Wednesday, November 7, 2012

WANITA UMNO MINTA NURUL IZZAH PERJELASKAN KENYATAAN BELIAU TENTANG KEBEBASAN MEMILIH AGAMA BAGI ORANG MELAYU


dssaj JRmdhn
KUALA LUMPUR, 5 November 2012 – Pergerakan Wanita UMNO minta penjelasan daripada YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai apa yang beliau dimaksudkan dengan “Melayu Bebas Pilih Agama?” dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 5 November 2012
Wanita UMNO menolak sekeras-kerasnya pemikiran liberal yang cuba dibawa oleh beliau yang mana dengan jelas boleh meruntuhkan institusi agama Islam di Malaysia dan memecah belah serta menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia.
Wanita UMNO juga ingin mengetahui pendirian YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku bapa dan Ketua Pembangkang serta YBhg Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku ibu dan Presiden PKR mengenai kenyataan Nurul Izzah ini.
Dengan ini kami menegaskan bahawa orang Melayu Islam tidak sepatutnya dipermainkan oleh pihak pembangkang semata-mata untuk kepentingan politik dalam mendapatkan sokongan kaum lain. Kenyataan YB Nurul Izzah juga jelas telah menggadaikan maruah Melayu Islam demi mencapai kehendak politik beliau.
Wanita UMNO juga menegaskan bahawa kenyataan beliau ini amat bertentangan dengan Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahawa orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam dan Perkara 11, mengenai Kebebasan Beragama yang telah diamalkan dengan penuh harmoni di Negara ini.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

No comments: