Sunday, January 8, 2012

Gelaran Megat, Puteri, Tun dan Meor Boleh Digunakan Semula

06.01.2012, Jumaat - Tiga bulan lepas terdapat sedikit kekecohan apabila ada kerabat diraja Perak yang ingin mendaftarkan nama cucundanya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dengan gelaran Megat kerana suami anaknya “orang kebanyakan” tidak dibenarkan lagi oleh pihak JPN kecuali ayahnya memang ada gelaran Megat. Isu ini sebenarnya memang hangat diperbincangkan dikalangan kerabat diraja terlibat. Kebiasaannya di Perak jika seorang Perempuan daripada kerabat Diraja Perak berkahwinan dengan lelaki kebanyakan iaitu lelaki yang tidak mempunyai gelaran dihadapan namanya, anak-anak yang lahir akan menggunakan gelaran Megat jika lelaki dan Puteri jika perempuan. Walau bagaimanapun cucunda-cucunda lelaki Sultan Perak sekarang yang berbapakan orang kebanyakan memang tidak menggunakan gelaran Megat dihadapan nama mereka. baca selanjutnya

sumber dari tengkusyah.blogspot.com

BB : ha... cek balik salsilah keluarga untuk kepastian... ;-)

No comments: