Friday, April 26, 2013

SPR Nafi Gambar Kertas Undi Tersebar Di FB Dan Twitter #PRU13 #GE13 #BetterNation #TolakPR

SPR menafikan gambar kertas undi yang disebarkan di media sosial semalam datang dari Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Tindakan sesetengah pihak menyebarkan gambar tersebut adalah salah di sisi undang-undang dan SPR telah pun membuat laporan polis berhubung penyebaran gambar-gambar tersebut. Setiausaha Agung SPR Datuk Kamaruddin Baria mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan dakyah sesetengah pihak yang mahu memburukkan nama SPR. Orang ramai boleh merujuk kepada laman web rasmi SPR untuk maklumat yang tepat dan terkini. Ini sudah terang lagi bersuluh kerja pembangkang. Mereka kan pakar dalam menimbulkan huru-hara waktu-waktu begini.

Semua dirancang bagi menurunkan keyakinan pengundi kepada SPR dan bagi mereka ini memberi kelebihan undi buat pembangkang. Inilah yang dituntut oleh pembangkang dalam Bersih. Tapi, bukan SPR yang tak bersih, pembangkang itu sendiri yang tidak bersih, tidak jujur dan kaki kelentong! Banyak perkara yang pembangkang buat untuk mendapatkan sokongan rakyat, menipu, timbulkan kekacauan, anjurkan demonstrasi jalanan. Semuanya menyusahkan negara dan rakyat terutamanya. Mula-mula, dituntutnya PRU yang bersih, tetapi masa PRU mulalah mereka melakukan agenda untuk palitkan kekotoran mereka itu dengan SPR.

Kempen yang dijalankan pembangkang sepanjang musim ini pun sudah menjadi perbualan ramai. Mereka mengamalkan kempen kotor dan ganas sehingga membahayakan nyawa orang awam. Baru-baru ini, sudah ada yang meninggal dikerjakan puak-puak pembangkang ini. Lepas itu, bom pula dibaling ke Pusat Daerah Mengundi. Inilah taktik dan permainan kotor pembangkang. Anwar yang bertanggungjawab dengan semua ini, sebab dia yang sibuk nak buat 'Malaysia Spring' bercontohkan 'Arab Spring'. Percayalah rakyat, ini belum mereka tadbir negara, kalau negara dah di tangan mereka, tidak mustahil musnah apa yang kita semua ada dan nikmati sekarang.

Anwar bukan sembarangan orang, beliau ada banyak rangkaian dan kenalan di luar negara. Ada yang telah dirancangkan di dalam kepala dia tu untuk negara ni. Nak percaya ke beliau nak ke Eropah kalau kalah PRU nanti? Silap-silap, beliau dah tahu kalah dan pergi ke Eropah untuk merancang sesuatu nak merampas pentadbiran dari kerajaan. Tak siapa tahu apa yang ada dalam kepala pak Nuar ni. Dulu pun masa jadi TPM, bukan main ligat lagi beliau berpencak silat mengumpul harta dan rangkaian untuk menduduki takhta. Jangan kita bermain dengan api. Kelak kalau negara tergadai, kita juga yang rugi.

No comments: