Tuesday, June 28, 2011

Siapa Yang Lebih Islam Sebenarnya???

aku cukup tak suka bila ada orang Islam yang suka menuduh orang Islam yang lain itu sebagai kafir. bagi aku selagi seseorang itu mengucapkan syahadah dia adalah seorang Islam. bukankah islam mengajar kita supaya tidak memfitnah, menuduh seorang Islam itu adalah kafir sama juga macam fitnah. contohnya orang-orang dari PAS suka la sangat cakap orang-orang UMNO ni tak Islam dan kafir. kenapa ye aku tengok mereka ni lagi tinggi ilmu mereka lagi semakin rendah martabat budi pekertinya. bila cakap pun dah tak ada adap sopan sebagai seorang Islam. bukankan seorang Islam itu seharusnya menggunakan bahasa yang indah dan lembut supaya yang mendengarnya memberi perhatian, dapat menerima dengan senang dan tenang tanpa ada rasa marah? 

semua manusia yang beragama Islam adalah bersaudara dan kenapa bila bersaudara nak dijadikan musuh pula. alangkah bagus kalau semua perselisihan dan perbalahan orang-orang Islam ini di selesaikan denga cara yang berkhemah. yang tinggi ilmu pula janganlah memandang rendah kepada yang kurang ilmu, kerana suatu hari orang yang rendah ilmu iti akan mempunyai ilmu yang lebih tinggi. usahlah riak bila ilmu itu tinggi/banyak tapi sedekahkanlah ilmu itu untuk dikongsi bersama supaya erat silaturrahim.

setiap hamba Allah swt tidak terlepas melakukan perkara buruk dan baik, kerana setiap hari malah setiap detik yang berlalu seseorang hamba Allah swt pasti ada melakukan kesalahan, cuma samada ia sedar atau tidak. orang yang menagaku Islam belum tentu beriman kerana tergolong dalam Islam yang sperti sabda Rasulullah saw "aku disuruh oleh Allah swt memerangi manusia sehingga mereka mengucap Lailahaillallah Muhamadarasulullah maka terlepaslah jiwa dan harta mereka dari pedangku" iaitu ketika kisah Rasulullah saw menawan Mekah tanpa menitiskan darah. golongan kafir Quraisy mengucap dua Khalimah Syahadah pada mulut dan lidah tetapi tidak ditasdik pengakuannya dalam hati, memanglah Islam tapi Islam munafik namanya. hendaklah kita yang lahir dalam Islam perlu memperhalusi serta memahami Syariat dan Hakikat Islam itu melalui guru-guru yang Mursyidin agar sempurna Ilsam seseorang. orang Islam yang berpegang teguh kepada Sunatullah dan sunah Rasulullah saw adalah orang yang sentiasa mengawasi serta menilik kesalahan dirinya sendiri serta mengetahui dengan ilmu dan menyampaikan dengan ilmu bukan menilai orang lain mengikut pandangan negatif. hendaklah berbaik sangka kepada mahkluk Allah swt dan Allah swt tidak suka orang berburuk sangka. kekadang kita sendiri tidak sedar yang kita sendiri tersesat adalah lebih bahaya daripada kita tersedar yang kita sesat. firman Allah swt; "kamu akan mendapat balasan di atas apa yang kamu perkatakan dan apa yang kamu perbuatkan', semua orang Islam  tak kira dari parti mana pun di sisi Allah swt adalah sama sahaja.

Al-kisah


Member aku beritahu, bos dia baru balik dari luar negara, Amerika. Bos dia kata, bila ada kat sana rasa macam nak balik ke Malaysia jam tu jugak. Sebabnya sedih tengok keadaan di sana ramai pengemis. Pengemis di Amerika? Pelik gak dengar citer tu. Dia beritahu kehidupan orang miskin di Amerika lebih melarat dari orang miskin di Malaysia, sampai sanggup minta sisa makanan, ulang sekali lagi... sisa makanan bukan minta makanan daripada orang ramai. Keadaan tempat kediaman pula, mereka tinggal di rumah yang dibuat dari kotak (macam yang aku nampak kat jakarta dulu tu la agaknya). Bos member tu cakap, Malaysia 1000 kali lebih baik dari Amerika. Hah kan... orang Malaysia sendiri pun kebanyakannya tak bersyukur, lepas tu pulak lagi nak memberontak buat macam-macam demontrasi. Tak sedar dek untung le... orang kat Malaysia ni rumah setinggan pun masih boleh dikira baik jugak la dari tinggal di dalam kotak je, ada macam-macam bantuan kebajikann jugak dari kerajaan. Tak sangka juga di Amerika bantuan kebajikan untuk rakyat miskin lagi susah nak dapat. Selama ni aku ingat amerika ni bagus sangat la... hah lupa lak aku nak sebuat pasal minyak kat sana, 3 kali ganda harganye dan tiada subsidi langsung, ulang sekali lagi... tiada subsidi langsung. Rakyat Malaysia gak yang untung kerajaan banyak bagi subsidi... huhuhu...

