Friday, November 2, 2012

Hudud: Kit Siang Kafir Harbi, Chua Soi Lek Kafir Zimmi !!!


Polemik isu hudud melibatkan DAP dan MCA, sebenarnya menarik untuk diperhatikan kerana ia membabitkan pertarungan dua buah parti Cina yang masing-masing cuba menonjolkan kejaguhan mereka berhubung isu tersebut dalam merebut sokongan pengundi Cina.

DAP sejak lama dulu diketahui ramai agak konsisten dan keras pendiriannya terhadap Islam serta orang Melayu, bagi mereka negara ini perlu ditadbir samarata tanpa melebihkan kaum atau agama tertentu, walau hakikatnya DAP sendiri pun tidak pernahpun berlaku adil dan samarata terhadap orang Melayu Islam.

MCA pula sejak prestasinya jatuh merudum pasca PRU 12, mereka seakan tertekan dengan kebangkitan DAP, lebih-lebih lagi semenjak tsunami politik 2008 itu telah memberi impak besar terhadap kejatuhan moral ahli-ahli dan pemimpinnya. 

Menyedari isu hudud PAS merupakan api dalam sekam dalam hubungan DAP dengan PAS serta banyak mempengaruhi corak pengundian orang Cina, sejak akhir-akhir ini MCA kelihatan cuba menandingi DAP dalam isu hudud.

Pendirian DAP dalam isu hudud dan negara Islam amat jelas, mereka menolaknya secara total, tiada dolak dalih hatta pernah satu ketika Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh secara terbuka mencabar PAS melangkah mayatnya dahulu dalam isu menegakkan negara Islam.

Itu satu penghinaan, tapi penghinaan ini tidak pernah menjadi kudis bagi PAS malah seorang pemimpin veteran PAS Kelantan, Cikgu Rahim pernah mengikrarkan akan mempertahankan Karpal Singh dengan nyawanya.

Penasihat DAP Pusat iaitu Lim Kit Siang pula secara terbuka tetap tegas menolak pelaksanaan hudud PAS, tidak pernah berubah sama seperti pendiriannya yang cukup keras membangkang polisi hak keistimewaan untuk orang Melayu Islam dan Bumiputera.

Sementara itu Presiden MCA, Chua Soi Lek juga tidak kurang kerasnya disebalik kritikan sinisnya berkenaan hudud PAS yang dikatakan bakal menyebabkan 1.2 juta orang hilang pekerjaan.

Soi Lek bercakap dari segi kesannya pada ekonomi terutama terhadap non muslim namun bagi PAS ia dianggap satu penghinaan terhadap Islam.

Tapi kata Mursyidul Am PAS, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," kenyataan Nik Aziz ini direkodkan pada 12 Ogos 2009, kira-kira tiga tahun dahulu.

Secara ringkasnya, maksud Menteri Besar Kelantan itu ialah selagi seseorang itu adalah non muslim maka mereka berhak untuk menghina ataupun mempertikaikan Islam.

Jika kata-kata Mursyidul Am PAS itu dijadikan perkiraan, maka Soi Lek tidaklah dikira bersalah, betul tak? 

Menariknya, sebahagian besar kenyataan Chua Soi Lek yang semakin kritis dan sinis terhadap hudud PAS adalah selepas tarikh kenyataan dari Nik Aziz itu. 

Barangkali Soi Lek beranggapan jika DAP diberi lesen oleh untuk menghina Islam, jadi apa salahnya untuk beliau mengkritik hudud PAS secara sinis tapi berlapikkan fakta ekonomi? Mungkin begitu agaknya.

Tentangan oleh Kit Siang dan Karpal Singh adalah manifestasi prinsip DAP yang sejak awal dulu-dulu lagi, manakala Soi Lek pula bermotifkan untuk menandingi kejaguhan DAP.

Apapun, sama ada Kit Siang, Soi Lek mahupun Karpal Singh, ketiga-tiganya berkongsi satu fahaman, sama-sama menolak perlaksanaan hudud PAS dengan dengan pelbagai hujah sendiri.

Bezanya, tatkala Kit Siang selaku peneraju arah tuju dan dasar DAP sudah sekian lama sebati dan terkenal sebagai gelaran kafir harbi, manakala Soi Lek pula masih lagi dalam kategori kafir zimmi.

Kenapa begitu? Mudah sahaja jawapanya. DAP merupakan pemain utama disebalik bantahan terhadap JAIS ketika agensi agama Islam itu cuba membanteras gejala murtad, malah perarakan Maulidul Rasul di Pulau Pinang pun dibatalkan disebabkan DAP berkuasa di sana.

Lim Kit Siang dan parti DAP pernah menolak pengisytiharan rasmi oleh Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah Negara Islam, satu pengisytiharan yang sehingga kini tidakpun dibangkang oleh si kafir zimmi MCA atau Gerakan.

Hatta sehingga kini Kit Siang dan DAP terus berkeras mahu menuntut negara ini diisytiharkan pula sebagai negara sekular, satu tuntutan yang sebenarnya mempunyai motif tersirat supaya semua agama mempunyai hak yang sama seperti agama Islam.

Jika tuntutan Kit Siang dipenuhi bermakna tiada lagi halangan untuk lain-lain agama berdakwah di media elektronik, mendapat akses sokongan dalam pendidikan rendah dan menengah serta layak diberi peruntukan wang ringgit dari kerajaan serta segala kemudahan lain yang bersangkutan.

Namun hari ini, PAS pula sebagai sebuah parti yang mengaku Islam lebih selesa bersama sebuah parti kafir harbi DAP konon atas tujuan mahu berdakwah, hakikatnya sejak beberapa tahun lalu pengaruh DAP harbi pula yang terlebih-lebih dalam menentukan halatuju PAS, bukan begitu?

No comments: