berpendirian tetap itu mesti... bukan seperti lalang... perubahan ikut kesesuaian... teguran sentiasa ada... ikhlas itu penting...
Tuesday, February 28, 2017
MUHYIDIN MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI
Saturday, February 25, 2017
Perangi Penyebaran Maklumat Palsu Jatuhkan Kerajaan BN - PM Najib PEKAN, 25 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyebaran maklumat palsu menerusi media sosial dan pemimpin terdahulu bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara demokrasi perlu diperangi habis-habisan.
Beliau berkata ancaman baharu secara serangan minda dan hati menerusi penyebaran berita palsu serta fitnah adalah amat bahaya kerana ia dilakukan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik tersendiri.
Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu bersama-sama kerajaan untuk bangkit mempertahankan negara daripada serangan anasir berkenaan yang boleh menggugat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi ketika ini.
"Mempertahankan negara kita bukan hanya bererti negara diserang dari luar dengan kehadiran bala tentera, tetapi serangan yang lebih berbahaya lagi ialah serangan kepada minda kita dan hati kita.
"Apabila minda kita dan hati kita diserang dengan berita, dakyah dan maklumat palsu serta fitnah atau 'fake news' (berita palsu) yang keluar melalui media sosial atau pemimpin tertentu dengan tujuan jatuhkan sebuah kerajaan, maka inilah ancaman paling bahaya. Maka, kita akan perang habis-habisan," tegas beliau.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini, Sabtu.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Karuak dan Timbalannya Datuk Jailani Johari serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abd Wahab.
Perdana menteri berkata berikutan penyebaran dakyah palsu, banyak langkah dan tindakan kerajaan untuk kebaikan rakyat telah disalahertikan sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.
"Sebagai sebuah kerajaan, kita dah buat macam-macam...tetapi apabila ada berita palsu yang cuba selewengkan sesuatu perkara, benda baik pun jadi tidak baik dan kontroversi, umpamanya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.
Beliau berkata ketika kerajaan mencari rakan strategik untuk Proton Holdings Berhad, tindakan itu turut disalahertikan sebagai menjual syarikat berkenaan kepada China sedangkan ia sebenarnya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat bagi menyelamatkan 'periuk nasi' para pekerjanya.
Sementara itu, Najib berkata rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, kaum atau agama wajib mempertahankan kedaulatan dan keamanan yang dikecapi negara.
"Asas kita adalah sama iaitu Malaysia adalah negara sama untuk rakyat biasa, pemimpin tertinggi atau raja... cuba bayangkan kalau kita tidak ada negara seperti etnik Rohingya yang tinggal di Myanmar tanpa kerakyatan.
"Lihat sahaja di televisyen, saban malam, saban hari bagaimana hidup mereka...bagaikan nyawa di hujung tanduk apabila tidak mempunyai kerakyatan, mereka terpaksa terima apa jua tindakan zalim, dirogol dan dibakar hidup-hidup. "Jadi, apabila kita diberikan kerakyatan maka itulah nilai yang paling berharga.
Sebagai rakyat, kita wajib mempertahankannya sebab inilah negara kita, inilah tempat lahir, tumpah darah dan akan disemadikan suatu hari nanti," katanya. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Komuniti 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 dengan johan disandang oleh Komuniti 1Malaysia Mukim Ayer Hitam, Johor.
Tempat kedua dimenangi Komuniti 1Malaysia Felda Keratong 3, Pahang manakala Komuniti 1Malaysia Projek Perumahan Awam Seri Perlis 2, Kuala Lumpur.
Setiap pemenang menerima geran bernilai di antara RM4,000 hingga RM10,000. -- BERNAMA
Friday, January 27, 2017
KERAJAAN PATUT TUBUHKAN PASUKAN KHAS SIASAT SKANDAL FOREX BNM
Kerajaan Patut Tubuhkan Pasukan Khas Siasat Skandal Forex BNM
Dalam sebulan dua ini, pentas politik negara disajikan dengan "political maneuvers" Mahathir yang pelbagai.
Serang BR1M sebagai rasuah, tuduh Haji 1MDB tidak mabrur, buat U TURN halalkan BR1M, ceraikan PAS talak tiga dan tersasul burukkan Anwar Ibrahim dalam Buletin Utama TV3.
Dari kedudukan offensif , kini Mahathir dan pembangkang terduduk dalam keadaan defensif. Isu BMF dan "Forex Scandal" datang balik untuk hantui Mahathir.
Tiba tiba muncul isu skandal BMF. Satu waktu dahulu di zaman tiada media sosial pernah dikecohkan hanya di kedai kopi dan ceramah pembangkang sahaja.
Tular dan bisingnya isu itu tidak masuk terus ke setiap telefon bimbit rakyat. Kali ini, BMF itu menjadi tular sekali. Menariknya, rakyat sendiri "investigate" maklumat itu dengan teknologi yang ada sekarang.
Siapa sangka pihak Central Intelligence Agency of America (CIA) akan mendedahkan semua hasil risikan dan dapatan mereka selama 25 tahun untuk tatapan umum.
Dalam pendedahan itu ada pula sebut kisah skandal BMF. Ramai dari rakyat Malaysia yang masih bawah umur pada tahun 1983, tidak tahu langsung apa itu BMF.
Maka riuhlah seluruh negara sekarang membicarakannya. Yang tidak bermaklumat menjadi terkejut, tambah lagi jika mereka adalah golongan pentaksub Mahathir.
Terkini, Tun Mahathir sudah pun menjawab isu itu dari sudut dan versinya sendiri. Seperti biasa jawapan Tun Mahathir tidak disahkan oleh mana mana pihak dan boleh dianggap sebagai jawapan membela diri sahaja semata mata.
Yang pasti ia jawapan dari orang yang sedang tersepit.
Apa yang menarik adalah, skandal berskala mega yang terjadi di zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri, didapati tiada satu pun siasatan dijalankan oleh pihak ketiga selain dari pihak yang berkepentingan seperti Mahathir sendiri.
Maka apa yang terhasil dari siasatan itu, terhad. Suspek sahaja, tiada siasatan mendalam dan tiada kredibiliti malah boleh dianggap sebagai “ochestrated”.
Mereka mereka yang didakwa dan dikenakan hukuman boleh juga mendakwa mereka sebagai “kambing hitam” yang diugut , takut dan mungkin terpaksa.
Yang disabit kesalahan itu tiada laluan untuk mengadu kepada rakyat bahawa mereka dipaksa dan diarah. Tiada Facebook dan Whatsapp pada zaman itu untuk mengadu. Maka hukuman terhadap mereka boleh dikatakan tidak 100% adil.
Kini sebelum kering lagi disidai isu skandal BMF , muncul pula skandal kerugian dagangan Bank Negara Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir.
Jika ikut "standard" yang Tun Mahathir sendiri cipta , iaitu apa apa terjadi di bawah kerajaan Dato Seri Najib adalah tanggungjawab Najib.
Maka bolehlah didakwa perkara yang sama juga kepada Tun Mahathir atas kerugian dagangan BNM.
Pernah juga diadakan seminar dan forum berkenaan isu ini. Di mana pembangkang menyatakan wang rakyat dijadikan umpama berjudi di kasino iaitu “Bank Negara Forex Scandal–When Government Becomes Speculator” pada 2 Jun 2012.
Forum itu dihadiri oleh Guan Eng, anak kawan baik Mahathir kini yang mahu dilantiknya sebagai calon TPM.
24 Februari 2013, Roketkini, Lim Kit Siang (kawan baik Mahathir sekarang) pernah menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk siasat kerugian RM30 billion di Bank Negara dan kehilangan hampir RM100 billion ketika zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Sama seperti isu BMF, dulu Kit Siang gesa badan siasatan yang sama diwujudkan. Kini Kit Siang sudah "kawtim" dengan Mahathir sebab mahu kuasa dan jawatan TPM. Membisu dan tidak pertikaikan lagi isu BMF dan "Forex Scandal" Bank Negara.
Dalam sebuah tajuk di akhbar, seseorang yang masih hidup dan melalui isu ini di Bank Negara iaitu Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Murad Khalid mendedahkan Bank pusat itu kerugian sejumlah RM10 billion (nilai hari ini 3 kali ganda) .
Jumlah kerugian wang rakyat yang diperjudikan itu lebih besar dari RM2.6 billion yang dijaja ke hulu dan ke hilir oleh Tun Mahathir.
RM2.6 billion itu bukan kerugian. Ianya hanya wang derma yang dipolitikkan oleh Mahathir. RM2.6 billion dengan 1MDB adalah cerita yang berlainan. RM2.6 billion bukan duit 1MDB, itu duit derma dari Arab Saudi.
Apa yang pelik, dalam isu "Forex Scandal" Bank Negara itu tiada langsung minat untuk mencari pesalah dan menghukumnya dibuat pada zaman Mahathir.
Jawapan yang diberi oleh bekas Gabenor iaitu Allahyarham Jaafar Hussein adalah “Saya Silap”. Itu sahaja dan jumlah yang dikaitkan pula berbeza iaitu RM5.7 billion.
Bermakna isu ini belum betul betul disiasat sehingga hari ini. Mengapa jumlah berbeza datang dari individu yang berbeza - beza? Mana satu yang betul?
Maka jika Tun Mahathir sangat lantang berkenaan isu 1MDB dan RM2.6 billion yang dipilih olehnya untuk menyerang Dato Seri Najib dan kerajaan , maka isu pada zamannya juga perlu disiasat.
Kerugian wang rakyat dalam Forex Scandal perlu dibuka untuk siasatan. Satu badan khas siasatan perlu ditubuh. Saksi dan keterangan yang bercanggah ini perlu diforensik semula.
Seperti kata Datuk Murad Khalid, mungkin fail dan dokumennya sudah berkulat dan dimakan anai anai, namun keperluan untuk mengetahui apa sebenar terjadi dan ke mana wang itu pergi harus diadakan siasatan.
Selain itu ada juga pihak yang mendakwa , skandal Forex ini sengaja dikatakan sebagai kerugian tetapi sebenarnya wang itu sudah dialihkan ke tempat yang lain.
Maka, ini menjadikan sebab untuk diadakan siasatan bertambah kukuh. Siapa yang arah? Siapa yang ambil? Di mana wang itu disimpan?
Kerajaan tidak boleh berlengah lagi kerana orang seperti Datuk Murad dan Tun Mahathir masih hidup untuk memberi kenyataan dan menjawab soalan - soalan jika diwujudkan badan siasatan berkecuali.
Selama ini kenyataan dari Tun Mahathir lebih kepada “self defence” dan “denial” sahaja. Kini waktu terbaik untuk “establish” apa sebenarnya yang terjadi.
Tukarkan isu "Scandal Forex" ini dari dianggap sebagai kesilapan keputusan pelaburan BNM kepada kes jenayah. Sama seperti mana Tun Mahathir menjadikan isu perniagaan 1MDB kepada isu jenayah.
Malah , isu isu lain juga seperti Perwaja, MAS, Maminco dan lain lain perlu dibuka semula untuk siasatan kerana banyak keraguan terdapat padanya.
Rakyat hendak tahu yang sebenarnya, siapa yang "curi" duit sampai RM27 billion dari Bank Negara. Badan penyiasat perlu ditubuh segera.
Tulisan :
Beruang Biru
BB250, Jumaat
27 Januari 2017
KIT SIANG YANG DESPERADO
Monday, January 23, 2017
HUBUNGAN PAS DAN PPBM SEMAKIN SUKAR DICAPAI
Thursday, December 29, 2016
*Zaid Cuba Ajar Orang Melayu Jadi Orang Yang Tidak Mengenang Budi – Ismail Kijo*
AMPANG, 28 Dec – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Dato Ismail Kijo membidas kenyataan Zaid Ibrahim yang meminta orang Melayu supaya membuang sikap mengenang budi berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dikeluarkan melalui sebuah portal pro pembangkang hari ini.
