Sunday, May 6, 2012

Azmin Hancurkan Hati Ibunya Sendiri

luahan ibu azmin,

"bila mengenangkan perbuatan azmin, hati makcik hancur..."

"pada pagi ahri raya itu kebetulan ummi hafilda juga ada di rumah saya. melihat saja kehadiran ummi hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat".

"malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kononnya belum 'disamak', azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya 'benda haram'".

"bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan ummi hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawapan azmin, darah dagingnya hanyalah anwar ibrahim" kata che tom menahan sebak.

"setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya.

"namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami." kata che tom.

ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas azmin, che tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

tetapi beliau cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.

"bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu," kata che tom.




"saya tak pernah ajar azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat," katanya.

walau jahat macam mana sekali pun seorang anak itu, seorang ibu akan tetap sayang pada anaknya. itulah kasih seorang ibu.

"saya takan akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah ".

---------

hati ibu mana yang tak hancur jika anaknya berperangai seperti ini. azmin sangup berkorban untuk orang lain tetapi tidak kepada ibu kandungnya sendiri. azmin berubah sejak bertemu dan bergaul dengan anwar. tak takut ke azmin dehaka dengan ibunya sendiri? kata-kata seorang ibu itu umpama doa, dan selalu dimakbulkan Allah SWT. kalau azmin tak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, agaknya apa yang akan jadi masa akan datang? boleh jadi batu tak macam si tanggang??? wallahualam...

No comments: