Tuesday, August 9, 2011

Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa

Oleh Shamrahayu A Aziz

2011/08/09

Sia-sia gubal undang-undang banteras kemungkaran tapi tak dimanfaat

KEGUSARAN masyarakat Islam mengenai pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam bukan perkara baru. Ia sudah lama bersarang, bukan saja di Selangor, tetapi juga di seluruh negara. Mungkin ramai pembaca yang sudah sedia maklum mengenai perkara ini. 

Kegusaran ini pernah disebut oleh Raja-Raja di dalam proses membentuk Perlembagaan negara. Hasil daripada itu kita mempunyai peruntukan yang begitu jelas dalam Perlembagaan. Menerusi Perkara 11(4) Perlembagaan membolehkan penggubalan undang-undang sekatan terhadap pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.Oleh itu, pada 1980-an, negeri-negeri menggubal undang-undang berkaitan yang begitu sinonim dengan kedudukan Islam dan kedudukan umatnya di negara ini.


baca seterusnya : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ahlipolitikperluhormattugaspenguatkuasa/Article

isu murtad di Malaysia semakin membimbangkan. sasaran kebanyakkannya kepada golongan muda. dalam pada itu parti yang kununnya perjuangkan Islam seolah-olah dibisukan. mana perjuangan yang dulu mereka laungkan? tak gunalah kalau nama je parti yang perjuangkan Islam tetapi tidak berbuat apa-apa, seolah-olah tunduk kepada mereka yang ingin menghancurkan umat Islam.

teringat dulu masa BB keje di sebuah kedai fotostat di kajang (masa remaja dulu-dulu la). ada pendakwah kristian hantar fotostat kitab bible dalam bahasa melayu. BB pun tengoklah isi kandungan dalam  kitab tu. kalau tak kuat iman, tak ada asas agama, memang boleh terpengaruh lebih-lebih lagi kalau golongan yang muda. pening kepala gak membacanya. bagi BB biarlah jahat, asal jangan murtad.

mohon Allah Ta'ala jauhkanlah gejala murtad nih dalam keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan BB. 

No comments: