Friday, June 15, 2012

Sultan Johor Menyentuh Isu Bidaan WWW 1 Dalam Titah Perasmian DUN Johor


14.06.2012, Khamis - Hari ini Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 yang berlangsung di Kota Iskandar. Dalam titah ucapannya, Tuanku sempat menyentuh isu kritikan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin yang mengkritik baginda atas kemenangan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 di Twitter baru-baru ini.  Titah baginda :-
  • "Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).  Adakah dia lupa tentang adap Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?"
  • "Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar.  Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik?  Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak dikaki sendiri tidak mampu diubati".
Tambah baginda lagi, setiap tindakan yang dilakukan oleh baginda adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan berharap segala kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan kepada umum. Jika Dato' Seri ingin memohon maaf, kemaafan hendaklah diminta kepada seluruh rakyat Johor. 
sumber tengkusyah
-------
tren sekarang ni, bila orang ternama berbelanja berlebihan jadi satu kesalahan la pulak. dipertikaikan atas alasan apa? kalau duit dia orang banyak dan mampu kenapa pulak la nak irihati sampai cakap dan fitnah macam-macam? tak semestinya mereka ni abaikan orang yang susah dan yang memerlukan. mungkin yang tak dapat tu tidak dikemukakan untuk dapatkan bantuan, atau mungkin terlepas pandang, takan itu salah mereka pulak? apa guna jawatan seperti pemimpin kecil kawasan tertentu diberikan jika tidak dapat membantu? jangan terlalu cepat menuding jari kalau tidak tahu punca sebenarnya. memang semua orang boleh kata apa saja tanpa bukti. tapi takanlah nak terima bulat-bulat tanpa bukti dan fakta sebenar. bila fitnah atau cakap tu tak tepat nanti kena balik batang hidung sendiri, dapat dosa kering je kan. tak gitu? ~belimbingbintang

No comments: