Wednesday, June 6, 2012

Hal K-Pop Pun Jadi Kecoh, Apa Celop?


puak-puak PR sibuk menghentam UMNO/BN pasal persembahan artis k-pop dari luar negara. kononnya aktiviti seperti itu merosakkan generasi muda. tak kurang juga mengatakan ianya pembaziran dan menyarankan program kerohanian diadakan agar generasi muda jadi orang baik-baik, gitu!



kalau UMNO/BN buat memang selalunya menjadi kesalahan, guna duit kerajaan la, itu la, ini la tapi kalau puak-puak PR buat sampai habis duit kerajaan negeri tu tak apa, tak salah la yek? 
(ce tengok kat sini dan sini).

patutnya yang buat persembahan ni tahu prosedur sebab dah memang orang Malaysia. tapi kenapa boleh pulak? sedangkan artis k-pop tu dah tentu la orang korea. 

jemput artis k-pop untuk program himpunan jutan belia je bukannya setiap bulan pun. bukannya tak ada artis tempatan yang buat persembahan masa himpunan jutaan belia hari tu, ramai la beb. artis yang baru ada, yang tak berapa nak popular pun ada. lagi pun penaja yang bayar bukan KBS. penjelasan pun telah dibuat oleh pihak KBS, rujuk kat sini.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan.” 

“Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat. Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan.” 

~ Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. 

biasa la, puak-puak sana tu cuma fokus pada yang negatif je, yang positif cam nampak tak nampak je bagi dia orang. adat la, kesilapan memang sentiasa berlaku tapi tak berarti ianya tidak boleh diperbaiki. menerima teguran dan permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh menteri belia dan sukan patut dicontohi. 

kadang-kadang orang yang ilmunya tinggi ni jadi riak dan angkuh (tak semua). patutnya orang macam ni nak tegur orang umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak bertabur. wallahualambisawab. ~belimbingbintang

No comments: