Oleh Hussain Said dari London
hussain@bharian.com.my
2011/08/11
PEMILIK kedai menyewa peralatan dapur di utara London, Azim Mohamed (kiri) dan pembantunya, Riaz Mohamed hanya mampu melihat kedai mereka musnah dibakar perusuh.
baca seterusnya : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KotaLondonbagaikanmedanperang/Article
Rahang patah ditumbuk perusuh
Oleh Zaharah Othman
2011/08/11
MUKHRIZ dan Noorzalina melawat Asyraf Haziq di Royal London Hospital, semalam.
LONDON: "Ini kejadian paling mencemaskan dalam hidup saya dan berlaku pantas. Saya menaiki basikal tiba-tiba dikerumuni 20 lelaki berpisau yang mahu merampas basikal. Mereka kemudian menyeluk poket seluar dan mengambil telefon bimbit.“Mereka menumbuk di dagu dan rahang hingga berdarah. Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu dan apabila tersedar, saya terduduk di kaki lima dengan mulut berdarah,” kata Asyraf Haziq Rosli, 20, yang terlantar di Royal London Hospital di sini, sementara menunggu pembedahan bagi membetulkan rahang bawahnya yang pecah dan tulang pipinya yang patah.
baca seterusnya : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rahangpatahditumbukperusuh/Article
untungnya rakyat Malaysia kejadian seumpama ini belum berlaku lagi. ini adalah kerana hasil tindakan cekap anggota polis kita menangani demo bersih yang lepas. bersih kononnya berjanji nak buat secara aman, tapi sampai masa jadi huru hara. para penyokong bersih ingkar dengan arahan polis dan mereka yang mulakan provokasi terhadap polis sebaliknya mengatakan polis yang berlaku kejam dengan mereka. kejam ke kalau tahanan diberi layan baik, diberi makan dan tempat solat disediakan. polis lepaskan gas pemedih mata, mereka kata gas beracun. kalau gas beracun, semua orang dah mati dah masa tu.
cuba kita fikirkan, nak ke kejadian macam kat london tu berlaku dalam malaysia ni? mintak jauhkan lah. mana yang kita nak pilih, negara yang aman atau negara yang huru hara??? ~BB~
No comments:
Post a Comment