Saturday, January 4, 2014

JAIS DiKecam, Di mana Suara Pas Yang Ingin Membela Islam??

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang semalam benar-benar memeranjatkan banyak pihak khususnya masyarakat Islam.
 
Ini kerana, hasil dari tindakan itu, ia secara tidak langsung membuktikan bahawa pihak gereja masih berdegil dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak mengunakan kalimah Allah selain masyarakat Islam di negara ini.
Dalam serbuan tersebut, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis itu, Sinclair Wong.
 
Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam.
 
Ekoran tindakan tersebut juga, Jais dan pihak kerajaan menerima pelbagai kecaman khususnya dari penganut agama Kristian yang jelas tidak berpuas hati. Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan melalui media-media sosial seperti Facebook dan Twitter antaranya melabelkan Jais sebagai anjing dan sebagainya.
 
Malah pengarang mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew, dalam kenyataannya sebelum ini yang disiarkan di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu, pernah menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah Allah di semua gereja di Selangor.
Sedangkan
 
Ia jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.
 
Namun apa yang menghairankan ialah, langsung tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin Pas berhubung insiden ini. Ada yang mengatakan pasti yang mendakwa ingin memperjuangkan Islam itu masih belum membuat sebarang keputusan berhubung tindakan tersebut. Malah ada juga yang mendakwa mereka ingin mengambil pendekatan tunggu dan lihat, bagi mengelakkan tindakan yang bakal merugikan parti.
 
Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.
 
Keputusan itu merupakan isyarat jelas kepada semua pihak bahawa kalimah Allah adalah milik agama Islam kerana penggunaannya dalam agama lain dilihat boleh mengeruhkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

No comments: