berpendirian tetap itu mesti... bukan seperti lalang... perubahan ikut kesesuaian... teguran sentiasa ada... ikhlas itu penting...
Wednesday, July 31, 2013
PAS Tuduh Orang Kuala Besut Kaki Rasuah
Thursday, July 25, 2013
Analisa : Kemenangan Tengku Zihan Seperti Diramal
Wednesday, July 24, 2013
PAS Edar Risalah Palsu?
Senarai Fitnah Pas, Di PRK Kuala Besut
Tuesday, July 23, 2013
Gabungan Parti Cina : Komponen BN Kekal Sebagai Parti Berasaskan Kaum
Struktur Barisan Nasional yang terbahagi kepada parti berasaskan kaum telah terbukti sebagai formula keharmonian dan kemakmuran yang berjaya. Formula ini memastikan setiap kaum mempunyai suara yang lantang melalui parti masing-masing serta tidak berhadapan dengan risiko terpinggir oleh kepimpinan tertinggi. Setiap parti kemudiannya mempunyai ruang untuk menjadi pendesak kepada kepimpinan tertinggi BN.
Kepimpinan tertinggi BN pula bertanggungjawab untuk berbuat sebaiknya bagi mendapatkan keputusan secara muafakat ke atas setiap isu yang dibangkitkan. Dan matlamat terakhir adalah pasti iaitu ‘kebaikan bersama’. Seperti yang kita sedia maklum, struktur BN ini sering dijadikan sasaran kritikan pembangkang sebagai ‘rasis’. Inilah diingatkan bahawa pembangkang di Malaysia masih belum matang.
Sehingga ke hari ini, semua kritikan mereka tidak membawa tujuan membina. Telah terbukti kini bahawa semua yang didesak dan dikritik oleh mereka hanya membawa kepada keadaan yang jauh lebih buruk. Contohnya, ISA, Akta Darurat, Dakwat Kekal dan Akta Hasutan. Dalam kata lain, kritikan yang keluar dari mulut pembangkang adalah kritikan yang membinasakan kerana itulah matlamat mereka iaitu membinasakan BN, bukannya mengukuhkan negara.
Justeru, tekanan pembangkang agar BN menjadi tidak rasis dengan menukar struktur parti adalah sebenarnya bertujuan untuk melemahkan BN. Berikutan dengan kekalahan teruk semua parti Cina di dalam komponen BN dalam PRU-13 yang lalu, terdapat saranan agar kesemua parti-parti tersebut bergabung sahaja. Secara dasarnya, penggabungan tidak membawa apa-apa perbezaan dari segi kekuatan sekiranya sikap dan pendekatan masih sama. Namun, tidak dinafikan ia mungkin mampu memudahkan pengurusan di semua peringkat dan mungkin juga mampu menjimatkan kos dalam beberapa segi.
Bagaimanapun, penggabungan wajib mengambil kira struktur asal dengan mengekalkannya sebagai parti yang berasaskan kaum. Ini kerana, seperti yang dikatakan di atas, struktur inilah yang membawa kejayaan kepada Malaysia, hatta kaum Cina terutamanya, yang telah menolak BN dalam PRU lepas akibat percaya bahawa kerajaan telah menindas mereka. Telah terbukti bahawa parti semua kaum sebenarnya tidak akan mampu membela semua kaum.
Sebaliknya, yang terbela hanyalah kaum yang mewakili kepimpinannya. Contoh paling jelas ialah DAP. Parti DAP diterajui oleh kaum Cina dan sejak penubuhannya sehingga kini tiada siapa dari kaum lain yang dapat ‘menembus’ penguasaan kaum itu walaupun di peringkat Bahagian. Malah, kepimpinan DAP memastikan pula mana-mana individu dari kaum lain yang diberikan jawatan penting, merupakan individu yang mempunyai karektor yang cukup lemah iaitu boleh dipijak atau dimanipulasi dengan mudah, supaya matlamat Ketuanan Cina tercapai.
Paling jelek ialah apabila DAP meletakkan seorang Cina dengan nama Melayu bagi mewakili Melayu, semata-mata untuk mengaburi atau menipu orang Melayu ‘hidup-hidup’. PKR juga sama. Walaupun dikatakan sebagai parti berbagai kaum, namun apakah logik jika Anwar membenarkan PKR diterajui oleh kaum lain, atau orang lain selain keluarga dan kroninya? Begitu juga Gerakan, apakah mungkin Gerakan diterajui kaum lain selain Cina, walaupun ia kononnya sebuah parti berbagai kaum? Jawapannya, tidak mungkin sama sekali.
Sebaliknya, kaum-kaum minoriti dalam parti-parti majmuk ini semua hanyalah tidak lebih dari tunggul atau simbol hipokrasi semata-mata. Jelas, hanya melalui sistem parti berasaskan kaum maka satu-satu kaum itu akan benar-benar terbela. Oleh itu, inilah ditegaskan bahawa sekiranya MCA, Gerakan dan SUPP benar-benar ingin bergabung, mereka wajib menjadi parti yang mewakili kaum Cina dan tidak boleh bersifat majmuk. Janganlah kita terpedaya dengan asakan pembangkang yang menuduh UMNO dan MCA sebagai rasis. Hakikatnya, struktur BN yang berasaskan kaum itulah yang menjadi kunci keteguhan Malaysia. Dan tiada apa yang lebih diinginkan pembangkang, selain dari membuka kunci itu!
Pengundi Tempatan Berpendapat, BN Akan Peroleh Majoriti Lebih Tinggi (3,500)
GAGAL Tarik Pengundi, Pakatan Terdesak, Fitnah Calon BN !
Monday, July 22, 2013
PAS Menyerah Kalah, Tiada Harapan Untuk Mengurangkan Majoriti
Sunday, July 21, 2013
Presiden Pas Hina Golongan Nelayan, Samakan Mereka Seperti Ikan
Bertempat di bilik gerakan Unit peti Undi (UPU) Kampung Nail Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyamakan pengundi di Kuala Besut seperti ikan. Analogi tersebut digunakan kononnya bertujuan untuk mengelakkan para pengundi termakan dengan umpan yang diberikan oleh Barisan Nasional BN).
Berucap di hadapan kira-kira 200 orang semalam, Hadi mengatakan agar para pengundi di Kuala Besut menjadi ikan yang cerdik dengan hanya memakan umpan yang diberikan. "Ikan yang cerdik, dia makan umpan sahaja, tidak kail. Jangan jadi ikan dukang yang badan berbelang, (dan) bermisai tapi tidak berharga sesen. "Biar kita jadi ikan yang cerdik dan bijak. Orang bagi umpan, kita ambil umpan, mata kail biar kepada dia. Itu cara kita hadapi pilihan raya. Insya-Allah, kita akan mencapai kemenangan," katanya.
Namun ketika dipermulaaan ceramah Hadi turut mengingatkan pengundi agar tidak mengambil sebarang duit sekiranya diberikan. Ini kerana menurutnya ia adalah merupakan satu kesalahan rasuah dan merupakan satu perbuatan yang haram. “Pilihanraya bukan masa untuk bagi duit.. Kalau (BN) bagi duit masa pilihanraya ia dikira rasuah” katanya.
Persoalannya ialah, terdapat dua ‘fatwa’ yang saling bercanggah berhubung isu sama. Pertama Hadi menegaskan kepada pengundi agar menolak sebarang bentuk pemberian yang diberikan kerana ia merupakan satu perbuatan rasuah yang membawa kepada hokum haram dan berdosa. Namun dipenghujung ceramah, dia meminta agar pengundi menjadi ikan nyang cerdik dengan memakan umpan (sebarang pemberian) yang diberikan namun memberikan undi kepada Pas.
Apa yang nyata bekas menteri besar Terengganu ini telah terkeliru dengan fatwa yang dikeluarkan atau ia hanya dikeluarkan sekiranya ia dapat memberikan keuntungan kepada Pas. Terdahulu ketika pilihanraya kecil Galas yang diadakan tidak berapa lama dahulu, Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan telah memberikan sejumlah wang kepada penduduk di Perkampungan Orang Asli Sandrop. Paling menarik perbuatan tersebut turut terakam melalui gambar yang menunjukkan secara jelas Menteri Besar Kelantan itu memberikan wang ringgit.
Persoalannya apakah pemberian itu juga bole dikategorikan sebagai rasuah atau ia tidak dikira sebagai dosa kerana dilakukan oleh seorang tok guru yang diangkat sebagai ulama oleh pengikut Pas? Apakah hukum rasuah hanya terpakai kepada Umno/BN sahaja?
Seterusnya, ketika menyampaikan ceramahnya itu, Hadi turut dilihat menghina dan menyalahkan golongan nelayan dan penduduk di luar bandar kerana dikatakan sebagai punca utama pakatan pembangkang GAGAL membentuk kerajaan dalam pilihanraya umum yang lalu. Hadi mengatakan, melalui gerakan alam siber pihak pembangkang, ramai dikalangan pengundi khususnya di kawasan bandar telah memilih untuk menyokong pakatan.
Ini kerana menurut Hadi, golongan tersebut terdedah dengan capaian internet sehingga membolehkan mereka mendapatkan maklumat yang terkini. Namun begitu, disebabkan golongan luar bandar seperti nelayan dan peneroka kelapa sawit dikatakan tidak celik IT, maka mereka masih lagi terpengaruh dengan laporan yang dikeluarkan oleh sumber media massa. "Kita sedar, orang kerana sibuk ke laut, sibuk dengan kerja, kita tidak baca internet, tak baca media baru. Sebab itu kita tidak boleh buat perubahan. Kita berjaya dapat undi orang bandar tapi kalah di kawasan undi kampung. Sebab apa? Sebab dia sibuk ke laut, sibuk dengan kelapa sawit” katanya sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.
Kesimpulannya hanya kerana tidak memberikan undi kepada pakatan pembangkang, golongan nelayan, petani, peneroka dan sebagainya seperti tiada nilai di mata Presiden Pas itu.
Saturday, July 20, 2013
Ceramah Pas Gagal Tarik Pengundi Besut
Walaupun Pas membawa nama-nama besar bagi membantu jentera dan gerak kerja kempen Kuala Besut, namun ia tetap GAGAL menarik simpati dan sokongan rakyat khususnya para pengundi. Sebagai contoh, portal MyKMU sebelum ini pernah melaporkan ceramah ‘ayam sambung’ parti itu yang juga merupakan Timbalan Presiden Pas, hanya mampu mengumpulkan sekitar 200 orang sahaja.
Seperti tidak percaya dengan sambutan yang diterima itu, Pas terpaksa ‘mengusung’ Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membantu menarik sokongan pengundi. Walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan kerana keuzuran, bekas Menteri Besar Kelantan itu terpaksa memenuhi jemputan tersebut. Ini kerana dia terpaksa mengotakan apa yang pernah dikatakan suatu ketikia dahulu untuk membantu parti walaupun terpaksa mengunakan kerusi roda. Namun mereka hanya mampu merancang, tetapi Allah swt adalah sebaik perancang.
Ceramah yang disampaikan oleh Nik Aziz malam tadi turut GAGAL menarik sokongan masyarakat. Dianggarkan hanya sekitar 1,000 orang sahaja yang hadir di ceramah yang diadakan di Kampung Beris Pok Abu malam tadi. Lebih mengecewakan penyokong dan mereka yang hadir ialah, Nik Aziz hanya mampu bercakap sekitar 20 minit sahaja, sebelum terpaksa berhenti kerana kepenatan.
Tambah menarik apabila majoriti yang hadir pada malam itu adalah merupakan rakyat Kelantan yang tinggal berhampiran Kuala Besut. Salah seorang pengunjung yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Pok Ye mengatakan dia telah diarahkan oleh kepimpinan di kawasan Machang untuk hadir pada ceramah yang diadakan itu.
Ia antara lainnya bertujuan untuk menunjukkan kononnya ceramah yang diadakan mendapat sambutan. “Kami dapat arahan untuk hadir. Mereka maklumkan Tok Guru akan datang untuk ceramah dan semua ahli parti diminta hadir untuk meramaikan program. “Jentera kawasan dikatakan ada masalah, jadi penyokong dan ahli dikawasan sekitar perlu turun untuk bantu menangkan calon kita” katanya.
Namun apa yang menghairankan ialah, ceramah malam tadi turut dihadiri oleh calon Pas Azlan @ Endut, tetapi kehadirannya seolah tidak memberi sebarang makna dan kesan. Ini kerana dia langsung tidak diberi peluang untuki bercakap sepatah dua kata atau setidak-tidaknya menerangkan mengenai visi dan misinya sekiranya dipilih oleh pengundi pada 24 Julai ini.
Sedang umum mengetahui, dalam mana-mana pilihanraya kecil mahupun umum, faktor calon adalah menjadi keutamaan penting. Malah ada kalanya parti yang tidak popular juga mampu menang sekiranya calon yang diketengahkan diterima pengundi. Persoalannya, apakah kepimpinan Pas tidak mengetahui akan perkara ini? Atau sememangnya mereka juga tidak berapa setuju dengan pemilihan ‘calon cari makan’ ini diletakkan bagi mewakili Pas. Tapi apakan daya, inilah yang dinamakan politik, siapa yang pandai melobi maka dialah menang. Atau mungkin juga perintah darurat yang dikenakan ke atasnya untuk mendiamkan diri masih belum berakhir.





