Showing posts with label malaysiakini. Show all posts
Showing posts with label malaysiakini. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

Malaysiakini Berdegil Ingin Politikkan MH370

Hampir separuh negara di dunia kini sedang mencari MH370.  Semua aset yang berkenaan telah digerakkan ke rantau ini untuk mencari pesawat tersebut.  Sejak hari pertama lagi, kerajaan Malaysia telah melakukan segala-galanya yang termampu dan telah menerima semua tawaran untuk membantu dari semua pihak sehingga membawa kepada persoalan mengenai had capaian persempadan negara. 
Walaupun kerajaan telah meletakkan MH370 mengatasi keselamatan negara, kerajaan masih lagi dihentam kiri dan kanan oleh pembangkang atas alasan tidak melakukan yang terbaik atau tidak melakukannya dengan betul.  Spekulasi dan fitnah disebar di dalam media massa tanpa sedikit pun memikirkan akibatnya.
Tiba-tiba kita seolah-olah kembali ke insiden Lahad Datu di mana tidak seminit pun dibazirkan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan.  Seolah-olah mereka telah menjangkanya dan kemudiannya ‘meraikannya’. Dan apabila perisikan Filipina mendedahkan kaitan pembangkang dengan pengganas Sulu, rakyat tidak lagi menerimanya sebagai satu kejutan. 
Walaupun hakikat ini agak mengganggu perasaan, namun kita tidak boleh menafikan bahawa senario sikap pembangkang dalam isu MH370 benar-benar menyamai isu Lahad Datu.
Setiap negara yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370 telah memuji dan mengiktiraf sikap professional dan dedikasi kerajaan Malaysia.  Bagaimanapun, pengiktirafan dan pujian tersebut telah dipersetankan saja oleh pembangkang. 
Perkembangan terbaru mengenai pendirian politik Juruterbang yang merupakan penyokong fanatik Anwar, pastinya merupakan tamparan hebat kepada pembangkang. Oleh itu, mereka harus mengemukakan teori bagi mengaburi fakta ini.  Untuk tujuan itu, Malaysiakini pantas mencipta fitnah baru. 
Malaysiakini, sebuah portal pro-pembangkang yang terkenal dengan menipu, semalam menyiarkan artikel yang menuduh kerajaan sebagai berkali-kali menolak bantuan Interpol dalam usaha mencari MH370.
Nampaknya, ‘menipu’ sudah menjadi perkara biasa bagi portal ini di mana mereka tidak lagi peduli jika penipuan itu merosakkan imej negara.  Tanpa mereka ketahui, yang akan tertipu hanyalah penyokong pembangkang sahaja kerana seluruh dunia sedia maklum betapa ikhlas dan bimbangnya kerajaan terhadap nasib MH370. 
Seluruh dunia dapat melihat sendiri bagaimana kerajaan telah bekerjasama dengan 15 negara sebagai satu pasukan demi MH370.  Pesawat ini pada hari ini, menjadi keutamaan, bukan hanya pada Malaysia, tetapi dunia.  Oleh itu, jika Malaysia perlu dipersalahkan, maka seluruh negara yang terlibat juga turut bersalah. 
Tidak sukar untuk kita memahami sikap Malaysiakini yang tidak patriotik dan tidak peduli dengan imej negara kerana portal itu telah diketahui sebagai beroperasi atas dana asing. Tampak semakin jelas kini bahawa Malaysiakini bukan hanya sebuah portal berita, tetapi sebuah portal yang membawa agenda.
Apa jua agenda yang dibawanya, ia tidak ada kena mengena dengan kesejahteraan rakyat Malaysia atau keselamatan penumpang dan krew MH370. 
Sejak pesawat tersebut hilang, Malaysiakini dan pembangkang secara bergandingan sengaja mempolitikkan keadaan.  Hasilnya dapat kita lihat sendiri melalui komen-komen pembaca di portal tersebut.  Majoriti pembacanya akan mengucapkan takziah kepada mangsa dalam beberapa patah perkataan sebelum mengutuk dan menghentam kerajaan dalam beberapa perenggan. 
Jika matlamat Malaysiakini adalah untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia, menanam perasaan benci dan mencipta generasi yang tidak sensitif serta tidak patriotik, maka kita harus mengakui bahawa mereka telah berjaya. 
Media seperti Malaysiakinilah yang melahirkan manusia fanatik dan pembenci.
Walaupun kita enggan memikirkannya, namun dengan hakikat bahawa Malaysiakini menjadi sumber maklumat utama kepada puak pembangkang termasuk Kapten Zaharie, maka kita tidak hairan jika sang juruterbang benar-benar mengambil tindakan sepertimana yang digambarkan oleh media asing. 
Biarpun kita sedih dengan apa yang berlaku dan biarpun Malaysiakini terus menipu, namun atas nama kebebasan media, portal itu akan terus bebas beroperasi di negara yang bebas ini. 
Pun begitu, percayalah bahawa portal syaitan ini akan terus melaungkan ‘Tiada Kebebasan Bersuara!.


