Friday, November 30, 2012

ANTARA KEJAYAAN UMNO DAN MIMPI PAS


Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya.

Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain?

Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan?

Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya.

Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara.

Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula.

Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli.

Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946.

Perjuangannya amat jelas - Melayu dan Islam - agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas.

Sejak merdeka, bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga.

Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu.

Dalam bidang pendidikan umpamanya, tanyalah mana-mana ibu bapa  Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka, anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO?

Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Sementelahan itu berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar, kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sukan dan lain-lain.

Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula, kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara.

Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.

Jika diconggok, berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini.

Daripada pembinaan masjid, madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh, mahkamah syariah, sistem pajak gadai Islam, Baitul Mal, Perkim, antara lainnya.

Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam.

Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama?

Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor?

UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam.

Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya?

Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas.

Rakyat telah memberi peluang mebih 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan.

Jika dibuka paip air di Kelantan, hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya.

Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan, slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah, bertakbir, kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru, Negara Berkebajikan!

Amerika Terima Kemungkinan Bahawa PR Akan Tewas Dalam PRU-13


Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang akan keadaan negara selepas PRU-13 setelah Dato’ Seri Najib menerima ucapan tahniah yang awal daripada Presiden Barrack Obama dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang diadakan di Phnom Penh seminggu lalu. Dalam sidang tersebut, Presiden Obama menyatakan bahawa beliau yakin bahawa Barisan Nasional pasti akan meraih kemenangan bagi PRU-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Amerika Syarikat telah banyak memantau keadaan politik di Malaysia kerana 'anak kesayangan' mereka, Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk mengambil alih kerajaan Malaysia.

Pakatan Rakyat telah menggunakan pelbagai strategi untuk menutup segala kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dibawah kerajaan BN. Antaranya termasuk mereka-reka cerita bahawa Perdana Menteri pernah terlibat dalam rasuah dan juga kes bunuh. Anwar juga telah membawa penyokong di jalanan untuk mengutuk tragedi Dataran Tahrir, dengan harapan bahawa ia mampu menjatuhkan imej kerajaan.

Anwar sememangnya suka akan demonstrasi jalanan kerana ini mampu menunjukkan kononnya rakyat tidak lagi berpihak kepada kerajaan. Jadi, kita dapat lihat bahawa penyokong-penyokong Anwar akan membawa semuanya di jalanan untuk mempertahankan ketua mereka - untuk pilihan raya bersih, untuk membantah tuduhan sodomi, untuk alam sekitar dan banyak lagi.

Namun, apa yang jelas disini, bagi kesemua demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh Anwar dan NGO-NGOnya, mereka hanya mampu mengumpulkan paling tinggi 20,000 penyokong, jauh dari kadar penyokong yang mampu memberi sebarang impak terhadap perkara yang mereka perjuangkan.

Pihak kerajaan telah membuktikan bahawa terdapat beberapa warga Singapura turut terlibat dalam beberapa siri demonstrasi mereka, ini memberi makna bahawa tidak ramai rakyat Malaysia menyokong perjuangan Anwar hinggakan mereka terpaksa menjemput pihak luar untuk menambahkan jumlah peserta demonstrasi mereka.

Walau bagaimanapun, dalam Pilihan Raya Umum 2008, Anwar mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka sebenarnya 'dirompak' dan 'ditipu' oleh kerajaan BN.

Dari situ, walaupun BN masih mampu mengekalkan kuasa, BN telah kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen dan empat negeri telah ditawan oleh PR. Perkara ini bagaimanapun, tidak memberikan PR sebarang manfaat kerana perkara ini menunjukkan bahawa tuntutan mereka untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih seperti sesuatu yang direka-reka.

Selepas empat tahun, kini rakyat mulai sedar siapa Anwar sebenarnya. Dengan pakatan yang sering dilanda masalah akibat daripada percanggahan pendapat seperti Negara Islam, Negara Sekular, Liberal dan banyak lagi, semuanya bercampur aduk hinggakan Anwar sendiri tidak mempunyai seberang penyelesaian dan tidak mahu untuk mengakui akan perkara tersebut.

Dengan pelan transformasi yang diinspirasikan oleh Dato’ Seri Najib, ini membuatkan PR berada dalam keadaan yang tergugat untuk menghadapi PRU-13.

Itu adalah antara perkara-perkara yang dipantau oleh Amerika Syarikat. Apa yang berlaku di Malaysia bukanlah rahsia dan pihak Amerika dapat melihat apa yang berlaku di negara ini. Ini jelas menunjukkan bahawa Anwar tidak mungkin mampu untuk menawan Putrajaya.

Laporan yang diterima daripada sumber-sumber dalaman telah mengesahkan bahawa Rumah Putih telah menerima segala informasi tersebut sebagai sesuatu yang sah. Laporan tersebut menyatakan bahawa BN akan menang besar, sekurang-kurangnya lebih besar daripada PRU-12 dan kerajaan akan menjadi lebih kukuh untuk memacu Malaysia lebih ke hadapan.

12 Kali PRU PAS Bohongi Rakyat

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung tiga sayap utama UMNO ada menyebut, "Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam."

Beliau berkata demikian ketika merujuk pada hala tuju perjuangan PAS yang ternyata hanya bijak memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik kepartian.

Selanjutnya beliau meminta rakyat supaya mengambil kesempatan PRU 13 nanti untuk memastikan PAS tidak lagi bebas untuk terus berbohong dengan berselindung disebalik retorik agama yang mengelirukan.

Barangkali menyedari betapa pedasnya teguran oleh Timbalan Presiden UMNO itu, tak semena-mena para penyokong PAS dan PR menghamburkan kemarahan mempertikaikannya.

Memang agak pahit untuk penyokong pembangkang menerima kebenaran kenyataan itu sekalipun terbukti benar sejak 61 tahun PAS ditubuhkan hanya gembar-gembur propaganda sahaja yang mampu PAS utarakan kepada rakyat.

Mudah untuk PAS berjanji itu dan ini konon asas perjuangan bersandarkan Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w, namun realiti dari segi praktikalnya bab kata Tan Sri Muhyiddin kepada PAS, "jauh panggang dari api,"

Lihat sajalah tindak balas lemah oleh kepimpinan PAS ketika timbulnya isu kebebasan agama yang di suarakan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, sehingga kini PAS gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu itu.

Ramai dikalangan pemimpin PAS lebih gemar mengambil pendirian berkecuali atau hanya berdiam diri sekalipun tahu kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR itu besar impak negatifnya terhadap akidah orang Melayu Islam.

Malah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi PM sekiranya PR diberi peluang memerintah juga PAS gagal tanganinya dengan berkesan sehingga akhirnya ternampak jelas kuasa pemutus sebenarnya berada di tangan DAP manakala PAS cumalah sekadar balaci sahaja.

Sudah 12 kali musim PRU berlalu, dan dalam tempoh itu hingga sekarang PAS terus gagal membuktikan partinya jauh lebih baik dari UMNO, baik dari segi manfaat untuk rakyat, agama mahupun negara.

Thursday, November 29, 2012

Ujikaji Pilihanraya Merbahaya!!!


Ucapan Dasar Presiden UMNO baru saja selesai, disambut dengan tepukan gemuruh dan semangat waja ahli-ahli melaungkan ikrar mempertahankan Putrajaya, sekaligus agama, bangsa dan negara.  Antara isi penting yang perlu diambil iktibar oleh rakyat Malaysia ialah peringatan Presiden bahawa pilihanraya bukan satu ujikaji.  

Ironi sekali apabila kita perlu mengaitkan pilihanraya dengan kedaulatan negara, survival bangsa dan akidah.  Namun, itulah realitinya di Malaysia apabila kita mempunyai pembangkang yang sanggup dan mampu berbuat apa saja hatta menggadai agama, bangsa dan negara demi kuasa.  

Hanya pembangkang di Malaysia sahaja yang menyeru rakyat agar ‘bereksperimen’ dengan kepimpinan mereka apabila ditanya mengenai hala tuju atau bentuk pemerintahan yang bakal dilaksanakan.  Ini kerana mereka sendiri belum pasti mengenai hala tuju dan bentuk pemerintahan yang akan mereka laksanakan.  

Tanpa segan atau malu mereka mengaku bahawa pakatan mereka membawa prinsip, ‘menang dulu, fikir kemudian’ setiap kali persoalan ini dibangkitkan.  

Dan yang lebih ironi lagi ialah hanya di Malaysia sahaja, ada segolongan rakyat yang bersedia memperjudikan masa depan mereka di tangan pemimpin yang belum lagi berfikir tentang hala tuju kepimpinannya.

Justeru, penulis meletakkan peringatan Presiden mengenai pilihanraya di atas sebagai yang paling penting kerana sekiranya ianya tidak difahami dengan baik, maka keseluruhan ucapan dasar yang begitu jitu, tepat dan bernas tidak akan membawa makna apa-apa.  

Perlu diingatkan bahawa kita mempunyai pembangkang yang sanggup ‘menawarkan’ negara ini kepada penjajah, sanggup mengsabotaj ekonomi negara sendiri dan menyebabkan rakyat menderita semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka agar memberontak terhadap kerajaan, sekali gus memusnahkan hidup mereka sendiri.  

Sebelum ada yang sanggup menyambut seruan pembangkang untuk ‘ber-ujikaji’ dengan menukar kerajaan, kita harus terlebih dahulu meneliti kemungkinan dari hasil ujikaji ini.  

Yang pasti, hasil yang dijangka adalah ‘unik’ serta ‘kronik’.  

Hasil ujikaji dijangka ‘unik’ kerana kita mempunyai pembangkang yang ingin merombak segala-galanya tentang Malaysia, menghapuskan Raja-raja dan menjadikannya Negara Sekular.  Kita mempunyai pembangkang yang ingin membawa kita ke belakang, ke zaman jahiliah iaitu tanpa peraturan dan adab sopan dalam hubungan sesama manusia.   Kita juga punya pembangkang yang ingin membawa kita ke era gelap di mana yang ekstrem dianggap sebagai terbaik, serta menafikan hak rakyat untuk memilih cara hidup, malah pakaian juga.  

Setiap rakyat yang rasional pasti sedar bahawa segala apa yang dicita-citakan oleh pembangkang ini adalah tidak sesuai, malah merbahaya untuk negara ini, masyarakat kita dan juga sebagai manusia yang berpegang kepada agama.  

Yang menjadikannya ‘kronik’ pula ialah kita tidak pasti cita-cita yang mana satu dari kesemua cita-cita yang bertentangan pembangkang itu yang akan tercapai, sekiranya mereka menang pilihanraya.

Jika kita bereksperimen dengan bahan-bahan yang secara berasingannya sahaja sudah cukup merbahaya, apatah lagi jika dicampur bersama sedangkan elemen-elemennya saling menolak satu sama lain.  Tidak mustahil ia akan membawa letupan besar yang mampu memusnahkan kesemua yang telah kita bina.  

Oleh itu, ingatlah pesan Presiden bahawa keluarga kita terlalu berharga untuk dimusnahkan dengan satu ujikaji pilihanraya.  

Wednesday, November 28, 2012

Perhimpunan UMNO Menenggelamkan Semua Himpunan Jalanan Pembangkang

Jika ada yang mengatakan bahawa UMNO atau BN semakin lemah, Perhimpunan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, dengan sendirinya menafikan kenyataan itu.   

Jelas terlihat di PWTC ini, bagaimana kekuatan dan semangat UMNO tidak pernah goyah walau sedikit.    Pemimpin datang dan pergi, dengan  yang salah dihukum, yang benar dijulang, sekali gus membolehkan UMNO kekal sebagai parti keramat bangsa Melayu Islam yang dihormati di rantau ini.  

Kekecewaan dan kebimbangan yang kadangkala melanda akibat sikap segelintir yang tersasar arah, tidak menjejaskan keyakinan ahli-ahli terhadap parti. 

Ini kerana ahli-ahli UMNO rata-ratanya cukup matang untuk memahami perjuangan ini iaitu perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara yang dipegang sebagai prinsip utama.  

‘Prinsip’ adalah kunci utama kekuatan UMNO.  Mungkin segelintir di dalam parti ini mempunyai masalah dengan prinsip diri, namun apa yang pasti, prinsip parti UMNO itu sendiri tidak pernah bermasalah, malah kekal teguh dan tetap, dipasak terus ke sanubari setiap Melayu yang punya jatidiri. 

Kita lihat hari ini bagaimana parti yang menggadaikan prinsip dan parti yang tidak ada prinsip, terhoyong-hayang diheret orang.   Itulah PAS yang melelong Negara Islam dan juga PKR yang lahir dari penjara.  Kedua-dua parti itu kini semakin bingung disergah dan diarah-arah oleh DAP. 

Akibat prinsip yang caca-marba, bertukar-tukar dan tidak masuk akal, maka perjuangan pakatan mereka menjadi tidak tentu arah.  Sekejap berhimpun memperjuangkan pilihanraya bersih, sekejap memperjuangkan alam sekitar, kemudian hudud, kesamarataan total, hatta berhimpun mendesak peliwat dibebaskan.  Pendek kata, asal ada ruang, mereka pasti akan ‘berjuang’ tetapi berjuang untuk apa, itu belakang kira. 
Akhirnya, perjuangan mereka diterjemahkan dalam sepasang perkataan iaitu ‘BN K.O’. 

Maka jelaslah sudah, bahawa apa yang mereka perjuangkan bukanlah prinsip, tetapi kuasa. 
Dengan menyebut nama Allah SWT, mereka memohon kecelakaan kepada saudara seagama.  Dalam keselesaan bermuktamar, dalam mereka bersantai di kediaman mewah masing-masing, dalam mereka berebut-rebut jawatan dan membanding-banding kekayaan,  mereka menuduh  UMNO sebagai zalim. 
Inilah fitnah paling besar yang dilakukan atas nama Allah SWT dan diaminkan oleh beribu-ribu umat Islam.  

Alhamdulillah, UMNO dianugerahkan dengan pemimpin-pemimpin yang jauh lebih rasional, bijak dan matang dari pembangkang.  UMNO tidak menyambut doa kecelekaan itu dengan sifat amarah atau dendam malah langsung tidak berkecil hati.  Tetapi UMNO menerimanya sebagai kelemahan saudara seagama yang keliru, jahil dan buntu yang perlu terus dididik, dibimbing dan dilindungi serta disedarkan dari terus menjadi kuda tunggangan atau anjing suruhan orang lain.  

UMNO mendoakan agar mereka dibukakan hati dan mata serta kesejahteraan hendaknya.  Jika mereka dipijak, UMNO tidak akan teragak-agak untuk membela biarpun mereka pernah mendoakan UMNO celaka.  

Inilah yang berlaku di Pulau Pinang apabila Melayu ditindas dan hartanah dirampas tetapi pemimpin PAS dan PKR hanya menyuruh mereka bertenang.  Maka UMNO jugalah yang bangkit berjuang, membela nasib mereka, walaupun mereka dulunya memangkah PAS atau PKR dalam pilihanraya. 
Kerana itu, biarpun 25,000 peserta dalam himpunan BERSIH 3, 7,000 dalam Himpunan Lynas, dan entah berapa ribu dalam himpunan royalti minyak, himpunan kebangkitan rakyat, himpunan 901, BERSIH 1 & 2, dan entah apa-apa himpunan lagi, masih tidak dapat mengatasi semangat  keramat sebuah Perhimpunan UMNO.
Jika sesiapa tidak yakin bahawa yang baik pasti mengatasi yang jahat, maka inilah masa untuk memulihkan keyakinan itu.   Yakinlah bahawa doa ke arah kebaikan pasti akan dapat mengatasi doa kejahatan. 

Yakinlah, perhimpunan parti keramat yang memperjuangkan kebaikan pasti mampu mengatasi walau 1000 himpunan jalanan tajaan pembangkang yang berniat jahat.  InsyaAllah, dengan prinsip yang kukuh, UMNO akan terus mara, bukan sahaja untuk Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia

Kejatuhan PAS & PR Bermula Dari Selatan


Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.

Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.

Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.

Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009, sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan PAS, kali ini berlangsung di DUN Galas, Gua Musang.

Semasa PRK Manek Urai PAS hanya sekadar menang nyawa-nyawa ikan, di PRK DUN Galas pula berikutan semarak Gelombang Merah yang dipelopori UMNO semakin mendapat tempat di hati rakyat, akhirnya menyebabkan PAS tewas terduduk dengan majoriti 1,190 undi.

Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini, kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk PAS semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.

Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan PAS di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS dan kroni mereka.

Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan.

Selain itu, faktor protes oleh penyokong bekas MB PAS Kelantan, Muhammad Nasir yang di pecat dari PAS kerana sikap mesranya dengan pemimpin UMNO pula kemudiannya menambah parah yang akhirnya menyumbang kepada kembalinya BN menguasai Kerajaan Negeri.

Jika dilihat pada senario di atas, kelihatan coraknya hampir sama. Tidak mustahil kejatuhan PAS di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.

Sementelah lagi, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan.

Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13.

Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam, Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain.

Di antara Kelantan dan Johor pula, kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana, mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan, sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat

Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura.

Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa, lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang, sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang. 

Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan, kejatuhan PAS di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan.

Karpal Pengerusi Majlis Fatwa PR


Krisis dalaman di dalam PAS, DAP dan PKR kini dilihat semakin memuncak apabila isu yang dipertelagahkan saling bertindihan dalam pakatan dan secara berasingan dalam setiap parti sekutu.  

Yang menariknya ialah ‘kemunculan’ Karpal Singh sebagai watak utama dalam setiap isu yang berbangkit.  Karpal merupakan ‘bintang’ dalam pertelagahan dengan Nasharudin Mat Isa mengenai hudud.  Beliau begitu garang mengarahkan PAS kembali kepada perjanjian asal iaitu untuk menghentikan terus cakap-cakap mahupun niat untuk melaksanakan hudud dan negara Islam.  

Walaupun kenyataan Karpal adalah mewakili pendirian DAP tetapi nampaknya hanya Karpal yang ditonjolkan sebagai menuntut PAS meletakkan satu pendirian yang jelas dalam isu ini.   Kit Siang, Guan Eng dan lain-lain pemimipin DAP hanya menjadi pelakon tambahan.  

PAS juga hanya dilihat hanya menumpukan tembakan terhadap Karpal seorang.  Malah, PAS juga yang mengeluarkan kenyataan membela DAP untuk ‘menenangkan’ ahli-ahli PAS, dengan menggambarkan kononnya, kenyataan Karpal adalah kenyataan peribadi dan DAP secara dasarnya tidak ada masalah ‘memahami’ hudud PAS.  

Dari situ, Karpal terus menjadi bintang utama DAP menghiasi akhbar dengan kenyataan-kenyataan lantang yang mendedahkan konflik partinya dengan PAS.  Semalam, Karpal menempelak kerajaan PAS Kedah kerana memperdagangkan sumber anugerah Tuhan, iaitu air.   Karpal tidak puas hati apabila PAS Kedah memutuskan agar Pulau Pinang perlu membayar bekalan air mentah yang disalurkan oleh Kedah ke negeri itu.  

Alasan kerajaan Kedah ialah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang juga memperniagakan air tersebut.  Lagipun, penjagaan sumber alam itu, termasuk mengekalkan kawasan tadahan juga melibatkan perbelanjaan, dan kos itu perlu turut dikenakan kepada Pulau Pinang yang turut menikmatinya.  

Kesungguhan Karpal menjaga kepentingan Pulau Pinang dilihat mengatasi Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng, yang kurang menonjol akhir-akhir ini.  Pendek kata, Karpal adalah satu-satunya pemimpin PR yang cukup pantas dan lantang dalam menangani sebarang masalah yang melibatkan perpaduan dalam kerjasama PR.  

Bagaikan pengerusi Majlis Fatwa bagi PR, Karpal sedaya upaya memastikan kerjasama dalam pakatan rakyat terus berkiblatkan semangat menghormati DAP.  

Malah, di dalam DAP juga, Karpal membawa sikap yang sama iaitu sebagai ‘penegak hukum’.  

Karpal menjadi ‘juara’ memperjuangkan ‘satu calon, satu kerusi’ bagi PRU kali ini atas alasan memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan masing-masing.  

Walaubagaimanapun, cadangan Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok dengan penghinaan bahawa Karpal adalah ‘old story’ atau cerita lama.   

Tindakan Teresa Kok menimbulkan kemarahan beberapa pihak  kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang telah lama berjuang dan banyak pengalaman.  Akibatnya, Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan baik kerana memegang begitu banyak ‘kerusi’ atau jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri.  

Namun, akhir-akhir ini, nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal ini, sekali gus, ‘menggilapkan’ lagi namanya.  

Strategi menonjolkan Karpal seorang serta mensenyapkan pemimpin-pemimpin DAP yang lain secara sengaja atau tidak sengaja dilihat tepat bagi meminimakan kerosakan yang berlaku akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat.   Namun, bagi pihak Karpal, beliau mungkin perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah seterusnya kerana tindakan ini dilihat mampu meletakkan beliau dalam dua keadaan iaitu jika bukan sebagai ‘bintang’, maka mungkin juga sebagai ‘kambing hitam’. 

Senarionya, jika PR menang dalam PRU ke-13 ini, maka isu penentangan DAP terhadap hudud perlu diselesaikan bagi mengelak akar umbi PAS ‘mengamuk’.   

Sedang pemimpin PAS boleh terus berdolak dalih dengan menggunakan alasan kekurangan majoriti di parlimen dan hakikat masyarakat majmuk, PAS tetap perlu membuktikan yang mereka benar-benar serius dalam menentang sesiapa sahaja yang menentang hudud.  

Oleh itu, Karpal mungkin perlu dikorbankan sebagai satu-satunya pemimpin DAP yang menentang hudud.  Dengan itu, walaupun hudud tetap tidak dilaksanakan, akar umbi PAS akan kembali tenang dan DAP akan kekal selamat.   

Karpal sebagai ‘cerita lama’ boleh dibersarakan saja.  Malang bagi Karpal jika ini berlaku kerana tidak dapat memakai gelaran Tun Karpal selepas bersara seperti yang dibayangkan oleh Tun Mahathir, kerana Karpal tidak bersara sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bersara sebagai si-kambing hitam, Pengerusi parti. 

Sanggup Cerai Bini, Syarat Jadi Calon Pakatan Rakyat!

Sampai bila-bila pun ada satu perkara yang pemimpin UMNO tidak mampu menandingi kelebihan PAS, yakni membuktikan kesetiaan pada parti dengan mempertaruhkan isteri yang sah dinikahi sebagai barang cagaran bagi menjamin kelangsungan kerjaya politik sang suami.

Jangan pula ada yang kata ini fitnah, bukan juga cubaan atau main-main, tapi ini realiti sebenar yang diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri dan hakikat ini sedang membelenggu kehidupan ramai wakil rakyat PAS baik di peringkat DUN ataupun Parlimen.

Tidak berapa lama dulu, beberapa pemimpin kanan PAS termasuklah Ahli Parimen PAS Shah Alam, Khalid Samad sendiri pernah mengakui memang wujud sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri, katanya untuk mengikat kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti.

Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Tinggi PAS Perak, Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya kepada Sinar Harian Online 27 November 2012 telah menyarankan supaya sumpah baiah dilaksanakan kepada semua calon pilihanraya yang mewakili PR terutama sekali di Perak.

Katanya demi menjamin kesetiaan calon dan wakil rakyat kepada parti selanjutnya mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali sebagaimana kejatuhan yang dialami oleh Kerajaan DAP PAS Perak pada 2009.

Bunyinya seperti PAS agak meragui tahap kesetiaan calon dan wakil rakyat dari PKR dan DAP terutama sekali PKR tentunya, maka disebabkan itulah timbul desakan supaya kedua-dua parti tersebut mengikuti kaedah sumpah baiah seperti diamalkan oleh PAS.

Tahukah kalian kenapa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali tidak keluar dari PAS sekalipun kerapkali difitnah, diperlekeh dan dihina oleh pimpinan PAS yang lain berikutan ketegasan Hasan mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya dari asakan DAP?

Sebaliknya PAS pula yang terpaksa mengambil langkah drastik dengan memecat bekas Naib Presiden PAS itu tanpa diberi peluang pembelaan diri semata-mata untuk menjaga hubungan politik PAS dengan PKR dan DAP. Kenapa & mengapa?

Jawabnya kerana kewujudan sumpah baiah yang mana sekiranya Hasan secara rela keluar atau berhenti dari PAS, automatik ikatan perkahwinannya dengan isteri akan terputus (talak tiga). Namun apabila Hasan dipecat oleh PAS, sumpah baiah talak tiga ke atas isterinya tidak lagi sah.

Bagi pelayar internet yang pernah mengikut isu sumpah bai'ah sebelum ini tentunya pernah melihat sendiri video ceramah seorang wakil rakyat PAS yang mengakui risiko keluar dari PAS bermakna akan tertalak tigalah hubungannya dengan isteri tersayang. Tak sanggup katanya.

Inilah wajah sebenar PAS, parti politik paling celaka atas muka bumi hanya untuk menjaga kepentingan politik kepartian sanggup dipaksa calon-calon pilihanraya dan wakil rakyatnya mencagar ikatan suci suami isteri untuk dipertaruhkan demi kemahuan parti.

Jadinya, apabila wisel PRU 13 ditiupkan kelak, mudah untuk kita mengetahui setiap calon PAS tentunya sudah mengangkat sumpah baiah talak tiga, berkemungkinan ada pemimpin PKR yang beragama Islam pun ada yang sanggup bersetuju dengan syarat menceraikan isteri.

Malang benar sekiranya pada PRU 13 nanti masih ada pengundi dari golongan hawa yang tergamak menyokong PR setelah mengetahui hakikat betapa rendahnya maruah mereka diperlakukan oleh pemimpin PR.

Tuesday, November 27, 2012

Kenapa Hamas hargai UMNO, Bukan PAS?

Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia.  Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia.  

Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya.   Justeru,  secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga.  

Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam.   Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam.  

Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.  

UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.   Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.  

Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten.  Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas.  Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama.  

Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu.   Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine.  

Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti.  

Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.    

Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat  kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel.  Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.   Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait. 

Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut.   Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.  

Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia.  Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa.   Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.  

Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia.   Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain.  

Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri.  Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja.  PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi. 

Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia.  Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam.   

Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.   

Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO? 

Tiada Bonus Untuk Kakitangan Kerajaan Selangor


Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.

Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?

Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya.

Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka, Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri. 

Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200.

Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan, sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion. Takkan atas kertas saja kot?

Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji?

Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati.

Jika Kerajaan PKR Selangor sanggup berhabis RM100 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan kaedah storm water di hiliran sungai sebagai air terawat, kenapa tidak utamakan dulu kepentingan kakitangan awam?

Sementelah lagi selama ini Khalid sering menafikan Selangor menghadapi masalah bekalan air, jadi apa gunanya mempersia-siakan wang rakyat RM100 juta untuk satu projek yang tidak diperlukan, tak begitu?

Atau sebenarnya Kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sedang dicengkam ketidakmampuan kewangan selepas saban bulan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM24 juta untuk program air percuma.

Sebulan RM24 juta, setahun RM288 juta, dalam masa hampir 5 tahun bermakna sudah lebih RM 1 bilion wang rakyat dibelanjakan untuk program air percuma yang kaedah perlaksanaannya tidakpun merangkumi segenap lapisan masyarakat.

Selain persoalan bonus sebulan gaji, kebanyakan PBT di Selangor juga sedang menghadapi kesukaran memperolehi dana perbelanjaan serta pengurusan. Silap langkah, jika keadaan ini berterusan mahunya banyak program pembangunan serta baikpulih kemudahan orang ramai bakal terjejas.

Macam-macam hal dan permasalahan timbul sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, dahlah menipu dalam kes pembelian bas mewah untuk kegunaan Ketua Umum PKR, manakala UNISEL pula kerugian berpuluh juta ringgit.

Kini PBT pula merungut masalah dana kewangan dan kakitangan awam pula terpaksa terus mengharap tanpa kepastian entah bilalah bonus sebulan gaji dapat dinikmati sebagaimana kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan Pusat. 

Malang betul ber MB kan yang hanya tahu bercakap gagap tapi gagal total bila masuk bab kerja buat bermanfaat untuk rakyat.

Penganut Buddha Wajar Kekalkan Kerajaan BN – Master Hsing Yun


Master Hsing Yun, iaitu pengasas kuil Fo Guang Shan iaitu kuil terbesar di Taiwan pada tahun 1976 kini berada di Malaysia untuk menghadiri Buddhist Cultural and Dharma Blessing Function.   Beliau merupakan tokoh Sami Buddha paling berpengaruh di dunia.  

Kita sedia maklum bahawa Sami Buddha terkenal dengan sifat mereka yang tenang dan berdisiplin.  Seorang Sami yang ‘tinggi’ darjatnya sering dikaitkan dengan kebolehan-kebolehan luar biasa yang menggunakan kekuatan minda.  Sami yang benar-benar komited dengan kepercayaannya sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata mereka.  Mereka tidak bercakap sebarangan sepertimana orang biasa.     

Oleh itu, kata-kata seorang Sami seperti Master Hsing Yun diterima sebagai amanat oleh pengikut-pengikut agama Buddha kerana mereka tahu bahawa beliau tidak akan bercakap sesuka hatinya tanpa memikirkannya dalam-dalam.  

Dan hakikat inilah yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu Master Hsing Yun telah menasihatkan rakyat Malaysia agar bersatu padu dan jangan berpecah kerana ia mampu melemahkan negara.   Kata beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang baik malah berhajat agar dilahirkan semula sebagai sami di Malaysia dalam kehidupan selepas ini.  

Beliau juga menyatakan yang kerjasama antara kaum bakal menjadikan Malaysia negara yang hebat.   Beliau mengingatkan golongan sami agar tidak masuk campur soal politik walaupun mereka disarankan untuk mengambil tahu mengenainya.   

Master Hsing dijadualkan untuk diraikan dalam progam yang dinamakan “A joyful dharma evening "2012 Marvellous Malaysia--Venerable Master Hsing Yun" di Stadium Shah Alam di mana 2,000 sukarelawan dijangka mengambil bahagian dengan lebih 80,000 cenderamata akan diagihkan kepada orang ramai.  

Program ini dengan sendirinya membuktikan kemakmuran Malaysia sepertimana yang digambarkan oleh Master Hsing.  Ini bukan hanya kerana temanya yang memuji Malaysia, tetapi juga kerana hakikat penganjurannya di sebuah negara bermasyarakat majmuk serta kehadiran orang ramai dalam keadaan aman, tanpa diancam kebimbangan.  

Semua ini hanya mampu terhasil dari sebuah kepimpinan yang bijak, adil dan cekap.  Dan kepimpinan itu adalah kepimpinan Barisan Nasional.  

Dengan bukti kredibiliti BN yang begitu jelas, adalah tidak wajar bagi masyarakat Buddha di Malaysia untuk terpedaya dengan hasutan pihak yang saban hari menyogok fitnah bahawa Malaysia adalah negara yang buruk dan teruk di mana pihak minority didiskriminasi.  

Sedangkan, sepintas lalu sudah terbukti bahawa masyarakat Buddha yang menjadi minoriti, juga mampu hidup dalam keadaan yang jauh lebih selesa dan mewah dari kaum majoriti.  Mereka tidak pernah dihalang untuk mengumpul kekayaan dan kemewahan di negara ini.  Malah, budaya dan bahasa ibunda mereka juga mendapat tempat dan diberi ruang untuk berkembang.   Kebebasan mengamalkan agama dan menganjurkan program berunsur agama tidak mungkin boleh diragui lagi walaupun agama rasmi negara ini adalah agama Islam.  

Justeru, segala apa yang dikatakan diskriminasi, kezaliman dan penindasan terhadap mereka hanyalah ilusi dari kenyataan di atas kertas yang meletakkan hak istimewa kaum majoriti.  Sedangkan realitinya, kaum minority tidak pernah tersekat atau tertindas.

Maka, sewajarnya masyarakat Buddha merenung sedalam-dalamnya amanat Master Hsing yang membawa mesej kebaikan, ketenangan dan keamanan dengan berpaksi kepada semangat perpaduan dan kerjasama di bawah payung BN yang sedia terbukti mampu memastikan hidup kita kekal makmur dan selesa. 

Monday, November 26, 2012

NURUL IZZAH BUKA RUANG KEPADA KEMUSNAHAN ISLAM-MELAYU



Anak Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar, melakukan perbuatan yang boleh membunuh karier politiknya bagi kali kedua apabila bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataan beliau kebebasan beragama.

Naib Presiden PKR itu menuduh Utusan Malaysia telah memfitnah beliau antara 5 dan 7 November melalui empat artikel yang telah disiarkan berkaitan kenyataannya di Gereja Full Gospel Tabernacle 3 November lalu.

Menyaman Utusan Malaysia dilihat sebagai 'political suicide' bagi Nuruk kerana ramai penganalisa politik berpendapat kes itu adalah amat terang dan jelas tidak menyebelahinya jika diheret ke muka pengadilan.

Ini kerana Utusan Malaysia bukanlah media pertama yang telah menyiarkan jawapan Nurul kepada satu soalan dari seorang ahli Majlis Peguam Malaysia, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk ?Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?

Jawapan Nurul, "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." pertama kali dimuatturun oleh portal berita Malaysiakini dan turut disiarkan dalam blog 1Kristian  dalam masa yang sama.

Utusan Malaysia hanya menyalin jawapan Nurul yang disiarkan di dalam Malaysiakini tanpa sebarang perubahan sedikitpun di dalam ayat tersebut walaupun setitik noktah.

Malangnya di sebabkan kebencian yang mendalam pemimpin-pemimpin PKR dan pembangkang yang lain terhadap akhbar berbahasa Melayu milik UMNO, Nurul telah memilih jalan mudah untuk memangsakan Utusan Malaysia.

Samada Nurul buta, pekak atau tuli tidak dapat dipastikan tetapi yang jelas beliau tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini mahupun blog 1Kristian.

Ini menjadikan kes saman beliau terhadap semakin lemah dan tidak boleh dipertahankan di mahkamah kerana yang melakukan 'kesalahan' bukannya Utusan Malaysia tetapi Malaysiakini seperti pepatah Melayu, "lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah." 

Hakikatnya Nurul sekarang sedang menggigil ketakutan kehilangan undi orang Melayu tertutama di Lembah Pantai yang marah kepadanya kerana kenyataan beliau itu menghilang bangsa Melayu dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini.

Dalam usaha Nurul untuk mendapat sokongan orang bukan Islam beliau sanggup menghina Melayu dan Islam begitu sekali di hadapan hadirin yang rata-ratanya anti-Islam.

