya kerana beliau adalah tokoh Pas
yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai BN pada 1973.
* Asas yang digunakan oleh
sebahagian pemimpin Pas Kelantan (ketika itu) untuk menolak Mohd Asri dan
Muhammad hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22
kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung
antara Pas dan UMNO.
* Dalam tempoh 1973-1978,
Mohd. Asri selaku Presiden Pas dan Muhammad dikaitkan dengan pelbagai spekulasi
dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan
tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan
ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.
* Krisis Kepimpinan Pas
Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar
negeri itu, Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh pucuk
pemimpin Pas Kelantan itu sendiri.
* Mohd. Asri pula mula
ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin Pas Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan
supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung Pas, desakan yang
datang dari beberapa pimpinan PAS antaranya Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua
Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan
peletakan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung Pas pada 23 Oktober 1982.
* Krisis Kepimpinan Pas
Kelantan pada 1977 itu membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan
pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat
ketika itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar
persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan
itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah-tangga Pas.
* Tumbangnya Muhammad Nasir
akibat perebutan kuasa dalam Pas menyebabkan berlakunya rusuhan yang dimulakan
oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan itu mengakibatkan kerosakkan harta
benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan
negeri Kelantan.
* Seperti yang dinyatakan
oleh Tun Hussein dalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku Perdana
Menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan
kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan di Kelantan mungkin akan merebak ke
negeri-negeri lain dan mengekang rusuhan seperti peristiwa 13 Mei berulang.
* Pada November 1977,
Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang
meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
* Rang undang-undang
Darurat Kelantan dirangka bersama menteri-menteri Pas yang ketika itu masih
lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan ia diluluskan oleh Parlimen
setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dari kalangan menteri Pas
sendiri.
* Setelah Kelantan di bawah
Darurat, Mohd. Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik
Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat yang dari
awal begitu lantang menentang gabungan Pas-BN.
* Hasil dari desakan itu,
Hassan Adli Arshad selaku Timbalan Yang DiPertua Agung Pas dijadikan kambing
hitam Pas apabila beliau dipecat oleh Mohd Asri yang kononnya beliau
menjadi ketua menteri-menteri Pas yang menyokong rang undang-undang Darurat.
* Malah beberapa pimpinan
Pas yang menentang gabungan Pas-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula
menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan Pas-UMNO, menentang
setiap arahan dan pelaksanaan kemajuan yang dilakukan BN di Kelantan.
* Pemberontakan dalaman ini
memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin Pas ini,
menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yang mengabungkan Pas-UMNO.
* Rentetan dari itu juga
menyebabkan Krisis dalaman Pas kepada
perpecahan Pas pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
* Keluarnya Pas dari
gabungan BN-UMNO, menyaksikan satu Pilihan Raya Kecil diadakan di Kelantan
diadakan pada Mac 1978.
* Pada PRK Mac 1978, rakyat
menjadi gempar setelah pekung yang selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan
Pas di antaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak
balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan Pas cuba menggadaikan Kelantan.
Itulah antara puncanya Tun
Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan hatinya yang berkait secara langsung
dengan tindakan biadab Pas tersebut. Pas diceraikan selepas
tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.
No comments:
Post a Comment