memang! warganegara Malaysia memang beruntung. kerajaan Malaysia membantu rakyatnya tanpa mengira kaum berbanding di negara lain. anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, oku, fakir miskin serta warga emas terbela nasib mereka, tidak seperti di negara lain yang mana nasib mereka terbiar tanpa bantuan dari kerajaan mahupun ngo. kerajaan Malaysia memang perihatin terhadap rakyat walaupun konflik politik masa kini membimbangkan, namun nasib rakyat masih terbela biar pun terkadang ada yang tercicir disebabkan tidak dilaporkan. walau apa pun rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak mengabaikan rakyat.
namun begitu ada juga anasir luar yang tidak senang dengan keamanan di Malaysia. anasir luar ini telah mempengaruhi segelintir masyarakat di Malaysia untuk membenci kerajaan dan menggalakkan demontrasi jalanan yang mana banyak menyusahkan rakyat, menggugat keamanan, melaga-lagakan antara kaum dan sebagainya. kenapa perlu jual maruah kepada anasir luar ini? tak cukupkah apa yang kerajaan sudah berikan dan telah laksanakan selama ini?
harap pru 13 nanti rakyat boleh fikirkan semula mana yang terbaik untuk mereka.
~BB~
No comments:
Post a Comment