Monday, October 8, 2012

Aktiviti pasir S'gor tidak diaudit, Umno gesa SPRM siasat



Post Pic
SHAH ALAM: Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan di dalam industri mengorek pasir di negeri Selangor memandangkan ianya tidak diaudit.

Menegaskan pasir adalah hak rakyat negeri Selangor di mana kerajaan negeri hanya diberikan amanah untuk menjaganya, Ismail berkata pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya tidak mengabaikan sebarang rungutan serta aduan daripada rakyat berhubung sebarang penyelewengan yang dikaitkan dengan industri tersebut.

“Kita juga ada mendapat maklumat memang ada aktiviti mengorek pasir di Selangor ini walaupun sudah menjadi rungutan banyak pihak termasuk seluruh rakyat Selangor, tetapi pihak kerajaan negeri macam membuat pekak sahaja seolah-olah tiada apa-apa.

“Saya setuju dengan pandangan (Ahli Parlimen Kapar) S Manikavasagam bahawa memang sebahagian (keuntungan) yang dibuat itu kebarangkaliannya untuk membiayai projek-projek tertentu, tetapi setakat mana kesahihannya atau hanya digunakan oleh pemimpin tertentu (tidak dapat dipastikan) kerana apa yang dilakukan itu tidak diaudit.

“Jadi saya minta pihak tertentu seperti SPRM mengambil langkah-langkah yang sewajarnya kerana pasir adalah hak rakyat negeri Selangor. Kerajaan negeri yang bertanggungjawab hari ini hanya satu amanah yang diberi,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
baca selanjutnya disini

No comments: