Friday, August 30, 2013

Tahniah Zahid! Di atas Keberanian Gempur Kongsi Gelap

Rungutan mengenai peningkatan jenayah telah lama kita dengar iaitu sebelum terhapusnya Akta EO dan ISA lagi.  Kes-kes ragut terjadi hampir setiap hari di mana ia pantas dijadikan modal politik untuk pembangkang menyerang kerajaan dan memburuk-burukkan pihak polis.  

Dari situ, pembangkang membina persepsi seolah-olah polis Malaysia lembab, korup dan bodoh.   Pantang ada kesempatan, pembangkang pasti akan mempolitikkan kes-kes jenayah. 

Namun, pelik sekali apabila dalam kita merasa bimbang akibat kes jenayah yang meningkat, pembangkang turut mendesak agar Akta-akta tertentu yang digunakan untuk membendung jenayah dihapuskan.   Dengan desakan berterusan, pembangkang akhirnya mendapat apa yang mereka idamkan iaitu lebih 2000 tahanan Simpang Renggam dibebaskan apabila Akta pencegahan dihapuskan. 

Hampir dalam kadar segera iaitu sejurus mereka ini dibebaskan, jenayah bunuh yang melibatkan bekas tahanan tersebut pun berlaku.  Sejak dari itu, jenayah bunuh, sama ada menggunakan senjata tajam atau tembak terus berlaku adakalanya hampir setiap hari.    Apa yang menarik ialah, mereka yang berjaya ditangkap, hampir semuanya mempunyai hubungkait dengan bekas penjenayah yang dibebaskan. 

Dari kronologi ini, tidak salahlah jika rakyat menyalahkan pembangkang kerana mendesak kepada keburukan dan bukannya kebaikan untuk masyarakat 

Bagi memulihkan keadaan, pihak polis telah bertindak tegas memburu dan membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan.   Malangnya, tindakan tegas polis bukan sahaja tidak dihargai pembangkang tetapi dipersoalkan pula. 

Nampaknya, pembangkang lebih berminat untuk membela penjenayah atas alasan hak asasi manusia, berbanding memikirkan keselamatan rakyat. 

Namun, kita bersyukur kerana Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Zahid Hamidi tidak mudah melatah dengan mendengar cakap pembangkang sekali lagi.  Beliau mengabaikan suara-suara jahat pembangkang untuk membela penjenayah dan mengarahkan gerak gempur terhadap semua kumpulan kongsi gelap yang ada. 

Setakat ini, sebanyak 49 kumpulan kongsi telah didedahkan dengan anggaran 40,000 ahli. 

Rakyat bernasib baik kerana mempunyai Menteri yang prihatin dan berani berbuat apa yang perlu tanpa mengambilkira sentimen politik.   Sepatutnya, semua Menteri membawa pendekatan yang sama iaitu mengutamakan kerja daridapa politik. 

Seharusnya, pembangkang mula memahami bahawa rakyat tidak gemar kepada penjahat, penjenayah, pembuat huru-hara dan pengkhianat.  Dan rakyat tidak mungkin akan menyokong pihak yang menyokong apatah lagi yang menjadi dalang kepada mereka-mereka ini. 

Kesimpulannya, rakyat mahukan lebih banyak Zahid Hamidi.

TANDA PUTERA DEDAH KAITAN DAP DENGAN KOMUNIS



Parti rasis Dap terus menperjuangkan politik  perkauman pula apabila enggan untuk menayangkan filem Tanda Putera di Pulau Pinang.

Kemelut baru ini adalah tambahan masalah baru yang dibawa kepada agenda nasional perpaduan kaum di negara ini di samping isu penyelewengan pemilihan Jawatankuasa Eksukutif Pusat parti itu.

Setiausaha Agung Dap merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi alasan filem mengandungi fakta-fakta yang tidak tepat mengenai peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Yang peliknya jika Dap yang suka menyaman mana-mana pihak yang cuba memcemarkan imej 'suci'nya akan diambil tindakan undang-undang melalui saman.

Ini telah dilakukan terhadap media arus perdana terutamanya akhbar Utusan Malaysia dan saluran televisyen TV3.

Dap mempertikai adegan kencing di tiang bendera oleh watak yang kononnya di katakan Lim Kit Siang yang masih muda ketika itu.

Kit Siang pula bermati-matian mengatakan beliau tidak terlibat langsung secara langsung dengan tragedi 13 Mei dengan memberi alasan berada di Sabah ketika Kuala Lumpur terbakar dengan rusuhan kaum.

Nah, jika benar seperti yang didakwa beliau, apa lagi silakanlah menyaman penerbit filem tersebut, Shuhaimi Baba!

Rakyat mahu tengok kejantanan Dap yang selama ini berselindung di sebalik undang-undang untuk menutup segala kepincangannya.

Hakikatnya, Dap tidak akan menyaman mana-mana pihak yang berkait dengan produksi Tanda Putera kerana apa yang dipaparkan adalah benar belaka.

Penerbit mahu mendedahkan sebenar mungkin fakta-fakta kejadian 13 Mei yang selama tersembunyi daripada pengetahuan rakyat.

Sebab itulah berusaha keras menentang penayangan filem itu supaya peranan sebenarnya sebagai dalang dalam tragedi yang meragut lebih 2,000 nyawa itu tidak diketahui umum.

Fakta yang menunjukkan bahawa Dap terbabit secara langsung untuk mengapi-api sentimen anti-Islam dan anti-Melayu bersama-sama elemen-elemen Parti Buruh dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan.

Perarakan besar-besar yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Dap dan parti berhaluan kiri yang lain do kawasan-kawasan penduduk Melayu di Kampung Baru membuktikan mereka mempunyai agenda untuk mencetuskan sengketa kaum untuk mengalih alih pemerintahan negara ini daripada orang Melayu.

Laungan yang mengandungi maki hamun dan cacian terhadap orang Melayu dan anggota polis Melayu sudah cukup menjadi bukti bahawa Dap bukan sahaja mengadakan perarakan politik untuk meraikan kemenangan mereka di Selangor untuk mewujudkan suatu suatu ketegangan yang akhirnya akan menjurus seluruh negara ke dalam kancah peperangan.

Agenda Dap ialah untuk mengembalikan keadaan di mana anasir komunis Bintang Tiga melakukan kezaliman dan kekejaman terhadap orang Melayu setelah pihak tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu setelah kakah dalam Perang Dunia Kedua.

Ini adalah perancangan licik Dap supaya apabila keadaan huru hara berlaku, maka mudahlah anggota komunis mengangkat senjata untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang Melayu.

Dap hanya bertindak sebagai 'political front' atau wajah politik bagi Parti Komunis Malaya.

Tragedi 13 Mei adalah bukti nyata apakah bentuk perancangan dan tindakan Dap di Malaysia sekiranya mereka berjaya merampas kuasa.

Jika baru berkuasa di Pulau Pinang, Dap sudah menunjukkan taring menjadi hero untuk menekan tayangan filem Tanda Putera, apa agaknya akan dilakukan jika berjaya merampas Putrajaya?

Dap tidak akan berjaya menjayakan agenda mereka tanpa mendapat sokongan dan kerjasama puak Melayu yang rela mengkhianati agama, bangsa dan negara mereka sendiri demi nikmat kuasa.

Pas dan PKR telah merelakan diri mereka di kuasai dan ditunggangi Dap seperti keldai kerana pemimpin-pemimpin mereka yang tamakkan kuasa.

Anwar Ibrahim umpamanya tidak segan silu untuk bersekongkol dengan Dap asalkan dia dapat merasai kerusi empuk perdana menteri.

Itu sajalah matlamatnya selama ia berpolitik iaitu untuk menjadi perdana menteri bukannya untuk membela nasib rakyat.

Kalau Anwar sudah menjadi talibarut Zionis-Yahudi antarabangsa untuk menghancurkan Islam dan Melayu apakah sangat menjadi talibarut Dap pula?

Filem Tanda Putera akan membuka mata rakyat khususnya orang Melayu tentang bahawa yang bakal mereka hadapi jika terus mempercayai Dap dan PKR manakala Pas hanya digunakan sebagai budak suruhan yang tidak berani menentang tuannya.

Dap perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana agenda parti itu tidak secocok dengan fahaman komunisme yang cuba diterapkan secara halus di dalam masyarakat negara ini.

Kenyataan Ketua Wira PERKASA Bersifat Peribadi – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada bersifat peribadi.
“Saya nafi dengan keras,” katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Mynewshub.my hari ini.
Ahad lepas Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ekoran gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek.

Ibrahim berkata beliau akan meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan.
“Apapun, itu blog peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan Perkasa. Saya akan minta Irwan buat penjelasan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan, mohon jangan dikaitkan dengan Perkasa,” katanya.

Sementera itu, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar juga akan menemui Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa Perdana menteri meletak jawatan,” katanya yang dipetik dalam laman blog dinturtle.blogspot.com

OLEH : IBNU K

Haramkan Tanda Putera Adalah Kerja Bodoh


Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti. Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.

Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 Mei 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut. Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar. Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas.

Tanda Putera harus dipuji kerana ianya boleh dijadikan bahan rujukan mudah untuk generasi akan datang sama seperti filem-filem sejarah sebelumnya. Dengan adanya filem ini rakyat Malaysia dapat mengabdikan sejarah dan memori berkenaan kedua-dua tokoh yang benar-benar telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng telah menyatakan keputusan bahawa negeri itu tidak akan membenarkan Tanda Putera ditayangkan di mana-mana pawagam. Tindakan itu adalah berasaskan kepada tanggapan bahawa, filem tersebut adalah rasis dan tidak bertanggungjawab. Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak berasas. Ini kerana beliau atau mana-mana ahli Pakatan Rakyat belum lagi menonton filem tersebut. Adakah ini satu tindakan yang wajar? Secara tuntasnya kita boleh mengatakan bahawa tindakan ini adalah terburu-buru dan tidak professional, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh YB Lim Guan Eng yang kononya memperjuangkan hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia.

Apakah hak bersuara rakyat mempunyai sifat selektif dan tertakluk kepada perkara-perkara yang dianuti oleh Pakatan Rakyat sahaja? Mengapa jika sesuatu perkara itu walaupun datangnya dari rakyat, tetapi tidak mengikut ideologi Pakatan Rakyat, maka perkara itu tidak patut didengari atau dipertahankan? Siapa sebenarnya yang tidak telus dalam berbicara soal amanah dan hak rakyat? Apa yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengharamkan sebuah filem yang memaparkan kehidupan sebenar pada era tersebut.

Boleh dikatakan ia adalah satu perkara bodoh jika difikirkan bahawa sebuah kerajaan negeri terlalu takut dengan sebuah filem yang mereka sendiri kata tiada kualiti. Apakah sebuah filem “low-class” (pendapat Ketua Menteri Pulau Pinang) boleh mengugat kredibiliti sebuah kerajaan negeri yang telah dilantik oleh rakyat?

Ketakutan yang menyelinap dalam setiap ahli Pakatan Rakyat adalah bagaimana terbongkarnya rahsia bahawa pemimpin mereka korup dan tidak berhati perut jika filem ini ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia. Telah terang lagi bersuluh bahawa ramai pemimpin tua mereka terlibat di dalam tragedi 13 May 1969. Itu sememangnya tidak boleh dinafikan ataupun disangkal.

Seruan harus dinyatakan secara jelas kepada seluruh rakyat Malaysia agar filem ini menjadi satu tontonan wajib. Bukan sahaja ianya perlu ditonton oleh orang Melayu tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini yang masih cintakan keamanan dan keselesaan hidup. Mari kita bersama-sama memenuhkan pawagam di seluruh Malaysia untuk menonton filem Tanda Putera. Bagi penduduk Pulau Pinang, diharap jangan kecewa jika tidak dapat berkesempatan menonton filem ini. Ini adalah kerana, seperti semua filem tempatan yang lain, ia akan disiarkan di Astro First selepas beberapa minggu tayangan di pawagam.

Usaha, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan Tanda Putera di semua pawagan di Pulau Pinang adalah usaha yang terlalu bodoh. Agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lupa bahawa terlalu banyak saluran dan media alternatif untuk filem itu ditonton. Tanda Putera tetap akan menemui rakyat Malaysia, walau dimana ceruk rantau sekalipun.

Thursday, August 29, 2013

Tiada Pemimpin Kanan Perkasa Setuju Dengan Pandangan Irwan Fahmi

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang membuat kenyataan dalam blognya yang bertajuk ‘Sudah Cukup Segalanya DiGadai, Haji Najib Wajar Letak Jawatan’, nampaknya keseorangan. 

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar yang terkejut dengan kenyataan Irwan Fahmi menjelaskan bahawa Perkasa tidak pernah mengambil pendirian sedemikian.  Walaupun Perkasa agak lantang mengkritik Dato’ Seri Najib dalam mencaturkan PRU-13, namun pertubuhan itu tidak pernah mendesak beliau meletakkan jawatan. 

Menurut Datuk Abd. Rahman, Perkasa sedia memberi masa kepada Dato’ Seri Najib untuk mengkaji semula strategi PRU-13 yang dianggap mereka sebagai banyak kelemahan kerana telah mengabaikan penyokong BN dan sebaliknya lebih mengutamakan tuntutan dan desakan pembangkang serta kaum Cina. 

Perkasa percaya dengan kritikan pertubuhan tersebut, Dato’ Seri Najib akan dapat membuat percaturan yang lebih baik bagi menghadapi PRU-14.  Dengan itu, Datuk Abd. Rahman menegaskan bahawa kenyataan Irwan Fahmi adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili suara Perkasa. 