Monday, June 27, 2011

BERSIH 2.0 : apa keuntungannya???

Apa untungnya orang-orang yang nak turun ke demontrasi BERSIH tu? Dapat duit ke? Dapat ke apa yang dia orang nakkan tu?  

Kalau takat sakit tekak sebab terjerit-jerit lepas tu kena sembur dengan air, kena tangkap lagi pulak dengan polis, memusnahkan kemudahan awam, menyusahkan peniaga-peniaga, menakutkan kanak-kanak, mempamerkan kekurangan ajar dan sewaktu dengannya takde apa yang untung pun.  Dapat penyakit adalah...

Melayu yang turun tu nanti adalah Melayu yang lupa diri dan lupa dengan asal-usul.  Tuntutan-tuntutan yang nak dibuat tu hanya hiasan luaran demontrasi tu. Hakikatnya ada pihak yang nak tengok orang Melayu ni hancur. Itu pun orang Melayu (yang terlibat nanti) tak sedar dan tak buka mata luas-luas.

Mereka ni tak pernah ke rasa bersyukur atas nikmat-nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT di Bumi Malaysia ni?

Tuesday, June 21, 2011

SPR guna biometrik

Baca ni :-
Teknik imbasan ibu jari sah identiti pengundi PRU ke-13

harap-harap dapat penuhi apa yang nak diBERSIHkan oleh juak-juak PR tu. lagi canggih yang ni daripada dakwat kekal (nanti jadi macam tatoo lak). juak-juak PR ni ramai yang belajar tinggi tapi akal nye diletakan di tempat yang rendah, sistem yang canggih ada nak suruh buat sistem purba. deiii... yaperdaaaa.....

Pemimpin pengacau belum tentu bersih

Surat

2011/06/21

APA sebenarnya yang mereka inginkan? Sebuah negara aman dan tenteram. Rakyat berbilang kaum hidup bersama mencari rezeki antara satu sama lain dan menjalankan ibadat tanpa sebarang gangguan? 

Tetapi kenapa pula tiba-tiba muncul usaha mengadakan perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau yang mahu merosakkan semua apa yang dikecapi oleh rakyat di bumi bertuah ini dengan demonstrasi, rusuhan jalanan dan provokasi yang mengakibatkan kerosakan harta benda, kerugian peniaga semata-mata kerana inginkan negara lebih aman dan tenteram?Berilah contoh kepada kita semua, apakah akibat negara yang mengadakan demonstrasi? Adakah negara terbabit semakin aman? Adakah negara berkenaan semakin makmur dan kehidupan menjadi lebih baik daripada sebelumnya?


Ada antara negara Islam yang tidak putus-putus dengan masalah demonstrasi sehinggakan kes sekecil kecurian kereta pun menyebabkan kehancuran satu pekan. 
Di Thailand kita melihat demonstrasi yang sampai sekarang tidak membawa apa-apa makna, melainkan penyesalan selama-lamanya. 

Di Malaysia, kelibat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lama membosankan untuk diperkatakan. Kini muncul watak baru, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang pernah diangkat menjadi hero Palestin. 

Motif kempen kumpulan pengacau ini tidak lebih daripada meraih perhatian kelibat wartawan antarabangsa yang sentiasa mencari peluang untuk memberikan imej buruk kepada negara Islam di mata dunia. Demonstrasi jalanan diambil sebagai isu untuk diketengahkan kepada dunia, khususnya Barat, seolah-olah tiada tempat yang selamat lagi di dunia Islam. 
Tidak perlulah kita berkata mereka sebenarnya mahukan keadilan, kebersihan dan ketelusan kerana mereka sendiri terutama pemimpin mereka belum tentu bersih. 

Sesungguhnya ada satu kelompok besar yang melihat isu ini sebagai tonik baru untuk menangguk di air keruh. Perpecahan umat Islam akan memberikan peluang amat besar bagi kelompok ini menjanjikan sesuatu yang jelas, akhirnya menjadikan Melayu merempat di bumi sendiri. Kalaulah anda boleh memahami maksud saya. Semoga Allah melindungi kita semua. 

PEMERHATI BEBAS,
Kampung Kipaku, Tambunan.
 


sumber : Berita Harian Online 


---------

Tak perlu untuk mengadakan perhimpunan yang akhirnya memudaratkan rakyat sendiri. Sebenarnya banyak saluran untuk menyalurkan apa jua tuntutan/suara yang mungkin boleh dipertimbangkan. Tapi apakah nanti jika tuntutan itu telah dipenuhi, mereka-mereka ini mahu menyokong Kerajaan?

Bukankah MP mewakili suara rakyat di Parlimen utk kemajuan negara & menuntut kebajikan rakyat. Jika 20 juta rakyat turun bersama BERSIH sekalipun , segala kelulusan seperti yg dituntut oleh BERSIH mesti dibahas di Parlimen. Bukankah PR mempunyai MP yg hebat2. Nanti orang sindir kita iaitu " BERANI BERKUKUK DILUAR GELANGGANG , TAPI TAKUT DIDALAM GELANGGANG" atau " SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT ".

Sunday, June 19, 2011

Negara Kebajikan Hanya Retorik Pas – Mustapha

KOTA BAHARU, 19 Jun – Konsep negara kebajikan yang diuar-uarkan
oleh PAS hanya retorik dan tidak dipraktikkan di negeri Kelantan di mana parti itu memerintah.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini jelas dengan tindakan mengenakan bayaran sewa tapak di semua stesen teksi di negeri ini.
“Kalau sudah katakan ia negeri berkebajikan kenapa masih lagi mengenakan sewa tapak teksi itu lagi. Kalau boleh, hapuskanlah dan ini boleh meringankan beban pemandu teksi di Kelantan,” kata Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pakaian seragam kepada pemandu kereta teksi di Kelantan di sini, hari ini.
Sebanyak 1,600 pemandu teksi seluruh Kelantan menerima pakaian seragam yang disumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui Setiausaha Politiknya Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
Mustapa berkata “memandangkan sewa tapak yang tidak seberapa ini pun tidak boleh dihapuskan, apakah maknanya negara berkebajikan yang diuar-uarkan PAS ini.”
Tambahnya, pemandu teksi bukannya hidup senang, dan oleh itu, jika Barisan Nasional memerintah Kelantan, “semua sewa tapak ini akan dihapuskan sama sekali.”
Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan beberapa dialog dengan pemandu teksi di negeri ini dari semasa ke semasa bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

sumber : UMNO-online

Friday, June 10, 2011

Welfare State Already Been Praticed By BN – Noh Omar

KUALA SELANGOR, June 9 – Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Noh Omar said today that the concept of a welfare state held espoused by PAS at its 57th congress last week had long been practiced by the Barisan Nasional (BN) government.
The Federal government had allocated RM1.5 billion per annum for scholarships, food assistance and text book schemes for schools, said Noh, who is also the Tanjong Karang Member of Parliament, after presenting Excellent Student Awards to 410 students at his constituency here today.
Umno Tanjong Karang had contributed RM825,000 to educational programmes in the area last year, he added.
“PAS is willing to sacrifice its cause for an Islamic state and promote a welfare state just to accomodate DAP and PKR, he added.
sumber : umno-online.com
---------
PAS baru nak celik mata. BN dah lama laksanakan program kebajikan tak ada la pulak nak kecoh sangat. rasanya sekarang ni lau nak bagi sumbangan/bantuan kepada orang susah/yang memerlukan bantuan perlu diwar-warkan sebabnya nanti ada yang kata tak buat keje,  walhal sebenarnya hal ini tak perlu nak dihebahkan sangat sebab yang penting bantuan disalurkan. selalunya sipenerimanya ada yang tak berterima kasih malah sanggup mengaku tak pernah dapat sebab tamak nak dapatkan yang lain. biasala tu..

Thursday, June 9, 2011

Kenyataan Dr Rohaya hina hak isteri

2011/06/09

SAYA ingin memberi respons kepada laporan bertajuk ‘Layan macam pelacur; Isteri dingin diranjang punca lelaki cari kepuasan di luar’ yang disiarkan pada 5 Jun lalu. 

Kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed itu amat memeranjatkan dan membuat saya tertanya-tanya apakah konsep bagi sebuah perkahwinan yang berjaya hanya bersandarkan kepada kepuasan seks suami semata-mata?Perasaan saya juga amat terganggu dengan kenyataan beliau yang menyatakan seorang isteri hendaklah melayan suami seperti pelacur kelas pertama yang pada pandangan saya beliau meletakkan maruah seorang isteri di hujung kaki suami sedangkan martabat perempuan atau isteri jelas diangkat dalam al-Quran.

Saya ingin merujuk kepada sepotong ayat al-Quran 2:187 ‘….Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.’ Ayat di atas dinyatakan dengan jelas bahawa suami dan isteri mempunyai hak sama dalam hubungan seksual mereka. 

Ini bercanggah dengan kenyataan Dr Rohaya bahawa isteri yang taat harus memberi layanan seperti pelacur kelas satu bagi mengelakkan suaminya mencari keseronokan di luar. 

Saya juga ingin memberikan respons mengenai kenyataan keduanya yang berbunyi ‘Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual….’ 

Terdapat sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullallah SAW dalam rumah tangga? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing.’ 
Saya ingin membawa pembaca ke alam realiti di Malaysia di mana isteri dipertanggungjawabkan membuat kerja rumah sedangkan mereka mempunyai kerjaya. Sudahlah berhempas pulas membantu suami mencari rezeki, kini isteri dipersalahkan pula jika tidak dapat memberi layanan seksual kelas satu terhadap suami. 

Kenapa tidak suami yang mempunyai nafsu besar itu menjaga nafsunya dan memperbanyakkan ibadat di samping berbincang dengan isteri bagi menyelesaikan masalah seksualnya? 

Kenapa kesalahan suami harus dipikul oleh isteri? Kenapa isteri perlu melakukan apa saja untuk memenuhi keinginan suami? Tolong berpijak di bumi yang nyata. 

NOORUL,
Kuala Lumpur.
 

sumber : berita harian online

Guru perlu berbakti dengan ikhlas, bukan ganjaran

2011/06/09

SAYA ingin merujuk kepada surat ‘Sang Algoljo’ bertajuk ‘Wujud segera jawatan pembantu guru’ yang disiarkan semalam. Saya kurang bersetuju bahawa guru sepatutnya tidak melakukan tugas perkeranian dan dibebankan tugas selain daripada mengajar di bilik darjah. 

Surat beliau jelas menunjukkan bahawa tugas guru yang sepatutnya dimuliakan dan dihormati, tersasar sama sekali. Ini kerana beliau seolah-olah mendesak kerajaan segera memenuhi tuntutan yang bukan saja dibangkitkannya bahkan oleh banyak pihak lain.Saban tahun, apabila tibanya Hari Guru, pelbagai perkara dan insentif diminta. Saya percaya jabatan dan agensi lain juga mempunyai pegawai daripada kumpulan pengurusan dan profesional, tidak seteruk ini dan saban tahun mendesak kerajaan untuk memberi itu dan ini.

Saya agak kesal dengan desakan ini kerana ini menunjukkan guru sebenarnya lemah dan tidak mampu melaksanakan tugas sepenuhnya. Suka saya nyatakan, bilik darjah bukan seramai bilik kuliah di universiti, yang mempunyai 300-500 pelajar pada satu-satu masa. 

Jika inilah sikap guru di Malaysia, saya amat sedih dan mengharapkan agar adanya perubahan kerana sesungguhnya ganjaran akhirat lebih besar dan penuh makna berbanding dunia. 

