Wednesday, October 31, 2012

Allah S.W.T Berkati Kepimpinan BN, Minyak Muncul Di Pahang


Penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, kira-kira 160km dari luar pantai negeri Pahang pastinya merupakan satu rezeki yang nikmatnya akan dirasai oleh seluruh penduduk negeri itu.

Dalam satu kenyataan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam, beliau secara rasmi mengesahkan penemuan medan minyak tersebut yang dijangkakan memulakan pengeluarannya pada suku ketiga tahun 2014.

Berdasarkan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, dianggarkan pengeluaran minyak dari lokasi Blok PM 307 itu akan mencapai jumlah pengeluaran sekitar 17,500 hingga 20,000 tong sehari bermula.

Memandangkan medan minyak baru ini berada di Pelantar Benua dan jaraknya melebihi 3 batu nautika dari pantai negeri Pahang, maka ia berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sepenuhnya.

Dengan kata lain, negeri Pahang tidak layak untuk menerima pembayaran royalti ataupun lebih tepat lagi "bayaran tunai" 5% disebabkan medan minyak yang ditemui itu tidak berada dalam lingkungan 3 batu nautika.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat masih boleh mengunakan budi bicaranya menyalurkan dan menyumbang sejumlah Wang Ehsan kepada negeri Pahang atas faktor keprihatinannya demi kebajikan rakyat negeri tersebut.

Berikutan itu, atas faktor keprihatinan itu maka negeri Pahang bakal beroleh Wang Ehsan daripada Kerajaan Pusat yang dianggarkan berjumlah sekitar RM100 juta setahun. 

Limpahan rezeki dan nikmat kurniaan Allah s.w.t ini tentulah amat bermakna bagi rakyat negeri Pahang. Tanpa perlu mendesak, menyaman atau mengugut, mereka juga berpeluang menikmati hasil kekayaan dari dasar laut itu.

Selain Pahang, negeri Kelantan juga pernah menerima Wang Ehsan berjumlah RM20 juta selepas disahkan wujud aktiviti pengeluaran gas di luar pantai Kelantan.

Sebelum ini, Kerajaan PAS Kelantan pernah mendabik dada penemuan bijih emas dan besi di Kelantan adalah simbol keberkatan kepada pemerintahan PAS di negeri itu.

Maka tidak salah untuk kita nyatakan penemuan minyak di luar pantai Pahang adalah tanda betapa kepimpinan Kerajaan BN telah mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Bezanya, di Kelantan aktiviti cari gali emas dan besi lebih banyak menguntungkan penyangak dan perompak harta benda rakyat melalui perlombongan haram yang dilindungi para gengster upahan pro PAS.

Namun di Pahang pula, limpah kurnia rezeki dari Allah s.w.t ini InsyaAllah bakal dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat jelata.

Patutlah Pun Nik Aziz Enggan Berundur Rupanya Ada Hati Nak Jadi Perdana Menteri!


Menteri Besar Kelantan, datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun mengesahkan keinginannya untuk terus menerajui kepimpinan PAS disamping tetap bersedia untuk bertanding lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Kata Nik Aziz, soal kesihatannya bukanlah satu isu besar kerana yang penting ialah memiliki kekuatan minda dan ketajaman fikiran untuk terus berjuang. 

Entahlah setakat mana tajamnya pemikiran Nik Aziz kerana sejak 22 tahun memerintah Kelantan, hakikatnya beliau hanya lebih banyak berceramah politik siang dan malam berbanding kerja buat untuk kebajikan rakyat jelata.

Malah dalam banyak mesyuarat Exco Negeri yang penah dipengerusikannya, beliau lebih banyak mengangguk dan sesuka hati tandatangan itu ini tanpa mendalami dan memahami sesatu perkara berbanding menyumbang buah fikiran yang bernas yang bermanfaat untuk kebaikan rakyat.

Pendek kata, hadirnya Nik Aziz dalam Kerajaan PAS Kelantan hanya sekadar sebagai simbol keramat hidup untuk kepentingan politik PAS disamping memanaskan kerusi MB sahaja sambil makan gaji buta.

Dalam pada itu, keeengganan Nik Aziz untuk berundur dari dunia politik yang sudah mendarah daging dalam dirinya sejak lebih 4 dekad lalu itu juga sebenarnya tersirat satu matlamat lain.

Ada ura-ura mengatakan, wujud perancangan dari pihak tertentu dalam PAS untuk meletakkan Nik Aziz bertanding di peringkat Parlimen sebagai persediaan kononnya untuk menjadi Perdana Menteri gantian selepas Ketua Umum PKR.

Misal kata PR berjaya mengambil alih pemerintahan di peringkat pusat, Anwar Ibrahim dikatakan cuma akan menjadi PM untuk selama dua bulan sahaja, selepas itu pemimpin PR yang lain akan memaksa Anwar supaya meletakkan jawatan dengan ancaman pendedahan skandal peribadinya.

Bagi sesetengah pemimpin PAS, mereka melihat Nik Aziz sebagai calon yang serasi untuk menyatukan kelompok pemimpin dalam PR walaupun sebenarnya dari segi hal urus tadbir, beliau sebenarnya agak naif.

Selain Nik Aziz, calon lain yang dikatakan berada dalam posisi berhak untuk menyandang jawatan PM ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng. 

Mungkin ura-ura tersebut hanyalah sekadar gossip-gossip pilihanraya buat penyedap halwa telinga, namun bila dilihat pada nafsu duniawi Nik Aziz yang masih kemaruk untuk bergayut pada kuasa, tak mustahil memang benar orang tua haprak itu pun sebenarnya memang berhajat untuk menjadi Perdana Menteri.

Siapa PM Selepas Anwar Disingkir?


Telah tersebar akan perjanjian sulit secara lisan antara PAS-DAP bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah maka PAS dan DAP akan memastikan hayat Anwar sebagai Perdana Menteri tidak lama.  Malah, lebih singkat dari dua tahun iaitu jangkamasa yang dicongak sebelum ini.  

Sumber terbaru memberitahu bahawa mengikut perkiraan, PAS dan DAP hanya akan memberi masa selama dua bulan kepada Anwar untuk duduk di atas takhta Putrajaya sebelum disumbat kembali ke dalam penjara.
  

Perjanjian ini dibuat kerana DAP dan PAS cukup maklum akan siapa Anwar sebenarnya dan mereka juga tidak sanggup untuk berketuakan seorang yang sebegitu kotor sekali.   Lebih dari itu, dengan tersingkirnya Anwar, sekurang-kurangnya kuasa yang diperolehi tidak perlu dibahagi tiga, tetapi hanya dua iaitu antara PAS dan DAP.  

PRU 2008 menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PAS 23 kerusi, sekali gus menandakan yang kuasa DAP adalah melebihi PAS.  Dalam PRU-13, DAP nekad bertanding lebih banyak kerusi iaitu pertambahan 43 kerusi menjadi 90.  Tetapi ini dinafikan oleh DAP yang menyatakan bahawa parti tersebut hanya akan bertanding 60 kerusi berbanding PAS 66.   

Penafian DAP diragui memandangkan kesungguhan mereka untuk meletakkan calon Melayu dalam PRU nanti, sekali gus menjejaskan peluang PAS.   Mengenali sikap kiasu dan perkauman DAP, mereka tidak akan sekali-kali membiarkan parti mereka berada di bawah penguasaan parti lain, terutama PAS, yang mewakili Melayu.  

Melihat dari senario ini, PAS tidak mungkin mampu mengatasi DAP dari segala segi iaitu dari segi jumlah kerusi, kekuatan diri untuk menentang keputusan dan kehendak DAP serta dari segi kebolehan untuk mentadbir.   Oleh itu, DAP akan dengan mudah mengenepikan PAS dan melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri.  

Kita tidak melihat bagaimana Hadi Awang mampu mengatasi kelicikan Kit Siang, sedangkan kelicikan kumpulan Anwarinas di dalam PAS juga tidak mampu diatasinya.   Hadi Awang adalah lebih sebagai simbol sahaja dan bukan Presiden dalam ertikata sebenar.  Malah beliau juga sering melepaskan tanggungjawab mempengerusikan mesyuarat kepada orang lain dan sekadar memberi kata aluan pembukaan dan penutup sahaja.  

Jika Hadi Awang adalah simbol, Nik Aziz pula hanyalah maskot bagi mempromosikan imej ‘Ulama’.  Maskot ini terus digunakan sebagai ‘logo’ walaupun sudah terlalu uzur dan segala segi.  Jelas, kewujudan Nik Aziz di dalam PAS bukanlah untuk memimpin tetapi untuk dipimpin tangan bila berjalan.  Ke mana arah kakinya berjalan pula bergantung kepada siapa yang memimpin tangannya.  

Dengan hakikat yang amat menyedihkan ini, bagaimana PAS mampu mengatasi DAP dan memastikan jawatan utama menjadi milik mereka?   Apatah lagi dengan Timbalan Presiden, Mat Sabu yang sudah terkenal sebagai barua DAP yang paling setia?  

Justeru, senario yang pasti berlaku sekiranya PR mengambil alih tampuk pemerintahan ialah  Anwar akan menjadi Perdana Menteri selama dua bulan sebelum jawatan itu dirampas oleh DAP,  manakala PAS menjadi Timbalan yang bersifat boneka atau tiada jawatan penting langsug.  

Maka DAP pun akan meneruskan agenda mereka untuk menghapuskan hak istimewa Melayu, institusi Raja-raja, Askar Melayu DiRaja serta menjadikan negara ini sebagai sekular akan dilaksanakan seberapa segera.  

'Re-Examine Audit Of Pakatan States'


ANOTHER LOOK: MP makes 'creative accounting' claims

THE auditor-general should re-examine the audit of Pakatan Rakyat-led states for "creative accounting" in a bid to portray themselves in a positive image, claimed the Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC).

Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) named Penang as one of the state which he claimed made changes to their report so it would look good in the Auditor-General's Report 2011.

He said every state government was given a trust account whereby funds were provided from the state itself or the Federal Government.

"Funds from the state's trust accounts were transferred into their consolidated account. This sum is then passed off as revenue.

"It is akin to putting money in the left pocket from one's right pocket," Abdul Rahman said at the Parliament lobby yesterday.

He urged the accounts be re-examined to refute Pakatan's claims that Barisan Nasional states were wasting public funds.

P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) said funds were given to each state to carry out road maintenance and development works.

"The Selangor state government only used 58 per cent of the Federal Government's allocation. Where did the other 42 per cent go?"

The Auditor-General's Report 2011 stated Penang and Selangor had recorded revenues of RM192.19mil and RM62.5mil respectively.

Earlier, the Public Accounts Committee (PAC) told the house problematic issues and projects involving six ministries named in the report have been marked for further action.

PAC deputy chairman Dr Tan Seng Giaw said the list of projects was based on the level of public interest and the amount of public funds used by the ministries involved.

They included the building of military quarters (Defence Ministry); the supply of medication and pharmaceutical products (Health Ministry); the double-track railway project (Transport Ministry); projects handled by the Works Ministry and the Housing and Local Government Ministry; and loan approvals by the Finance Ministry.

"We will come up with another shortlist of issues and projects which need to be looked into when PAC chairman Datuk Seri Azmi Khalid returns from haj next week."

He said the list was made to ensure management of public funds was carried out in an effective and systematic manner, as well as to identify weaknesses.

On another matter, the Kepong member of parliament said the committee had also discussed the approval of soft loans for the RM250 million National Feedlot Centre project.

Jual aset PKNS: Sultan Selangor Murka?


Oleh Zaini Hassan

AL-KISAH baginda Sultan Selangor yang memerintah negeri makmur dan kaya Selangor Darul Ehsan dikatakan teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS. PKNS ialah sebuah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu.

Itulah asas penubuhannya sejak puluhan tahun lalu. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS.

Ada yang tinggal di flat-flat, ada di rumah-rumah teres. Ruang niaga juga dibina bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan. 

Dengan membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, rumah-rumah PKNS didirikan di merata seksyen. Ia memberi kemudahan kepada orang Melayu tinggal.

Orang-orang Melayu tidak mampu tinggal di banglo-banglo mahal di Petaling Jaya atau Bukit Damansara atau Subang Jaya maka terbinalah rumah-rumah PKNS di kawasan Datuk Keramat di Kelana Jaya, di Ampang, Shah Alam serta di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda baginda Sultan sekarang amat gembira dengan perkembangan itu. MAsjid biru yang diberi nama almarhum dibina dan dikelilingi tasik indah. Bagunan SUK yang juga diberi atas nama almarhum didirika di atas bukit. Shah Alam bagaikan bandar raya atas kayangan.

Almarhum kemudian mangkat dengan amannya(Al-Fatihah)

Kini anakanda almarhum mengambil alih takhta bersemayam.

Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjadi saksi bertapa majunya bandar raya Shah Alam, satu-satunya bandar raya paling tersusun dan terancang orang Melayu yang dibangunkan PNKS.

Tiada mana-mana bandar raya seumpamanya di Malaysia yang begitu berjaya seperti Shah Alam, selain Putrajaya.

Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor juga PKNS. Tiada juga terdengar kekecohan pada Yayasan Selangor (YS). Tanah dan aset-aset PKNS dan YS sangat banyak di merata lembah kelang dan cukup strategik. Sebahagian besar tanah itu dibeli oleh entiti-entiti tersebut mahupun dikurniakan oleh Sultan Selangor.

Nilai hartanah kedua-dua entiti ini cukup mahal. Ia termasuklah mercu bangunan Yayasan Selangor di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Kononnya bangunan itu dulu cuba disunting DAP untuk dijadikan ibu pejabat parti. Namun cubaan itu dikatakan gagal.

Semangat Menteri-Menteri Besar Selangor terdahulu yang diterajui oleh pimpinan UMNO tetap utuh untuk mempertahankan entiti-entiti ini.

Nasib Melayu bandar jangan sama sekali diperjudikan. Para pemimpin dahulu sangat menitikberatkan soal geopolitik orang Melayu dan ketompokan kawasan pilihan raya orang Melayu. Ia bagi memastikan 'survival' politik Melayu terus kekal di kawasan-kawasan pinggir Kuala Lumpur.

Shah Alam kini yang menjadi kubu geopolitik paling kukuh oleh Melayu telah berubah. Sejak Selangor diperintah secara face to face oleh DAP, banyak perubahan telah berlaku. MBnya sekarang ialah Melayu tetapi kuasangan dipegang oleh tangan-tangan DAP. Pas dan para pemimpinnya pula hanya menang berceramah dan bersorak.

Para pemimpin DAP telah berada dalam lembaga pengarah entiti-entiti Selangor itu. Mereka ada dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC(pusat Konvensyen Shah Alam yang dibina di zaman Dr. Khir Toyo) dan dalam entiti yang lain.

Mereka sudah tahu kekuatan dan kelemahan entiti-entiti itu.

Baru-baru ini al-kisah dimaklumkan bahawa KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, yang popular sebagai OO, untuk menghadapnya.

Baginda amat mengambil berat soal PKNS sebagaimana almarhum ayahanda baginda telah bertanya mengenai perkembangan perbadanan itu dan kepentingan orang Melayu.

Al-kisah baginda menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya. Kuota Bumiputera harus dipertahankan. Itu ingatan Tuanku Sultan.

OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku. Semuanya OK Tuanku!

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba meletup berita dalam akhbar, yang menurut puak-puak Pas akhbar-akhbar itu hanya menjual fitnah, bahawa lima aset PKNS akan dijual.

Ia termasuklah Kompleks PKNS di Shah Alam yang menjadi ikon bandar raya itu. Kompleks PKNS adalah umpama Kompleks Pekan Rabu Alor Star. Para pelawat ke bandar raya itu pasti akan wajib singgah di situ. Kononnya Kompleks itu dijual dengan harga RM85 juta.

Aset-aset lain yang kononnya akan dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan wisma Yakin (7 juta).

Pacal yang hina pastinya akan  beranggapan Tuanku Sultan sudah tentu akan  murka mendengar kisah ini.

Apa sudah jadi, OO kata semuanya OK. kini KO pula?

Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? siapa yang akan membelinya?

Jika dijual, walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri, adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu tidak dikisahkan lagi?

Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya?

Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. benarkan ia dijual kepada Private Real Estate Company (PREC)

Al-kisahnya pihak-pihak yang mahu membeli aset itu telah meminta diserahkan geran-geran supaya transaksi boleh diteruskan dan ditukar nama.

Tapi di dalam PKNS bukan semuanya seperti 'puak-puak itu'.

Ada pihak dalam PKNS yang masih bersemangat waja. Mereka melambat-lambatkan transaksi itu. Pemberian geran-geran itu untuk transfer dilengah-lengahkan. Mereka amat bimbang dengan penjualan ini. Mereka amat bimbang apa akan jadi akhirnya kepada PKNS?

Hati mereka ialah sewaja para pemimpin terdahulu. Sewaja semangt roh Tuanku Sultan dan Almarhum Tuanku Sultan. Sewaja MB-MB terdahulu, termasuk semangat waja pengasas PKNS yang juga bekas MB selangor, Allahyarham Tan Sri Harun Idris.

Satu sumber dalaman PKNS, yang bersemangat dan berhati waja membuat pendedahan yang lebih dasyat kepada Utusan Malaysia hujung minggu lalu.

Kerajaan Selangor naungan DAP dikatakan bukan mahu jual lima sahaja aset PKNS, tetapi kesemuanya.

Menurut sumber itu, sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREc dan di dalam perancangan meraka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu,

Menurut sumber itu, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

Hairan, jika dikatakan tidak untung tahun lalu PKNS membayar lima bulan bonus kepada kakitangannya.

Saya berharap PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengorbankan falsafah asalnya.

Persoalannya : Adakah wang penjualan itu yang dicairkan, kemudiannya akan disalurkan ke tabung-tabung politik?

Pilihanraya sudah dekat. wang kena pakai banyak.

Itu hanyalah pendapat umum yang dikutip oleh pacal yang hina ini.

Akhir kata, Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Sembah Patik Harap Diampun

Pacal yang hina ini mohon berundur diri.

Akaun Selangor, P.Pinang Mengelirukan


Kuala Lumpur : Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, kajian oleh BNBBC terhadap Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai) dimasukkan ke dalam akaun hasil.

Di samping itu, menurut beliau, wujud juga keadaan yang mana wang yang disalurkan daripada kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri

"Saya ingin membuat pembetulan sekiranya ada orang berkata Menteri Besar Selangor paling cemerlangdari segi pengurusan kewangan kerana negeri paling cemerlang adalah Sarawak.

"Saya hendak tegaskan disini, dari segi kedudukan kewangan yang disatukan, negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 billion, diikuti Sabah dengan RM2.6 billion dan kemudian baru Selangor RM1.9 billion serta Pulau Pinang RM1.1 bilion" katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Kota Belut, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, setiap kerajaan negeri mempunyai tiga jenis hasil cukai, akaun amanah negeri serta penerimaan hasil dari Kerajaan Pusat.

"Akaun amanah hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus tetapi sebelum audit dibuat, beberapa kerajaan negeri ini telah memindahkan wang dari akaun amanah ke dalam akaun hasil dan mengangapnya sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri.

"Mereka buat silap mata, ambil dari poket kanan dan masukkan ke dalam poket kiri. Ini juga apa dikatakan sebagai 'Creative Accounting' dan kita minta Ketua Audit Negara untuk menyiasat semula beberapa entri (hasil) yang perlu dilihat di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Membangkitkan perkara yang sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, beliau memberi contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor menggunakan sepenuhnya peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Kumpulan wang Amanah Penyelengaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris).

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan sebanyak 58 peratus peruntukan dan masih ada baki RM319 juta yang masih belum digunakan untuk membaiki dan menyelenggarakan jalan-jalan di negeri Selangor.

"Malangnya, kita dimaklumkan wang sebanyak RM5.15 juta daripada peruntukkan Marris ini dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dengan diberikan kepada Syarikat Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) untuk membiayai pinjaman membina Universiti Selangor (Unisel) dan ini adalah salah guna duit penyelenggaraan jalan," katanya.

Lajim Ukin Bakal TPM?


Baru saja Pakatan Rakyat meraikan ‘kemenangan’ mereka memancing atau mungkin juga ‘membeli’ pemimpin veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut.  

Lajim Ukin, telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.  

Sebenarnya, jawapan ini adalah jawapan ‘standard’ yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba.  Di mana, secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung  

Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman, dasar-dasar kerajaan, malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.  

Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik.  Sebagaimana lazimnya, orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja.   Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya.  

Lajim Ukin melihat dirinya setanding dengan Ketua Menteri.  Iaitu tarafnya adalah taraf Ketua Menteri Sabah.   Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.   

Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah.  Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri.  Namun, malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba ‘tawar-menawar’ harga dirinya untuk dijual beli.  

Justeru, Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR.  

Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang ‘standard’ juga kepadanya.    Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar, walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut.  

Yang memeningkan Anwar ialah apabila Lajim membangkitkan faktor Sabah&Sarawak sebagai deposit bagi PR dan menuntut agar Anwar memberi pengiktirafan yang setimpal kepada negeri itu dengan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti.  

Tuntutan Lajim ini bagi Anwar adalah keterlaluan apatah lagi apabila Anwar telah mengenalpasti personaliti lain bagi jawatan tersebut sekiranya faktor Sabah&Sarawak wajib diambil-kira.  Antara individu yang mendapat kepercayaan Anwar ialah juga pemimpin veteran, iaitu Jeffrey Kitingan, Parti Reformasi Negeri (STAR).  Sebelum ini Jeffrey telah membuat kenyataan bahawa partinya adalah berdiri dengan sendirinya sebagai pembangkang Sabah tetapi akan bekerjasama dengan PR menentang BN dalam PRU akan datang.  

Jeffrey pernah menjadi Pengerusi PKR Negeri dan pernah dilantik jawatan kanan sebagai Naib Presiden. Tetapi titik tolak Jeffrey meninggalkan PKR ialah isu pemilihan calon-calon dalam PRU 2008. Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru telah tidak memilih calon-calon pilihan yang dicadangkan Dr Jeffrey.  Ekoran rasa tidak puas hati Jeffrey menubuhkan Pakatan Bebas atau Independent Front, menaja calon-calonnya pilihannya sebagai calon Bebas. Bagaimanapun semua calon itu kalah termasuk Jeffrey sendiri yang bertanding atas tiket PKR.

Jeffrey kemudiannya menubuhkan UBF (United Borneo Front) di mana beberapa pemimpin yang gagal dalam pemilihan ketua cabang PKR termasuk penyokong peribadinya turut meninggalkan PKR dan menyertai NGO baru itu.   

Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu bahawa Jeffrey yang telah menunjukkan sikap ‘survivor’ dalam politik yang mana begitu menarik perhatian Anwar. Jeffrey juga difahamkan telah memahami ‘isyarat-isyarat’ Anwar.  

Namun, kemunculan personaliti seperti Lajim Ukin yang ghairah mencari dan merebut kuasa telah mengganggu perancangan Anwar di Sabah.  Anwar kini terpaksa menimbang semula antara kepercayaannya dengan pengaruh kedua-dua pemimpin Sabah itu, di kalangan rakyat tempatan.  

Nampaknya, Anwar mungkin telah memikirkan segala-galanya untuk menghadapi PRU ini tetapi Anwar tetap gagal memikirkan satu perkara iaitu sentimen rakyat yang muak dengan personaliti yang gila kuasa.  Anwar juga lupa bahawa rakyat hari ini boleh mengenalpasti ahli politik yang tamak dan korup kerana rakyat kini cukup bijak untuk membaca yang tersirat dari tindakan dan kenyataan di media.

Jeffrey mahupun Lajim kedua-duanya telah menunjukkan sikap tamak dan gila kuasa dengan melompat ke sana ke mari mencari tempat yang tinggi untuk bersemayam.  Ahli politik seperti ini jarang sekali hiraukan nasib rakyat dan tidak mustahil atau besar kemungkinan, adalah korup juga.   Oleh itu, apakah Anwar pasti yang rakyat mampu menerima mana-mana dari mereka sebagai TPM jika PR berjaya memenangi pilihanraya?   Dan apakah Anwar yakin yang mereka boleh menang di kawasan yang ditandingi setelah menunjukkan kerakusan mereka kepada rakyat?  

Dari sudut lain pula, apakah jaminan bagi Jeffrey ataupun Lajim untuk memastikan yang segala janji dan isyarat yang diberikan Anwar kepada mereka bukanlah umpan semata-mata?  Apabila umpan sudah mengena, belum tentu apa yang dijanji akan dilaksana.  

Apapun, suka penulis mengingatkan mereka bahawa memungkiri janji bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, mahupun PR.

Hudud PAS Hanya Mimpi Dalam Sedar!!!

Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU 13) dijangkakan berlangsung bila-bila masa saja dari sekarang dan sebagaimana biasa, makin dekat musim pilihanraya maka kian aktiflah para pemimpin pembangkang misalnya dari PAS mendendangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud.

Itulah yang terjadi kini apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tiba-tiba sahaja memberi kenyataan terbuka mendakwa sudah wujud titik temu di antara DAP dengan PAS berhubung isu hudud PAS yang sedang hangat diperdebatkan tika ini.

Menurutnya, "Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan agama Islam.

Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional," demikian kata Hadi dalam satu kenyataannya semalam.

Dari bait demi bait kenyataan rasmi Presiden PAS itu, ternampak jelas Hadi cuba membersihkan imej keras DAP khususnya dalam hal melibatkan isu hudud.

Itulah hakikatnya sejak dulu, pemimpin PAS akan senantiasa mencari hujah yang bersimpul-simpul semata-mata mempertahankan rakan sepakatannya sekalipun sudah disedarinya DAP tidak pernah berganjak dari pendiriannya dalam isu tersebut.

Entah di mana wujudnya titik temu bagi DAP dan PAS dalam isu hudud sukar dimengertikan. Seringkali yang terjadi apabila isu hudud di bawa ke mesyuarat tertinggi PR akan berakhir dengan kenyataan 'hudud bukan keutamaan PR" ataupun "hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah negara".

Kemudian macam biasalah, para pemimpin PAS akan gebang keliling kampung kononnya UMNO yang menolak perlaksanaan hudud. PAS yang berjanji, PAS yang memasukkan janji hududnya dalam manifesto 1986 dan 1990, UMNO pula yang dipersalahkan.

Kalau soal penerimaan DAP terhadap Islam sebagai agama rasmi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara dijadikan asas oleh Hadi untuk mendakwa wujudnya kesepakatan diantara mereka, jelaslah Hadi sudah terbelit dengan lidah sendiri.

Mana tidaknya bila sebelum ini, Hadi jugalah yang mentakrifkan perlembagaan negara sebagai perlembagaan kafir, jahiliah dan sekular melalui amanatnya kira-kira hampir 30 tahun lampau, namun kini perlembagaan itu pula yang dijadikan sandaran oleh PAS untuk menonjolkan konon sudah wujud kesepakatan dan titik temu antara DAP dengan PAS.

Satu-satu caranya untuk PAS membuktikan betapa seriusnya mereka untuk melaksanakan hudud mengikut lunas demokrasi berparlimen ialah dengan bertanding di minima 167 kerusi parlimen dan menang di sekurang-kurangnya 148 kerusi tersebut supaya perlembagaan negara dapat dipinda bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud PAS.

Soal dasar dan prinsip perjuangan PR pun tidak mampu ditentukan oleh PAS, hatta untuk menuntut hak kuota bertanding di minima 100 kerusi juga tak tercapai dek kemampuannya, apatah lagi mahu bertanding di 167 kerusi parlimen.

Hadi boleh terus bermimpi indah sambil mengharapkan para penyokong PAS serta umat Islam keseluruhannya percaya bahawa PAS benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud, tapi hakikatnya realiti yang terpampang depan mata tidak mampu dinafikan oleh mana-mana pihak.

Baik dalam Buku Jingga yang menjadi dasar perjuangan PR dan dipersetujui oleh PAS mahupun dalam mana-mana mesyuarat peringkat tertinggi pimpinan PR berkaitan isu hudud, semuanya jelas menunjukkan PR mahupun PAS tidak akan melaksanakan hukum hudud.


Janji demi janji sejak dulu hingga kini sama ada dari mulut Presiden PAS mahupun lain-lain pemimpinnya, hanyalah gebang dan dongengan semata-mata, tak lebih tak kurang hanyalah bertujuan supaya penyokong PAS terus lena dibuai mimpi indah. Realitinya, jauh panggang dari api.

Perjanjian Rahsia DAP-PAS: Anwar Jadi PM 2 Tahun Sahaja

Kata orang politik itu kotor.   Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik.  Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.  

Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.   Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat. 

Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.  Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan  Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua. 

Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik.   Tentunya, ini adalah pelik. 

Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP.  Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.    Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Aljuburi’ untuk Anwar.   Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim. 

Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen.  Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen.  Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin.  Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu. 

Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu PAS dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan.   Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik.    Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP. 

Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan PAS mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah. 

Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.   Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan.  Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi. 

Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka.  Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR.  Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat. 

Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar.  Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.   Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih. 

Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP.  Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP. 

Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali.  Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular.  

Sedangkan PAS pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah ‘dos’ agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP. 

DAP dan PAS kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar.   Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama?   Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah PAS walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu. 

Ini kerana pemimpin PAS telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP.  Lebih buruk lagi, apabila PAS sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding PAS.  Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan PAS-DAP dilaksanakan. 

Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah.  Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka.  

Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus.   Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.  

Kesudahan nasib kita tidak perlulah penulis nukilkan di sini kerana penulis pasti anda semua dapat fikirkannya sendiri. 

Tuesday, October 30, 2012

Sidang Akhbar Musa Hassan Rekaan Pakatan Rakyat


Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.

Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.

Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.

Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'. 

Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.

Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar.

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

Negara Sekular Hanya Taktik DAP Untuk Pecahkan Umat Islam


Tindakan DAP yang beria-ia menafikan negara ini sebagai Negara Islam sudah cukup untuk membuktikan sifat anti-Islam/Melayu yang menjadi ‘darah daging’ parti tersebut.   Tidak ada parti-parti yang mewakili kaum bukan Melayu di Malaysia yang menjadikan konsep pentadbiran negara ini iaitu sama ada sekular atau Islam, sebagai satu isu besar sepertimana DAP.   

Hujah DAP adalah berdasarkan kenyataan lisan yang dibuat oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama bahawa Malaysia adalah Negara Sekular dan bukan Negara Islam.  Ini dibuktikan dengan laporan The Star pada 9 Februari 1983 iaitu pada ulangtahun bekas Perdana Menteri itu yang ke-80, yang menyatakan “Jangan jadikan Malaysia negara Islam.”

Menurut Kit Siang, pada Februari 13, tahun yang sama, bekas Perdana Menteri yang ke-3, Tun Hussein Onn pula menyatakan bahawa beliau menyokong pendirian Tunku yang menolak negara Islam.  

Jika kenyataan lisan bekas Perdana Menteri pertama diangkat sebagai satu penghisytiharan dan dijadikan asas untuk menentukan konsep pentadbiran negara, maka Kit Siang juga wajib mengambilkira  kenyataan lisan oleh bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang lain yang sebaliknya mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam.  

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam pada 29 September 2001 semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan.  Beliau dengan tegas mengisytiharkan seperti berikut:  "Umno ingin menyatakan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam."

Begitu juga dengan Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 17 Julai 2007.

Ketika menjadi Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan bahawa "Islam adalah agama rasmi dan Malaysia adalah sebuah negara Islam,” ketika Persidangan Antarabangsa tentang Peranan Negara Islam Dalam Dunia Globalisasi. 

Dan kini, setelah Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Malaysia terus mendapat pengiktikrafan bukan sahaja sebagai Negara Islam tetapi sebagai Negara Islam contoh dan diakui sendiri oleh Ulama tersohor dunia termasuk antara yang paling disegani, iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi.  Dalam surat penghargaan khas beliau ke atas sumbangan Malaysia kepada dunia Islam, beliau menyatakan, “Lebih penting, Malaysia telah diiktiraf sebagai antara Negara Islam yang mempunyai strategi pembangunan mengagumkan dan terbuka, kini menjadi pusat rujukan dan contoh bagi dunia Islam.” 

