Pakatan Rakyat, melalui agen-agennya seperti SUARAM merupakan pendesak utama kepada penghapusan ISA, Akta Darurat dan Akta hasutan. Alasan mereka, akta-akta ini telah menyekat kebebasan serta tidak adil kerana membenarkan seseorang ditangkap tanpa bicara. Untuk itu, Harakah pada hari ini terus menyiarkan kisah anak-anak tahanan ISA bagi meraih simpati rakyat sekali gus mencemuh akta itu.
Akhirnya, atas desakan PR, kesemua Akta tersebut dihapuskan dan mereka pun bersorak gembira sebagai tanda kemenangan. Kata mereka, kerajaan akhirnya berbuat sesuatu yang tepat apabila mendengar desakan mereka.
Namun, malang sekali kerana ia tidak bermakna mereka akan berhenti dari menyerang kerajaan, dan jauh sekali menyokong BN. Lebih malang ialah mereka mengutuk dan menghentam BN pula apabila kadar jenayah meningkat dan provokasi menjadi-jadi.
Akibat dari ketiadaan undang-undang pencegahan maka pihak berkuasa sukar untuk membanteras jenayah dengan lebih berkesan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila penjenayah yang ditangkap atas dasar pencegahan pula terpaksa dibebaskan.
Hasilnya, ialah apa yang kita lihat berlaku pada hari ini iaitu kejadian bunuh, tembak, rompak dan pergaduhan meningkat dengan mendadak. Selain itu, ramai yang semakin berani menghina dan mencabar agama Islam dan juga Institusi Raja-raja secara terbuka dan melampau.
Hari ini, pemimpin PR tidak lagi mendabik dada bangga kerana berjaya melepaskan penjenayah. Mereka juga enggan bertanggungjawab terhadap sikap biadap beberapa individu yang menggunakan hak kebebasannya untuk menghina dan menghasut sesuka hati. Mereka yang ditangkap terpaksa dilepaskan kerana tiada akta yang membolehkan mereka ditahan.
Dan pemimpin PR terus bersikap seolah-olah mereka tidak ada kena mengena dengan kekalutan yang berlaku akibat ketiadaan Akta-akta di atas. Sebaliknya, mereka meletakkan segala-galanya ke atas bahu kerajaan BN.
Dari situ juga mereka mula membina persepsi terhadap BN sebagai kerajaan yang lemah.
Rakyat harus lebih bijak dalam menilai apa yang berlaku dan jangan sekali-kali terlepas pandang akan motif dan sikap PR itu sendiri.
Pernahkah kita bertanya kenapa PR begitu gemar membela orang salah? Kenapa PR perlu mendesak agar dilepaskan penjenayah? Kenapa PR ingin membuka negara ini kepada risiko ketidakstabilan?
Apakah motif PR sekadar untuk ‘mengenakan’ BN, atau sememangnya mereka benar-benar percaya bahawa penghapusan akta-akta tersebut adalah tepat?
Sebelum ini, PR juga ada mendesak kepada penggunaan dakwat kekal dalam PRU. Dakwat kekal, seperti yang ditegaskan oleh SPR ketika enggan melayan desakan mereka pada mulanya, merupakan sistem yang tidak efisien dan hanya diguna di negara dunia ketiga. Namun, PR tetap mendesak dan mengasak penggunaannya sebagaimana hebatnya mereka mendesak agar Akta-akta di atas dihapuskan juga.
Akhirnya terbuktilah sudah bahawa apa yang diinginkan sangat oleh PR itu merupakan satu kesilapan. Dakwat kekal ternyata tidak lebih dari satu prosedur tambahan yang tidak efisien dan tidak mampu mengatasi sistem sedia ada. Maknanya, kita telah mengeluarkan kos ke atas sesuatu yang tidak perlu.
Kesimpulannya di sini ialah PR tidak pernah membawa idea yang bernas dan tepat. Semua idea yang didesak oleh PR ke atas kerajaan adalah idea yang salah, bodoh dan merugikan semua pihak. Dalam soal undang-undang pula, idea yang mereka kemukakan ternyata membahayakan rakyat juga.
Sebagai langkah ‘pembetulan’ dari idea-idea PR yang menyusahkan semua pihak ini, Ketua Polis, bekas Ketua Polis dan juga Menteri Dalam Negeri telah mencadangkan penggubalan Akta pencegahan baru bagi mengawal keadaan. Justeru, kita berharap agar Akta-akta baru ini akan dapat menangani segala kelemahan yang dibawa oleh idea-idea pembangkang.
No comments:
Post a Comment