Tugas guru yang mulia itu bakal tercemar jika ia sering diungkit serta melakukan sesuatu dengan mengharapkan ganjaran. Pastinya ia tidak lagi seikhlas dan semulia yang diharapkan. Tugas guru itu lebih kepada mendidik di samping mencurahkan bakti kepada bangsa. 

ANAK MURID CIKGU,
Selama, Perak.
 

sumber : berita harian online

Saturday, June 4, 2011

Kerajaan Selangor Melampau!

tengok ni :
http://kukukakiampang.blogspot.com/2011/06/pakatan-rakyat-dah-jadi-sasau-ydp-mpaj.html

inilah dia, Kerajaan Selangor yang hebat sangat. PR belakang MPAJ sesuka hati langgar perjanjian. dah pulak tu semua tu kontraktor Melayu tu. apa punya malanglah Selangor ni dapat mb macam lembu kena cucuk hidung, tarik ke mana-mana pun ikut je. agak-agak berapa si khalid gagap dapat bila buat macam tu? dalang besarnya dah tentulah DAP. 

Friday, June 3, 2011

Kesedaran Sivik Dalam Masyarakat


Gejala vandalisme dan gejala sosial dikalangan remaja@generasi muda sekarang menjadi serius dan mungkin bertambah buruk jika tidak dibendung@disekat. Agak-agak kenapa jadi macam ni?

Jika kita imbas kembali zaman persekolahan dulu, kita kaya dengan adab sopan, saling menghormati, mengambil tahu tentang sejarah negara, menghayati rukun negara serta budaya bangsa. Tak lain tak bukan dulu di sekolah ada mata pelajaran tata rakyat yang mana mendidik masyarakat dari peringkat sekolah rendah hinggalah menengah dan diajar dengan penuh disiplin. Dan tidak dinafikan sesetengah masyarakat masih mengamalkannnya hingga kini. Kemudiannya ditukarkan kepada nama lain iaitu sivik yang mana ianya sama dipraktikkan oleh semua bangsa tanpa kira agama apa sekali pun. Pendekatan mata pelajaran sivik ini sedikit sebanyak berjaya mendidik masyarakat untuk saling menghormati antara satu sama lain.  Kalau dulu pengetahuan agama Islam boleh juga dipelajari oleh pelajar yang bukan Islam sebagai pengetahuan.

Kemudian mata pelajaran sivik tiba-tiba ditukar dengan pendidikan moral yang mana dikhaskan untuk pelajar yang bukan Islam. Sedikit sebanyak menjauhkan masyarakat dari terdidik untuk menjadi masyarakat yang berkualiti dengan adap sopan, budaya  saling menghormati serta kurang menghayati kenegaraan apatah lagi mengingati sejarah negara. Perkara inilah yang mewujudkan masyarakat sekarang (generasi kini) yang kurang @tidak mempunyai budaya murni ini.

Sebaik-baiknya kementerian pelajaran Malaysia harus kaji semula untuk mengadakan kembali mata pelajaran sivik ini sekolah-sekolah agar dapat menanam sifat-sifat murni kepada masyarakat muda masa kini. Juga, agar jiwa kenegaraan dapat dipupuk dalam jiwa mereka selaras dengan identiti sebagai Warganegara Malaysia. Mereka ini juga perlu diajar dengan penuh disiplin dan ditekankan begitu pentingnya mata pelajaran sivik ini bagi mengikis gejala vandalisme dan gejala sosial, serta dalam melahirkan generasi yang berkualiti serta cintakan perpaduan dan kemakmuran negara.

Dulu-dulu, cikgu gunakan rotan untuk mendisplinkan anak murid dan kaedah itu berjaya membentuk mereka menjadi seseorang yang berguna. Pada masa itu juga, cikgu merotan tidaklah sampai mendera anak muridnya. Anak murid pula makin hormat kepada cikgunya.

Berbanding masa kini, kalau cikgu merotan anak murid, ibubapa pula marah pada cikgu kata cikgu dera anak mereka. Dan lagi jika cikgu yang merotan pula memang ada yang mendera ikut nafsu kemarahan.

Di mana silapnya? Dan cara bagaimana lagi yang berkesan supaya kedua-dua pihak boleh saling menghormati antara satu sama lain?

mohon diperbetulkan sekiranya terdapat kesalahan . terima kasih. - belimbing -