Ratusan penyokong aljub membanjiri kompleks mahkamah jalan duta, kuala lumpur pagi 16 mei 2011 untuk mendengar keputusan samada aljub perlu membela diri terhadap tuduhan liwat.
Kecoh tul bila pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks mahkamah. Ada antaranya menuntut supaya polis menghentikan sekatan dan mendakwa sebagai pembayar cukai serta berhak untuk masuk ke kawasan berkenaan dengan bebas.
Bila tak dapat masuk apa lagi. Buat bisinglah dengan nyanyian lagu 'ole ole' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anwar, bebas Anwar'.
Keadaan semakin hangat apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Disebabkan kecewa salah seorang penyokong menjerit kepada kumpulan wartawan TV3 dengan panggilan ‘TV3 suku balik’ dan ‘TV3 lucah’ merujuk kepada tindakan menyiarkan rakaman video seks pemimpin yang didakwa mirip aljub.
Dalam pada itu, pihak polis juga telah menahan seorang lelaki membawa tukul besi diperkarangan mahkamah tersebut, kata OPCD Sentul. Menurutnya lelaki tersebut berpakaian seragam pengawal keselamatan itu mencurigakan pihak berkuasa. Katanya, "Polis agak bimbang. Kejadian berlaku pada jam 9.15 pagi. Lelaki itu dibawa ke balai polis daerah Sentul”.
Penyokong aljub yang datang awal pagi tadi telah berkumpul di masjid kuala lumpur nak tunjukan sokongan mereka kepada ketua pembangkang itu. Mereka berserapan nasi lemak yang dibungkus dengan akhbar utusan malaysia sebgai protes simbolik mengenai peranan akhbar milik Umno yang didakwa menyiarkan pelbagai fitnah dan pembohongan terhadap PR.
Penyokong juga menunaikan solat hajat subuh sebelum beredar ke mahkamah. Ada yang datang sejauh dari kawasan kerusi parlimen Anwar di Permatang Pauh dan terdapat juga beberapa bas yang dari Gopeng, Perak.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan.
sumber dari Malaysia Kini.
---------
Aku tak tau apa nak digelarkan lagi kepada penyokong aljub nih. Dia orang ni memang tak nampak apa yang sepatutnya dia orang nampak. Bukan melihat dengan mata tapi dengan mata hati. Kalau lah aljub ni jadi pemerintah alamat malaysia ni jadi negara yang penuh dengan maksiat dan menjadi negara pengeluar maksiat yang terbesar di dunia.
Aku mohon sangat-sangatlah Allah Subhanahuwata’ala bagi petunjukan yang benar-benar jelas. Aku tak mahu bumi Malaysia ni ditimpa bencana gara-gara menyokong orang yang salah.
Wallahualam bisawab.
No comments:
Post a Comment