Kita sedia maklum bahawa Presiden Perkasa, Dato’ Ibrahim Ali adalah seorang yang lantang.  Oleh itu, kita pasti, jika Perkasa inginkan Dato’ Seri Najib meletak jawatan maka ia akan dilakukan oleh Presiden sendiri, bukan orang lain. 

Memandangkan Dato’ Ibrahim Ali tidak membuat sebarang kenyataan mengenai perkara ini, maka kita pasti bahawa beliau juga tidak berpegang kepada pendirian yang sama dengan Irwan Fahmi. 

Nampaknya, Irwan Fahmi telah tersalah langkah.  Beliau mungkin menyangka yang kenyataannya akan menerima sokongan padu berdasarkan kritikan Perkasa terhadap kepimpinan sebelum ini.  Namun, beliau gagal memahami bahawa kritikan bukan bermakna permusuhan.  Kritikan selalunya menandakan keprihatinan atas dasar inginkan yang terbaik untuk subjek yang dikritik. 

Irwan Fahmi harus faham bahawa dalam politik, kritikan dari penyokong adalah sesuatu yang baik dan Dato’ Seri Najib cukup maklum mengenainya.  Perkasa dan UMNO adalah saudara kandung, seibu dan sebapa, sebangsa dan seagama.  Kritik mengkritik adalah atas dasar sayang semata-mata serta tidak wajar menjadi barah.    

Perkasa mengkritik bukan untuk menjatuhkan beliau, tetapi untuk mengukuhkan kedudukannya, pastinya kerana Perkasa menaruh sepenuh keyakinan terhadap kepimpinannya.  

PR Setuju Hapuskan Peruntukan Pada Sekolah Cina Dan Tamil

Baru-baru ini, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris telah mengkritik kepimpinan dengan keras sehingga mendesak kepada perletakan jawatan. Alasan beliau, desakan itu adalah bersandarkan keputusan PRU-13 yang diterjemahkan daripada strategi yang salah akibat terlalu menagih undi kaum Cina. 

Hujahnya, walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa strategi tersebut salah, namun kepimpinan masih menggunakan strategi sama iaitu mengutamakan kaum Cina dan memberi peruntukan berlebih-lebihan kepada sekolah vernakular. 

Benar, bahawa kaum Cina telah menolak Barisan Nasional pada PRU yang lalu walaupun telah menerima berbagai-bagai ganjaran, habuan dan bantuan dari kerajaan.   Kaum Cina, hampir sebulat suara memilih Pakatan Rakyat, pastinya dengan harapan yang parti itu akan dapat memberi lebih lagi kepada mereka. 

Namun, sedar atau tidak oleh kaum Cina bahawa kenyataan Irwan Fahmi telah disambut oleh PR, sekali gus menunjukkan yang PR setuju dengan beliau agar kaum Cina tidak diberi bantuan, habuan atau ganjaran lagi. 

Blog-blog pro-PR turut mencanangkan kenyataan Irwan dan rata-ratanya menyatakan persetujuan bahawa BN terlalu melebihkan kaum Cina.  Blog-blog PR juga menyokong bahawa strategi BN menjaga hati kaum Cina secara keterlaluan merupakan sesuatu yang tidak wajar. 

Apa yang berlaku membuktikan bahawa kaum Cina telah tersilap memberi undi kepada PR.  Jika kaum Cina yakin yang PR akan memenuhi segala impian mereka sekiranya parti tersebut menjadi pemerintah, maka ternyata mereka telah tertipu.   Dan sokongan PR terhadap kenyataan Irwan Fahmi adalah buktinya. 

Justeru, hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak ialah kecenderungan politik Malaysia tetap bergantung kepada sentimen majoriti, iaitu orang-orang Melayu.  Sesungguhnya kerajaan BN telah memastikan tiada kaum yang terpinggir di negara ini dan kerajaan tidak pernah menyekat peluang kaum Cina untuk berjaya.  Oleh itu, bagi kaum Cina untuk menafikan nikmat ini dengan menolak BN, merupakan satu keputusan yang tidak bijak.

Bak kata pepatah, ‘orang tamak selalu rugi’. 

Kini terbukti bahawa PR juga tidak mungkin akan melayan ketamakkan kaum Cina.  Lebih teruk, PR kemungkinan besar tidak akan mampu mentadbir negara dengan baik sekiranya menjadi pemerintah.  

Justeru, kaum Cina wajar merasa lega apabila PR yang disokong mereka telah kalah dalam PRU lalu.  Sekiranya PR menang, bukan sahaja kaum Cina tidak akan mendapat kelebihan apa-apa tetapi mungkin nasib mereka lebih teruk lagi akibat ketidakcekapan dan ketidakupayaan pemimpin PR untuk mentadbir negara.   

Kenyataan Ketua Wira Perkasa, Untuk Raih Populariti

Irwan Fahmi Ideris
Blog-blog pakatan pembangkang sejak semalam, begitu ghairah memaparkan kenyataan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas alasan kononnya telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya. Kelihatan mereka begitu seronok apabila ada yang keluarkan kenyataan menghentam Perdana Menteri.

Tapi itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi lumrah pembangkang untuk menghentam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Yang pelik, apabila mereka tidak lagi menghentam dan mula memuji kerajaan.

Berbalik kepada isu berhubung kenyataan Fahmi, mungkin ada yang merasakan ‘suara’ Fahmi ini mewakili suara seluruh ahli Perkasa, namun ramai yang merasakan ia hanyalah merupakan pandangan peribadinya semata-mata. Tambahan pula sehingga kini tidak ada satu pun ‘suara’ yang dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi Perkasa yang menyokong kenyataan tersebut.

Malah ada sesetengah penganalisis politik merasakan ia adalah merupakan percubaan Fahmi untuk ‘menjual diri’ bagi mendapatkan perhatian masyarakat. Maklumlah, sejak kebelakangan ini Perkasa dilihat tidak lagi ‘segarang’ dahulu. Jadi dia perlu melakukan sesuatu bagi membangkitkan emosi dan sentimen ahli-ahli Perkasa untuk kembali dilihat ‘hidup’.

Fahmi dalam kenyataan tersebut mendakwa keGAGALan Najib adalah disebabkan memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) namun masih gagal mendapatkan sokongan menyeluruh dari masyarakat Cina. Tidak cukup dengan itu dia turut mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat.

Ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh Fahmi ini terlalu dangkal untuk diterima, kerana umum mengetahui dasar Barisan Nasional adalah memperjuangkan hak dan nasib semua kaum di Malaysia. Malah Perdana Menteri sendiri telah berulang kali mengatakan beliau adalah pemimpin untuk semua masyarakat di negara ini.

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, pendekatan Perdana Menteri itu adalah merupakan satu pendekatan yang selari dengan tuntutan Islam. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW di dalam salah satu hadis pernah bersabda bahawa baginda adalah merupakan pemimpin kepada semua umat dan bukannya pemimpin kepada masyarakat Arab semata-mata.

Oleh yang demikian, ada baiknya untuk Fahmi memahami konsep kepimpinan dan luangkan masa untuk membuat sedikit kajian ilmiah sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kerana takut nanti, tak fasal-fasal Perkasa disalahkan kerana ada dikalangan mereka yang mengeluarkan kenyataan bodoh.

Malah, sebelum ini Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap pernah berkata dasar yang digubal kerajaan telah mengambil kira pelbagai perkara dan juga kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini dan ini tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau lagi Malaysia sentiasa membuat perubahan daripada semasa ke semasa ke atas setiap dasar yang dilaksanakan dan sentiasa memastikan tiada jurang besar antara kaum di negara ini.

Fahmi seharusnya sedar, apa yang penting pada ketika ini ialah berfikir untuk bersama-sama kerajaan bagi mengekalkan kemakmuran dan perpaduan negara dan bukannya saling tudah menuduh dengan pelbagai alasan yang merepek dan berbaur perkauman. Ini kerana dalam membina negara bangsa, kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik untuk menjaga kemakmuran bersama yang adil dan saksama. Justeru itu, konsep dan gagasan 1Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan nasional antara kaum.

Berhubung isu yang mengatakan BR1m adalah merupakan rasuah, ia adalah merupakan satu pendapat jelas membuktikan Fahmi seorang cetek pengetahuannnya. Ini kerana sekiranya ia dianggap rasuah, apakah ini bermakna semua pemberian kerajaan selama itu dianggap rasuah? Contohnya bantuan untuk ibu tunggal, golongan nelayan, kurang upaya dan sebagainya.

Sedangkan bantuan yang diberikan, tidak mengira latar belakang, kaum mahupun ideologi politik. Baik orang Pas, PKR mahupun DAP, asalkan mereka layak dan merupakan warganegara, bantuan tersebut wajar diberikan. Tambahan pula ianya adalah duit rakyat, maka apa salahnya ia dikembalikan semula kepada rakyat.

Universiti Al-Azhar ke Malaysia

SEPANG - Malaysia bakal mencipta sejarah dunia apabila Universiti Al-Azhar, Mesir memilih untuk membuka cawangan pertamanya di negara ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, cawangan Universiti Al-Azhar itu akan memulakan operasinya di kampus sementara dekat Nilai, Negeri Sembilan pada September tahun depan.

Katanya, kampus tetap akan dibina di Seri Menanti juga di Negeri Sembilan dan bakal dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz.

Menurutnya, pemilihan Malaysia itu merupakan pengiktirafan terhadap sistem pemerintahan dan kepimpinan negara yang mengamalkan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam pentadbiran.

"Berita gembira ini disampaikan sendiri oleh Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayyeb dan Naib Presiden Universiti Al-Azhar (Pendidikan dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Ibrahim Salah Al Hodhod semalam yang bersetuju kampus pertama mereka dibuka di sini.

"Untuk permulaan sebanyak tiga kursus akan ditawarkan iaitu Usuluddin, Syariah dan Bahasa Arab di kampus sementara di Nilai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas membuat lawatan kerja bersama delegasi Kementerian Pendidikan ke Mesir, di sini hari ini.

Seramai 287 pelajar Malaysia dari Mesir termasuk tiga delegasi dari Kementerian Pendidikan dan tujuh kanak-kanak selamat tiba di tanah air hari ini dengan menggunakan penerbangan khas Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) pada pukul 8.25 pagi ini.

Menurut Idris, pihaknya juga telah mengenal pasti sebuah tapak seluas 80.9 hektar di Seri Menanti bagi pembinaan kampus tetap cawangan universiti itu.

Katanya, kampus baru itu akan menggunakan kokurikulum yang sama dengan Al-Azhar dan pensyarah juga akan dibawa khas dari sana.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan antara universiti itu dan Malaysia di mana bekas Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr. Mohd Fakhrudin Abdul Mukti dan wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Datuk Yahya Abd Jalil akan menjadi wakil negara.

Idris juga akan menjadi salah seorang wakil jawatankuasa bagi penubuhan universiti itu di Malaysia.

Mengulas lanjut, Idris berkata, pemilihan Malaysia untuk pembukaan kampus baru itu bukan disebabkan keadaan di Mesir yang sedang bergolak, sebaliknya kerana kepercayaan pentadbiran universiti itu terhadap kemampuan negara melaksanakan dasar Islam.

"Berkenaan isu kos, pembinaan universiti ini dibuat secara wakaf di mana kita mendapat dana melalui penderma dan mereka tidak mahu perkara itu dihebohkan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas hasil lawatan delegasi itu ke Mesir, beliau berkata, beberapa universiti telah bersetuju untuk melonggarkan syarat menangguhkan ujian ulangan kepada pelajar Malaysia, namun keputusan lanjut hanya dapat diketahui dalam tempoh terdekat.

Bagi pelajar Universiti Al-Azhar, mereka boleh mengambil ujian tersebut di Malaysia pada 3 hingga 5 September ini.

Ditanya mengenai perkembangan dua pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir, beliau berkata, pelajar tersebut selamat dan akan dilepaskan dalam masa terdekat ini.

"Mereka sudah dikenal pasti oleh pegawai kita dan berada dalam lokap polis selepas ditahan kerana keluar ketika waktu perintah berkurung," katanya. 

~Utusan

Monday, August 26, 2013

HUSAM SHOWS HIS ‘ANGER’ WHILE VETERANS GET JITTERY

PAS assemblyman for Salor, Kelantan, Datuk Husam Musa turned down offers from Kelantan Mentri Besar for chairmanship of two state-owned companies, giving a picture that all is not well between him and the state government.

Husam, not appointed as a state exco member although he had proven himself and tipped to be the Mentri Besar upon former MB Datuk Nik Aziz Nik Mat’s stepping down, he seems to be a ‘war mood’.

Since after the May 5 general election, Husam has been in the ‘war mood’ as he was sidelined and considered as ‘dumped’ by the new MB when he was not picked as an exco member, a position he held under Nik Aziz’s tenure as MB where he was a trusted ally and given the finance portfolio.

Known for his smartness in filling up the party’s coffer and even the state, Husam is known for his alignment with Parti Keadilan Rakyat (PKR) de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim and has been closely following all events Anwar leads without fail.

He had even came out with an edict (fatwa) that those who joined the Black Out 505 rally and died in the cause was considered to die as a martyr or died of jihad.

Such is his loyalty to Anwar that the veteran fundamentalist in the party get ‘jittery’ and the obvious thing the veterans would do is to ‘cut him off’ from the leadership line-up to stop the ‘cancer’ from spreading.

With just three months to go for the party assembly when election to the leadership is scheduled, Husam may not let his ‘goal’ slip away as he made much inroads in trying to stay afloat and align the party to PKR.

Husam had managed to get Nik Aziz to support PKR and DAP and he is considered as the ‘glue’ in the relationship between the party and the others in the Pakatan Rakyat (PR).

When PAS leadership decided to stay away from the Black Out 55 rally, Husam and those aligned to Anwar who included  deputy president Mohamed Sabu and several others had influenced the leadership to ‘be together’ in the final rally but the response from PAS members were not encouraging despite the leadership gave the greenlight ‘only for the grand finale’ at Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Given such background and the ‘under current feud’ between the two factions, the coming party poll is expected to be wild and interesting as the veteran fundamentalists attempt to take control of the party while Husam and friends attempt to unseat them.

The November assembly will determine PAS future as the veteran fundamentalists including party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang attempts to gain control of the party against the oinslaught of the so-called young and intellectuals.

Friday, August 23, 2013

Kes Altantuya : Hanya Pembangkang Yang Untung Dari Kematian Altantuya!


Kes pembunuhan Altantuya menjadi kes berprofil tinggi kerana orang yang disyaki sebelum ini merupakan individu yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri iaitu Razak Baginda. Dari situ, pembangkang mengambil kesempatan untuk memburukkan Perdana Menteri dan juga isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Cerita awal yang disebarkan oleh pembangkang ialah Datin Seri Rosmah dikatakan berada di tempat kejadian pembunuhan, mengarahkan dan menontonnya sendiri.   Kononnya, beliau berbuat demikian sebagai membalas dendam kerana Mendiang Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan suaminya. 

Namun, cerita ini terbukti sebagai fitnah kerana pada waktu kejadian Datin Seri Rosmah dan Dato’ Seri Najib masing-masing mempunyai alibi yang kukuh kerana berada di program buka puasa berasingan dengan beratus orang saksi termasuk rakaman video dan laporan berita.  Cerita ini juga diakui sebagai rekaan oleh penulis asalnya iaitu Raja Petra Kamaruddin. 

Oleh itu, pembangkang terpaksa menukar cerita kononnya bukan Perdana Menteri tetapi Razak Baginda yang mempunyai hubungan dengan Altantuya.  Perdana Menteri hanya membantu ‘menutup’ hubungan sulit tersebut dengan ‘membenarkan’ penggunaan anggota keselamatan dan juga bahan letupan. 

Namun, cerita ini juga gagal mengaitkan Dato’ Seri Najib secara langsung. 

Maka, pembangkang mencipta pula kisah Altantuya menjadi penterjemah dalam urusan pembelian kapal selam scorpene dan Dato’ Seri Najib terlibat dari segi menerima rasuah. 

Jelas sekali bahawa pembangkang sejak dari awal cuba sedaya upaya untuk mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan Dato’ Seri Najib.  Apabila gagal melakukannya, mereka menukar dan menukar cerita itu berkali-kali agar nama Dato’ Seri Najib dapat dikaitkan juga. 

Kebenaran tidak mungkin berubah atau bertukar-tukar.  Oleh itu, cerita pembangkang yang berubah-ubah, dengan sendirinya membuktikan yang mereka berbohong. 

Apatah lagi apabila terdedahnya bahawa pembangkang, khususnya, Anwar Ibrahim cuba memaksa dan menyogok tertuduh untuk menipu dengan mengaitkan nama Dato’ Seri Najib sebagai dalang pembunuhan.   Pendedahan ini dilakukan oleh bekas peguam Anwar, Zulkifli Nordin dan tertuduh sendiri.  Bertitik tolak dari situ, Zulkifli telah meninggalkan Anwar kerana tidak sanggup bersekongkol dalam taktik kotornya.   

Selain itu, kisah mengenai kaitan Dato’ Seri Najib dengan Altantuya dan komisyen dari pembelian scorpene juga terbukti sebagai kisah dongeng yang tidak berasas sama sekali.  Ini kerana Altantuya muncul dalam kisah ini dua tahun selepas urusniaga scorpene selesai.   Urusan pembelian scorpene juga tidak memerlukan penterjemah dan Altantuya pula tidak pernah menjejak kaki ke Perancis dalam tempoh urusniaga berjalan.  Ini disahkan sendiri oleh pihak polis dan Kementerian Luar Perancis.  Lebih dari itu, kes scorpene yang kononnya sedang dibicarakan di mahkamah Perancis adalah sebenarnya tidak pernah wujud sama sekali sepertimana yang disahkan oleh Mahkamah Perancis sendiri. 

Sedangkan, pembangkang telah pun menyebarkan cerita mengenai senarai nama saksi yang bakal disapina. 
Kita faham bahawa pembangkang ingin sangat agar nama Dato’ Seri Najib tercemar.   Tetapi, kenapa perlu berbohong berkali-kali dan mengulang-ulang pembohongan walaupun telah beberapa kali terkantoi?   

Siasatan telah membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib tidak terlibat.  Malah, tertuduh sendiri tidak sanggup mengaitkan beliau walaupun cuba disogok oleh Anwar.  Peguam tertuduh yang merupakan peguam Anwar sendiri tidak sanggup bersekongkol dengan Anwar untuk mengenakan Dato’ Seri Najib sehingga memilih untuk meninggalkan Anwar.  Dan kita juga tidak lupa bagaimana bapa Altantuya sendiri mengakui bahawa Anwar ada berjumpa dengannya semata-mata untuk mengaitkan Dato’ Seri Najib dengan Altantuya. 

Maka kita tertanya-tanya, kenapakah begitu penting bagi pembangkang, khususnya Anwar, untuk mengaitkan kes ini dengan Dato’ Seri Najib walaupun ia mustahil? 

Apa ada dengan kes ini?  Kenapa pembunuhan Altantuya begitu menarik hati Anwar?    

Persoalan semakin bertambah apabila mahkamah hari ini telah memutuskan untuk membebaskan kedua-dua tertuduh.   Hari ini, telah terbukti bahawa Dato’ Seri Najib sememangnya tidak terlibat walau bagaimana hebatnya usaha pembangkang untuk mengaitkan beliau. 

Jika Dato’ Seri Najib tidak terlibat, maka siapakah dalangnya?  Untuk mencari dalang, kita perlu bertanya apakah motifnya? Atau siapakah yang memperoleh keuntungan dari kematian Altantuya?

Setakat yang kita tahu, satu-satunya pihak yang mendapat keuntungan dari kematian Altantuya adalah pembangkang.  Pembangkang telah menggunakan isu ini selama bertahun-tahun sebagai modal politik bagi memburukkan nama Dato’ Seri Najib.  Malah, isu ini juga membantu mereka mengumpul dana melalui sumbangan orang ramai kepada SUARAM.   

Kesimpulannya, keuntungan yang diraih oleh pembangkang dari pembunuhan Altantuya bukan sahaja dari segi modal politik, tetapi juga dari segi kewangan.   

Dalam kata lain, hanya pembangkang mempunyai motif yang kukuh untuk membunuh Altantuya.  Mungkinkah kes ini perlu dibongkar semula?  

CEC DAP: Perwakilan India Akan DiAbaikan Sekali Lagi?


Dalam keterpaksaan, DAP telah mengumumkan akan mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Pusat (CEC) pada 29 September ini. DAP pada mulanya berhempas pulas cuba mengelak dari mengadakan pemilihan semula namun terpaksa akur apabila ROS tidak memberi pilihan jika enggan parti itu dibubarkan. 

Inilah yang terpaksa ditanggung oleh DAP kerana membiarkan pemimpin yang bodoh sombong, rasis, lagi gila kuasa seperti Lim Guan Eng, bermaharajalela. 

Jika tidak kerana terlalu rasis dan tidak mahu ada seorang pun wakil Melayu di peringkat kepimpinan, maka tentu DAP tidak perlu menghadapi masalah ini.   

Jika tidak kerana ingin menipu Melayu dengan meletakkan seorang Cina yang mempunyai nama Melayu, iaitu Zairil, bagi mewakili Melayu, maka tentu pemilihan semula tidak perlu berlaku sejak dari awal lagi.   

Dan jika tidak kerana berhati busuk sehingga sanggup menafikan hak perwakilan India untuk mengundi maka sudah tentu semua ini tidak akan berlaku. 

Lim Guan Eng sudah beberapa kali didapati menipu dan memutarbelit fakta.  Malah, ramai yang telah keluar dari DAP atas faktor ‘Tokong Lim’.   

Hakikatnya, Lim Guan Eng adalah liabiliti kepada DAP.  Kewujudan dirinya di dalam parti memberi imej samseng, bongkak, penipu, rasis dan korup.  Namun, memandangkan DAP mengamalkan nepotisme, maka kedudukan Lim Guan Eng pastinya tidak akan goyah kerana seluruh kerabat dan kroni Lim di dalam DAP, akan memastikan kedudukannya kekal kukuh dengan apa jua cara. 

Atas dasar inilah maka kita meragui yang DAP mampu berlaku telus dalam pemilihan semula CEC September ini.  Biar berapa kali pun pemilihan semula dilakukan, DAP tidak mungkin mampu berlaku telus setelus-telusnya. 

Tidak ada sebab bagi kepimpinan DAP untuk menafikan hak 753 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan awal melainkan mereka tidak yakin yang kroni-kroni dan kerabat mereka akan menang. 

Justeru, sekiranya mereka tidak yakin sebelum ini, apa yang akan membuat mereka yakin pada September ini?   Lebih-lebih lagi apabila kesemua 753 perwakilan yang telah dinafikan hak itu pastinya telah kecil hati dan mungkin menyimpan dendam terhadap kepimpinan.  Maka, apakah mungkin mereka akan mengundi kroni-kroni dan kerabat kepimpinan dalam pemilihan semula? 

Lim Guan Eng tentu sekali tidak akan mengambil risiko orang-orangnya kalah dalam pemilihan semula ini kerana itu hanya akan membuktikan bahawa  berlakunya penipuan dalam pemilihan awal. Mengenali sikap samseng, rasis dan diktator beliau, beliau akan memastikan yang keputusan pemilihan kali ini tidak jauh berbeza dengan yang terdahulu. 

Tidak mustahil, beliau akan mengulangi penipuan dan manipulasi yang sama agar kesemua 753 perwakilan India itu tidak dapat mengundi lagi.   

Apa yang pasti, beliau tentu sedang merancang sesuatu bagi menyelamatkan diri, kerabat dan kroninya.   Maka, tidak hairanlah DAP sengaja memanjangkan tempoh pemilihan semula iaitu sehingga 29 September. Untuk apa DAP memerlukan masa yang begitu panjang untuk menjalankan keadilan melainkan DAP sememangnya mempunyai muslihat dalam menentukan keputusan.  

Slogan ‘Endless Possibilities’ : Malaysia Lancar Lebih Awal Dari Israel

Slogan ‘Endless Possibilities’ yang bakal dilancarkan pada 17 September menjadi topik hangat di kalangan beberapa blog dan pelayar internet kerana ia dikatakan menyamai slogan Kementerian Pelancongan Israel iaitu ‘One Place, Endless Possibilities’.   

Memandangkan Malaysia telah pun menggunakan slogan Satu Malaysia, maka penambahan ‘Endless Possibilities’ menjadikan persamaannya begitu ketara. 

Justeru, pantas, Malaysia dituduh sebagai meniru Israel, sekali gus, motif kerajaan diragui. 

Hakikatnya, Malaysia telah pun memperkenalkan slogan ‘Endless Possibilities’ jauh lebih awal dari Israel iaitu ketika menghadiri World Economic Forum di Davos pada 13 Disember 2012.  Untuk itu, satu video bertajuk ‘Malaysia-Endless Possibilities’ dibuat yang memaparkan Dato’ Seri Najib sendiri mempromosi Malaysia.


Video tersebut telah pun dimuatnaik ke Youtube pada tarikh 5 Februari 2013. 

Kementerian Pelancongan Israel pula hanya menggunakan slogan ‘One Place, Endless Possibilities’ di dalam laman web promosi mereka pada sekitar Mei 2013.   Slogan tersebut tidak pernah dilancarkan secara rasmi, tetapi hanya menjadi ‘tagline’ pelancongan bagi negara Israel yang tidak diiktiraf. 

Jelaslah bahawa Malaysia tidak meniru Israel tetapi mungkin Israel yang meniru Malaysia, sama ada secara sengaja dan mungkin juga secara tidak sedar. 

Persoalannya, kenapa ramai yang terus menuduh Malaysia yang meniru Israel dan tidak sebaliknya?

Apakah ia kerana ‘persepsi’ atau sememangnya rakyat Malaysia tidak pernah punya keyakinan diri? 

Mungkin sudah tiba masanya rakyat Malaysia menukar cara kita berfikir dan tidak terlalu memandang rendah kepada diri sendiri.  Yang lemah dan buruk tidak semestinya dari kita, dan yang bijak dan cantik itu tidak semestinya bukan dicipta oleh orang kita. 


Isu Kalimah Allah : Bukti UMNO Pertahan Islam

Tidak salah jika dikatakan bahawa Kalimah Allah tidak mungkin menjadi isu jika PAS tidak bersekongkol dengan DAP.  Persekongkolan PAS dengan DAP telah membawa kepada dolak-dalih dan ‘flip-flop’ dalam kes kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah bagi menggantikan nama Tuhan Kristian.  Suatu ketika PAS menyokong DAP dan menggesa kerajaan membenarkan Injil tersebut diedar dan suatu ketika pula, PAS menafikan pula yang mereka pernah menyokong DAP dalam isu tersebut. 

Dolak dalih atau ‘flip-flop’ adalah tanda kelemahan dan DAP tidak mengambil masa yang lama untuk mengeksploitasi kelemahan PAS bagi menekan kerajaan, sekali gus mencabar agama Islam serta mempromosi Kristian. 

Akibatnya, kerajaan UMNO yang bertegas enggan membenarkan Injil tersebut disebar kini dicabar di mahkamah.    Perkara ini tidak mungkin terjadi jika PAS sejak dari awal lagi tidak memberi muka kepada DAP untuk memainkan isu ini. 

Malang sekali apabila kerajaan telah kalah kepada pihak gereja dalam perbicaraan awal. Dan kini, kita sedang menunggu keputusan mahkamah rayuan pula. 

Walaupun PAS menafikan yang mereka menyokong DAP dalam isu ini, sehingga kes ini ke mahkamah, PAS terus ‘malu alah’ untuk ke hadapan dalam mempertahankan Kalimah Allah.  Inilah buktinya bahawa PAS sedar akan kesilapan mereka tetapi enggan mengakuinya.  Ia juga membuktikan bahawa PAS masih ingin menjaga hati DAP dan nekad untuk terus bersama DAP walaupun menyedari bahawa DAP adalah musuh Islam. 

Setakat artikel ini ditulis, mahkamah masih belum membuat keputusan. Justeru, umat Islam kini sedang menunggu dengan cemas.  Beberapa NGO turut meluangkan masa berkumpul di mahkamah, melaungkan Allahuakbar dan berdoa akan kemenangan di pihak kerajaan.   Jika PAS benar pertahankan Islam, maka PAS juga wajib menerima hakikat bahawa mereka harus turut mendoakan kemenangan kerajaan UMNO dalam rayuan kes ini.    

Episod ini seharusnya membuka mata semua pihak bahawa yang mempertahankan Islam itu adalah kerajaan UMNO dan bahawa kerajaan tidak pernah campurtangan dalam sistem perundangan mahupun institusi kehakiman. 

Dengan itu, PAS seharusnya malu jika terus menggunakan hujah bahawa UMNO tidak mempertahankan Islam lagi selepas ini. Manakala Pakatan Rakyat pula, secara keseluruhannya tidak berhak lagi menggunakan hujah bahawa kerajaan menguasai mahkamah apabila saja mereka kalah di mahkamah.

Thursday, August 22, 2013

Jangan Cuba Mencabar Kami!!! - Ketua Polis Pulau Pinang



Oleh : AJ

PULAU PINANG, 21 OGOS 2013 : Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap 04 supaya tidak sesekali menimbulkan kekacauan dan mencabar pihak berkuasa.

"Jangan cuba mencabar kami." tegasnya.

Beliau berkata sedemikian sejurus tindakan beberapa kumpulan kongsi gelap yang menaman diri mereka dengan "04" yang cuba melakukan provokasi dengan melakukan perarakan dan vendalisme di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang.

Untuk rekod, Ops Cantas dilancarkan pada 18 Ogos 2013 telah menahan lebih 200 penjenayah sehari selepas dilancarkan selain 683 orang ditahan pada 20 Ogos 2013 di Selangor. Ops Cantas Khas dilakukan oleh pihak PDRM sejurus diberikan kebenaran oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi mengekang jenayah berat yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. 

PR Anggap Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Mesir Pembaziran?

Sebuah blog pro-PR yang baru muncul, baru-baru ini menyiarkan artikel yang mengkritik tindakan kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Menurut blog tersebut, tindakan itu membazirkan beratus juta wang rakyat tanpa sebarang hasil. Apatah lagi dengan hakikat mereka yang memilih untuk tinggal di sana juga berada di dalam keadaan selamat tanpa ada yang cedera atau terbunuh. Justeru, tindakan kerajaan itu dilihat sebagai terburu-buru dan silap. 

Tidak cukup dengan itu, blog tersebut juga membangkitkan soal kononnya kroni UMNO membuat untung menjadi orang tengah dalam proses membawa pulang 4,000 yang terlibat melalui tempahan tiket dan macam-macam lagi. 

Malah, blog itu juga berhujah bahawa tiada negara lain yang membazirkan wang seperti Malaysia semata-mata untuk menyelamatkan rakyat mereka di negara yang bergolak. Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO hanya inginkan publisiti semata-mata, katanya. 

Sudah tentu kita tidak bersetuju dengan PR agar kerajaan mengabaikan rakyat Malaysia di Mesir. Tetapi, kita bersetuju jika kerajaan mengabaikan saja rakyat Malaysia penyokong Pakatan Rakyat di sana. Bukan kita tidak tahu bagaimana budi kerajaan dibalas oleh mereka dengan tohmah, fitnah, caci dan penghinaan ketika Ops Pyramid 1 iaitu apabila pemberontakan di Dataran Tahrir merebak. 

Langsung mereka tidak berterima kasih malah menganggap itu sudah menjadi tugas kerajaan. 

Dan hari ini blog yang menyokong mereka sendiri mendedahkan bahawa kerajaan negara lain tidak melakukan apa yang kerajaan Malaysia atau pemimpin UMNO lakukan. Sebenarnya apa yang pemimpin UMNO lakukan adalah amat mulia sekali kerana turut menyelamatkan rakyat yang mencercanya dan sanggup melakukannya sekali lagi.    

Justeru, kita berharap agar kerajaan mendengar seruan blog Negara Pakatan Rakyat ini agar meninggalkan sahaja penyokong mereka di sana. Lagipun, dari apa yang kita lihat, ramai dari kalangan pelajar penyokong mereka yang enggan pulang.  Malah, mereka bangga menunjuk sokongan terhadap bekas Presiden, Morsi dan tidak kisah sekiranya tentera Mesir turut menjadikan mereka sebagai sasaran. Pastinya mereka mendambakan syahid. Oleh itu, siapalah kita untuk menghalang cita-cita mereka.   

Bagaimanapun, kita menyokong agar kerajaan membawa pulang hanya ‘rakyat yang berguna’ untuk negara sahaja iaitu penyokong-penyokong BN dan mereka yang di atas pagar. Mereka-mereka ini pastinya mempunyai lebih kesedaran tentang pentingnya memelihara kestabilan. Tidak seperti penyokong PR yang bakal membawa Malaysia ke arah jalan yang sama dengan Mesir bila pulang nanti. 

Malaysia tidak perlukan manusia-manusia perosak yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih. Cukuplah kita mendapat pengajaran dari sikap bangsa Arab di Mesir yang suka bertelagah sesama sendiri. Janganlah kita membawa pulang rakyat kita yang mempunyai mentaliti yang sama dengan bangsa Arab itu untuk memusnahkan negara ini juga. 

---------

agak-agak la... kalau ada ahli keluarga si blogger pro-PR tu kat Mesir, dia nak selamatkan ke atau biarkan aje kat Mesir tu? ~BB


Polis Wajib Hancurkan Gangster 04

Berita ‘pemimpin DAP membela samseng’ nampaknya bukanlah berita yang mengejutkan bagi rakyat Malaysia.  Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak sudah menerima hakikat bahawa DAP itu samseng dan samseng itu DAP.   

Dalam kejadian tembak menembak di mana 5 penjenayah terbunuh di Nibong Tebal, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng cuba mempertikai tindakan polis dengan mempersoalkan kesahihan kenyataan polis yang merujuk kepada si mati sebagai penjenayah. 

Tindakan Lim Lip Eng dilihat sebagai reaksi spontan seorang yang gusar kerana beliau terlepas pandang akan hakikat berlakunya ‘balas membalas tembakan’. Seharusnya beliau tahu bahawa tidak mungkin seorang yang tidak bersalah akan mempunyai senjata api, apatah lagi berbalas-balas tembakan dengan polis.  Kegusaran Lim Lip Eng terhadap kematian penjenayah amatlah memusykilkan kita semua. 

Selepas Lim Lip Eng, ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer pula menghasut keluarga penjenayah yang mati ditembak untuk membuat laporan polis bagi mempertikai operasi penghapusan dan pencegahan tersebut.   Dari situ, mereka mempersoal jumlah tembakan dan berbagai-bagai aspek kejadian.

Dari tindakan DAP ini maka jelaslah bahawa DAP tidak senang apabila penjenayah ditembak. Ini menunjukkan bahawa parti itu sememangnya punya muslihat tersendiri apabila memberi tekanan terhadap kerajaan agar akta pencegahan dihapuskan. Hari ini rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana permainan DAP yang sengaja memburukkan imej polis atas peningkatan kadar jenayah dan kemudiannya mendesak pula agar penjenayah tegar dibebaskan. 

Penjenayah yang ditembak dikenalpasti dari kumpulan 04 iaitu salah satu dari kumpulan gangster India di sebelah utara. Mungkin menyedari bahawa mereka mendapat sokongan dari parti politik, maka kumpulan 04 begitu berani menonjolkan diri dengan berarak mengiringi mayat rakan mereka, malah berani juga melanggar kereta polis.  Mereka juga turut melukis logo kumpulan mereka di beberapa lokasi, dikhuatiri sebagai tanda pengisytiharan perang terhadap pihak polis. 

Tindakan DAP membela penjenayah dan menyalahkan polis adalah konsisten, dan parti itu nampaknya tidak berganjak walaupun terbukti yang tertembak adalah kumpulan gangster yang bersenjata dan ganas.  

Apa yang berlaku ini seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat akan bahayanya parti DAP. Apa lagi yang diperlukan untuk membuktikan bahawa DAP bukanlah parti yang bertanggungjawab, jauh sekali prihatin? Sokongan dan pembelaan yang ditunjukkan terhadap kumpulan gangster merupakan satu kenyataan rasmi bahawa DAP adalah parti samseng. Apakah kita sanggup memberi mandat kepada parti samseng lagi selepas ini? 

Sungguh jahat permainan DAP yang mencemuh polis kerana jenayah meningkat, tetapi mempertikai pula tindakan polis mengekang jenayah.  

Justeru, kita harap pihak polis tidak membuang masa melayan karenah DAP dengan membela diri atau menjelaskan apa-apa. sah terjerumus dalam kancah politik gila parti samseng yang sanggup memperjudikan nyawa orang ramai demi publisiti dan kuasa. 

Rakyat berdiri teguh di belakang pihak polis dalam tindakan mereka mencegah dan mengekang jenayah dengan tegas dan pantas. Kebiadapan kumpulan 04 perlu diajar supaya mereka sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang. Kumpulan samseng tidak boleh bermaharajalela seolah-olah negara ini mereka yang punya. Rakyat berdoa akan keselamatan pihak polis dan agar kumpulan 04 dihapuskan sahaja dari muka bumi Malaysia. 

Pelaburan Di Selangor Menjunam : Bukti PR Gagal Mentadbir

Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi setiap tahun. Namun, itu semua sudah menjadi kisah lama. Hari ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya oleh Pakatan Rakyat.

Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8 billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011. Senario yang sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan jumlah pelaburan sehingga 73%. Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa.

Setelah sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap dari BN. Jelas sekali bahawa pelabur tidak yakin dengan kredibiliti PR. Malah, tidak mustahil pelabur sebenarnya takut dengan gelagat pemimpin PR yang gemar membuat huru-hara.

Mana tidaknya, sepatutnya kerajaan negeri mempromosi kestabilan dan keamanan tetapi kerajaan PR sentiasa berusaha mencetuskan kekecohan dan huru-hara. Siapa yang berani melabur di dalam negeri yang pemimpinnya asyik berpolitik secara keterlaluan dan ganas pula?

Peningkatan aktiviti dan perniagaan ‘gelap’ di seluruh Selangor semenjak pemerintahan PR juga pastinya menyumbang kepada menurunnya jumlah pelaburan di negeri itu. Peningkatan aktiviti gelap menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah sekali gus membuktikan terdapat peningkatan masalah korupsi di negeri ini.

Pelabur tentunya telah mengkaji keadaan ini yang mana menyebabkan Selangor tidak lagi menjadi destinasi pelaburan pilihan. Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin-pemimpin PR juga tidak punya karisma dan kredibiliti mahupun pengalaman untuk berurusan dengan para pelabur luar negara bagi menarik pelaburan langsung asing.

Malah, Menteri Besar Selangor sendiri tidak mempunyai personaliti yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur, sedangkan untuk menarik pelaburan langsung asing, peranan Menteri Besar amatlah penting. Meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Kewangan negeri secara tidak langsung telah memusnahkan semua harapan Selangor untuk meningkatkan pelaburan.

Walaupun Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara luar, namun nampaknya Anwar tidak mampu meyakinkan seorang pun pelabur luar untuk melabur di negeri jajahannya. Ini kerana beliau mempunyai rekod ‘hampir membangkrapkan negara’ serta mempunyai kelayakan ekonomi ‘sifar’.

Selain itu, beberapa pemimpin negeri ini, terutama dari parti DAP didapati tidak mampu berkomunikasi dengan baik serta tidak memahami adat, etika atau adab yang sesuai bagi menghadiri majlis rasmi apatah lagi yang bertaraf antarabangsa.

Justeru, tidak hairanlah jika pelabur meragui kepimpinan mereka. Walaupun DAP sering merasakan diri mereka hebat, terbuka dan lebih bijak dari pemimpin Melayu, namun hakikatnya amatlah jauh berbeza. Pendek kata, kepimpinan Pakatan Rakyat dari mana-mana partipun semuanya tidak berkualiti.

Oleh kerana itu, Selangor kini tidak lagi boleh dibanggakan sebagai negeri pilihan pelabur. Ekonomi Selangor pastinya akan terjejas dengan kurangnya jumlah pelaburan dari setahun ke setahun.

Tidak mustahil, tahun ini Selangor akan menyaksikan jumlah pelaburan yang jauh lebih rendah terutama apabila desas-desus bahawa satu lagi demonstrasi besar akan di adakan oleh Ambiga Sreevanesan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, PR tidak mampu memerintah dan jika rakyat Selangor ingin negeri ini pulih seperti sediakala maka tidak ada cara lain lagi selain dari kembalikan mandat memerintah kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.