SHAH ALAM: Ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo mendakwa Musyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai hilang kewarasan apabila melabel Umno parti murtad kerana menolak Islam daripada dasar perjuangannya.
"Siapa yang cakap Umno tidak terima Islam, yang kita tidak terima, adalah hudud PAS bukan hudud Islam.
"Kita Umno masih berkhalimah syahadah sama seperti mereka (PAS) orang yang mengamalkan agama Islam, membina masjid dan Universiti Islam Antarabangsa, dan kolej Islam dibuat oleh Umno bukan PAS," ujar berliau.
Beliau menegaskan, Perlembagaan Umno Fasal 3.3 jelas menegaskan bahawa antara asas perjuangan parti itu adalah untuk "Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, Agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama".
Ismail ketika dihubungi Antarapos berkata, Nik Aziz sebenarnya terdesak untuk mempertahankan tindakan adiknya, Nik Razi yang mendoakan kemusnahan Umno, selepas solat hajat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Sabtu lalu.
"Doa oleh adik Nik Aziz dan diaminkan seluruh pemimpin PAS itu satu kebodohan dan kedangkalan di kalangan umat Islam kerana dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kemusnahan," katanya.
Ismail dalam pada itu berkata, Nik Aziz sepatutnya bertegas terhadap kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang mahu orang Melayu turut diberi peluang sama rata, memilih agama untuk dianuti.
Namun malangnya Menteri Besar Kelantan itu hanya berdiam diri seolah-olah mahu menjaga hubungan 'baik' antara PAS dan rakan kompenannya, PKR.
"Menuduh Islam murtad apa hukumnya, tindakan dan pandangan yang akhir-akhir ini sudah tidak seperti Nik Aziz yang dahulu.
"Nurul Izzah dengan kenyataan Melayu bebas memilih agama Nik Aziz tidak langsung komen dan beri pandangan, ini jelas bahawa Nik Aziz sudah tidak betul," jelasnya.
Izzah pada 3 November lalu, ketika menjadi panel sebuah forum di Subang berkata kelonggaran memilih agama harus sama rata pada semua kaum dan tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.
1 comment:
Bukan sekarang aje nik ajis tak betul, dari dulu lagi da memang tak betul..graduan yang berlatar belakangkan fahaman syiah.
Kalu da jadi pemecah belah umat dan bangsa apa maknanya..?
Klau ikutv hukum hudud rekaan dia, memang da takda lagi lidah dia kena kerat sebab, selalu berbohong dan memfitnah. Hipokrit plak tu..ulamak munafik!
-Spoon-
Post a Comment