Tuesday, March 29, 2011

Dulu Masa Harga Premium Tanah Dapat Murah Tak Mahu Bayar!!!

Ni dia nak citer, hah! citer pasal permohonan tanah dalam ampang. Cuba ingat balik orang ampang yang mohon dulu tu, masa Selangor masih di bawah BN, harga premium tanah boleh dapat murah. kerana Kerajaan Selangor pada waktu itu boleh pertimbangkan lagi kepada pemohon-pemohon dengan harga yang mampu dibayar. 

Tetapi hanya sia-sia je wakil rakyat BN (dun lembah jaya) dulu bagai nak rak minta pengurangan premium daripada menteri besar dulu, yang korang tak suka tu lah (korang bukan aku yeh). dapat harga rm2.00 kps tetapi tidak berpuas hati dengan harga ini dan minta dengan lebih rendah lagi iaitu rm0.50 kps dan ada yang tak mahu bayar sebab nak jugak-jugak rm0.50 tu. yang sudah jelaskan premium dah tentu merasa lega kerana sudah dapat hakmilik tanah... antaranya kawasan yang terlibat tanah di bukit sungai seputih.

Hah!... sekarang ambik kau, mana yang jual mahal dulu tu dapat harga rm16.50 kps minta tolong wakil rakyat sekarang dapatlah kurang 50%, rm8.25 kps. rasa rugi tak? mana yang lagi murah, rm2.00 atau rm8.25? dan sekarang cubalah pulak cari balik mantan dun lembah jaya yang dulu, kunun nak minta tolong untuk dapat harga macam dulu. bangang ke tak orang tu, dah tentulah tak boleh dah sekarang. dah tentulah kerajaan ParasitRakyat tak bagi kurang sebabnya nanti depa tak buleh nak hisap darah, tak cukuppp. 

Yang pemohon tanah tu lak, siapa suruh pilih pemimpin yang pembohong. kan dah rugi besar. buat sesuatu tindakan tak fikir panjang inilah dia, orang yang tamak, dah bagi murah nak murah lagi. 

Sememangnya ramai yang rugi dari untung bila pemerintahan bertukar tangan kepada pembohong besar. janji banyak tapi buat tarak. 

Ni satu lagi, nak bagi ada juga dikalangan ahli DAP pon datang minta tolong dari BN pasal pengurangan premium ni, jangan tak percaya seh... ahli-ahli dari komponan BN jugaklah dulu tu. baru ada akai, masuk DAP tapi orang dia sendiri pon dia tak tolong ni kan nak tolong yang lain, macam tu yang PAS sebok nak pakat dengan dia orang... rentikanlah...

Sesungguhnya rakyat yang memilih pemimpin yang salah adalah rakyat yang juga menyusahkan rakyat yang lain. 


Ada 'Orang Baru' Nak Masuk Line Ampang

patut ke, tuan tanah penat-penat mengembur tanah, buat batas, tanam benih, siram, letak baja lagi... alih-alih bila waktu menuai orang lain pula yang nak ambil hasilnya. menangguk di air keruh nih..

sepatutnya ikutlah cara yang betul kalau nak naik pun. bukannya menyusup dengan tiba-tiba. kau tak buat kerja dari mula lepas tu nak terus naik. apa kata pulak yang dah lama buat kerja, potong line depa. tapi yang bangsatnya ada pulak yang menempel tak malu follow OB nih coz OB nih banyak $. macam dulu2 gak la, dok follow orang yang ada banyak $ nih. lepas sorang, sorang lagi... tapi yang tak bagusnya bila dah tak dapat lagi ditinggalkannya, follow lak orang lain, begitulah seterusnya. dan lagi, bila dah blah cakap macam-macam pasal orang yang dia follow sebelum nih. berterima kasih memang tak ada la langsung... sanggup kutuk lagi sebab tak dapat apa yang dia mintak.

OB ni pun, kalau nak join pun buat la dengan cara yang betul. jumpalah dgn pemimpin yang paling atas dulu. beritahu nak aktif dan nak terlibat sama dengan program-program dalam ampang nih. kenalah step by step seh. bukan main redah je... masuk rumah orang tak bagi salam weh... menceroboh nama nye tu... orang-orang yang follow dengan habuan tu semua tak boleh pakai, boleh dibeli dengan senang sebab tak ada maruah. harap-harap OB tu tak kena tipu dengan depa ni yang rendah maruah. umur muda masih ada masa lagi nak ukir nama. tak payah nak tergopoh gapah kejar. sampai masa, ada rezeki tak ke mananya.

Tak tumbuh tak melata, 
Letak galah dalam padi, 
Tak sungguh kehendak kita, 
Kehendak Allah Ta'ala jua yang jadi.

Saturday, March 26, 2011

YAYASAN SELANGOR MANGSA KERAKUSAN PARASITRAKYAT (PR)

Apa lagi gelaran yang boleh diberikan kepada pihak yang merugikan sesuatu agensi lebih lagi melibatkan mengaliran dana yang tidak telus. Sewenang-wenangnya memperbelanjakan dana yang sepatutnya dialirkan kepada yang layak menerima.

Kalau setakat nak meraikan sambutan ulang tahun tak perlulah nak buat sampai berbelanja terlalu besar. Bukankah ada baiknya dana tersebut disalurkan bagi tujuan yang murni dan untuk kebaikan bukan kepada pembaziran.

 Apa sajalah yang disediakn untuk majlis sambutan ulang tahun Yayasan Selangor sehinggakan jumlah perbelanjaan mencecah ratusan ribu yang hampir ke juta itu??? Kroni siapa agaknya yang dapat keuntungan hasil perbelanjaan besar itu??? Tetamu-tetamu mana pula yang dijemput???

Memang patut pun YM Sultan Selangor batalkan keberangkatan ke majlis yang melibatkan kos tinggi dan membazir itu.

Siapa sebenarnya yang makan duit rakyat sekarang ni? Dok kata BN selalu makan duit rakyat, tapi depa yang PARASIT sebenarnya. Kalaulah perkara ni tidak didedahkan, agaknya bebillion dana tu mengalir macam air. Habis macam tu je, kesian kat rakyat yang memerlukan.



Cuba kalau tang orang lain, wooo... belum apa-apa lagi dah melaung-laung kata makan duit rakyatlah, rasuahlah, kronilah dan sebagainya... tak sedar yang depa buat lagi lebih-lebih-lebih...

rm800,000.00 tu bukan rm8,000.00... macam-macam program amal boleh buat tuuu...

ParasitRakyat ... sedut sana... sedut sini... korek sana... korek sini... sampailah bumi Selangor dah tak ada apa-apa nanti... namum nak menambah memang tak adalah langsung.

Pelik gaklah bila penyokong tegar ParasitRakyat ni tak mau pertikaikan perkara nih... menyokong dengan butatuli... tak dapat apa faedah langsung pon, masih lagi terhegeh-hegeh nak sokong gak. Lama-lama sok tak cukup dana lagi, habis semua penyokong-penyokong lak yang kena jual... huhuhu... 


Depa ni bukannya ikhlas berjuang untuk rakyat, tapi ikhlas berjuang untuk duit... tu la hakikat yang sebenarnya... dah depan mata kata tak nampak, tak lama lagi la tuuu...


---------

Monday, March 14, 2011

Manusia Yang Berhati Syaitan

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi apabila kamu menghindar dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan kamu, maka mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan. Anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka licik, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasik menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka menjadi bidaah, sedangkan bidaah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”;- (Riwayat Thabrani).

Sunday, March 13, 2011

Pengurusan Jenazah Dipolitikkan Juga?

berlaku di pangsapuri Taman Ampang Mewah. seorang penghuni yang tidak mempunyai saudara mara (sebatang kara) yang sakit tidak berupaya menguruskan diri jika tanpa bantuan dari sesiapa. telah dimaklumkan kepada ketua penaja UMNO di kawasan tersebut dan kerana sifat bertanggungjawab terhadap masyarakat maka siketua pun menjaga penghuni yang sakit itu. akibat penyakit penghuni itu kritikal, dia telah dibawa ke Hospital Ampang untuk dirawat. beberapa hari kemudian penghuni pangsapuri Taman Ampang Mewah itu telah menghembuskan nafas terkahirnya pada 10/03/2011. menjadi masalah apabila jenazah penghuni itu tidak mahu diterima oleh pihak surau di Taman Ampang Mewah. alasannya jenazah diuruskan oleh orang UMNO. siketua penaja itu cuba juga berusaha dan beliau telah datang ke pejabat UMNO ampang untuk memberitahu masalah tersebut. secara kebetulan pula pemangku setiausaha bahagian dan timbalan pengerusi tetap bahagian yang juga merupakan pengerusi JKKKP Kampung Ampang Indah ada. tanpa membuang masa pengerusi JKKKP pun cuba menghubungi pihak masjid Al Aman Lembah Jaya Selatan berkenaan masalah yang dihadapi. Alhamdulillah pihak masjid bersetuju untuk membantu menyempurnakan jenazah tersebut.

perkara seumpama ini sepatutnya tidak berlaku. kenapa pihak surau Taman Ampang Mewah buat begitu. sepatutnya pengurusan jenazah itu tidak ada kena mengena dengan agenda politik. pelik sungguhlah mereka -mereka ini.

Apabila berlaku satu kematian maka hukum menguruskan jenazah merupakan fardu kifayah dan menjadi kewajipan kepada mereka yang masih hidup untuk menguruskan jenazah tersebut dari awal hingga mengebumikannya dan juga hendaklah menjelaskan segala hutang piutangnya sekiranya ada sebagaimana sabda Rasulullah SAW :  
نفس المؤمن معلقة بقضاء دينه حتى يقضى

 Bermaksud : “ Roh seseorang mukmin itu akan tergantung dengan hutang nya  sehinggalah dijelaskan.”


wallahualam bissawab. 

Saturday, March 5, 2011

membimbangkan

aku tak faham lah kenapa rakyat malaysia sekarang nih makin pandai tapi kurang bijak. mana tidak nya, kalau dah memilih parti yang akan menghancurkan rakyat malaysia. termakan dek kata-kata yang kononnya perjuangkan untuk rakyat. plan 100 hari belum tahu hasilnya baik untuk rakyat yang telah berpuluh-puluh tahun biasa dengan keadaan yang sedia ada. bukan senang nak mentadbir kerajaan dengan rakyat berbagai kerenah dan kehendak. apa jua yang kerajaan telah penuhi untuk rakyat masih ada yang tak berterima kasih malah bersungut itu dan ini. kalau nak dibandingkan dengan rakyat dulu-dulu, dah tentu mereka sangat berterima kasih pada kerajaan malaysia sekarang kerana waris mereka berada di dalam keadaan yang selesa. cuma tidak dinafikan taraf hidup di malaysia ini berbagai2. tapi haruskah kita nak salahkan kerajaan kalau kita susah dan miskin dek kerana kemalasan sendiri serta sentiasa mengharap  dan bergantung untuk sesuap nasi.

pada tika ini kita sangat kenal dengan hati budi kerajaan yang telah berpuluhan tahun mentadbir malaysia dan kita masih boleh bersuara sekiranya tidak berpuas hati. memang menjadi lumrah setiap manusia dengan berbagai nafsu. oleh itu jangan kerana kepincangan tugas seseorang yang mewakili kerajaan, abis semua kita tuduh yang lain-lainnya. bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.  dalam setandan pisang bukan semua buahnya cantik. 

aku tak boleh nak bayangkan kalau kerajaan sekarang ini diambil alih oleh yang lain yang kita masih ragu dengan kesahihan janji-janjinya itu. ada yang masih tidak sedar lagi dan terlepas nampak bahawa silaturrahim umat Islam sedang dicincang lumat oleh anasir-ansasir yang sememangnya nak menghapuskan orang-gorang Islam dengan mempergunakan orang-orang Islam sendiri. bayangkanlah nasib masa depan generasi kita yang akan datang. jika dari sekarang kita tidak mengatasi kebimbangan ini dikhuatiri nanti waris kita tidak beterusan. fikirkan lah. 


 Anak-anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing

Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Tuesday, March 1, 2011

Ketua Cawangan Tak Hargai Sayap Sendiri

baru-baru ni satu program perkhemahan telah dia adakan di kawasan reakreasi yang agak terkenal juga. program ini melibatkan para remaja/belia kawasan dan juga dianjurkan oleh gabungan dua peringkat sayap cawangan iaitu pemuda dan puteri cawangan. seperti yang diketahui, dari mula susunan program diusahakan oleh kedua-dua sayap terutamanya oleh salah satu sayap ini iaitu puteri.

tidak pasti di mana silapnya, maka pada ucapan oleh ketua cawangan berkenaan tidak menyebut langsung barisan puteri yang terlibat dalam usaha untuk menjayakan program tersebut. walhal dalam usaha untuk mendapatkan dana juga barisan ajk puteri dan beberapa ajk pemuda yang bersungguh-sungguh menyiapkan kertas kerja dan berjumpa dengan pemimpin atas bahagian. namun apabila ketua puteri berkenaan mempertikaikan perkara tersebut dan mengutarakan kepada ketua cawangan, ketua cawangan berkenaan tetap mempertahankan yang program tersebut adalah usaha barisan pemuda cawangan berkenaan serta yang mendapat nama ketua pemuda dan salah seorang ajk pemuda yang langsung tidak berbuat apa-apa di awal perancangan program tersebut.

ketua puteri cawangan tersebut berasa kecil hati dan kecewa dengan sikap ketua cawangan tersebut seolah-olah tidak menghargai langsung serta tidak nampak (sengaja) apa yang telah barisan puteri cawangan tersebut lakukan untuk menjayakan program perkhemahan itu.

sikap ketua cawangan seperti ini seharusnya tidak dicontohi. kalau di dalam cawangan ketua ini tidak menjaga hati ahli-ahli cawangan sendiri, terutama diperingkat remaja tidak kira samada puteri ataupun pemuda dan bersikap 'pilih kasih' maka bayangkanlah jika ketua cawangan ini menjadi pemimpin atasan yang juga 'pilih kasih' hanya memilih orang-orang tertentu sahaja untuk diberi keutamaan. maka ramailah yang kecewa dan akan berpaling pada yang lain. perkara seumpama ini pernah berlaku sebenarnya kepada ketua cawangan ini tetapi nampaknya beliau tidak berasa serik malah bangga dengan apa yang dia lakukan iaitu sikap 'pilih kasih'.

walaupun berpelajaran tinggi tetapi jika sikap meninggi diri sangat kuat, tak akan kemana pun. sia-sia saja lah kalau nak laungkan slogan budi bahasa budaya kita dan juga sikap tak mengenang budi umpama kacang lupakan kulit.

...berterima kasihlah walaupun budi sebesar kuman...

Mengenal Jin dan Syaitan serta Peranannya dalam Kehidupan Manusia.

Anak Jin Dan Syaitan

MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN, ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA:-

1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 3. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

8. WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari..

Jenis-Jenis Jin

JENIS-JENIS JIN seperti:-

1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.

ANAK-ANAK IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR:-
1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
4. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

Apakah Itu Jin?

APAKAH ITU JIN?
Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini.

Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

AWAL PENCIPTAAN JIN.

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri.Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).

Asal Kejadian Jin Asal Kejadian jin dan Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. Keterangan "Al-Maarij " Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu. Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia.

Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia. Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

Cara pembiakan Jin.
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah. Agama puak-puak Jin. Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin. Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah.

Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik. Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

Rupa Bentuk Jin.
Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok. Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makhluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia. Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya. Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka. Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak. Melihat Jin. Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya. Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia. Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya. Kumpulan-kumpulan Jin. Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

Jenis-jenis Jin Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-
1.Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..
2.Asy-Syaitan Syaitan-syaitan
3.Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )
4.Al-Afrit Penipu-penipu
5.Al-A’waan Pelayan-pelayan
6.Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang
7.Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam
8.At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )
9.Al-Qurana Pengawan-pengawan
10.Al-Ummaar Pemakmur

Gangguan Jin

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN seperti:-
1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi. 3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan jin sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan jin tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan jin yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan jin seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

Tanda-Tanda Pada Waktu Tidur & Waktu Sedar

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR seperti:-
1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
9. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
10. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.
11. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
12. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA seperti:-
1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

Cara-cara untuk membaca ayat-ayat Ruqyah dan aturannya ialah seperti berikut:-
1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
7. Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )
8. Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )
9. Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 ) di ulangi sebanyak 7 kali.
10. Surah Al-A'raf ( ayat 120 ) di ulangi sebanyak 30 kali secara bersendirian
11. Surah Yunus ( ayat 81-82 ) di ulangi sebanyak 7 kali
12. Kemudian baca ayat ini:- إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ Sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidakbenarannya
13. Surah Thaha ( ayat 69 ) di ulangi sebanyak 7 kali
14. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
15. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
16. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )
17. Kemudian baca ayat ini sebanyak 7 kali:- يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ
18. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
19. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
20. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )
21. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )
22. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 ) di ulangi sebanyak 9 kali
23. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )

PERHATIAN !!!
DENGAN KELAKUAN JIN dan Kadang-kadang ada jin yang datang sambil memekik, mengamcam dan berjanji. Dalam menghadapi hal ini janganlah anda takut, akan tetapi pukullah dia dan berilah pelajaran kepadanya, mudah-mudahan dengan izin Allah, jin tersebut akan diam. Kadangkala jin itu mencaci-maki anda, maka janganlah anda marah kepadanya. Kadangkala jin itu memuji anda, bahawa andalah orang yang yang soleh dan dia akan keluar demi menghormati anda. Apabila mendengar perkataan yang demikian ini, maka hendaklah anda katakan: "Aku adalah seorang hamba yang lemah, keluarlah engkau kerana taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya." Kadangkala ada pula jin pengganggu itu membantah. Dalam menghadapi hal ini hendaklah anda ambil setengah gelas air kemudian dekatkanlah air itu ke mulut anda dan bacakanlah ayat-ayat Al-Qur'an iaitu: Surah Yasin, As-Shaffat, Ad-Dukhan dan Al Jin. Selepas itu siramilah air tersebut kepadanya, maka jin tersebut akan merasa kesakitan serta patuh kepada anda dengan izin Allah, dia akan keluar dari tubuh orang tersebut. Jika anda ingin tahu tentang akidah jin tersebut tanpa menanyakannya, maka bacakanlah kepadanya ayat di bawah ini : ( Sebahagian dari Surah Al-Maidah - Surah 5 : Ayat 72 ) Kadangkala ada jin yang lari pada waktu mengucapkan janji. Dalam menghadapi hal ini hendaklah bacakan berulang-kali di telinga orang yang kerasukan jin tersebut dengan ayat Al-Qur'an iaitu : (Ar-Rahman 33-36) Kadangkala ada jin yang ingin keluar tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya, dalam menghadapi hal ini, maka hendaklah anda membaca Surah Yasin serta azan di telinga orang yang kemasukan jin tersebut. Ayat-ayat Al-Qur'an yang dibacakan itu hendaklah dengan bacaan yang benar, khusyuk dan dengan suara yang dapat didengar. Jika jin itu meminta sesuatu syarat baru dia akan keluar dari jasad orang yang dimasukinya itu, maka perhatikanlah dahulu apa syarat yang dimintanya. Jika syarat yang dimintanya itu supaya taat kepada perintah Allah seperti: "Saya akan keluar dari tubuh orang ini dengan syarat dia mahu menjaga solatnya atau dia mahu menutup auratnya". Jika demikian itu syarat yang dimintanya, maka turutilah dia, akan tetapi haruslah anda jelaskan kepadanya, bahawa ketaatan tersebut bukanlah kerana mentaatinya akan tetapi kerana taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika permintaan syaratnya itu supaya melakukan kemaksiatan, maka janganlah diikuti, bahkan hukumlah dia. Jika Allah telah mengluarkan jin tersebut dari tubuh orang yang kerasukan jin itu, maka perintahkanlah kepada orang yang kerasukan jin itu, begitu juga orang yang hadir, supaya sujud syukur kepada Allah SWT kerana telah bebasnya dari penganiayaan tersebut. Begitu juga dengan diri anda haruslah melaksanakan sujud syukur tersebut, kerana Allah SWT telah memperkenankan permohonanmu untuk menyingkirkan kezalimannya. Jika anda telah berhasil mengeluarkan jin tersebut dengan izin Allah, maka janganlah anda katakan: "Saya telah berhasil mengeluarkan jin tersebut", akan tetapi karakanlah: "Allah telah mengeluarkan atau menghalaunya". Anda haruslah berhati-hati dalam hal ini dan janganlah anda sampai terpedaya dengan rayuan syaitan. Hendaklah anda selalu membaca buku-buku yang berkenaan dengan masalah jin, seperti buku "Risalatul Jin" karangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan lain-lain.

Kumpulan-Kumpulan Jin
KUMPULAN-KUMPULAN JIN, Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :- Kumpulan yang menunggu kubur Kumpulan yang menunggu gua Kumpulan yang menunggu mayat Kumpulan yang menunggu air mata air Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.

PEMIMPIN-PEMINPIN JIN,Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-
• Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
• Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
• Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
• Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI.
• Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH

Kerajaan Iblis

KERAJAAN IBLIS, Iblis mempunyai kerajaan yang sangat besar. Ada menteri-menteri, pemerintahan dan pejabat-pejabat. Iblis juga mempunyai wakil-wakil, lima di antaranya wajib diwaspadai :
• Kerajaan Iblis Yang pertama, menurut kalangan Jin, bernama Tsabar. Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau ditimpa musibah, baik kematian isteri, anak ataupun kaum kerabat. Kemudian dia melancarkan bisikannya dan menyatakan permusuhannya kepada Allah. Diucapkannya, melalui mulut orang yang ditimpa musibah itu, keluh-kesah and caci-maki terhadap ketentuan Allah atas dirinya.

• Kerajaan Iblis Yang kedua, namanya ialah Dasim. Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mencerai-beraikan ikatan perkahwinan, membuat rasa benci antara satu sama lain di kalangan suami-isteri, sehingga menjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar.

• Yang ketiga, namanya ialah Al-A'war. Dia dan seluruh penghuni kerajaannya, adalah pakar-pakar dalam urusan mempermudah terjadinya perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul menggembirakan Iblis di kerajaan yang besar. Segala persoalan yang menyangkut keruntuhan moral dan perzinahan berurusan dengan pejabat besar mereka.

• Yang keempat, namanya ialah Maswath, pakar dalam menciptakan kebohongan-kebohongan besar mahupun kecil. Bahkan kejahatan yang dia dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk seseorang yang duduk dalam suatu pertemuan yang disenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia.

• Yang kelima, namanya ialah Zalnabur. Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. Merekalah yang menyebabkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan dan bunuh-membunuh sesama manusia. Untuk menghindarinya hendaklah mengucapkan : "Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, ( ** Sebutkan namanya : Tsarbar / Dasim / Al-A'war / Maswath / Zalnabur ) yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa, "Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur."

Maka marilah kita mengawasi setiap pergerakan dan rancangan jahat serta permainan yang digunakan oleh syaitan dan jin dalam menggoda serta menghasut umat islam pada setiap detik yang berlalu. Kebanyakan umat islam tidak sedar atau tidak perasan iaitu setiap perbuatan dan perkataan keji yang kita lakukan adalah diatas pengaruh mereka dengan bantuan nafsu Amarah(Jiwa yang suka kepada kejahatan). Oleh itu adalah amat penting ilmu pengetahuan tentang Syaitan dan Jin agar kita dapat memelihara diri dibawah perlindungan serta pemeliharaan Allah Yang Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu.serta tidak terpedaya dan terpengaruh dengan pujukan dan hasutan mereka.Insyallah, Selagi hati sentiasa berpegang teguh kepada Al Quran dan Sunah Rasul SAW.

Tin Kosong

seharusnya sesiapa saja yang memegang jawatan tak kira apa peringkat sekali pun punya peranan dan tugas masing-masing. kebanyakkannya yang dilihat sebahagian darinya hanya pandai bercakap, komplen sana-sini, bantai sana-sini tapi habuk pun tak ada. umpama tin kosong, bunyi je lebih tapi dalam kosong.

mereka-mereka ini seharusnya membantu pentadbiran diperingkat bahagian, bukan hanya bersuara itu dan ini tetapi tidak berbuat apa pun untuk menangani apa jua permasaalahan yang dihadapi oleh pentadbiran bahagian.
malah lebih kepada bersungut dan menyalahkan pentadbiran bahagian sekiranya terdapat kekurangan yang tidak dipenuhi tetapi tidak bersama untuk menangani masalah yang dihadapi. lari dari masalah memang ramailah.