Monday, September 2, 2013

PENULISAN BLOG OUTSIDE THE BOX PERLU SEIMBANG, PROFESIONAL

Berbanding dunia media percetakan atau elektronik, alam maya mempunyai kebebasan yang lebih meluas dan tidak terbatas. Sesiapa sahaja boleh mengatakan atau menulis sesuka hati mereka tanpa perlu mendedahkan identiti sebenar.

Yang mempunyai blog atau laman web sendiri boleh juga berkarya atas nama mereka tanpa sekatan atau kekangan jika dibandingkan media arus perdana. Apa pun sama ada ianya media tradisional mahupun baru, setiap individu atau organisasi yang terlibat dalam sektor media, perlu bertanggunbgjawab dan mempunyai etika kewartawanan yang telus dan berhemah.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beliau telah menjanji ruang yang cukup luas dan selesa untuk semua rakyat Malaysia berpartisipasi dalam memberi ide-ide serta menyalurkan kritikan-kritikan yang sihat agar perjalanan kerajaan boleh ditambahbaik dari masa ke semasa. Dalan hal ini beliau amat bersikap liberal dan terbuka kerana kerajaan sendiri sudah mengakui zaman di mana kerajaan mengetahui semuanya sudah berakhir.

Ini kerana dengan kemunculan dan kemajuan media baru atau sosial, tidak lagi lagi sumber berita atau maklumat ang tidak boleh diakses atau disampaikan kepada dunia dalam sekelip mata. Namun ini tidak bermakna sesiapa sahaja boleh berbuat apa sahaja kepada sesiapa sahaja tanpa tanggungjawab dan implikasinya. Ini termasuk memfitnah, menohmah, memaki hamun serta menaburkan kata-kata kesat terhadap mana-mana individu termasuk perdana menteri sendiri.

Blog-blog yang dipunyai pembangkang atau condong kepada mereka sememangnyya itulah kerja buruk yang mereka buat saban hari. Memfitnah perdana menteri dan kerajaan adalah sebahagian daripada tugasan mereka. Namun ada juga blog-blog yang lebih berhemah dan banyak yang pro-kerajaan kadangkala bersikap 'over enthusiastic' atau berlebih-lebihan samada memuji atau mengkritik.

Tidak salah jika memuji dasar atai tindakan kerajaan yang baik dan menguntungkan rakyat. Juga tidak salah untuk mengkritik kerajaan jika terdapat mana-mana keputusan atau polisi yang merugikan rakyat atau negara. Tetapi kritikan hendaklah berpandukan kepada hujah yang kukuh dan fakta serta statistik yang betul atau 'bona fide'. Umpamanya blog Outside The Box yang dkendalikan oleh Presiden Bloghouse, Syed Akbar Ali telah dilihat sebagai amat ekstrem dalam menghentam dan mengkritik Perdana Menteri.

Blog ini adalah pro kerajaan dan di masa lalu ia dihormati kerana mengeluarkan pandangan serta penulisan yang seimbang. Itulah sepatutnya yang menjadi panduan kepada mana-mana penulis media iaitu penulisan harus seimbang pro dan kontranya. Bagaimana penulisan Syed Ali kebelakangan ini lebih banyak condong kepada kritikan terhadap Datuk Seri Najib yang boleh dianggap menghina.

Perkataan-perkataan yang digunakan juga untuk menghemburkan kemarahannya berkaitan isu TPPA umpamanya amat menjengelkan pembaca. Istilah seperti 'bodoh', 'moron', 'stupid' seringkali diungkap di dalam komentar beliau yang ditujukan kepada anggota Kabinet, penasihat perdana menteri malah Datuk Seri Najib. Jika tidak setuju dengan pandangan perdana menteri atau dasar kerajaan, kritik lah secara professional dan beretika dan janganlah sampai ketahap menghina perilaku atau peribadi mana-mana individu.

Perdana Menteri juga adalah manusia dan mempunyai hak sebagai rakyat Malaysia tetapi oleh kerana beliau menerajui sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mengutamakan rakyat maka baginya tindakan menyaman sesiapa yang mengkritiknya walau sehebat mana tidaklah dilihat bersikap terbuka. Maka seringkali beliau dicerca dan dimaki tanpa boleh berbuat apa-apa.

Begitu juga dengan blog Outside The Box seharusnya lebih bersikap terbuka dan tidak dipengaruhi emosi melampau dan kemarahan yang meluap-luap. Ini kerana jika menulis dalam keadaan marah, kadangkala kesimbangan kadungan tulisan yang dihasilkan akan menjadi bias atau berat sebelah mengikut perasaan yang tidak juga seimbang ketika berkarya. Jadinya walaupun niat mahu memberi nasihat atau menegur secara ikhlas akhirnya pembawakan tulisan yang dihasilkan akan lebih memaparkan emosi kemarahan si penulis.

Maka mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak dapat disalurkan sepenuhnya kerana sebahagian besar daripada penulisan itu adalah mengenai kemarahan si penulis dan bukannya mesej yang hendak disampaikan. ends

No comments: