Friday, October 18, 2013

Karpal Singh Tak Tahu Undang-undang Hanya boleh Dimansuh Melalui Parlimen


Kes Liwat II Anwar Ibrahim yang kini berada di Mahkamah Rayuan terus berjalan tanpa penghujung menghabiskan wang rakyat.  Percubaan demi percubaan terus dilakukan oleh para peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh untuk menangguh atau menggugurkan kes tersebut.  Namun sehingga ke hari ini masih lagi belum berjaya.   

Antara hujah Karpal Singh ialah bahawa Seksyen 376(3) dan Seksyen 379 Kanun Prosedur Jenayah adalah undang-undang lapuk maka, beliau menuntut agar Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah digugurkan dari mengetuai pendakwaan, sekali gus menggugurkan kes. 

Nampaknya, demi politik dan wang, Karpal Singh sanggup membawa hujah-hujah bodoh tanpa segan silu. 

Sedangkan, kita percaya, Karpal sebagai Ahli Parlimen dan juga peguam, sedia maklum bahawa Undang-undang tidak akan termansuh sendiri tanpa diputuskan oleh parlimen. Sesuatu undang-undang akan terus berkuatkuasa dan tidak ada istilah ‘lapuk’ baginya. 

Justeru, Hakim Datuk Rohana Yusuf menolak hujah Karpal dan mengekalkan Muhammad Shafee sebagai pendakwaraya. 

Apa yang menarik di sini bukanlah hakikat bahawa Karpal sanggup berpura-pura bodoh tetapi hakikat bahawa beliau merujuk kepada Undang-undang mengharamkan liwat sebagai lapuk. 

Tentu semua orang masih ingat bagaimana Anwar turut membawa hujah yang sama dalam temubual dengan Wall Street Journal di mana beliau menganggap bahawa undang-undang yang berdasarkan AlQuran itu sebagai lapuk dan tidak boleh digunakan lagi. 

Menurut Anwar, seseorang itu mempunyai hak untuk mengamalkan seks mengikut nafsunya selagi ia dilakukan secara tertutup. 

Maka tidak hairanlah apabila Anwar dan juga peguamnya tidak berusaha untuk menafikan yang liwat berlaku tetapi memilih untuk membela diri dengan menggunakan hujah bahawa liwat ‘sepatutnya’ tidak  salah jika dilakukan secara tertutup.  Ini kerana, yang bersalah di sini ialah undang-undang Malaysia dan bukannya Anwar Ibrahim. 

Dari sudut lain pula, hujah Karpal dengan sendirinya membawa maksud bahawa Anwar telah benar-benar meliwat Saiful.  Noktah. 


No comments: