Tindakan PKNS memecat 23 orang kakitangannya secara tiba-tiba semalam mengejutkan banyak pihak. Ia difahamkan sebagai ‘kesinambungan’ dari pemecatan Azmin Ali akibat perbalahanan beliau dengan kepimpinan negeri, Dato’ Seri Khalid Ibrahim. Pemecatan besar-besaran ke atas kakitangan awam, walaupun bertaraf kontrak belum pernah lagi berlaku apatah lagi tanpa sebarang penjelasan.
Pihak PKNS mahupun kerajaan negeri menafikan sebarang kaitan pemecatan itu dengan politik dalaman parti PKR. Bagaimanapun, rakyat Malaysia jauh lebih bermaklumat dan mampu membaca di sebalik kenyataan-kenyataan rasmi para pemimpin politik. Rakyat sedia maklum bahawa apa yang berlaku adalah ‘pertunjukan’ gila kuasa di dalam PKR dalam menangani kerakusan dan ketamakan DAP.
Menurut sumber dari pihak pembangkang sendiri, perbalahan antara Azmin dan Khalid turut melibatkan soal perkauman di mana projek-projek perumahan PKNS hampir semuanya dibuat dan dijual secara usahasama dengan kontraktor atau pemaju luar dan bukan lagi dengan PKNS Engineering and Construction atau PKNS Holdings.
Akibat dari pendekatan ini, yang mendapat keuntungan hanyalah pemaju dan kontraktor berbangsa Cina dan harga hartanah pula melambung tinggi. Tindakan ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada usaha DAP untuk mengusir orang-orang Melayu di kawasan bandar.
Khalid Ibrahim sudah terkenal sebagai boneka DAP dan pastinya, segala tindak tanduk beliau perlu mendapat ‘kelulusan’ atau pun arahan dari DAP. Oleh itu, kita tidak hairan apabila beliau mengambil tindakan drastik memecat sekali gus 23 orang kakitangan yang dikhabarkan sebagai barisan yang berusaha mengekang kerakusan DAP di PKNS.
Tidak tahu sejauh mana spekulasi ini benar, tetapi bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik semasa, adalah sukar untuk kita tidak mempercayainya.
Kedudukan Azmin di dalam kemelut ini, bagaimanapun, agak samar. Ada yang berkata bahawa DAP lebih mudah untuk berurusan dengan Anwar dari Azmin dan ini mungkin menjadi punca kenapa Azmin dipecat dan Anwar cuba diangkat sebagai Menteri Besar. Tindakan ini akan menyelesaikan masalah perbalahan dalaman PKR dan juga mengukuhkan penguasaan DAP sekali gus.
Jika benar, nampaknya DAP telah berjaya menjaringkan 2 atau 3 gol dengan satu tendangan sahaja. Pertamanya, mereka berjaya memastikan yang kroni mereka di kalangan pemaju dan kontraktor terus beroleh keuntungan, keduanya, usaha untuk menyingkirkan orang Melayu dari bandar terus berjalan lancar serta ketiganya, matlamat mereka untuk mengurangkan kakitangan awam tercapai walaupun belum menjadi kerajaan pusat.
Janji untuk mengurangkan kakitangan awam dibuat oleh Tony Pua pada 31hb Oktober 2011 di Johor Bharu, iaitu “jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, maka kita akan kemukakan satu projek yang dinamakan ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.”
DAP nampaknya tidak main-main untuk memecat kakitangan awam dan dalam kes di Selangor ini, mereka melakukannya melalui ‘proxy’ yang bersifat boneka iaitu pemimpin Melayu dari PKR. Khalid Ibrahim telah membuktikan beliau adalah sebuah boneka yang setia kerana sentiasa membela dan menyebelahi DAP dalam apa jua isu termasuk dalam soal akidah Islam.
Namun, hayat politik boneka ini mungkin tidak lama kerana dilihat semakin hari semakin menjadi beban kepada negeri mahupun politik PKR dan DAP. Justeru, siapa lagi yang lebih sesuai untuk menggantikannya melainkan seorang yang mempunyai berbagai rahsia hitam di dalam genggaman DAP, iaitu Anwar Ibrahim.
Anwar walaupun membawa imej liberal dan menerima pluralisme, beliau masih diterima oleh beberapa kelompok Melayu, terutamanya di bandar. Justeru, Anwar sebagai Ketua Pembangkang, merupakan personaliti yang paling layak untuk menjalankan segala arahan DAP di Selangor tanpa dipersoal oleh orang-orang Melayu. Orang Melayu tidak akan menuduh bahawa Anwar menurut cakap DAP dan percaya bahawa segala tindakan Anwar adalah atas keputusan beliau sendiri.
Dalam fikiran Anwar, mungkin beliau menyangka yang beliau sedang mempergunakan DAP untuk mencapai matlamatnya. Di dalam fikiran DAP pula, Anwarlah yang sedang dipergunakan mereka. Hakikatnya, kedua-dua pihak saling guna-memperguna. Sementara PAS duduk memerhati - setia menunggu arahan dari kedua-dua mereka.
Berdasarkan hakikat ini, nasihat kita kepada orang-orang Melayu Kajang agar menolak Anwar. Bayangkan, dengan dana Selangor yang sebegitu banyak dan projek yang sebegitu besar yang di dalam perancangan di Kajang, siapakah yang akan mendapat keuntungannya? Apakah ada sedikit harapan untuk kemajuan dan penambahan pemilikan hartanah untuk orang-orang Melayu di situ sekiranya Anwar menang?
Atau apakah semakin ramai kakitangan awam akan dibuang?
berpendirian tetap itu mesti... bukan seperti lalang... perubahan ikut kesesuaian... teguran sentiasa ada... ikhlas itu penting...
Showing posts with label pkns. Show all posts
Showing posts with label pkns. Show all posts
Wednesday, February 5, 2014
23 Staff PKNS Korban Pertama Bakal MB Selangor?
Friday, January 24, 2014
AZMIN DIPECAT DARI PKNS SEBAB SELEWENG KUASA?
Pertelingkahan antara Khalid Ibrahim dan
Azmin Ali sudah tidak boleh dibendung lagi dan kini sudah menjadi perang mulut
secara terbuka.
Malangnya ketua umum PKR, Anwar Ibrahim
gagal menunjukkan kepimpinan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah dalaman
partinya sehingga membarah ke peringkat sekarang.
Jika Anwar tidak mampu memimpin sebuah
parti yang kecil, bagaimana hendak menjadi nakhoda kepada pakatan pembangkang
apatah lagi memimpin negara sebagai perdana menteri?
Isu berlaga angin antara Menteri Besar dan
Azmin bukannys perkara baru.
Ia bermula sejak pasca Pilihan Raya Umum
2008 apabila Khalid di angkat oleh Anwar sendiri sebagai menteri besar.
Jawatan itu sememangnya menjadi idaman
Azmin tetapi beliau dikecewakan oleh bos kesayangannya sendiri apabila tidak
menjadi pilihan.
Perasaan dendam yang membuku di hati Azmin
akhirnya terkeluar juga apabila tekanan demi tekanan dipaksa ke atas Khalid
sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor.
Jadi berlakulah senario di mana Selangor
mempunyai dua 'menteri besar' - satu yang dilantik secara rasmi dan satu lagi
berlagak seperti menteri besar.
Namun cara mana sekali pun Azmin cuba
memalukan Khalid dengan apa jua cara pun, menteri besar tetap berdiri teguh.
Jawatan Azmin menerajui PKR Selangor tidak
lebih daripada posisi politik yang kosong tanpa kuasa ekonomi yang
dipegang erat oleh Khalid.
Jadi Azmin dan kuncu-kuncunya bolehlah
menyalak sekuat hati mengkritik sehebat mana terhadap menteri besar tetapi
sedikit pun ia tidak menggugat atau menggoncang kedudukan Khalid.
Yang menjadi masalah apabila ahli politik
bergaduh, penjawat awam yang menjadi mangsa.
Apabila timbalan presiden PKR itu
digugurkan sebagai anggota lembaga pengarah PKNS semua jari menuding kepada
Khalid tetapi ini dinafikan beliau.
Khalid menjelaskan itu bukan kerja beliau
dan merujuk perkara ini kepada pengurus besar dan penasihat undang-undang PKNS.
Anwar pun masuk campur dan berkata tidak
bersetuju dengan tindakan terhadap Azmin tetapi setakat itu saja lah yasng
termampu oleh penasihat ekonomi Selangor itu seperti melepaskan batuk di
tangga.
Apa pun Setiausaha Kerajaan Negeri telah
berkata keputusan memecat Azmin dari PKNS adalah muktamad dan tidak boleh
dipertimbangkan lagi.
Akhirnya dua pegawai tinggi PKNS tersebut
menjadi mangsa kemelut politik Khalid-Azmin dan mereka ditukarkan serta merta
ke SUK.
Persoalan utama yang patut ditanya oleh
semua pihak bukannya tindakan PKNS menggugurkan Azmin sebagai ahli lembaga
pengarah tetapi mengapa tindakan drastik dan mengejut itu diambil.
Pernah satu ketika Azmin merajuk dalam
pertikaiannya dengan Khalid sehingga memaksa beliau menghantar surat perletakan
jawatan dari PKNS namun setelah dipujuk Anwar surat itu ditarik balik.
Jadi sebenarnya Azmin tidak kisah pun
samada beliau berada di dalam PKNS kerana pernah berhasrat untuk berhenti.
Jadi kenapa pula kali ini apabila
benar-benar hasrat beliau termakbul mahu buat bising pula?
Apa sebenarnya yang berlaku di belakang
tabir dan juga di dalam bilik mesyuarat lembaga pengarah PKNS sehingga tindakan
tersebut diambil.
Khalid dikenali ramai sebagai seorang yang
kedekut dan mentadbir Selangor seperti badan korporat kerana pernah menjadi CEO
Guthrie sebelum menceburi politik dahulu.
Azmin pula dikenali sebagai ahli politik
yang licik, rakus dan bercita-cita besar dan dengarnya makan pun besar.
PKNS merupakan sebuah anak syarikat
kerajaan negeri yang terbabit secara aktif dalam pembangunan hartanah di
Selangor sejak ia ditubuhkan.
Jawatan ahli lembaga pengarah PKNS adalah
bagai bulan jatuh ke riba kerana sesiapa pun menjadi ahli lembaga pengarah akan
terbuka kepadanya banyak peluang untuk menggaut kekayaan.
Adalah ini puncanya Azmin di pecat apabila
menteri besar yang 'telus' dan 'transparen' itu telah menghidu Azmin telah
melakukan sesuatu bagi kepentingan dirinya di belakang beliau?
Mungkin maklumat telah sampai kepada Khalid
daripada orang kuatnya, Faekah Husin yang kini diletakkan sebagai bos nombor
satu di MBI bagi mengawal semua anak-anak syarikat termasuk PKNS?
Adalah Azmin telah melakukan penyelewengan
kuasa di dalam PKNS sehingga informasi ini dijadikan senjata untuk menyahkan
beliau dari organisasi itu?
Seharusnya menteri besar, Faekah dan PKNS
bersikap telus dan transparen di dalam isu pemecatan Azmin.
Ketiga-tiga pihak itu harus memberitahu
rakyat mengapa Azmin dipecat.
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang
sentiasa mewar-warkan nilai-nilai keadilan dan ketelusan dan segala tindak
tanduknya inilah masa untuk berbuat demikian.
Tuesday, January 21, 2014
Kena Pecat Dari PKNS, Azmin Mula Serang Khalid Gagap
Polemik perbalahan antara Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim
seperti tiada penghujungnya. Terbaru Khalid memaklumkan isu pemecatan Azmin
sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal
sehingga siasatan lanjutan mengenai diselesaikan.
Khalid melalui kenyataan medianya petang
semalam seperti cuba untuk ‘lepas tangan’ apabila mengatakan
pemecatan Azmin pada 8 Januari lalu telah dilakukan tanpa pengetahuannya.
Bagi menguatkan lagi dakwaan tersebut,
Khalid turut memaklumkan Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha
Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek telah dipindahkan ke pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dengan serta-merta.
Tindakan itu diambil kononnya untuk
membolehkan siasatan dijalankan sekali gus mengelakkan wujud sebarang campur
tangan yang mungkin boleh mengganggu siasatan.
Paling menarik, Azmin sebelum ini ketika
menjawab tweet yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya menyifatkan Khalid
sebagai ‘Mr U-Turn’.
“Hanya Mr. U Turn boleh kata begitu” jelas
Azmin ketika menjawab persoalan berhubung pemecatannya sebagai ahli lembaga
pengarah.
Malah apabila ada salah seorang pengikutnya
mengatakan “hanya di Selangor, Pengurus Besar boleh pecat ahli lembaga
pengarah” dia yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor dengan segera
menjawab “Mr U-turn”. Ia sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa
pemecatan dari PKNS adalah merupakan sandiwara Khalid.
Tidak cukup dengan itu, Azmin turut
dilihat menyerang Khalid dengan melabelkan nya sebagai ‘orang tua’dan
bekas Setiausaha Politknya, Faekah Husin sebagai ‘anak dara tua’.
“Tapi ada orang tua yang suka andartu”
sindirnya pula.
Kesimpulannya, Azmin jelas tidak berpuas
hati dengan keputusan ‘suara-suara ghaib’ untuk
menyingkirkannya dari PKNS.
Subscribe to:
Posts (Atom)