Wednesday, January 1, 2014

Selamatkan Ahli Sunnah Dari Syiah Dammaj

Mereka kini dikepung dan diserang hampir setiap hari. Orang awam, wanita dan anak kecil turut menjadi mangsa tembakan dan bom oleh Syiah Dammaj yang turut dikenali sebagai Houthis.

Houthis dikatakan mempunyai hubungan erat dengan kerajaan Iran serta mendapat sumbagan alatan senjata, kereta kebal, jet dan sebagainya bagi tujuan memerangi Ahli Sunnah di Dammaj.

Tahun lalu seorang rakyat Malaysia telah terbunuh ketika peperangan antara Ahli Sunnah dan Houthis ini. Peperangan belum lagi berakhir, kini beberapa rakyat Malaysia di sana telahpun terkena beberapa tembakan dan dilaporkan masih hidup.

Kami Ahli Sunnah di Malaysia merayu kepada Kerajaan Malaysia supaya campur tangan dalam isu bagi membela Ahli Sunnah di sana atau sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan rakyat Malaysia di Dammaj sana.

Kami akan update gambar dan video keadaan di sana dari semasa ke semasa. Harap Ahli Sunnah sekalian dapat menyebarkan page ini kepada sahabat handai.

Page: https://www.facebook.com/SelamatkanAhliSunnahDariSyiahDammaj


No comments: