AMPANG, 28 Dec – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Dato Ismail Kijo membidas kenyataan Zaid Ibrahim yang meminta orang Melayu supaya membuang sikap mengenang budi berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dikeluarkan melalui sebuah portal pro pembangkang hari ini.
Menurut beliau, biarpun Zaid bercakap dalam sudut konteks politik, namun seruannya seolah-olah mahu orang Melayu membuang sikap positif itu dan menjadi sepertinya, seorang yang tidak mengenang budi.
“Ada banyak lagi sudut lain yang boleh beliau cuba untuk putar belit dalam isu pemberian BR1M ini. Tetapi kenapa beliau nak seru orang Melayu suruh buang sikap mengenang budi biarpun dalam konteks hubungan antara pemerintah daan kerajaan?
“Apakah Zaid berpandangan bahawa dalam hubungan antara pemerintah dan rakyat, sikap mengenang budi itu tidak perlu? Kita tidak perlu berterima kasih pada yang membantu, malah kita boleh bersikap tikam belakang terhadap mereka yang membantu kita semata-mata atas nama politik?
“Apakah sikap tidak mengenang budi seperti itu yang Zahid mahu orang Melayu semarak dan amalkan dalam berpolitik? Seolah-olah dalam politik tidak perlu nilai positif seperti itu?,” soalnya ketika bercakap kepada UMNO Online hari ini.
Tambahnya lagi, sikap mengenang budi adalah sikap postif yang perlu ada dalam setiap diri orang Melayu dan mengamalkan sikap mengenang budi akan membuahkan lebih banyak kebaikan dalam kehidupan seharian berbanding keburukkan.
“Inilah yang saya lihat dalam pembangkang. Mereka ini amat kurang mementingkan sikap-sikap positif khususnya dalam berpolitik yang akhirnya akan merebak dalam kehidupan kita seharian.
“Mereka menggalakkan rakyat memberontak, mengadakan demostrasi jalanan semata-mata atas nama politik. Sedangkan keburukkan daripada tindakan mereka itu lebih banyak berbanding kebaikan.
“Mereka juga mendidik rakyat bersikap kurang ajar, memaki hamun pemerintah dan orang yang tidak sama pendapat dengan kata-kata kesat. Hari ini, ada pula pemimpin Melayu di kalangan mereka mahu orang Melayu membuang sikap mengenang budi. Nilai-nilai negatif seperti inilah yang sedang cuba diterapkan oleh pemimpin pembangkang terhadap rakyat, khusunya orang Melayu,”tegasnya.
Justeru itu beliau berharap agar orang Melayu khususnya dan rakyat amnya agar jangan terpengaruh dengan nilai-nilai negatif yang cuba diterapkan oleh pembangkang dalam pemikiran rakyat.
“Dalam isu BR1M ini, ianya adalah hasil inisiatif kerajaan yang diketuai Datuk Seri Najib untuk membantu meringankan beban sebahagian rakyat di negara ini. BR1M diberikan tanpa mengira kaum dan agama.
“BR1M bukanlah satu rasuah kerana tidak ada syarat bagi penerima BR1M untuk berjanji mengundi BN sekiranya mahu menerima bantuan itu.
“Dan kerajaan juga tidak meminta-meminta agar rakyat khususnya orang Melayu untuk mengenang budi mereka, tetapi kerajaan mahu rakyat dan orang Melayu berfikir serta bijak menilai, siapakah yang benar-benar boleh berkerja dan berkhidmat untuk rakyat dan siapa yang hanya tahu bercakap politik semata tetapi tidak tahu berkhidmat dan membantu rakyat,” ujarnya.-MediaUMNO
No comments:
Post a Comment