berpendirian tetap itu mesti... bukan seperti lalang... perubahan ikut kesesuaian... teguran sentiasa ada... ikhlas itu penting...
Showing posts with label UMBR. Show all posts
Showing posts with label UMBR. Show all posts
Tuesday, April 23, 2013
Monday, April 1, 2013
Polis Tahan 3 Mahasiswa Di Depan Kediaman Rasmi PM
1 April 2013
PUTRAJAYA - Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini semalam selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintenden Mak Pak Chuai berkata, mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.
"Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat," katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis.
Beliau berkata, kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri.
Kesal dengan kejadian itu, Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke Pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja. - Bernama
Friday, March 22, 2013
Tuesday, March 19, 2013
EKSKLUSIF! 4 KALI DITANYA TENTANG HOMOSEKSUAL & BISEKSUAL TAPI APAKAH JAWAPAN ANWAR IBRAHIM?
Jika anda ditanya satu soalan yang sangat mudah iaitu sama ada anda Homoseksual atau Biseksual, hanya 2 jawapan sahaja yang mahu kita dengar : Ya atau Tidak.
Tetapi berlainan dengan Anwar Ibrahim!
Temuramah di dalam video di bawah menyebabkan kita amat ragu dengan Anwar Ibrahim. Soalan yang sama terpaksa ditanya sebanyak 4 kali tetapi Anwar Ibrahim tidak menyawab Ya atau Tidak.
Sebaliknya, beliau putar belit menceritakan 'bulan dan bintang' dan masih tidak menjawab soalan pokok yang ditanyakan.
Kenapa begitu susah untuk Anwar Ibrahim mengaku Ya atau Tidak?
Sepatutnya, sebagai seorang Muslim dan berkedudukan tinggi di dalam politik, beliau sepatutnya menjawab TIDAK dan kemudiannya baru bercerita tentang apa sahaja yang beliau fikirkan.
Tambahan pula, sidang temuramah itu adalah tempat yang terbaik untuk beliau menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam aktiviti songsang sebagai seorang penganut Islam.
Keengganan beliau menjawab Ya atau Tidak itu mengundang curiga dan sudah pasti menimbulkan syak wasangka kepada beliau.
Anda lihat video menarik di bawah :
klik di sini
Video : 4 kali ditanya tetapi Anwar tidak menjawab Ya atau Tidak
Malah, kenyataan beliau yang mendakwa pendakwaan terhadap beliau gagal menyabitkan beliau dengan aktiviti songsang padahal keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini menyatakan yang sebaliknya!
Perkara ini bukan 'konspirasi politik' atau sebagainya tetapi keputusan Mahkamah Tinggi seperti laporan di bawah :
Dalam rumusan keputusan Mahkamah Persekutuan 2 September 2004 menyebut “…we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."
Maksudnya, “kami menemui bukti untuk mengesahkan perayu-perayu (Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai bahawa dakwaan kejadian di Tivoli Villa itu adalah benar-benar berlaku.
Namun Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dan Sukma dengan keputusan majoriti 2-1 kerana terdapat keraguan dari segi tarikh sebenar kejadian tersebut dan wujudnya eleman ‘suka sama suka’ di mana saksi utama, Azizan Abu Bakar didapati melakukan aktiviti homoseksual secara sukarela dengan Anwar dan Sukma pada tarikh dan tempat yang didakwa di mahkamah. seterusnya
Jika anda melihat video di atas dan keputusan Mahlamah Tinggi, apakah anda sendiri tidak berasa curiga dan sangsi dengan orientasi seksual pemimpin tertinggi Pakatan pembangkang ini?
Dan jika soalan cepumas ini ditanya semasa sidang akhbar, MiM rasa kita semua tahu jawapan Anwar Ibrahim iaitu 'jika U ulang I saman U'!
Subscribe to:
Posts (Atom)