Dengan mengambilkira semua kenyataan lisan, pengisytiharan serta pengakuan bertulis mengenai sama ada Malaysia adalah Negara Islam atau Sekular, maka kita akan dapati bahawa 2 bekas Perdana Menteri menyatakan Malaysia adalah Negara Sekular, dan 2 bekas Perdana Menteri termasuk Perdana Menteri kita pada hari ini, iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara Islam. 

Oleh itu, tidak ada sebab bagi Kit Siang untuk meletakkan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman sebagai mengatasi kenyataan bekas-bekas Perdana Menteri yang lain. 

Dari sudut yang lain pula, Kit Siang tidak wajar berpegang kepada kenyataan bekas Perdana Menteri semata-mata, tetapi perlu melihat perkara ini secara keseluruhan, iaitu perlembagaan dan landskap masyarakat negara ini.  

Beberapa Ulama sepakat mentakrifkan Negara Islam seperti berikut:  satu tempat yang berada dibawah pemerintahan orang Islam dan tandanya ialah apabila orang Islam aman di dalamnya serta masyarakatnya dapat menyeru dakwah Islam tanpa ada rasa takut dan bimbang, serta dilaksanakan di dalamnya hukum-hukum ke atas orang kafir zimmi, manakala golongan ahli bid’ah tidak bermaharajalela menekan ahli Sunnah. 

Menurut Hassan al-Banna, sebuah kerajaan Islam ialah kerajaan di mana para pemimpinnya menunaikan kewajiban Islam, tidak melakukan maksiat dan mereka menjadi pelaksana hukum-hakam Islam dan pengajaran dalam dirinya.

Negara Islam mementingkan keadilan sejagat yang sesuai dengan kedudukan manusia menurut kemampuan masing-masing kerana tidak ada manusia yang boleh menganggap dirinya istimewa dalam melaksanakan perintah Allah termasuk pemimpin dan juga Ulama, kerana undang-undang Allah SWT itu turut berlaku keatas semua.

Dalam bahasa mudah bagi Umat Islam ialah Negara Islam itu terbentuk atas dasar niat dan matlamat yang tidak mengabaikan tuntutan Islam.  Tetapi Negara Sekular terbentuk atas dasar kuasa di mana ia membolehkan matlamat menghalalkan cara. 

Jelas berdasarkan fakta-fakta di atas bahawa Malaysia adalah Negara Islam, dan bagi Kit Siang untuk menafikannya dengan hanya berdasarkan satu alasan iaitu kenyataan Tunku Abdul Rahman tentulah tidak boleh diterima langsung.  

Matlamat Kit Siang untuk membangkitkan soal ini tidak sukar untuk dibaca.  Beliau sebenarnya hanya ingin memecahbelahkan Umat Islam dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan Islam.  

Namun, di masa yang sama, beliau juga sebenarnya secara tidak langsung mengesahkan bahawa perjuangan DAP adalah untuk menegakkan Negara Sekular dan bagi PAS untuk terus bersama mereka, menunjukkan bahawa Umat Islam di dalam PAS turut memperjuangkan yang sama.  Logiknya, PAS wajar memberi respon segera sama ada untuk menyokong atau sekadar bermain politik dengan menempelak DAP kerana memperjuangkan Negara Sekular.  

Jika PAS benar-benar memperjuangkan Islam dan tidak memegang prinsip matlamat menghalalkan cara, maka kenyataan Kit Siang ini wajar dijadikan titik noktah kesepakatan mereka bagi mengelak dari turut bersubahat memperjuangkan Negara Sekular.  

PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA !


Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.

Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam'  dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.


OPPOSITIONS ON ATTACK MODE BUT YOUNG VOTERS ARE WISE AND KNOWLEDGEABLE


So the opposition parties are making so much noise, diverting the voters’ focus on their planned policies to the purported expose’ of wrongdoings in ruling BN.

With the Dewan Rakyat in session, the oppositions are now on an attack mode, trying to dig further into all kinds of tenders and policies, wishing the Cabinet Ministers would bungle in their replies.

If this happens, they would then shout about it, making sure the voters know the ruling BN bungled in so many things and this would create the impression that the BN has done many wrongs.

But the most important thing here for the oppositions is that voters would forget to ask their policies and how they would rule if given the chance because these voters are busy watching how the oppositions grill Ministers on the issues raised.

Smart and shrewd, the oppositions have in fact managed to divert the focus of voters from the real issues to the ‘make believe world of ‘blunders and abuse of power’ in BN administration.

Voters already forgotten about the shadow cabinet the oppositions are supposed to announce so that voters know exactly what they will be getting if they vote the oppositions in power.

Anwar Ibrahim, the de facto chief will not announce the shadow cabinet line-up fearing that this would affect the oppositions’ chance of being voted into power, he assumes probably.

Firstly, the shadow cabinet he has would comprise old veterans, the likes of Karpal Singh and Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang and Nik Aziz Nik Mat, and he himself as well as the old veterans in his party PKR.

Secondly the line-up would reveal clearly cronyism and family dynasty such as Lim Guan Eng, Nurul Ezah and Karpal’s sons and not to be missed Anwar’s crony such as Azmin Ali and few others.

In short, announcing the shadow cabinet would ‘turn off voters’ as the young voters are looking forward to young fresh faces who are intellectuals, honest and wise.

The ‘tastes’ for people’s representatives have changed the scenario and political outlook and the young voters, comprising some 3 million, are no longer ‘limited to those who can talk’ but more importantly those who are honest and talk with intelligence.

Forget about Hudud laws and racial debates, they want development that can benefit them in their daily life and families, Islamic state or not, so long they can live peacefully and harmoniously as well as earn a living that can give them and their families a comfortable life.

They are no longer taken in or attracted with the loud talks and promises that have no basis because they are more knowledgeable than the elder politicians assume.

Kumpulan Kristian Kuasai DAP!!!


Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan. 

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya. 

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

2 Terrorists Arrested In Lubnan Are PR Supporters ???


We are lucky to be born in Malaysian a country free from terrorism or any big natural disaster. Even though there were multiple attempts to cause chaos in this country by a few people, until now all of the attempts managed to be broken or curbed by authorities.

For that, we should appreciate the performance of the national security force and the government's leadership. This is the proof that all of the criticism which told that the government is corrupt and unreliable is untrue.

It is impossible for a country which has a corrupt government and security service to maintain security in the country.

However, it does not mean that the mentality which loves 'terrorism' does not spread in the minds of Malaysians. Perhaps because they are unable to penetrate through Malaysian security system, these Malaysian terrorists then decides to fight in other countries, this include Nordin Mat Top from Johor, who was shot dead in Indonesia for being involved in a bombing attack at the country.

Besides that, the arrest of two Malaysians, suspected to be suicide bombers in Lubnan recently also proves such mentality among Malaysians.

Investigation found that the two Malaysian men were recruited into Al-Qaeda by another Malaysian before they were brought to Yemen where they met with other members of the terrorist group. Both of the suspects tried to enter Syria through Turkey for their jihad mission. They were said to have planned to contact an individual in Lubnan to proceed their attack. 
The mentality of terrorism often hides beneath the name of jihad so that it would be okay for them to commit such crime.

The history on terrorism in Malaysia recorded how PAS was involved in spreading such mentality which resulted to the bloody Memali Tragedy as well as Sauk. All of those were in the name of Jihad. It began from Amanat Haji Hadi who stated that UMNO was kafir for working alongside non-muslims and the party should be rejected.

Up until now, there are still a few PAS supporters described those who were killed in Memali tragedy as 'syuhada'. They believe that murder, rebelling and bringing down an Islamic government was a must because it was not 'Islamic enough'. They were convinced that killing officers who were at that time mostly Muslims was a jihad and that if they were killed, they would descent to heaven.

Even though PAS has became more open now, probably liberal as well, the terrorism mentality still stay in the mind of a few of their supporters. Today, these group chooses to join terrorist organization such as JI, Al-Qaeda and a few others. 

They refuse to practice jihad in a peaceful manner such as which is practiced by a few organisations such as Aman Malaysia and Mercy Malaysia where the members are willing to put their lives at risk with attacks from Israel terrorists just so that they could send food supplies to Palestine.

Choosing act of terrorism instead of peace has always been synonym for those who goes against the government or rebels. 

Just like those two Malaysians who were arrested in Lubnan, early source which was gained from Lubnan stated that their main political stand is to go against the government and to support the opposition.

We do not need to mention which opposition party do they support because the opposition has been under one roof, Pakatan Rakyat. Thus, it is enough for us to say that these two suspected terrorists are Pakatan Rakyat supporters.

So it has been proven that the hate which is spread by Pakatan Rakyat has resulted to act of terrorism.

Monday, October 29, 2012

Khalid Ibrahim Terbaik: Anwar Sahkan Nik Aziz MB Paling Teruk?

Tindakan Ketua Pembangkang mengumumkan ‘anugerah Menteri Besar terbaik’ yang ‘dimenangi’ oleh Khalid Ibrahim dilihat sebagai ‘politically incorrect’, sekali gus menunjukkan bahawa kebolehan Anwar dalam berpolitik semakin terjejas.

Kesilapan kecil ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi Anwar kerana beliau selama ini cukup bijak mengatur kata-kata dan tindakan dalam berpolitik sehingga berjaya memperdaya begitu ramai orang termasuk Yahudi dan pemimpin bertaraf dunia, Tun Mahathir Mohamad selama berpuluh-puluh tahun.  

Namun, akhir-akhir ini, Anwar kerap membuat kesilapan sama ada kerana terperangkap dalam situasi yang sukar seperti apabila disoal mengenai pendiriannya terhadap Israel dan undang-undang liwat, atau kerana gabra terkantoi seperti kes jam omega.  

Tetapi dalam kes pengumuman anugerah Menteri Besar Terbaik, Anwar tidak berada di dalam keadaan tertekan, terdesak atau terperangkap.  Justeru, kemungkinan pengumuman tersebut bukan kesilapan tetapi Anwar memang benar-benar berniat membuat pengumuman itu tanpa memikirkan kesannya.  

Pakatan Rakyat mempunyai 4 Menteri Besar dan bagi Anwar untuk memuji salah seorang pastinya akan membangkitkan rasa kurang senang di kalangan 3 yang lain.  Sedangkan, prestasi seseorang MB tidak wajar diadili melalui pendapatan negeri kerana setiap negeri mempunyai masalah yang berlainan berdasarkan sumber negeri dan landskap masyarakat. 

Di sudut lain pula, memilih untuk memuji seorang MB sebagai terbaik juga dilihat sebagai cubaan menyelamatkan MB tersebut yang telah dilihat lemah.  Ini adalah strategi biasa politik di mana apabila seseorang politikus itu semakin lemah, maka semakin banyaklah puji-pujian dilemparkan sekadar untuk memastikan pengundi terus yakin dengan parti.  

Oleh itu, tindakan Anwar memuji Khalid berlebihan menjadi senjata yang bukan sahaja makan tuannya tetapi semua orang-orang disekelilingnya sekali.  Menurut beberapa blog, tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.

Dan secara semulajadi, apabila ada yang terbaik, pastinya ada yang tercorot.  Jadi, siapakah MB PR yang tercorot?  Walaupun Anwar tidak mengumumkannya, tetapi mengikut logik, Nik Aziz yang telah memerintah Kelantan selama 22 tahun pastinya secara automatik menjadi yang tercorot.  

Memuji Khalid yang belum sampai sepenggal menjadi MB secara tidak langsung boleh ditafsirkan sebagai menyindir Nik Aziz kerana tidak berjaya membangunkan Kelantan dari apa-apa segi sekali pun.  Malah, Kelantan kekal sebagai negeri termiskin dan termundur di dalam Malaysia selama lebih dua dekad.   

Dalam masa yang sama, bukan rakyat tidak tahu bahawa Khalid Ibrahim juga adalah MB yang lemah, walaupun tidak selemah Nik Aziz tetapi tetap lemah dalam kategori seorang MB.   Di bawah beliau, isu-isu politik yang merugikan PR tidak mampu ditangani dengan baik.  Antaranya, isu murtad, arak dan rumah-rumah urut.  

Selain itu, di bawah Khalid juga rakyat menyaksikan UNISEL lingkup, peniaga Melayu di PKNS kini menghadapi risiko, tanah YBK ingin dirampas, isu air yang semakin hari semakin meruncing tetapi kerajaan Selangor masih tidak memberi jawapan bagi penyelesaian yang meyakinkan.  

Justeru, walaupun pada dasarnya, Anwar dilihat sebagai memuji Khalid, tetapi tafsiran yang dibuat oleh rakyat ialah Anwar cuba memulihkan imej Khalid dan menyindir Nik Aziz sekali gus.  Tindakan Anwar bagaikan membaling sebiji batu tetapi terkena dua ekor burung yang bukan menjadi sasarannya.  

Walau apapun, Nik Aziz wajar difahamkan akan isyarat Anwar ini.  Anwar diketahui tidak pernah mempunyai rasa hormat terhadap PAS.   Oleh itu, secara tidak langsung, sindiran terhadap Nik Aziz tersebut merupakan cara halus untuk Anwar mengingatkan PAS betapa lemahnya mereka dan betapa mereka tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan PKR atau DAP dalam PR.  

PAS tidak mampu membangunkan walau satu negeri dalam masa 22 tahun, bagaimana PAS boleh bermimpi untuk memberi tekanan kepada PKR dan DAP untuk melaksanakan hudud atau apa saja yang berkaitan undang-undang Islam jika PR memerintah?  

Kesimpulannya, Anwar telah berusaha untuk memberi ‘muka’ kepada Khalid tetapi langsung tidak berbuat yang sama terhadap Nik Aziz.  Anwar secara halus telah mengesahkan bahawa Nik Aziz adalah lemah, dan bahawa PAS adalah tidak lebih dari sekadar tukang sorak dan tukang cuci bagi PR.  

PAS AND PKR YOUTHS PROTEST AGAINST MCA AND SOI LEK IS JUST A SHOW, NOTHING SERIOUS OR REAL


So PKR and PAS youth protested against MCA for the party’s hard stand against Hudud laws and Nik Aziz Nik Mat’s statement that women who wear revealing cloths should be raped and they asked for it.
How the statement fron Nik Aziz is read is up to the individual but the irony is that how come PAS and PKR youth could protest against MCA and the party president Chua Soi Lek when they did not even open their mouths when DAP strongman Karpal Singh put his foot down against Hudud laws and implementation of Islamic government?

Double standard? Or political considerations? Or whatever it is, the scenario is revealing…for the parties in the opposition front, whatever their leaders do is good and whatever the ruling BN do are bad…even if the population thought otherwise.

They will present all kind of scenarios and all kinds of reasons to make sure the population of the country dislike and hate the ruling party and attracted to them.

The ‘political tsunami’ they created in 2008 is no longer existing and they have to find other kind of ‘tsunami’ to maintain their influence which is fading very fast while at the same time ward off onslaughts from the voters on weaknesses emerging very clear in states they won and ruled.

Failure to fulfill their promises made in 2008 and the weaknesses in administration as shown every now and then, they try hard to divert the attention and focus of voters to whatever they can against the ruling BN.

Now they harp on ‘make believe issues such as scorpene and the RM40 million donation to Sabah Umno’, the act which they do good which would, at the very least, create doubts in the voters’ minds.
And when Karpal was hitting out at Hudud which was worse than Soi Lek, belittling Islam and PAS, PKR youth and its head Shamsul Iskandar Mat Akin did not utter a word.

PAS youth was quite vocal against Karpal but not so demanding. Lucky for PAS, the party has former deputy president Nasharuddin Mat Isa who is willing to sacrifice his position in defending Hudud and PAS policies.

He was later joined by Ulamak council deputy chief Dr Haron Din, and the by few others who proposed that Nik Aziz steps down and make way for new leaders.

Whether right or wrong, the protests by PKR and PAS youths against MCA and Soi Lek does not have much or any effect on voters’ minds and sentiments given the hypocrisy in whatever actions they take.
The double standards they practiced are crystal clear and voters know and see what they do…thus the protests against Soi Lek and MCA, to the voters are just a ‘show’.

What voters know and understand at present is that DAP is against Hudud and Islamic laws and PKR has been quiet on this just, just to make sure the ‘marriage of convenience’ among them ‘look good’.
And as far as PAS is concerned, regardless of NIk Aziz or not, the party is determine to go alone if it is necessary as the party continues to pursue its struggles and objectives.

MALAY AND ISLAMIC NGOS BARKING THE WRONG TREES


Are the Muslims and Malay NGOs in the country going on the wrong path or barking the wrong trees? Have intellectualism and rational thinking dodged the minds of these organisations to the extent that they no longer see the threes from the forests or vice-versa?

The Islamic world or rather Islamic countries are now facing rebellions from their own people wanting or more freedom, and what they got so far are chaos and instability with unemployment and economic uncertainty.

The price they have to pay for the so-called freedom and democracy propagated to them by agents of change from non-other than the foreign masters and economic hooligans who just wanted profits and to see the destruction of developing or developed Islamic nations.

While Iran is fighting a lone battle against America’s attempt to disarm them of nuclear weapons to protect Israel and to make sure no Islamic nations is powerful enough to fight Israel or United States, here in Malaysia the Islamic and Malay NGOs are harping on movies like  My Name Is Khan.

Whats wrong with the movie? Promoting liberalism? So does the movie create revolution in Islamic nations? Have these NGOs ever thought of how to build up Islamic and Malay enterprises to compete with other races in the country?

Have they ever thought that the ruling party Barisan Nasional (BN) needs help in promoting and developing Islamic and Malay busiensses, no matter how small they are?

Have they ever thought of being loyal to Malay and Islamic businesses which can help the government promote and develop them? Have they thought that government alone cannot do much unless they support these enterprises by being loyal, by visiting and buying their products, by helping to promote them to others and so on?

Now what these NGOs do is to harp on movies like mentioned above and other movies that rundown Islam as though they are the protector of Islam but right under their own noses when Muslims businesses needed their support they just ‘walk pass’ without taking notice?

To these NGOs, they must reflect intellectualism but they cannot even make a movie that can fight back the so-called promotion of liberalisms in other movies…it is just useless showing of one’s intellectualism when one’s own backyard and economic status are just nothing.

No one would listen to anyone who is nothing – no economic power or standing – as intellectualism alone is of no relevance in today’s world of economic power.

Most of the intellectuals are also being employed by those liberals or non-Muslims who are financially sound and make use of them to actually stir up the minds of other Muslims.

And this is actually happening where we see Muslims going after each-others’ throats in the name of freedom or liberalism or whatever ‘isms’ that the West wants.

And Muslims and Malay NGOs here are just the same as they continue to harp and become emotional on matters or issues unrelated to the reality of the Malays and Islamic situation here.

PAKATAN RAKYAT RANCANG HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR


Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.

Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.

Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin.

Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu.

Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor.

Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi.

Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya.

Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta.

Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi.

Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar. 

Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran.

Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah.

Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu.

Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS.

Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu.

Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010.

Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka. 

Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK.

Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.

Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP.

Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu.