Friday, April 25, 2014

@NajibRazak Nafi Kerajaan Tolak #Hudud

Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar).

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

http://www.sebastianphiu.com/2014/04/najibrazak-nafi-kerajaan-tolak-hudud.html

1 comment:

Anonymous said...

Tak de masalah kalau dilaksanakan Keatas orang Islam saje, kan?

Orang Islam di hukum bawah Hudud dan yang bukan Islam di bawah undang-undang sivil.

Ngapa nak paksa atas orang bukan Islam Dan timbulkan masalah pelbagai.

Semua orang Islam tak kan berani menolak Hudud kan?