Wednesday, October 24, 2012

Selangor Agih Lembu Korban Ke Wilayah Persekutuan???


23 Oktober 2012

Oleh Siti Sofia Md Nasir


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengakui kerajaan negeri akan mengagihkan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha, bukan sahaja di seluruh Selangor tetapi juga di Wilayah Persekutuan.


Beliau berkata demikian mengulas dakwaan mengatakan kerajaan negeri pimpinannya akan mengagihkan sebanyak 20 ekor lembu ke kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.


Bagaimanapun Khalid menafikan dakwaan itu dan berkata beliau tidak tahu menahu jumlah lembu akan diagihkan ke kawasan Parlimennya itu.


"Saya akan semak berapa ekor yang akan dibagi. Kita juga bagi kepada Wilayah Persekutuan," katanya.


Khalid menambah pengagihan lembu korban tahun ini adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Sebanyak 389 ekor lembu disediakan untuk seluruh masjid-masjid di Selangor.


"Kalau ada lebih, saya akan beri kepada sesiapa yang mahu. Dahulu kita buat 500 ekor, tetapi tahun ini 756 ekor. Dia boleh lihat ke mana pergi semua ekor (lembu) ini," ujarnya.


Setiap tahun, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor akan memperuntukkan sejumlah dana rakyat untuk membeli dan mengagihkan lembu korban ke semua Dewan Undangan Negeri Selangor.


Namun apa yang menjadi persoalan ialah, mengapa agihan lembu itu turut meliputi Wilayah Persekutuan walhal kawasan itu bukan dalam negeri Selangor ?


No comments: