Showing posts with label prhancur. Show all posts
Showing posts with label prhancur. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Pelaburan Di Selangor Menjunam : Bukti PR Gagal Mentadbir

Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi setiap tahun. Namun, itu semua sudah menjadi kisah lama. Hari ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya oleh Pakatan Rakyat.

Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8 billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011. Senario yang sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan jumlah pelaburan sehingga 73%. Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa.

Setelah sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap dari BN. Jelas sekali bahawa pelabur tidak yakin dengan kredibiliti PR. Malah, tidak mustahil pelabur sebenarnya takut dengan gelagat pemimpin PR yang gemar membuat huru-hara.

Mana tidaknya, sepatutnya kerajaan negeri mempromosi kestabilan dan keamanan tetapi kerajaan PR sentiasa berusaha mencetuskan kekecohan dan huru-hara. Siapa yang berani melabur di dalam negeri yang pemimpinnya asyik berpolitik secara keterlaluan dan ganas pula?

Peningkatan aktiviti dan perniagaan ‘gelap’ di seluruh Selangor semenjak pemerintahan PR juga pastinya menyumbang kepada menurunnya jumlah pelaburan di negeri itu. Peningkatan aktiviti gelap menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah sekali gus membuktikan terdapat peningkatan masalah korupsi di negeri ini.

Pelabur tentunya telah mengkaji keadaan ini yang mana menyebabkan Selangor tidak lagi menjadi destinasi pelaburan pilihan. Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin-pemimpin PR juga tidak punya karisma dan kredibiliti mahupun pengalaman untuk berurusan dengan para pelabur luar negara bagi menarik pelaburan langsung asing.

Malah, Menteri Besar Selangor sendiri tidak mempunyai personaliti yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur, sedangkan untuk menarik pelaburan langsung asing, peranan Menteri Besar amatlah penting. Meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Kewangan negeri secara tidak langsung telah memusnahkan semua harapan Selangor untuk meningkatkan pelaburan.

Walaupun Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara luar, namun nampaknya Anwar tidak mampu meyakinkan seorang pun pelabur luar untuk melabur di negeri jajahannya. Ini kerana beliau mempunyai rekod ‘hampir membangkrapkan negara’ serta mempunyai kelayakan ekonomi ‘sifar’.

Selain itu, beberapa pemimpin negeri ini, terutama dari parti DAP didapati tidak mampu berkomunikasi dengan baik serta tidak memahami adat, etika atau adab yang sesuai bagi menghadiri majlis rasmi apatah lagi yang bertaraf antarabangsa.

Justeru, tidak hairanlah jika pelabur meragui kepimpinan mereka. Walaupun DAP sering merasakan diri mereka hebat, terbuka dan lebih bijak dari pemimpin Melayu, namun hakikatnya amatlah jauh berbeza. Pendek kata, kepimpinan Pakatan Rakyat dari mana-mana partipun semuanya tidak berkualiti.

Oleh kerana itu, Selangor kini tidak lagi boleh dibanggakan sebagai negeri pilihan pelabur. Ekonomi Selangor pastinya akan terjejas dengan kurangnya jumlah pelaburan dari setahun ke setahun.

Tidak mustahil, tahun ini Selangor akan menyaksikan jumlah pelaburan yang jauh lebih rendah terutama apabila desas-desus bahawa satu lagi demonstrasi besar akan di adakan oleh Ambiga Sreevanesan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, PR tidak mampu memerintah dan jika rakyat Selangor ingin negeri ini pulih seperti sediakala maka tidak ada cara lain lagi selain dari kembalikan mandat memerintah kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

Monday, April 22, 2013

PEMBANGKANG HANCUR LAWAN SESAMA SENDIRI #PRU13 #GE13 #TolakPR #BNBagus #BetterNation


Pilihan Raya Umum ke 13 mencatat sejarah dalam banyak segi bukan setakat pertandingan politik paling sengit dan getir untuk merebut 222 kerusi parlimen serta 505 kerusi dewan undangan negeri.

PRU ke 13 juga melakar sejarah poltik tanah air sebagai pilihan raya paling menarik sejak 1959 dengan 579 calon menawarkan diri untuk bertanding di kawasan parlimen di seluruh negara manakala jumlah yang lebih besar seramai 1,320 calon bagi kawasan DUN.

Barisan Nasional sebagai gagasan politik peringkar kebangsaan yang paling lama dan pengalaman sejak era merdeka mewarisi kesinambungan daripada Perikatan dilihat sebagai 'favourite' untuk memenangi PRU13.

Malah dengan mood amat rakyat yang amat ketara menyokong BN tidak mustahil kemenangan besar BN akan juga diiringi pencapaian majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

PRU13 juga mmperlihatkan ketegasan BN memecat ahli-ahli yang mengkhianati kesetiaan terhadap parti dengan bertanding sebagai calon bebas di mana perkara yang sama juga berlaku kepada beberapa calon parti pembangkang.

Bagaimanapun aspek paling terserlah di dalam pilihan raya kali ini  ialah kemelut yang melanda pakatan pembangkang yang pada mulanya menonjolkan imej seolah-olah mereka adalah satu blok yang berdisiplin, mempunyai organisasi yang kemas dan sukar digugat oleh pihak lawan.

Pada mulanya pembangkang amat yakin terhadap impian mereka menawan Putrajaya tetapi setelah parlimen di bubar berlakulah pertelingkahan dan pergaduhan yang hebat dan serius di kalangan pemimpin-pemimpin PKR, Pas dan Dap dalam isu pengagihan kerusi.

Masing-masing menunjukkan sikap dan wajah mereka yang sebenar iaitu perangai tamak haloba untuk membolot seberapa banyak kerusi yang ditandingi.

Walaupun pada peringkat awal ketiga-ketiga parti pembangkang mahu menutup segala perbalahan dan krisis yang berlaku namun ia tidak mampu menangkisnya lagi apabila isu merebut kerusi meletup tanpa dapat dikawal lagi.

Maka pada hari penamaan calon Sabtu lalu berlakulah perlawanan sengit antara parti pembangkang - PKR melawan Pas.

Akhirnya PKR bergelut dengan Pas di tujuh kawasan semantara Dap pula pening kepala memikirkan mengenai status parti itu berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan tidak mengiktiraf senarai jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

Pembangkang yang menggelar kerjasama politik mereka sebagai Pakatan Rakyat sidah berkecamuk dan keadaan dalam parti masing-masing menjadi kucar kacir.

Barisan pimpinan atas hinggalah ke peringakat akar umbi masing-masing menyalahi satu sama lain, maki dan hamun dan menunjukkan sikap tidak mahu mengalah.

Malah Ketua Pembangkang mempertahankan keputusannya untuk meletakkan 'Chegu Bard' yang merupakan pangkat anak saudara kepada beliau sebagai calon PKR di DUN Sg Acheh.

Tindakan itu menyebabkan rakan sekutu Pas marah lalu meletakkan calon mereka sendiri untuk menentang PKR.

Selain Sg Acheh di mana Mohd Yusni Mat Piah dari Pas berentap dengan calon PKR di Kota Damansara juga menyaksikan Ridzuan Ismail dari Pas berdepan dengan Dr Mohd Nasir Hashim dari PSM yang bertanding di bawah lambang PKR selain tiga calon bebas yang lain.

Di Labuan calon Pas Hadnan Mohamad bertemu Tan Sri Ibrahim Menudin dari PKR manakala di Panti, Johor, Azlisham Azahar wakil Pas melawan calon PKR Mohd Annuar Mohd Salleh.  

Begitu juga di Seberang Takir, Terengganu, Zakaria Dagang (PAS)
betembung Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR).

Satu lagi kawasan di Terengganu iaitu Kota Putera menyaksikan Adam Mat Said (PAS) berlaga dengan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) manakala di Bukit Besi juga di negeri yang samaRoslan Ismail dari Pas bersekemuka dengan Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR.

Perlawanan antara parti-parti pembangkang sebenarnya adalah satu rahmat kerana undi pembangkang akan berpecah dan ini memberi peluang yang lebih besar dan mudah untuk BN memenangi di kawasan terbabit.

Perebutan kerusi DUN Sg Acheh selain enam lagi kawasan lain yang gagal diselesaikan oleh pucuk pimpinan pembangkang adalah bukti jelas Pakatan Rakyat tidak sepakat dan rangka kerjasama mereka adalah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Jika pembangkang tidak ada muafakat sesama sendiri bagaimana mungkin mereka mahu menggalas tanggungjawab yang maha besar untuk mentadbir sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia dengan kepelbagaian bangsa dan suku etnik serta bahasa budaya dan agama?

Jika hanya tiga parti tidak boleh berbincang hanya mengenai satu isu yang tidak begitu serius seperti parti mana bertanding  di mana bagaimana pembangkang mengatakan mereka lebih baik daripada BN yang berjaya mengurus dan bersepakatan dengan mantap bersama-sama 14 parti-parti politik?

Oleh itu rakyat harus tidak terpedaya sama sekali dengan helah dan tipu daya pembangkang yang hanya berpolitik untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan pemimpin mereka dan bukannya demi rakyat.

Pembangkang hanya melakukan sesuatu kononnya demi rakyat apabila ia melihat peluang untuk mengaburi mata rakyat.