Menurut beliau, biarpun Zaid bercakap dalam sudut konteks politik, namun seruannya seolah-olah mahu orang Melayu membuang sikap positif itu dan menjadi sepertinya, seorang yang tidak mengenang budi.
“Ada banyak lagi sudut lain yang boleh beliau cuba untuk putar belit dalam isu pemberian BR1M ini. Tetapi kenapa beliau nak seru orang Melayu suruh buang sikap mengenang budi biarpun dalam konteks hubungan antara pemerintah daan kerajaan?
“Apakah Zaid berpandangan bahawa dalam hubungan antara pemerintah dan rakyat, sikap mengenang budi itu tidak perlu? Kita tidak perlu berterima kasih pada yang membantu, malah kita boleh bersikap tikam belakang terhadap mereka yang membantu kita semata-mata atas nama politik?
“Apakah sikap tidak mengenang budi seperti itu yang Zahid mahu orang Melayu semarak dan amalkan dalam berpolitik? Seolah-olah dalam politik tidak perlu nilai positif seperti itu?,” soalnya ketika bercakap kepada UMNO Online hari ini.
Tambahnya lagi, sikap mengenang budi adalah sikap postif yang perlu ada dalam setiap diri orang Melayu dan mengamalkan sikap mengenang budi akan membuahkan lebih banyak kebaikan dalam kehidupan seharian berbanding keburukkan.
“Inilah yang saya lihat dalam pembangkang. Mereka ini amat kurang mementingkan sikap-sikap positif khususnya dalam berpolitik yang akhirnya akan merebak dalam kehidupan kita seharian.
“Mereka menggalakkan rakyat memberontak, mengadakan demostrasi jalanan semata-mata atas nama politik. Sedangkan keburukkan daripada tindakan mereka itu lebih banyak berbanding kebaikan.
“Mereka juga mendidik rakyat bersikap kurang ajar, memaki hamun pemerintah dan orang yang tidak sama pendapat dengan kata-kata kesat. Hari ini, ada pula pemimpin Melayu di kalangan mereka mahu orang Melayu membuang sikap mengenang budi. Nilai-nilai negatif seperti inilah yang sedang cuba diterapkan oleh pemimpin pembangkang terhadap rakyat, khusunya orang Melayu,”tegasnya.
Justeru itu beliau berharap agar orang Melayu khususnya dan rakyat amnya agar jangan terpengaruh dengan nilai-nilai negatif yang cuba diterapkan oleh pembangkang dalam pemikiran rakyat.
“Dalam isu BR1M ini, ianya adalah hasil inisiatif kerajaan yang diketuai Datuk Seri Najib untuk membantu meringankan beban sebahagian rakyat di negara ini. BR1M diberikan tanpa mengira kaum dan agama.
“BR1M bukanlah satu rasuah kerana tidak ada syarat bagi penerima BR1M untuk berjanji mengundi BN sekiranya mahu menerima bantuan itu.
“Dan kerajaan juga tidak meminta-meminta agar rakyat khususnya orang Melayu untuk mengenang budi mereka, tetapi kerajaan mahu rakyat dan orang Melayu berfikir serta bijak menilai, siapakah yang benar-benar boleh berkerja dan berkhidmat untuk rakyat dan siapa yang hanya tahu bercakap politik semata tetapi tidak tahu berkhidmat dan membantu rakyat,” ujarnya.-MediaUMNO
Wednesday, November 23, 2016
SELAMATKAN MALAYSIA, KRONI ATAU KELUARGA?
1. Deretan koleksi kenderaan mewah milik Mokhzani Mahathir dikatakan benilai mencecah RM38 juta. Kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia berjumlah lebih dari 100 buah. Semua orang tahu...
2. Ini belum lagi dihitung kepentingan dalam Sapura Kencana yang sudah dilepaskan pegangan saham serta kontrak berbilion carigali dari Petronas. Agaknya, berapa nilai kekayaan anak Tun M itu yang khabarnya tidak diizin berniaga ketika bapanya berjawatan PM. Itupun semua orang tahu...
3. Berbilion juta harta kekayaan milik Mirzan Mahathir usah dipertikaikan lagi. Konsortium Perdana miliknya dulu dikatakan pernah di'bail-out' berbilion ringgit oleh Petronas menggunakan wang rakyat, sehingga menimbulkan keretakan hubungan Anwar dan Mahathir semasa keduanya menjadi PM dan TPM. Ini juga ramai yang tahu...
4. 22 tahun atas nama penswastaan, hanya beberapa syarikat terpilih untuk melaksanakan projek besar berskala mega. YTL, Berjaya Group, Kumpulan Bukhary, Binariang, Ting Pek Khing, UEM. Inilah kroni-kapitalisme. Di era itu belum ada media sosial yang boleh menghebohkan agenda pakatan menfaraidkan segala harta negara. Namun ia bukan lagi rahsia di zaman ini. Ia 'open secret' yang diketahui umum!
5. 1MDB muncul. Semua syarikat gergasi 'peliharaan' Tun M itu seakan diam menyepi. Monopoli yang dikuasai selama ini seolah dipecahkan. Harta negara kini dialirkan untuk nikmat semua usahawan, bukan hanya kepada dua tiga kerat suku sakat yang kononnya dianggap pakar dalam segala.
6. Lantas bila BR1M diagihkan, Tun M mendakwa ia adalah 'dedak' dari Najib untuk rakyat. Walhal ianya adalah jaringan keselamatan sosial, bantuan langsung yang masuk ke dalam isi rumah rakyat yang memerlukan. Tapi 'dedak' yang beliau tabur pada syarikat kroni-kroninya itu tidak pula beliau sebut dipentas.
7. Walau sedikit agihannya, namun meluas. Di anggar seramai 7.2 rjuta orang penerima paling tidak merasa, mendapat nikmat yang diberi sama rata. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu pening kepala memikirkan soal kos anak sekolah di awal tahun.
8. Segala perancangan Tun M menemui jalan buntu. Usaha politik 'dinasti', mengkayakan kroni dan menjaga kepentingan keluarga tersekat apabila Najib punyai pendekatan serta gaya pimpinan tersendiri yang lebih holistik.
9. Tapi 1MDB pula dijadikan sasaran. Hasrat menaikkan Muhyiddin sebagai 'transit' PM terbantut bagi membuka laluan untuk Mukhriz menjadi Menteri Perdana selanjutnya.
10. Muhyiddin kerana ketidaksetiaannya menjadi 'api dalam sekam' dan bagai 'gunting dalam lipatan', kemudian disingkirkan, maka terputuslah 'talian hayat' Tun M dalam kabinet yang memalapkan impian peribadi.
11. Agenda besar untuk menobatkan Mukhriz ke arus perdana kepimpinan melalui jalan halus bermula 2013. Namun dengan takdir Allah, jawatan Naib Presiden yang ditandingi gagal dimenangi ketika itu.
12. Pada 2004, tatkala Pak Lah mengemudi PRU ke-11, segala percaturan calon di Kedah dikemudi Mahathir sendiri. Sekali lagi pada 2008, Tun M menggunakan alasan BN tewas di 5 negeri sebagai justifikasi untuk Pak Lah berundur. Meski dalam masa yang sama Pak Lah diasak agar Mukhriz dilantik ke jawatan kabinet, walhal Khairy menantunya yang lebih menang bergaya dan berada di puncak jawatan Ketua Pemuda tidak pula diberi laluan.
13. PRU 2013, Tun M menggunakan formula yang sama. Najib diasak agar Mukhriz dilantik kejawatan MB. Sungguh pun ketika itu 'Jeneral Perang' adalah Ahmad Bashah, namun atas dasar akur dan patuh pada pucuk pimpinan, beliau sekali lagi redha atas ketentuan Allah.
14. Tapi setelah 3 tahun tempoh diberi, Mukhriz lebih gemar bersantai dan bersenang lenang dengan sikap politik glamour dan kendiri 'selfie'nya. Entah kurang jelas, agenda pembangunan ekonomi, peluang untuk anak muda mahupun misi segar yang boleh meletakkan Kedah setanding dengan negeri lain bagaikan kabur dari pandangan.
15. Benarlah kata-kata hikmah, kebijaksanaan, kepimpinan dan iman tidak boleh diwarisi. Ianya perlu digilap, dilatih dan tidak mudah datang dengan sendiri.
16. Tatkala gerak kerja UMNO Kedah juga lembap, sebaliknya segala harta dan hasil mahsul anak syarikat negeri dikatakan puas diagih sesama pegawai Mukhriz yang 21 orang jumlahnya. Walhal, ramai antara mereka ini tidak pernah pun berbuat apa jasa pada Kedah, telahan lagi banyak yang datang dari luar. Tapi Mukhriz terus mendabik dada, kononnya dia 'berjaya' di Kedah.
17. Sehingga kini, tiada apa legasi yang boleh dibanggakan. Tidak setara sama sekali dengan kepimpinan Osman Aroff, apatah lagi Syed Razak malah jauh lebih rendah prestasinya berbanding jasa arwah Ustaz Azizan.
18. Lantas apabila Mukhriz digantikan, dan Ahmad Bashah mengangkat sumpah selaku MB tanggal 4 Februari Mukhriz kelihatan seperti orang "gila talak". Bara dendam di dada Mahathir pula kelihatan kian parah.
19. Maka bermulalah gerakan 'Selamatkan Malaysia' acuan nafsu politik mereka. Deklarasi Mahathir-Kit Sang diuar-uarkan, kononnya tanda solidariti menentang kepimpinan 'zalim' lagi 'menindas'.
20. Walhal, 22 tahun segala akta diperalatkan demi legasi kuasa. Musuh-musuh politiknya ditalqin dan dikapan satu persatu, walau berpotensi. Anak-anak 'diktator' itu kaya-raya, mungkin 'berkat' menggunakan alamat niaga menggunakan kepala surat Seri Perdana.
21. Kini mereka melolong dan menjerit 'Selamatkan Malaysia'? Siapa yang mahu mereka 'selamatkan' sebenarnya? Keluarga mereka? Syarikat kroni? Dinasti politik? Atau Malaysia yang kian hari terus makmur, stabil dan berdaya saing.
22. Di saat orang sedang memperkukuh agenda ekonomi dan memulihkan imej negara, mereka bersekongkol dengan pembangkang dan media asing durjana memperlekehkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Itukah yang dinamakan sebagai 'Selamatkan Malaysia'?
23. Kata dulang paku serpih, mengata orang sebenarnya Mahathir dan anak-anaknya yang lebih.. Sudahlah..Dah Lama Daaaah...!!!
Monday, November 14, 2016
RAFIZI DIHUKUM PENJARA
Saturday, November 12, 2016
KEJATUHAN NILAI RINGGIT BERBANDING USD
Thursday, November 10, 2016
MELAYU, APA SEDANG ANDA LAKUKAN? ANDA SUDAH BUTA?
Oleh: AZMAN HUSSIN
ANDA mengeluh bahawa anda sedang ditindas oleh pemerintah. Adakah ini benar? Apakah wujud penindasan? Kerana penindasan ini anda bangkit menentang pemerintah sehingga negara menjadi tidak stabil dan kucar-kacir seperti hari ini.
Apakah anda sedar apakah hasil dari tangan-tangan anda melawan pemerintah itu?
Anda menunjukkan kepada saya penyelewengan yang dilakukan pemerintah dengan pelbagai bukti. Tetapi, ia bukanlah persoalannya bagi saya. Saya tidak dapat menjawabnya. Anda bergaduh sesama sendiri, sama ada kerana menentang atau membela pemerintah, saling berdebat untuk mempertahankan pendirian masing-masing.
Saya sedar di mana-mana sudut dunia hari ini wujudnya penyelewengan dan penindasan yang dilakukan oleh pemerintah ke atas rakyatnya. Saya tidak akan menutup bangkai gajah dengan nyiru. Saya tidak akan berbahas dengan anda berkenaan perkara itu. Saya tidak akan terjebak dalam perdebatan sebegitu. Ia adalah perdebatan yang hilang punca, semakin berdebat semakin kusut dan tidak dapat diuraikan, malahan tidak menyelesaikan masalah. Saya tidak mahu menjadi hakim.
“Kita seharusnya keluar dari keadaan yang menimbulkan masalah ini agar kita dapat melihat keadaan sebenar,” itu kata Albert Einstein, dan begitulah seharusnya sama-sama kita lakukan untuk melihat permasalahan ini.
Apabila saya memilih tidak melawan dan taat kepada pemerintah, anda menuduh saya bodoh dan menjilat pemerintah. Anda melemparkan bukti-bukti penyelewengan pemerintah dan meminta agar saya menjawab semua persoalan itu jika kerajaan berada di pihak yang benar. Bukan seperti penyokong pemerintah yang lain, saya semestinya tidak akan dapat menjawab semua itu. Saya tidak dapat menipu diri bahawa semua itu seratus-peratus fitnah. Setidak-tidaknya saya tidak dapat melawan arus persepsi bahawa pemerintah itu menyeleweng atau menindas rakyat.
Bagaimanakah akan saya katakan pendirian saya ini?
Kita sebenarnya berada dalam zaman kekeliruan, ramai orang keliru di dalamnya, tercampak ke dalam pusaran arusnya dan tenggelam di dalamnya.
Wahai orang-orang Melayu, apabila anda menentang pemerintah, tidakkah anda sebenarnya telah memilih untuk menjadi lemah? Ketahuilah bahawa apabila anda berpecah-belah anda akan kerugian. Anda akan terpaksa tunduk kepada orang-orang bukan Islam.
Apabila rakyat berpecah-belah, kerajaan atau pembangkang akan tunduk kepada tuntutan orang-orang bukan Islam untuk memenangi undi mereka.
Bagaimana semua itu akan terjadi?
Biar saya terus tunjukkan kepada anda bagaimana semua ini sedang berlaku secara ringkas.
Ia akan berlaku di kedua-dua pihak, sama ada di pihak pembangkang atau pihak kerajaan. Apabila orang-orang bukan Islam menyedari undi mereka akan menentukan siapa yang akan memerintah negara, mereka akan mengeksploitasi anda.
Sama ada parti pembangkang atau parti kerajaan, mereka tidak dapat memerintah tanpa bantuan orang-orang bukan Islam, melainkan orang-orang Melayu bersatu di satu pihak, iaitu sesuatu yang mustahil pada hari ini. Anda akan terpaksa bersekongkol dengan mereka. Anda akan terpaksa membela mereka untuk menjalinkan kerjasama ini. Anda akan terpaksa berkompromi dengan mereka. Institusi-institusi yang memayungi orang-orang Melayu akan diserang. Anda akan lihat Raja-raja Melayu juga mulai diperlekeh dan disindir. Lihatlah bagaimana LGBT, liberalisme, pluralisme dan sekularisme mulai menampakkan diri mereka secara terang-terangan di tengah-tengah pergolakan politik hari ini.
Kenapa ini berlaku? Ia kerana mereka tahu anda tidak dapat berbuat apa-apa, selagi anda memerlukan undi daripada mereka.
Anda harapkan mereka menyokong anda tanpa apa-apa muslihat? Malah mereka menekan anda hingga ke dinding. Mereka akan membuli anda.
Anda tidak nampak?
Mereka seperti perempuan pisau cukur yang mengikis kekayaan anda. Mengugut anda untuk lari jika tidak diberikan, dan jika anda memberikan apa yang mereka mahukan, mereka tetap tidak jujur kepada anda.
Maka, bukankah ini bererti perjuangan anda itu hanya memenangkan agenda orang-orang bukan Islam ini?
Perkara ini bukan ancaman yang sengaja saya ciptakan untuk menakut-nakutkan anda supaya menyokong kerajaan sedia ada. Ia adalah realiti. Saya akan tunjukkan lagi kepada anda.
Anda lihat bagaimana ulama-ulama berhujah untuk membenarkan kalimah Allah digunakan oleh semua agama, sedangkan itu adalah ciri-ciri penyebaran Pluralisme. Anda lihat politikus-politikus cuba memandang ringan tuntutan untuk murtad. Anda lihat politikus-politikus menjadi lebih liberal dan tunduk kepada orang-orang bukan Islam. Anda akan lihat LBGT cuba dihalalkan. Anda akan lihat tokoh-tokoh bukan Islam mepersoalkan agama anda, tetapi mereka akan dibiarkan.
Kenapa semua itu berlaku?
Ya, itu hanyalah kerana mereka mahukan undi orang-orang bukan Islam, kerana undi orang-orang Melayu telah berpecah.
Tidakkah anda sedar, apabila ini berlaku, perjuangan anda menentang kerajaan sebenarnya adalah perjuangan orang-orang bukan Islam kerana mereka yang akan mendapat hasilnya.
Bagaimana pula dengan DAP? Mereka tegas dengan perjuangan mereka, tiada toleransi. Mereka sanggup berpatah arang dengan PAS, hanya kerana tidak mahu menggadaikan dasar-dasar perjuangan sekular mereka. Biar kalah asalkan tidak menggadaikan prinsip mereka daripada menang dengan kehilangan prinsip.
Anda akan lihat mereka akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai tujuan mereka. Ia kelihatan tidak ada prinsip, misalnya dengan menerima Tun Dr Mahathir, tetapi apa yang mereka amalkan adalah kaedah yang tepat untuk mencapai matlamat mereka.
Tetapi, itu tidak terjadi kepada parti kerajaan atau pembangkang Melayu. Mereka semua terdesak untuk menagih undi orang-orang bukan Islam.
Bagaimana pula dengan kerajaan? Adakah anda fikir mereka akan mengalah? Sama ada mereka benar atau tidak, mereka pasti akan melawan dan tidak akan membiarkan parti mereka dikalahkan.
Tahukah anda, penentangan-penentangan ke atas kerajaan di seluruh dunia oleh rakyatnya adalah agenda asing untuk mengubah dunia? Pembangkang atau NGO-NGO biasanya ditaja oleh kuasa-kuasa asing untuk melemahkan kerajaan agar tunduk kepada permintaan mereka, ataupun mereka dijatuhkan. Ia dijadikan alat untuk mengucar-ngacirkan sesebuah negara.
Anda boleh merungut yang kerajaan menggadaikan negara dengan menandatangani perjanjian-perjanjian perniagaan tertentu yang boleh menyebabkan negara kembali terjajah melalui perdagangan. Cubalah anda waraskan diri anda, seseorang penjenayah juga akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri mereka. Maksud saya, kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Mereka mungkin akan berhutang atau menerima dana-dana tertentu untuk membiaya kempen-kempen politik mereka. Semua ini akan meletakkan negara dalam keadaan bahaya.
Hakikatnya, semakin kuat anda menentang mereka, semakin mereka terdesak untuk melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kekuasaan.
Anda nampak? Kesan tindakan anda akan ditanggung oleh anda sendiri sebagai rakyat jelata.
Dilemanya, dari satu sudut anda menentang kerajaan yang anda katakan menyeleweng, tetapi dari satu sudut yang lain, ia memenangkan agenda musuh ke atas anda.
Apakah sebenarnya yang anda tidak berpuas hati sehingga sanggup menentang pemerintah?
Saya boleh katakan yang kehidupan anda semakin baik, tetapi anda yang tidak mensyukurinya, dan apa yang berlaku hari ini adalah penyakit yang dialami oleh masyarakat yang hidup mewah, seperti yang dialami oleh tamadun-tamadun terdahulu, iaitu apabila kehidupan mereka makmur, mewah dan senang, mereka menjadi malas, suka berhibur, tamak dan bercakaran sesama sendiri, sebaliknya saya tidak akan mempersoalkan perkara ini di sini kali ini.
Mari kita ke hadapan lagi, kerana saya tahu anda tidak akan mengakui kehidupan anda sudah menjadi lebih baik pada hari ini. Jadi apa yang dapat saya tanyakan kepada anda, jika anda benar-benar tertindas: “Sekiranya kerajaan bertukar, apa yang anda akan dapat sebenarnya?”
Adakah anda benar-benar percaya negara akan menjadi lebih baik? Adakah ia hanya satu ilusi?
Anda akan melihat negara hanya digantikan politikus-politikus lain. Dan apabila anda menuntut janji-janji anda, mereka akan berdalih dengan skrip-skrip seperti ini, “Kami tidak dapat menunaikan janji-janji kami kerana pemerintah terdahulu telah merosakkan negara ini berpuluh-puluh tahun, sedangkan kami baru sahaja mengambil alih negara ini.”
Kenapa saya katakan begitu? Logik yang mudah, jika kerajaan hari ini dapat menunaikan apa yang dijanjikan pembangkang, sudah tentulah mereka sudah melaksanakan semua itu kerana mereka juga tidak mahu dijatuhkan. Dijatuhkan adalah bermakna mati dalam kamus seseorang politikus.
Lihatlah di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang hari ini, adakah keadaan menjadi lebih baik? Anda hanya mendengar mereka menyalahkan pemerintah terdahulu, dan pemimpin-pemimpin mereka sendiri juga dikaitkan dengan penyelewengan dan rasuah.
Kemudian, fikirkan, kenapa orang-orang bukan Islam bersatu menentang kerajaan, sehingga DAP memenangi banyak kerusi dan menjadi pembangkang yang paling dominan?
Kenapa mereka menentang kerajaan? Adakah mereka dianiayai, sedangkan anda ketahui 8 daripada 10 individu terkaya di Malaysia adalah bangsa mereka?
Tidak, mereka tidak tertindas, tetapi sebahagian daripada mereka sudah kaya-raya dan menggunakan kekayaan itu untuk menguasai politik negara ini. Itu sahaja.
Tidakkah anda pelik kenapa orang-orang bukan Islam bersama pembangkang? Saya tidak perlu mengajar anda bahawa setiap orang akan menyokong sesuatu yang akan memberikan kelebihan kepada mereka. Dan secara tidak langsung nanti, anda akan diperintah oleh kerajaan baru, yang bukan sahaja sama berperangai seperti dahulu, tetapi ia didominasi oleh orang-orang bukan Islam melalui pelbagai cara.
Tetapi, apa pula kebaikan yang anda dapat sebagai orang-orang Melayu dengan tindakan menentang kerajaan dan menyokong pembangkang?
Saya fikir anda telah dikelirukan dan ditipu sebenarnya. Dihasut setiap hari supaya membenci kerajaan sehingga anda tidak sedar anda sebenarnya sedang diperalatkan untuk menjatuhkan pemerintahan oleh orang-orang Melayu itu sendiri. Anda dipergunakan oleh politikus-politikus ini untuk kepentingan diri mereka sehingga anda tidak dapat mempertimbangkan manfaat dan mudaratnya.
Anda mendakwa parti bukan Melayu, misalnya DAP lebih adil dan banyak melakukan kebaikan kepada rakyat. Anda lupa bahawa seorang playboy juga akan berjanji dan melakukan yang baik-baik sebelum dia mendapatkan apa yang dimahukannya.
Anda bertanya saya, kalau begitu adakah kerajaan perlu dibiarkan berkuasa sesuka hati mereka tanpa dibangkang?
Saya tidak dapat menjawab soalan anda itu, tetapi anda sendiri telah melihat keburukan anda menentang pemerintah.
Anda boleh mendesak jawapan daripada saya lagi. Secara idealistiknya, saya mengharapkan pembangkang lebih mengalah kepada pemerintah jika ia boleh mengelakkan keadaan menjadi lebih memudaratkan kepada orang-orang Melayu. Tetapi, saya pasti akan kecewa. Ia tidak mungkin terjadi begitu, kerana pembangkang hari ini telah melanggar semua ini untuk mencapai cita-cita peribadi mereka.
Ya, mereka lebih berminat mengeksploitasi keburukan-keburukan kerajaan, hanya untuk menggapai kekuasaan untuk diri mereka semata-mata.
Jika mereka benar melawan kejahatan dan ketidakadilan, mereka tidak akan melakukan sepertimana yang mereka lakukan sekarang, membiarkan diri mereka ditunggang oleh orang-orang bukan Islam.
Ya, tidak logik mereka tunduk kepada orang-orang bukan Islam jika mereka berjuang untuk orang-orang Melayu.
Fikirlah, anda mungkin marahkan Perdana Menteri atau Kerajaan, tetapi berbaloikah dengan apa yang anda akan dapat? Melawan kerajaan sehingga membiarkan orang-orang bukan Islam memperbodohkan parti pembangkang dan parti kerajaan, adakah itu anda masih tidak nampak?
Bodoh dan gila, bukan? Tetapi itulah yang anda sedang lakukan, wahai orang-orang Melayu.
Monday, October 31, 2016
PENDEDAHAN DATO' LOKMAN ADAM : PKR TERIMA DANA DARI GEORGE SOROS 12 TAHUN LALU TURUT DITERIMA OLEH BERSIH,MALAYSIAKINI & MERDEKA CENTER
PERTAMA : Dengarkan pendedahan Lokman Adam di sini https://m.youtube.com/watch?v=sWio_bAqtLU
KEDUA : Baca satu persatu apa yang dinyatakan dalam laporan penuh pendedahan DC Leaks : QUOTE: DC Leaks dedah OSF (Open Society Foundation) mula berperanan pada 2010 di Malaysia atas nama pilihan raya bersih dan adil. Merdeka Center dan Malaysiakini turut dibiaya Soros untuk jatuhkan kerajaan Malaysia.
DOKUMEN ITU MENYEBUT 'MALAYSIA PROGRAM', YANG MERUJUK KEPADA AKTIVITI SOROS YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PILIHAN RAYA 'BERSIH DAN ADIL' DI MALAYSIA. SELAIN BERSIH, DOKUMEN ITU JUGA MENYEBUT SOROS TURUT MEMBIAYAI MERDEKA CENTER DAN MALAYSIAKINI. O-S-F DIKATAKAN MULA BERPERANAN PADA 2010, DENGAN HARAPAN PILIHAN RAYA UMUM DIADAKAN PADA 2011, IAITU DUA TAHUN SELEPAS DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK MENGGANTIKAN TUN ABDULLAH BADAWI SEBAGAI PERDANA MENTERI. USAHA MEREKA UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA BERJALAN SEJAK SEKIAN LAMA MENERUSI PERANCANGAN DAN PEMBERIAN DANA. O-S-F BUKAN SAJA MENGAKUI TELAH MEMBERI DANA KEPADA AKTIVITI BERSIH, MALAH BERKATA WALAUPUN MAJORITI SOKONGAN DIBERI DALAM BENTUK GERAN, TETAPI PEMBERIAN GERAN DALAM 'MALAYSIA PROGRAM' BERPERANAN LEBIH DARIPADA ITU. D-C LEAKS YANG SEBELUM INI MENCEROBOH DAN MEMBOCORKAN EMEL PERIBADI HILLARY CLINTON SEHINGGA KES ITU KINI DISIASAT F-B-I...
KALI INI MENDEDAHKAN BERSIH MENDAPAT BANTUAN KEWANGAN DARIPADA GEORGE SOROS UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA. PENDEDAHAN ITU DIPEROLEHI DARI DOKUMEN OPEN SOCIETY FOUNDATION, O-S-F MILIK SOROS. O-S-F MENJADI 'DRIVER' ATAU PEMANDU UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN MALAYSIA. SELARI DENGAN PENDEDAHAN SOROS GIAT MELOBI AHLI POLITIK AMERIKA SYARIKAT UNTUK MENJATUHKAN DATUK SERI NAJIB, DAPAT DILIHAT BAHAWA USAHA MEREKA UNTUK MENUKAR MALAYSIA TELAH BERJALAN SEJAK SEKIAN LAMA, MENERUSI PERANCANGAN DAN PEMBERIAN DANA.
Klik disini untuk baca pendedahan penuh DC Leaks
http://soros.dcleaks.com/download/?f=/2015pr/apro%20malaysia%20program%20supporting%20free%20and%20fair%20elections%20in%20malaysia%20june%2022%202015/apro%20malaysia%20elections%20pr%20outcomes%20summary%206.2015.docx&t=president
Antara tulisan lain yang turut mendedahkan rancangan Soros https://sputniknews.com/politics/201610281046843489-soros-wikileaks-malaysia-leak/
Saturday, October 29, 2016
RUPANYA DS HUSNI LEBIH BERPENGETAHUAN DARI TS MUHYIDIN YASIN
DS Husni sekurang kurangnya bertanya soalan di parlimen dgn fakta yang betul, tinggal lagi beliau terlupa yg beliau sendiri telah pun menjawab soalan tersebut setahun lebih awal. Namun TS Muhyiddin berbeza.Beliau telah berucap di parlimen seolah olah beliau tidak tahu membaca apa apa lapuran ATAU megira sebarang angka dan menyampaikan ucapan sulongnya di saf pembangkang DENGAN SECARA NYATA MEMBOHONGI PARLIMEN.
Sama ada beliau sememangnya tidak tahu apa apa hal ekonomi dan pentadbiran semasa menjawat jawatan TPM atau ia mungkin satu bukti pemikirannya kusut TANPA HIDAYAH, sejak keterlibatan nya dalam konspirasi MERAMPAS JAWATAN PM dari DSN yg kini terbukti gagal.
1.Beliau menyebut hutang 1MDB RM53b,sedangkan hutang semasa 1MDB adalah RM20b..Dan kesemua hutang tersebut adalah hutang jangka pjg YANG TIADA SATU PUN YG SUDAH MATANG..Hingga hari in8 KERAJAAN TIDAK PUN MELAKUAN SEBARANG BAIL OUT dan 1MDB BERUPAYA MENGURUS SENDIRI hutang Perniagaan mereka. Tidak spt yg cuba di takut takutkan oleh sesetengah pihak.
2.TSMY mendakwa berdasarkan "KAJIAN KE ATAS LAPURAN KETUA AUDIT NEGARA",kononnya Negara kerugian antara rm23-40billion akibat kelemahan PENGUATKUASAAN,rasuah dan salah Urus tadbir. Kenapa tidak di sebut kajian mana dan oleh siapa? Kita ingin tahu cara mana menghitungnya? Atau apakah ia sama spt cara PH membuat belanjawan dgn menyatakan dlm bajet mereka 2016 mereka boleh menyelamatkan 10% belanja mengurus dgn membenteras rasuah,dan tiba tiba bajet mereka 2017,angka melonjak menjadi 25% tanpa sebarang asas. Jika itu caranya ternyata TSMY begitu cepat terkena virus jangkitan PH, yg sering berbohong dan yg jelas merendahkan wibawanya sebagai seorang yg pernah berjawatan tinggi.
3.TSMY secara bohong memberitahu Parlimen kononnya beliau berjaya menghalang kabinet dari meluluskan pinjaman RM 3b kpd 1MDB kerana wang itu di perlukan utk membayar faedah dari hutang tanggongan 1MDB. Walhal dari sumber IMDB pinjaman itu adalah utk pembangunan TANAH TRX DAN JANAKUASA JIMAH(Timur). Janakuasa tersebut terpaksa di Jual dgn harga lebih rendah akibat HALANGAN TSMY itu.Kiranya ia di buat PENAMBAHBAIKAN terleih dahulu, 1MDB pastinya beroleh laba yg lebih besar bila ianya di jual. Isunya TSMY sanggup berbohong tentang utk apa pinjaman 3b di pohon dari kjaan spt terdapat dlm kertas kabinet.
4. TSMY juga cuba menyelewengkan Parlimen dgn menyatakan KAJIAN PAKAR meletakkan nilai ringgit sepatutnya berada pada tahap RM3.50 bagi USD1.00. Nilai ringgit kini lebih rendah kerana sentimen negative berpunca dari 1MDB. Pakar mana yg membuat andaian sedemikian? Jika benar, mengapa pada awal Januari 2015 sebelum isu 1MDB meletup Nilai ringgit waktu itu sudah berada pada Paras 3.51? Rupanya TSMY langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang punca utama pengukuhan nilai matawang Amerika berbanding matawang lain d dunia. Beliau tidak tahu bagaimana KENAIKAN KADAR FAEDAH oleh bank pusat US sebenarnya memberi impak pada nilai greenback (dollar Amerika).
5. TSMY juga membuat dakwaan kononnya matawang kita lemah dan terdedah pada serangan dan kononnya 1997 kita punya REZAB yg kukuh. Ternyata TSMY telah lupa segala angka dlm ingatan dek amarahnya. Beliau lupa rezab Negara pada 1997 hanya USD20b berbanding sekarang hampir 5 kali lebih tinggi. Ternyata TSMY sudah bertukar menjadi seorang pembangkang lebih rendah standardnya daripada POKOK SENA Atau SHAH ALAM.. Parlimen kini melihat bagaimana PAGOH TIDAK LAGI PAGOH... Patutlah apabila saya berdiri memohon laluan utk berdebat dgn nya ketika beliau berucap di Parlimen beliau menolaknya. TERNYATA BELIAU MEMILIH UTK BERMONOLOG SEORANG DIRI, khuatir fakta ucapannya di sanggah tanpa beliau berupaya mempertahankannya.
TAN SRI ANNUAR MUSA
AHLI PARLIMEN KETEREH
Wednesday, October 12, 2016
BELIMBING BINTANG AKAN BERAKSI SEMULA
AGAK LAMA BLOG BELIMBING BINTANG INI TIDAK BERAKSI...
BLOG INI AKAN AKTIF SEMULA DALAM MASA TERDEKAT...
CUMA INGIN BERPESAN... SEBARANG KOMEN-KOMEN YANG MEMBURUK, MENGHINA, MENCACI DAN SEBAGAINYA AKAN DIPADAM SERTA MERTA.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
~BB~
Thursday, September 4, 2014
AKTA HASUTAN 1948 DIWUJUDKAN OLEH MEREKA YANG FAHAM KELEMAHAN DEMOKRASI
Oleh : AJWednesday, May 21, 2014
Pendakwah Terkemuka Dunia Tegur Rakyat Malaysia Yang Tidak Tahu Bersyukur
Friday, April 25, 2014
@NajibRazak Nafi Kerajaan Tolak #Hudud
Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar).
Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.
"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.
"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini.
Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.
http://www.sebastianphiu.com/2014/04/najibrazak-nafi-kerajaan-tolak-hudud.html
Monday, April 21, 2014
Soalan: Anwar Ibrahim datang ziarah orang kafir mati tapi tak datang Orang Islam
Thursday, April 17, 2014
Prima: Kuota Bumiputera 30%, Serius atau Jenaka?
Monday, March 31, 2014
Apa Motif Musa Hitam Menipu?