Monday, February 24, 2014

Malaysiakini Sahkan RBA Wujud

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa beberapa laman Facebook milik pembangkang telah tidak dapat dilayari kerana telah disekat oleh kerajaan.  Menurut portal pembangkang itu, antara yang disekat ialah Facebook ‘We Fully Support Pakatan (DAP)’. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bagaimanapun menafikan mengambil tindakan menyekat mana-mana facebook, mahupun apa-apa media milik pembangkang.  Menurut Datuk Jailani, kerajaan bersifat neutral dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara semua pihak. 

Amatlah pelik sekali apabila pembangkang menuduh kerajaan menyekat suara mereka di dalam media sosial secara tiba-tiba.  Walhal, jika kita mengikuti perkembangan semasa di dalam negara, hampir setiap hari ada saja laman milik penyokong pembangkang yang menyumpah seranah ‘kerajaan, Melayu dan Islam’ dan hampir semua dari mereka juga tidak diambil tindakan. 

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan Malaysia adalah yang paling terbuka sehinggakan ikon biadap pembangkang terhadap ‘kerajaan, Melayu dan Islam’ iaitu Namewee, diberi pengiktirafan dan bantuan untuk terus berkarya memperlekeh kerajaan, Melayu dan Islam sesuka hatinya. 

Bertitik-tolak dari Nameweelah maka lahir berpuluh kalau pun tidak beratus-ratus laman sosial peribadi dan juga kumpulan yang wujudnya semata-mata untuk menghentam ‘kerajaan, Melayu dan Islam’.   

Justeru, dengan begitu banyak laman sosial yang menjadikan ‘kerajaan, Melayu dan Islam, hatta Raja-raja’ sebagai sasaran, apakah signifikannya facebook ‘We Fully Support Pakatan (DAP)’ sehinggakan ia perlu disekat? 

Lagipun, bukankah semua pemimpin DAP juga melaungkan perkara yang sama dengan apa yang diseru oleh laman facebook itu?   Kenapa perlu diambil tindakan ke atas facebook tersebut tetapi tidak terhadap pemimpin DAP? 

Hakikatnya, tuduhan bahawa laman sosial pro-PR disekat hanya mengesahkan bahawa tentera siber DAP sememangnya wujud.  Jika tidak, siapakah yang menjadi admin kepada laman-laman yang dikatakan disekat ini?  Siapakah yang mengendalikannya dan siapakah yang menjadi pengunjung setia untuk menekan ‘like’ dan ‘share’ saban hari dan waktu? Apakah benar rakyat Malaysia di kalangan orang-orang Cina benar-benar ketagih kepada facebook pro-PR sehingga sanggup menghabiskan masa membaca dan mempopularkannya secara konsisten setiap hari jika tidak ditugaskan khas untuk melakukannya?

Sikap menyekat kebebasan bersuara adalah sikap pembangkang, bukan kerajaan.  Siapa yang boleh lupa ugutan Anwar terhadap wartawan yang berbunyi ‘you ulang, I saman’ hanya kerana si wartawan bertanya soalan yang tidak boleh dijawabnya.  Malah, bagi para pelayar laman politik pastinya cukup maklum bahawa sebarang komen negatif terhadap pembangkang di dalam blog atau laman web milik pemimpin mereka, akan dibuang.  Jika kita mengulang-ulang mengkritik mereka pula, maka kita akan disekat terus.   

Pembangkang juga cukup sinonim dengan seruan memboikot akhbar perdana.   Tidak cukup dengan itu, pemimpin pembangkang telah beberapa kali mengadakan simbolik membakar akhbar pro-kerajaan sebagai tanda protes bagi menghalang penyokong mereka membaca dari sumber lain selain daripada mereka. 

Pembangkang juga cukup terkenal dengan menghalang wartawan dari media perdana membuat liputan dalam program-program mereka. 

Justeru, amatlah memualkan apabila pembangkang berhujah tentang kebebasan media dan menuduh kerajaan menyekat media mereka.

Namun begitu, dari satu sudut lain, mungkin ada baiknya juga jika kerajaan benar-benar mengambil tindakan menyekat laman sosial milik pembangkang yang jelas menghasut dan menjejaskan keharmonian. 

Maklumlah, jika tidak disekat pun dituduh menyekat, maka mungkin lebih baik kerajaan benar-benar menyekat saja suara mereka.  Sekurang-kurangnya, Malaysia pasti akan lebih aman tanpa suara pembangkang di alam maya.  

Tuesday, January 28, 2014

Kerana Laporan Malaysiakini, Saifuddin Nasutian Kantoi MENIPU

Bagi mereka yang mengikut perkembangan politik Selangor pasti masih ingat kenyataan ‘cover line’ Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail beberapa hari lalu. Menurut Saifuddin, isu tersebutTIDAK dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada 15 Januari lalu.

"Mesyuarat itu tidak membuat keputusan yang bersetuju untuk menggantikan beliau (Khalid). Kami memandang serius isi kandungan dan anggapan laporan akhbar itu," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat PKR baru-baru ini.

Selain daripada itu, Saifuddin dengan yakin dan lantang mengatakan, walaupun terdapat desakan 'keras'agar Khalid dipecat. Namun katanya desakan 'keras' itu bukanlah usul dan mesyuarat MPP PKR tidak membuat sebarang keputusan untuk memecat Abdul Khalid.

"Mesyuarat MPP tidak buat keputusan untuk pecat Khalid seperti yang didakwa. Daripada 50 hingga 55 ahli MPP yang hadir, hanya ada tiga atau empat ahli yang menyatakan pandangan keras seumpama itu (pecat Abdul Khalid). Tapi kita tidak membuat keputusan menyatakan persetujuan terhadap pandangan itu," katanya sebelum ini.

Namun apabila diteliti semula, ternyata Saifuddin adalah merupakan ‘PENIPU BESAR’. Paling menarik, apabila penipuan tersebut didedahkan sendiri oleh portal pro-pembangkang melalui laporannya yang bertajuk ‘Anwar Akan Bertanding Di Kajang?’.

Portal tersebut ketika melaporkan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad berhubung isu pergolakan di Selangor telah mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh Saifuddin itu.

Ketika menjawab soalan yang dibangkitkan, Iskandar mengatakan dia hanya mengetahui pengunduran itu melalui media dan difahamkan bahawa PKR akan meminta Menteri Besar, Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Saya hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution semalam bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan bertanding pada satu pilihan raya kecil,” katanya.

Paling menarik, Saiffudin yang ditemui bersama Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di mahkamah tinggi semalam, sekali lagi KANTOI MENIPU dengan mengatakan Anwar tidak akan menggantikan tempat Khalid.

“Abdul Khalid akan tetap meneruskan tugasnya sebagai menteri besar,” katanya.

Persoalannya sekiranya benar perkara tersebut tidak dibincangkan di dalam mesyuarat yang diadakan oleh PKR sebelum ini, bagaimana Saifuddin boleh memaklumkan kepada Iskandar mengenai perkara itu?
Sekiranya keputusan untuk memecat Khalid tidak dibincangkan melalui mesyuarat MPP, ini bermaksud PKR sedang melakukan gerakan rahsia untuk menggantikan Menteri Besar Selangor itu.

Kesimpulannya sekiranya Saifuddin merasakan kenyataan Iskandar itu hanyalah cerita rekaan yang sengaja diadakan, dia perlu meminta pemimpin Pas dan portal Malaysiakini menarik kembali artikel yang disiarkan.

Sekiranya GAGAL, Saifuddin perlu segera menyaman keduanya seperti yang sering dilakukan terhadap media pro-kerajaan sebelum ini. Kegagalan Saifuddin untuk mengambil sebarang tindakan akan membuktikan bahawa dia adalah merupakan seorang PENIPU BESAR.