Wednesday, January 18, 2012

Umat Islam Sokong LGBT Murtad

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad. Baca selanjutnya. (petikan dari utusan online)

‘‘Dalam hal ini kita boleh merujuk kepada firman Allah SWT menerusi surah Hud ayat 113 yang bermaksud: ‘Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan’,” katanya.

BB : ada ke Agama yang menyokong LGBT ni? Allah ciptakan manusia berpasangan dengan pasangan yang betul bukan pasangan yang songsang. ni semua kemahuan SYAITAN. makin banyak sekarang ni SYAITAN bertopengkan manusia.

No comments: