Showing posts with label daim. Show all posts
Showing posts with label daim. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

PRU13 : Pakatan Pembangkang Akan Tumbang - Daim Zainuddin #BNBagus #PRU13 #GE13 #Transformasi #BN4Malaysia #Najib4PM #BetterNation


Inline image 1


Dalam wawancara bersama akhbar China Press baru-baru ini, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, melahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional akan menang majoriti yang lebih besar dalam PRU13. Ramai sedia maklum Tun Daim ini adalah seorang pengkaji dan pemikir yang hebat dalam membuat analisis mengenai politik negara sekali gus akan membuatkan Anwar Ibrahim & pimpinan pakatan pembangkang kegelisahan!

Lebih menggembirakan ialah selain yakin dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Naiosnal (BN), Tun Daim turut mensasarkan BN akan mampu menang dengan majoriti yang lebih besar dalam PRU13. 

Menurutnya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Malah beliau percaya, BN mempunyai peluang untuk merampas semula DUN Selangor dan Kedah sekiranya Datuk Seri Najib meletakkan calon menteri besar yang boleh diterima rakyat. Jika BN letakkan calon yang benar-benar sesuai, Tun Daim percaya BN mampu menang majoriti yang lebih besar.

“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selain dari itu, Tun Daim turut mengatakan permasalahan terbesar dengan pakatan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008. Katanya, disebabkan itu mereka dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau turut menafikan, andaian kononnya Perdana Menteri sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP. Ini kerana menurutnya pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau turut menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Ketika diminta mengulas mengenai makhluk bernama Anwar Ibrahim, Tun Daim di dalam wawancara yang disiarkan sebelum ini mengatakan Ketua Pembangkang itu bukan setahun dua dalam kerajaan. Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1998.

Cuba tengok kiri dan kanan sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang kehebatannya. Jawabnya tentu tidak ada. Kejayaannya meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau dicop sebagai 'Budak Bermata Biru' Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.

Kesimpulannya, jentera BN di setiap kawasan pusat daerah mengundi (PDM) perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan calon yang dipilih oleh kepimpinan diterima. Jentera dan petugas parti perlu meletakkan kepentingan parti dihadapan berbanding kepentingan peribadi bagi mengelakkan sebarang unsur yang boleh merencatkan gerak kerja yang dilakukan.

Apa yang penting ialah, mengembalikan semua keyakinan rakyat khususnya pengundi terhadap BN/Umno sekaligus memberikan kemenangan kepada setiap calon yang dipilih oleh kepimpinan.


Tuesday, March 26, 2013

Anwar Bukan Calon Yang Tepat Untuk PM - Tun Daim Zainuddin #Najib4Malaysia #Vote4Najib


Siapa yang tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin? Satu nama yang besar juga merupakan tokoh ekonomi negara, suatu ketika dahulu. Walaupun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah berkali-kali cuba untuk menjejaskan imej dan kredibiliti beliau namun ternyata mantan Menteri Kewangan itu mempunyai khalayak penyokongnya yang tersendiri.


Malah sehingga kini, beliau dikatakan masih disegani oleh masyarakat dan pendapat yang diberikan sering dijadikan sumber rujukan. Malah Tun Daim juga terkenal dengan polisi ‘pinjam daripada dalam negeri dan biarkan wang itu berkitar semula untuk dalam negeri’.

Atas faktor tersebut, maka bukanlah sesuatu yang mustahil apabila akhbar arus perdana New Sunday Times dan Berita Minggu telah menjemput beliau untuk membicarakan mengenai politik tanah air ketika ini, walaupun telah lama bersara sebagai ahli politik.

Di dalam wawancara tersebut, beliau telah melahirkan rasa bimbangnya tentang keselamatan dan kesejahteraan negara sekiranya Anwar menjadi PM. Ini kerana menurut beliau, Ketua Umum PKR itu dipercayai akan mengucar-kacirkan negara. Ia berdasarkan kepada kemampuan Anwar yang tidak arif dalam bidang ekonomi dan sentiasa memerlukan orang lain untuk memberitahu apa yang perlu difikirkan dan dilakukan.

"Saya percaya beliau (Anwar) akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

Apa yang lebih membimbangkan ialah, apabila Tun Daim membayangkan kecenderungan Anwar untuk mengikut telunjuk Amerika Syarikat sekiranya pakatan pembangkang itu memenangi Pilihan Raya 2013 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Malah menurut beliau lagi, ia berdasarkan kepada sikap Anwar sendiri yang suka dikaitkan dengan kuasa-kuasa Barat seperti Eropah, Amerika dan Australia.

“Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia. Beliau cuba dapatkan sokongan Australia untuk mengutuk pilihan raya kita tidak adil. Beliau bercakap tentang Arab Spring tetapi bukan melalui revolusi sebaliknya menerusi peti undi,” jelas Tun Daim.

Ketika ditanya mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tokoh ekonomi itu menegaskan bahawa Najib adalah calon yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim.

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri."

Daim Gesa Rakyat Beri Mandat Kepada Najib #Najib4Malaysia #PeaceMalaysia


KUALA LUMPUR 24 Mac - Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran UMNO itu berkata: “Uji beliau. Berikan beliau mandat. Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau." Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

“Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya.

“Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

“Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas Presiden Bank Dunia)," katanya.

Daim yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata, adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.

“Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan," katanya.

Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.

“Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi Penasihat Ekonomi Kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya.

Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, Daim berkata: “Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia." Daim berkata beliau akan menyokong Najib tetapi Perdana Menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.

Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.
“Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak “orang lama" dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi “tarikh luput"," katanya.
Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian berkata, BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.

“UMNO mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA kira-kira satu juta dan MIC kira-kira 600,000. Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada pengundi.

“Kini, anda hanya perlu mendapatkan sokongan daripada golongan atas pagar, dengan itu anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan calon-calon terdiri muka baharu dan bersih yang diterima oleh pengundi," katanya.

Daim berkata, sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan pakatan pembangkang akan menjadi lebih baik seperti mana yang berlaku pada 2008.

“Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan ‘tangan’ yang mantap dan berpengalaman. Hanya BN mempunyai pengalaman itu, kata Tun Daim. - BERNAMA

sumber : utusan.com.my


Inline image 1