Ini kerana forum tersebut bukan untuk mencari jawapan atau kefahaman mengenai isu Negara Islam tetapi lebih condong kepada mempertikai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Tujuan forum itu adalah untuk menyebarkan fahaman pluralisme yang meletakkan status Islam sama taraf dengan agama lain dan pada masa yang sama ingin menyuntik konsep kebebasan beragama termasuk di kalangan orang Melayu.

Di sinilah kedangkalan Nurul dalam ilmu politik dan kecetekan dalam ilmu agama telah memerangkapnya dalam permainan golongan Kristian pada forum itu.

Nurul terperangkap untuk menghina Islam dan Melayu dalam sebuah gereja dan bayangkan betapa gembiranya orang-orang kafir apabial seorang yang mengaku Islam memijak-mijak kemuliaan agamanya sendiri! 

Bersembunyi di belakang tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia tidak mampu membersihkan dosa yang Nurul lakukan malah akan menambahkan lagi sengsara dan bebanan dosa kepada agama dan bangsa.

Mungkin juga ada hikmah apabila Nurul mempertahankan prinsip kebebasan beragama sehingga merangkumi orang Melayu kerana ia membuka minda orang Islam di negara ini apakah bentuk tindakan yang bakal diambil oleh PKR dan Pakatan Rakyat jika mereka ditakdirkan berkuasa.

Nurul telah melontarkan bibit-bibit bencana yang bakal menimpa umat Islam di Malaysia dengan penyebaran agama yang dinamakan pluralisme.

Sudah tentu untuk menjayakan agenda pluralisme, pihak pembangkang akan meminda Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan mengenai Islam sebagai agama persekutuan.

Jika Perkara 3 (1) dipinda, Perkara 160 (2) akan turut menjadi korban golongan pluralis.

Di bawah Pakatan Rakyat orang Melayu tidak lagi memeluk agama Islam untuk ditakrifkan sebagai orang Melayu menurut Perlembagaan, cukup sekadar bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. 

Jika berkuasa, Pakatan Rakyat akan merobak-rabikkan fabrik masyarakat negara ini yang berterakan Islam di mana institusi raja-raja Melayu sebagai pelindung dan payung kepada orang Melayu dan Islam.

Negara akan ditukarkan kepada sistem demokrasi ala Barat sepenuhnya malah lebih dahsyat daripada itu.

Melayu akan lenyap, Islam akan berkubur dan suara-suara azan daripada kubah-kubah masjid akan menjadi satu kenangan silam jika rakyat membenarkan Pakatan Rakyat berkuasa.

MB Gelabah Seksyen 7, Shah Alam Tak Ada Air



Setelah puas bersilat dan bertaichi konon masalah air di Selangor hanyalah mainan politik BN untuk melemahkan PR, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khalid Ibrahim akhirnya menepuk dahi apabila rumahnya mengalami gangguan bekalan air semalam.   Pada hari minggu yang lepas, beberapa kawasan di Selangor termasuk Petaling, Klang dan Seksyen 7 Shah alam iaitu di kawasan kediaman Khalid Ibrahim, telah tidak mendapat bekalan air.  

Kita harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba bermain politik bodoh dengan menuduh UMNO sengaja memutuskan bekalan air ke rumah Khalid Ibrahim pula.  

Masalah ini adalah konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh kerajaan pusat iaitu loji penapisan tidak lagi mampu menampung jumlah permintaan yang meningkat secara drastik di Selangor.   Walaupun ketika negeri ini mengalami hujan yang lebat setiap hari, kandungan air di loji tidak menunjukkan peningkatan malah mengalami kemerosotan.  Kini, setelah musim hujan mula reda, kandungan air semakin berkurangan dan sedikit sahaja peningkatan dalam penggunaan ternyata mampu menyebabkan kehabisan bekalan.  

Kini, segala apa yang dibimbangkan oleh kerajaan pusat telah pun menjadi nyata dan yang menjadi mangsa bukan sahaja rakyat tetapi juga Menteri Besar Selangor sendiri.   

Kerajaan PR menafikan penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat melalui projek Langat 2 dengan memberi gambaran bahawa ianya bukan penyelesaian terbaik dan konon terdapat unsur-unsur tidak telus.   Walaupun telah diperjelaskan berkali-kali oleh beberapa pihak yang berpengalaman dan juga pakar-pakar tentang bagaimana keputusan penyelesaian ini dicapai, kerajaan PR Selangor tetap berdegil untuk menggunakan penyelesaian mereka sendiri.  

Mereka menolak mentah-mentah keputusan kerajaan pusat walaupun sedia maklum bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan kajian yang mendalam sejak beberapa lama serta oleh berbagai pihak.  

Amatlah malang bagi rakyat Selangor apabila dalam kedegilan itu, kerajaan negeri masih gagal menemui penyelesaian yang lebih baik dari Langat 2. Malah, teknologi membran yang dicadangkan juga kini terbukti tidak praktikal.  Kini, mereka cuba pula mengkaji cadangan-cadangan lain yang mana pasti mengambil masa kerana setiap cadangan akan memerlukan kajian yang mendalam juga.  

Akibatnya masa terbuang begitu saja tanpa apa-apa tindakan penyelesaian.   

Sedangkan, projek Langat 2, jika berjalan mengikut jadual tanpa halangan oleh kerajaan Selangor adalah dijangka siap pada Mei 2014.  Mengikut kajian awal negeri Selangor dijangka mengalami kekurangan bekalan air, kira-kira 299 juta liter sehari bermula tahun ini di mana kemuncaknya akan dirasai pada tahun 2015.   Melalui projek ini, air akan disalurkan ke Selangor dari Negeri Pahang.

Namun, apa yang dicadangkan oleh kerajaan PR Selangor setakat ini semuanya membabitkan pemrosesan air mentah dan bukannya menambahkan bekalan air yang menjadi punca masalah.  Ini menunjukkan yang mereka tidak peka akan masalah sebenar kerana terlalu ghairah berpolitik.  

Selain dari masalah air yang tidak cukup, loji baru juga amat diperlukan memandangkan keadaan loji sedia ada yang semakin buruk akibat terlalu lama dan sukar diselenggara tanpa menjejaskan bekalan kepada pengguna.  

Siapa sangka, dalam keghairahan PR untuk terus mempolitikkan isu air, Khalid Ibrahim sendiri terpaksa melalui keperitan hidup tanpa bekalan air.    Walaupun kesengsaraan yang dilaluinya mungkin tidak lama, namun sekurang-kurangnya beliau kini merasai akibat dari sikapnya yang berpolitik tanpa batasan.  

Tidak dapat dipastikan sama ada Khalid akan insaf dan mengakui kesilapan setelah berhadapan dengan hari yang sukar tanpa bekalan air.  Tetapi, kita tidak terkejut jika Khalid sanggup tidak mandi dan tidak bersuci semata-mata ingin terus bermain politik.

Jika benar, maka nampaknya, rakyat Selangor terpaksalah menunggu sehingga pemimpin-pemimpin PR Selangor sudah tidak tahan bau masing-masing akibat tak mandi pagi, sebelum akur bahawa penyelesaian yang diputuskan oleh BN adalah yang terbaik.  

Ini kerana, BN sentiasa memastikan dan memutuskan hanya yang terbaik untuk rakyat jelata.  Jika tidak, mana mungkin BN tetap menjadi pilihan rakyat sejak sekian lama?

Dong Zong Bukan Anti Kerajaan Tetapi Anti-Melayu


Perhimpunan 1125 yang diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai lebih kurang 7,000 peserta.  Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.   

Apapun jumlah sebenar, yang pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi kaum Cina.  .  

Walaupun terbukti yang kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, namun Dong Zong masih tidak berpuas hati apabila pelan pendidikan baru menekankan usaha menyemai semangat jatidiri negara melalui Bahasa Kebangsaan.  

Bagi Dong Zong penambahan masa bagi subjek Bahasa Malaysia mengancam Bahasa Mandarin.  Nampaknya, Dong Zong ingin memastikan anak-anak kaum Cina kekal tidak fasih berbahasa kebangsaan dan kekal terasing dari pergaulan dalam masyarakat majmuk di negara ini.  Malah, dari tuntutan-tuntutan sebelum ini, jelas terlihat bahawa Dong Zong bertekad untuk memisahkan kaum Cina dari aspirasi nasional dengan memperjuangkan peperiksaan yang tidak bersandarkan syarat-syarat yang digariskan oleh kementerian pendidikan.  

Jelas, bahawa Dong Zong enggan tertakluk di bawah kawalan kerajaan.   

Namun, sungguh biadab dan tidak bermaruah sekali Dong Zong apabila di masa yang sama menuntut layanan sama seperti Sekolah Kebangsaan.  Apa jenis manusia yang sedia kaya, tetapi masih lagi asyik meminta-minta?  

Seperti biasa, parti-parti pembangkang juga mencelah mencari ‘laba’ dari perhimpunan ini, seperti PKR, DAP dan termasuklah PAS.  Namun, kehadiran Pengerusi Cawangan MCA Kota Kecil, Tai Foo Him menjelaskan lagi agenda perkauman dalam perhimpunan ini.  

Menurut Dong Zong, pertubuhan itu bukan anti kerajaan.  Ini mungkin separuh benar.  

Dong Zong bukan anti kerajaan, tetapi anti jatidiri dan aspirasi Malaysia yang berteraskan identiti Melayu.   Dong Zong tidak mahu anak-anak mereka menyerap ‘roh’ Malaysia sepertimana tokoh yang disegani semua bangsa iaitu Tan Sri Lee Lam Thye yang dianggap telah ‘diMelayukan’.  

Bagi kaum Cina, ‘diMelayukan’ adalah satu penghinaan kerana bermakna telah tunduk kepada Melayu.   Sikap kiasu yang angkuh dan bongkak tidak membenarkan mereka berada di bawah dari sesiapa.  Memandangkan Melayu yang  mereka pandang rendah dan hina itu adalah tunjang kerajaan negara ini, maka Dong Zong yang tidak dapat menerima hakikat ini menjadi amat anti dengan Melayu.  

Justeru, Dong Zong ingin menunjukkan kepada Melayu, iatu kerajaan bahawa mereka lebih berkuasa dan merekalah tuan dalam negara ini.  Dong Zong tidak berminat kepada semangat perpaduan, kerjasama, saling hormat-menghormati dan toleransi antara sesama kita kerana bagi mereka, kaum Cina jauh lebih mulia dari semua.  

Dengan itu, Pilihanraya yang menjelang tiba ini digunakan sepenuhnya oleh Dong Zong untuk menunjuk kuasa dan menguji ketahanan kerajaan.  

Namun, kita percaya, jika semua yang dituntut mereka juga ditunaikan kerajaan, Dong Zong tetap tidak akan berpuas hati, selagi tonggak pemerintahan berada di tangan Melayu.  

Friday, November 23, 2012

Harakah Kata Hadi Hanya Layak Jadi Nelayan!


Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaimana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap ‘terbuka’ terhadap apa jua cadangan dan keputusan. Malah, beliau juga membayangkan rasa ‘syok’ sekiranya ia benar-benar menjadi realiti.  Ini menunjukkan yang Hadi ‘teringin’ juga merasa menjadi Perdana Menteri.  

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim.  

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS.  Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka.  

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.  Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri.  

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya. Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi ‘orang-kuatnya’, yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.   

Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan ‘segan’ untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM.  Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri.  


Apakah ertinya ini?  Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian? Untuk menunjukkan ‘kezuhudan’ Hadi Awang?  Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan?  

‘Permainan’ Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS. Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato’ Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka.  Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil.  

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati. Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.  

Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?    

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya.  Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka. Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia. Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.  

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama.  

Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya.  

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba ‘mengajar’ golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang. Oleh itu, Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain.  

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar. Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa, yang tidak berdaya melawan atau bersuara. Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan…