Thursday, June 14, 2012

Isu Scorpene: Tuduhan Tidak Berasas

Datuk Zulkifli Noordin semalam telah menangkis tuduhan tidak berasas yang ditimbulkan terhadap isu kapal semalam Scorpene dan kes yang berlaku di mahkamah Perancis yang dibuat oleh pihak pembangkang.
Bekas peguam bagi Ketua Pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata bahawa beliau tahu akan strategi pembangkang di mana tujuan mereka untuk meraih kembali isu ini adalah untuk mengaitkan Datuk Seri najib Tun Razak.

"Sudah saya ulang beberapa kali, kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PM. Jika ada, sudah tentu saya telah mempersoalkan tentang perkara ini dahulu. Saya tidak membuat sebarang persoalan kerana ia tidak mempunyai sebarang kaitan langsung" kata Zulkifli.

Zulkifli, yang ditemuramah di lobi Parlimen semalam berkata bahawa isu kapal selam Scorpene di Perancis bukanlah satu isu yang besar di sana kerana pihak berkuasa masih lagi sedang menjalankan siasatan, bukannya sedang dibicarakan di mahkamah.

"Di Perancis, pihak mahkamah mempunyai kuasa dalam menjalankan siasatan, perkara ini masih lagi dalam siasatan, bukannya sedang dibicarakan.
"Ia hanyalah siasatan biasa. Jadi, mereka mungkin atau tidak mungkin akan menjalankan sebarang perbicaraan terhadap perkara ini. "Semuanya bergantung kepada mereka." kata beliau.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima dua buah kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak pada tahun 2009. Selain itu, Zulkifli, ahli Parlimen bebas bagi Kulim Bandar Baru, mencadangkan agar Majlis Peguam, seperti di Sabah dan Sarawak, perlu ditubuhkan di setiap negeri bagi menggantikan Majlis Peguam sekarang.

Ini, menurut beliau, mampu memberikan autonomi yang lebih besar bagi setiap negeri. "Majlis Peguam di Sabah dan Sarawak telah membuktikan bahawa mereka adalah efektif dan mampu mengawal ahli-ahli mereka dengan baik. "Tiada aduan yang dibuat terhadap Majlis Peguam di kedua-dua negeri tersebut. Bukan seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung sekarang."

Beliau menyatakan bahawa beliau risau akan rancangan untuk membenarkan peguam-peguam asing untuk bercampur dalam industri undang-undang negara dan Majlis Peguam kini mungkin tidak mampu untuk menguruskan perkara tersebut.

"Majlis Peguam yang kita ada sekarang mempunyai terlalu banyak perkara yang mereka perlu uruskan, saya tidak rasakan bahawa mereka mampu untuk menampung perkara ini," kata beliau.

beruang biru
---------
ada saja isu yang nak memburukan PM dan kerajaan. selagi tak dapat putrajaya tu selagi tu la puak PR nih akan buat kecoh. isu pembelian scorpene ni pun dia orang nak politikan, nampak sangat la macam main buah dadu macam ibrahim pendek tu dalam cerita ali baba bujang lapuk, baling buah dadu lepas tu "mari kita lihat siapa yang kena", bila tak kena cari isu yang lain pulak la nanti. mungkin banyak isu rekaan mereka yang sedang menunggu untuk dilepaskan, siapa tahu kan? wallahualambisawab ~belimbingbintang 

No comments: