Showing posts with label sebastianphiu. Show all posts
Showing posts with label sebastianphiu. Show all posts

Friday, April 25, 2014

@NajibRazak Nafi Kerajaan Tolak #Hudud

Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar).

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

http://www.sebastianphiu.com/2014/04/najibrazak-nafi-kerajaan-tolak-hudud.html

Monday, March 17, 2014

China Siasat Kapten Zaharie Ahmad Shah


“Apakah tujuan seorang kapten kapal yang sudah berpuluh tahun berkhidmat dan memiliki 18,000 jam lebih masa penerbangan mencipta alat simulasi sendiri di rumahnya?

Apakah dia tidak puas lagi menaik dan menurunkan kapal terbang atau dia sedang berlatih untuk mendaratkan kapal di kawasan luar landasan sebenar, semua aspek itu perlu diambil kira”.

Read more: http://www.sebastianphiu.com/2014/03/china-siasat-kapten-zaharie-ahmad-shah.html