berpendirian tetap itu mesti... bukan seperti lalang... perubahan ikut kesesuaian... teguran sentiasa ada... ikhlas itu penting...
Friday, March 28, 2014
#MH370: Pembangkang Sembunyikan Maklumat?
#MH370: Agenda Media Barat Dalam Menjatuhkan Imej Malaysia Di Mata Dunia.
Media barat yang berprestij seperti CNN, Al-Jazeerah, Fox News dan sebagainya selalu dikaitkan dengan laporan berintegriti dan benar. Mereka dijadikan rujukan bagi para pengkaji dan dianggap sebagai salah satu sumber maklumat yang penting kepada warga dunia.
Namun begitu, setelah dikaji dan diteliti semula, kebanyakkan maklumat yang dikeluarkan media barat tidak lah setepat yang kita sangka. Malah, ada diantara yang mereka keluarkan langsung tidak tepat dan di reka cipta atas agenda tertentu.
Tragedi MH370 merupakan salah satu insiden di mana media barat telah memainkan peranan untuk mensabotaj dan memalukan Malaysia. Walaupun dengan nama segah CNN, mereka sering menayangkan perkara-perkara yang negatif yang tidak tepat untuk tatapan seluruh dunia. Apa yang boleh dikatakan ialah, media barat seolah-olah mempunyai agenda tertentu agar pihak berkuasa di Malaysia nampak seperti tidak cekap dan gagal mengawal keadaan.
Contoh penipuan paling besar adalah siri wawancara yang disiarkan oleh Fox News yang sering mengetengahkan kononya tragedi MH370 itu adalah disebabkan oleh juruterbang yang beragama Islam. Pada pandangan Fox News jika seseorang itu tidak berkulit putih maka mereka adalah pengganas yang perlu dihapuskan. Tetapi disebabkan oleh kebebasan media tanpa sekatan Amerika Syarikat berita-berita rasis seperti ini masih lagi boleh disiarkan hanya kerana atas nama kebebasan bersuara.
Jika kebenaran yang dicari oleh agensi media barat, apakah kiranya mereka tidak terus memberikan sokongan dan melaporkan maklumat yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia. Maklumat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bukanlah diambil dari satu sumber, tetapi ianya adalah hasil dari perkongsian data daripada 26 buah negara yang terlibat secara langsung dalam operasi dan menyelamat MH370.
Kerajaan Malaysia telah memberikan maklumat yang tepat dan lengkap untuk panduan bersama bagi seluruh penduduk dunia. Namun, tidak tahu dimana salahnya, media barat tetap memainkan isu konspirasi dan kegagalan pihak berkuasa Malaysia. Ini dijadikan modal oleh musuh dalaman dan luaran Malaysia untuk terus dijadikan modal bagi memfitnah pihak kerajaan persekutuan. Sungguhpun begitu pujian harus diberikan kepada pihak tentera negara lain yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyelesaikan masalah ini.
Pihak media barat ternyata ingin mewujudkan sentimen negatif apabila menjemput pula Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim untuk memberikan komen tentang apa yang telah terjadi dengan penerbangan MH370 tersebut. Sudah tentu Anwar yang sudah lama berdendam dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia akan memberikan pandangan sehabis buruk dengan situasi kini. Apa natijahnya pihak media barat memaparkan maklumat yang bercanggah dan hanya spekulasi? Adakah mereka berkhidmat untuk pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerajaan yang sedia ada?
Dengan kebanjiran pelbagai gossip dan cerita palsu, media barat tanpa segan silu menyebarkan tentang konspirasi, dan ianya lebih daripada apa sebenarnya yang telah dijumpai oleh para penyiasat antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama menegakkan kebenaran dan memberikan sokongan penuh kepada Malaysia. Tidak kira fahaman politik, agama, bangsa dan taraf ekonomi perlu mempertahankan maruah dan imej Malaysia daripada di fitnah oleh konspirasi yang telah direkacipta untuk selera rakus kapitalis media barat.
Tuesday, March 25, 2014
Penipuan CNN dan Media Barat: Cubaan untuk mencemar imej Malaysia

Saturday, March 22, 2014
Pembangkang Tak Hargai Langsung Komitmen Petugas SAR MH370
Hari ini, genap 2 minggu MH370 hilang dan ini bermakna 2 minggu jugalah petugas misi mencari dan menyelamat (SAR) tidak berehat. Beberapa individu penting dalam misi ini pernah berhari-hari tidak pulang ke rumah. Makan minum mereka juga pastinya sudah tidak lagi teratur. Itu belum lagi diambilkira mereka yang terlibat secara langsung di lautan. Mereka ini tentulah lebih hebat lagi tekanannya.
Di celah-celah itu, petugas SAR juga terpaksa berhadapan dengan hakikat bahawa ‘tiada petunjuk langsung’ dalam kehilangan MH370. Namun, di masa yang sama, mereka perlu memberi laporan terkini hampir setiap jam. Bayangkan, apa yang dapat mereka laporkan jika tiada apa-apa perkembangan baru untuk diumumkan? Sedangkan seluruh dunia mengharapkan jawapan.
Biarpun mereka telah melakukan sebaik mungkin, mereka terus didesak dan didesak malah dicaci dan dimaki pula. Tidak cukup dengan itu, mereka difitnah kononnya menyembunyikan maklumat. Mereka diketawakan, dihina dan diperlekeh, dan yang paling dahsyat dijadikan bahan untuk melukis kartun dan disiarkan di media antarabangsa!
Apa yang pelik, pakar dan penyiasat dari negara asing yang turut membantu, tidak pula dicemuh kerana tidak mampu membantu Malaysia. Tiada pula timbul soalan atau rungutan seperti “kenapa pakar dan penyiasat dari ‘kuasa besar dunia’ juga tidak dapat memberi jawapannya?”.
Seolah-olah yang salah dan lembab di sini hanyalah Malaysia dan kepimpinannya.
Dan inilah yang dijaja oleh pembangkang di serata dunia, di setiap media dan setiap ceramah mereka sama ada di Kajang mahupun Balingian.
Sejak dari awal, pembangkang amat teruja dengan kehilangan MH370 namun tersentap sekejap kerana ia telah mengalih perhatian daripada kes liwat Anwar dan juga PRK Kajang dan Balingian.
Walaubagaimanapun, mereka berjaya mencari sudut yang sesuai untuk menjadikan MH370 sebagai modal berkempen pula. Justeru, ke hulu ke hilir di dalam setiap kempen dan juga tulisan di media mereka, MH370 menjadi topik utama.
Apa yang memualkan mengenai pembangkang ialah, mereka bukannya meluahkan rasa simpati atau prihatin mengenai MH370 dalam kempen dan media mereka, tetapi menghasut rakyat dengan kemarahan, kebencian dan fitnah terhadap kerajaan.
Tuduhan kerajaan lembab, menyembunyikan maklumat, dan kononnya ingin mengaitkan Anwar dengan kehilangan pesawat, menjadi hujah utama di setiap ceramah dan media pembangkang.
Kononnya, kerajaan terlalu takut dengan kebangkitan penyokong Anwar setelah Anwar didapati bersalah dalam rayuan kes liwat II dan memerlukan sesuatu untuk mengalih perhatian rakyat. Kenyataan ini, jika diteliti, kedengaran seolah-olah ingin menuduh kerajaan sengaja ‘menghilangkan’ MH370 pula.
Keghairahan pembangkang dengan MH370 telah menyebabkan mereka lupa sebab utama PRK diadakan. PRK adalah untuk memilih pemimpin yang mampu berkhidmat untuk masyarakat setempat. PRK adalah berkenaan nasib rakyat dan memajukan kawasan. PRK bukan pentas untuk mempromosi diri untuk menjadi Perdana Menteri atau untuk berlawan siapa yang paling pandai melayan media asing.
Hakikatnya, rakyat Kajang mahupun Balingian tidak perlukan pemimpin yang mampu bercakap dengan media asing. Mereka perlukan pemimpin yang mampu membuka peluang pendidikan dan meningkatkan ekonomi mereka. Mereka perlukan pemimpin yang mampu menangani masalah harian seperti jalanraya ataupun bekalan air. Itu saja.
Namun, pembangkang jelas tidak peduli langsung dengan apa yang rakyat perlukan, tetapi sibuk memenuhi keperluan publisiti Anwar Ibrahim.
Sedangkan, Anwar bukan calon PRK. Anwar juga bukan petugas SAR, bukan Ahli Lembaga Pengarah MAS, bukan Menteri Pengangkutan serta jauh sekali Perdana Menteri Malaysia.
Anwar tidak terlibat bertungkus lumus mencari MH370. Anwar boleh saja berehat dan bersantai di rumah selepas berkempen PRK. Anwar tidak perlu bersekang mata menunggu maklumat baru dari pasukan SAR. Anwar tidak perlu melayan karenah keluarga mangsa dari seluruh negara. Anwar tidak perlu mengeluarkan setitik peluh atau satu sen pun untuk mencari MH370.
Anwar tidur lena setiap malam, sebelum bangun menghentam kerajaan lagi keesokkannya.
Pendek kata, dalam memperkatakan mengenai MH370, apa yang sebenarnya berlaku ialah kewujudan pembangkang hanya memburukkan lagi keadaan. Jentera PRK serta media mereka pula sama saja dengan Anwar, iaitu langsung tidak berguna!
Friday, March 21, 2014
Antara Kajang, MH370 dan Kartun Zunar
Walaupun Anwar yang ‘mencipta’ PRK Kajang, tetapi beliau kini
seolah-olah mengabaikan terus PRK itu. Jika dilihat dari media utama
pembangkang, termasuk blog-blog peribadi pemimpin PR, mereka nampaknya langsung
tidak berminat dengan Kajang. Nampaknya segala pembaziran yang berlaku
akibat terpaksa mengikut nafsu Anwar dengan mengadakan pilihanraya kecil, kini
sia-sia belaka. Wednesday, March 19, 2014
#MH370 - Hishammuddin, Are You Protected ?
| ||||||||||
Malaysiakini Berdegil Ingin Politikkan MH370
Tuesday, March 18, 2014
Juruterbang MH370 Fanatik Anwar: Kenapa Pembangkang Tepuk Dahi?
Sejak dari hari pertama kehilangan MH370 disedari, pihak pembangkang seolah-olah meraikan berita tersebut sebagai peluang untuk menghentam kerajaan. Kerajaan dikutuk sebagai lembab dan gagal menangani situasi kecemasan. Kerajaan dituduh sengaja menyembunyikan maklumat entah atas sebab apa, yang mana hanya mereka yang menuduhnya sahaja yang tahu. Kerajaan dihentam kerana tidak menggunakan aset pertahanan untuk operasi mencari. Kerajaan juga disindir kerana tidak menggunakan kaedah ‘Islam’ seperti ‘azan’ sebagai usaha alternatif.
Tidak cukup dengan itu, pembangkang juga mengaitkan dosa-dosa juruterbang, pembantu juruterbang dan penumpang serta penjualan arak oleh MAS sebagai bahan untuk memburukkan kerajaan sebagai tidak cukup Islam dan menjadi punca bencana.
Apabila media barat memburukkan pembantu juruterbang, pembangkang pun menyambutnya dengan membantu menyebar gambar-gambar yang menjejaskan imejnya.
Dalam masa yang sama, pihak penyokong kerajaan pula terus membela juruterbang dan pembantunya serta menempelak pihak yang cuba memburukkan imej mereka. Ini dilakukan walaupun khabar angin telah menyatakan bahawa juruterbang tersebut merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan pembenci kerajaan yang tegar.
Para penyokong kerajaan telah mengenepikan sentimen politik dan mengajak semua rakyat Malaysia bersatu dan bukan menuding jari kepada sesiapa.
Namun, seruan murni kita dipandang sepi. Sebaliknya, pembangkang mengaitkan pula kejadian yang menimpa MH370 sebagai ‘bala’ akibat keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Anwar. Ada juga yang berkata bahawa kerajaan sengaja ‘menghilangkan MH370’ bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kes Anwar Ibrahim dan Pilihanraya Kecil Kajang.
Walaupun pencarian MH370 dibantu oleh begitu banyak negara lain termasuk kuasa besar dunia, tetapi segala kritikan dan cemuhan pembangkang hanya ditujukan kepada kerajaan Malaysia. Seolah-olah hanya kerajaan Malaysia yang lembab, yang salah dan yang bodoh kerana masih belum mempunyai sebarang petunjuk, tetapi negara lain tidak.
Nampaknya, bencinya pembangkang kepada negara sendiri sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Saban hari mereka mempertikai, menilai, menghukum, mencemuh, memaki dan memburukkan negara sendiri tanpa segan silu sambil disaksikan oleh seluruh dunia. Sampaikan ada rakyat negara lain pula yang menegur akan sikap mereka yang buruk itu. Itu pun mereka masih lagi tidak tahu malu.
Bagaimanapun, perkembangan mutakhir yang disahkan oleh penyiasat dalam negara dan juga antarabangsa mengenai latarbelakang juruterbang, membuatkan pembangkang terkesima.
Menurut pendedahan mereka, juruterbang MH370, iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan bukan sekadar penyokong Anwar Ibrahim, tetapi fanatik terhadapnya. Beliau sanggup hadir ke mahkamah menyaksikan rayuan kes liwat Anwar pada hari sebelum kejadian. Menurut rakan-rakan beliau, keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Anwar benar-benar terkesan kepada dirinya.
Kapten Zaharie, adalah ahli PKR seumur hidup. Telah berkahwin tetapi bercerai. Beliau dikatakan masih tinggal sebumbung dengan bekas isterinya dan anak-anak mereka. Setakat ini, bekas isteri dan anak-anaknya tidak dapat ditemui dan dikatakan telah menghilangkan diri sejak hari pertama kejadian. Maklumat dalaman menyatakan yang mereka telah berangkat ke Australia sehari sebelum MH370 hilang.
Maklumat terkini ini nampaknya telah memaksa pembangkang memikirkan semula strategi menghentam kerajaan. Tian Chua, Kit Siang, Sivarasa dan penyokong-penyokong marhaen pembangkang di laman-laman sosial mula menukar skrip.
Kini, mereka bertungkus lumus mencari jalan untuk membela Kapten Zaharie pula walaupun sebelum ini beliau dicemuh dan diragui mereka. Mereka menolak sebarang kemungkinan yang kehilangan MH370 ada kaitan politik walaupun sebelum ini mereka juga yang cuba mempolitikkannya. Mereka mereka-reka cerita kononnya Kapten Zaharie tidak sepatutnya bertugas kerana bercuti pada hari tersebut tetapi terpaksa menggantikan rakannya.
Jika sebelum ini mereka begitu galak membincangkan teori juruterbang menutup semua alat komunikasi, tetapi hari ini mereka berusaha mengajak kita pula bersikap terbuka sambil memberi gambaran yang juruterbang tidak bersalah.
Hanya kerana Kapten Zaharie telah terbukti sebagai penyokong tegar pembangkang maka pembangkang merasakan yang mereka perlu mempertahankan beliau.
Sikap berat sebelah dan terburu-buru pembangkang nampaknya telah memakan diri sendiri. Sekiranya pembangkang tidak cuba mempolitikkan perkara ini sejak dari mula maka mereka tentu tidak perlu menjadi kelam kabut dan memutarbelit pandangan sendiri.
Jelas, sikap penyokong pembangkang sememangnya tidak rasional. Justeru, kita tidak hairan jika Kapten Zaharie juga merupakan seorang yang tidak rasional.
Bagaimanapun, tidak usahlah kita merendahkan diri kita ke tahap pemikiran pembangkang dengan cuba membuat andaian sendiri.
Sebaiknya, kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk mencari jawapan kepada misteri MH370. Harapan kita agar episode ini dapat mematangkan sedikit pembangkang negara ini supaya tidak lagi terkinja-kinja mempolitikkan semua perkara.
Monday, March 17, 2014
China Siasat Kapten Zaharie Ahmad Shah
“Apakah tujuan seorang kapten kapal yang sudah berpuluh tahun berkhidmat dan memiliki 18,000 jam lebih masa penerbangan mencipta alat simulasi sendiri di rumahnya?
“Apakah dia tidak puas lagi menaik dan menurunkan kapal terbang atau dia sedang berlatih untuk mendaratkan kapal di kawasan luar landasan sebenar, semua aspek itu perlu diambil kira”.
Read more: http://www.sebastianphiu.com/2014/03/china-siasat-kapten-zaharie-ahmad-shah.html
Friday, March 14, 2014
Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan #MH370 ?

Pencacai Pembangkang Dakwa Raja Bomoh Adalah ‘Orang Umno’?

Menurutnya ‘upacara’ ritual itu bukan saja mencemar nama baik umat Islam di negara ini secara keseluruhannya tetapi turut menjejaskan juga imej negara kerana dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menjadi pintu keluar masuk negara.
"Kita bukan hendak menghukum semua bomoh. Jampi bukan tidak ada dalam Islam, ada. Tetapi ruqyah atau jampi dalam Islam hanya dengan membaca Al-Quran saja. Dalam Islam, kita berdoa memohon pertolongan kepada Allah," katanya.


