Thursday, May 31, 2012

Kenapa PKR Tak Ambil Tindakan Terhadap Azmin?


semakin tak berhenti nama azmin ali meniti di bibir setiap rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik semasa. bermula dengan kes kecurangan isterinya shamsidar tahrin, penderhakaan kepada ibunya, perlakuan tak senonoh dalam tandas dan yang terbaru pendedahan mengenai pemilikan harta yang tak munasabah sewaktu azmin menjadi setiausaha sulit anwar pada tahun 1995 oleh raja petra kamarudin (RPK).


seperti kes video seks anwar, yang dipertikaikan soal anwar berzina dengan pelacur cina tetapi para pencacai PKR mengalihkan isu seperti rambut, perut dan sebagainya. begitulah juga dengan kes azmin ni. taktik biasa pencacai PKR untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari mempersoalkan pelbagai kes yang melilit azmin kini.

apa yang nak dipedulikan tentang azmin ini. dia bukannya bersih pun, malah kerana dia dan anwar galak menyalahgunakan kuasa di kementerian kewangan dulunya dan menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

yang patut dipedulikan ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada azmin tentang kes-kes azmin. bukti dah ada, dokumen, gambar cuma mungkin veideo je belum keluar lagi kot! sekurang-kurang ambil tindakan terhadap azmin, gantung hingga siasatan selesai atau diarahkan bercuti dan sebagainya. tak semestinya nak pecat. Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

kalau dalam PKR sendiri tiada keadilan macamana nak berlaku adil pada rakyat Malaysia. kesalahan yang sepatunya diambilkan terutama yang rapat ataupun yang ada 'hubungan' dengan anwar, kesalahannya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ianya adalah konspirasi?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun.  Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya.  Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.


Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat.  Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP.  Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan.  Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati.  Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.

Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya tak tercapai.

sumber dari beruang biru


No comments: