Monday, June 11, 2012

Bertindak Demi Masa Depan Anda Dan Negara


BAYANGKAN keadaan di mana negara mengalami inflasi, pengangguran meningkat seterusnya berlakunya kenaikan harga barangan keperluan yang tidak dapat dikawal sehinggakan golongan ibu bapa terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk menyara keluarga.

Hal ini boleh menyebabkan institusi kekeluargaan lama-kelamaan boleh runtuh kerana ibu bapa tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak kerana kesibukan bekerja.

Dalam pada itu pula, pendidikan dijadikan perniagaan untuk mengaut keuntungan. Ekoran itu, yang miskin keciciran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Ini semua boleh berlaku disebabkan perubahan kuasa memerintah negara yang diambil alih oleh pihak lain

Apakah ini bakal berlaku? Mungkin juga, kerana ramai lagi dalam kalangan kita yang masih tidak mendaftar dan tidak ambil kisah untuk mengundi setiap kali pilihan raya umum diadakan. Mereka ini sama ada tidak sedar atau tidak tahu akan kepentingan mengundi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), seramai 4.3 juta rakyat di negara ini yang brusia 21 tahun dan ke atas masih belum berdaftar. Kajian menunjukkan sikap rakyat yang tidak mengutamakan untuk mengundi adalah faktor utama mereka tidak berdaftar.

Memang diakui kebanyakan rakyat di negara ini terutamanya golongan muda gagal untuk memmahami politik tanah air atau tidak ambil peduli mengenainya. Ini memberi impak yang sangat kuat selepas pilihan raya. Golongan ini bagaikan tidak berbangga menjadi rakyat Malaysia. Ini mungkin kerana mereka tidak pernah berdepan dengan penjajahan dan mengalami sendiri keperita akibat dijajah.

berikutan disebabkan pemahaman mengenai politik yang kurang, kereka tidak terdedah dengan semangat dan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada bangsa dan negara. Dalam pada itu, mereka sering didedahkan dengan berita atau maklumat-maklumat yang kurang tepat mengenai kerajaan yang menyebabkan mereka mengalami kecelaruan maklumat sekali gus membenci kerajaan.


Mereka juga mungkin kurang peka negara ini yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan. Berdasarkan sisten beraja sebelum penjajahan British, raja mempunyai kuasa yang mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri. Raja dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik. Setelah Tanah Melayu dijajah, kuasa raja mula terbatas iaitu raja harus menerima nasihat Residen British dalam semua perkara kecuali adat istiadat Melayu.

Perkara ini berulang semasa Malayan Union diperkenalkan seterusnya british vertindak untuk menghapuskan kuasa raja-raja melayu. Perkara ini ditentang hebat oleh orang Melayu dan kuasa raja-raja dikembalikan semula semasa Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan. Institusi beraja telah dikekalkan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia hingga ke hari ini. Raja berpelembagaan bertindak mengikut perlembagaan yang ditetapkan.

Kita sebagai rakyat boleh mengekalkan sistem beraja ini dengan cara mengundi. Dengan cara ini juga kita boleh mempertahankan kepentingan bangsa Melayu. Jika tampuk pemerintahan kita bertukar tangan, berkemungkinan besar kuasa raja dikurangkan atau terhapus sama sekali.

Generasi muda ialah orang yang tepat dan bertanggungjawab untuk menentukan nasib bangsa pada masa depan. Justeru mereka harus tahu akan kepentingan mengundi.Daripada menyalahkan pemimpin yang mentadbir negara kononnya tidak betul, seharusnya kita dama-dama membantu kerajaan membangunkan negara, bukan memusnahkannya dengan mengikut trlunjuk mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan negara ini.

Sebagai rakyat, kita mestilah membantu kerajaan untuk mengekalkan keharmonian negara.Sesungguhnya urusan politik negara, bukan hanyaterletak dalam kalangan pemimpin negara sahaja. Politik ada kaitannya dengan masa depan rakyat Malaysia termasuk golongan muda di negara ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya mempertahankan hak istimewa yang disediakan. Setiap rakyatMalaysia berhak menentukan masa depan masing-masing dengan mengundi pemimpin atau parti politik yang mampu mengjaga kepentingan bangsa dan negara. Bukan hanya untuk melindungi kepentingan individu atau parti. Setiap rakyat pasti mahukan yang terbaik untuk masa depan mereka.

Sebagai pewaris bangsa, golongan muda haruslah sedar dakan tanggungjawab dan melakukan sesuatu untuk membuktikanbahawa kita juga berperanan besar dalam menentukan  masa depan bangsa dan negara. perjuangkan hak anda selagi mampu.

Walaupun Malaysia adalah negara yang aman dan rakyat berada dalam keadaan yang selesa tetapi keadaan ini tidak berterusan jika kerajaan tidak mendapat sokongan rakyat.

Di samping itu, kita ditugaskan untuk mempertahankan kemerdekaan yang dicapai dari hasil keberanian dan keperitan pejuang-pejuang kemerdekaan. Ramai yang terkorban dalam mencapai kemerdekaan itu. Maka, janganlah kita mempersia-siakan pengorbanan mereka.

Justeru golongan muda berhak mengundi pemimpin yang dirasakan mampu mempertahankan bangsa dan negara. Cuba fikir sejenak, pihak mana yang banyak membantu rakyat selama ini manakala pihak mana pula hanya mencetuskan kekacauan.

AZNUR 'ALYAA SOFIA AZIZ
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
UiTM Shah Alam.

sumber dari Utusan Malasysia, 11 Jun 2012.
---------

renung-renungkanlah. jika kerajaan sekarang ini kita sudah tahu hati budinya selama mentadbir negara. adakah kita tahu jika kerajaan bertukar tangan, bagaimana hati budi pentadbir yang baru nanti? bagaimana kalau kerajaan itu nanti tidak seperti apa yang pernah kita rasa selama ini malah ada kemungkinan jauh lebih tidak selesa (teruk). jika selama ini kita rasa selesa dan aman serta boleh bermesra walaupun berbilang kaum. apa akan jadi jika keadan ini tidak dapat dikekalkam malah nanti mungkin isu perkauman jauh lagi tertekan? siapa yang akan rugi sebenarnya??? ~belimbingbintang

No comments: