Showing posts with label PRterlampau. Show all posts
Showing posts with label PRterlampau. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

PR Anggap Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari Mesir Pembaziran?

Sebuah blog pro-PR yang baru muncul, baru-baru ini menyiarkan artikel yang mengkritik tindakan kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir. Menurut blog tersebut, tindakan itu membazirkan beratus juta wang rakyat tanpa sebarang hasil. Apatah lagi dengan hakikat mereka yang memilih untuk tinggal di sana juga berada di dalam keadaan selamat tanpa ada yang cedera atau terbunuh. Justeru, tindakan kerajaan itu dilihat sebagai terburu-buru dan silap. 

Tidak cukup dengan itu, blog tersebut juga membangkitkan soal kononnya kroni UMNO membuat untung menjadi orang tengah dalam proses membawa pulang 4,000 yang terlibat melalui tempahan tiket dan macam-macam lagi. 

Malah, blog itu juga berhujah bahawa tiada negara lain yang membazirkan wang seperti Malaysia semata-mata untuk menyelamatkan rakyat mereka di negara yang bergolak. Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO hanya inginkan publisiti semata-mata, katanya. 

Sudah tentu kita tidak bersetuju dengan PR agar kerajaan mengabaikan rakyat Malaysia di Mesir. Tetapi, kita bersetuju jika kerajaan mengabaikan saja rakyat Malaysia penyokong Pakatan Rakyat di sana. Bukan kita tidak tahu bagaimana budi kerajaan dibalas oleh mereka dengan tohmah, fitnah, caci dan penghinaan ketika Ops Pyramid 1 iaitu apabila pemberontakan di Dataran Tahrir merebak. 

Langsung mereka tidak berterima kasih malah menganggap itu sudah menjadi tugas kerajaan. 

Dan hari ini blog yang menyokong mereka sendiri mendedahkan bahawa kerajaan negara lain tidak melakukan apa yang kerajaan Malaysia atau pemimpin UMNO lakukan. Sebenarnya apa yang pemimpin UMNO lakukan adalah amat mulia sekali kerana turut menyelamatkan rakyat yang mencercanya dan sanggup melakukannya sekali lagi.    

Justeru, kita berharap agar kerajaan mendengar seruan blog Negara Pakatan Rakyat ini agar meninggalkan sahaja penyokong mereka di sana. Lagipun, dari apa yang kita lihat, ramai dari kalangan pelajar penyokong mereka yang enggan pulang.  Malah, mereka bangga menunjuk sokongan terhadap bekas Presiden, Morsi dan tidak kisah sekiranya tentera Mesir turut menjadikan mereka sebagai sasaran. Pastinya mereka mendambakan syahid. Oleh itu, siapalah kita untuk menghalang cita-cita mereka.   

Bagaimanapun, kita menyokong agar kerajaan membawa pulang hanya ‘rakyat yang berguna’ untuk negara sahaja iaitu penyokong-penyokong BN dan mereka yang di atas pagar. Mereka-mereka ini pastinya mempunyai lebih kesedaran tentang pentingnya memelihara kestabilan. Tidak seperti penyokong PR yang bakal membawa Malaysia ke arah jalan yang sama dengan Mesir bila pulang nanti. 

Malaysia tidak perlukan manusia-manusia perosak yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih. Cukuplah kita mendapat pengajaran dari sikap bangsa Arab di Mesir yang suka bertelagah sesama sendiri. Janganlah kita membawa pulang rakyat kita yang mempunyai mentaliti yang sama dengan bangsa Arab itu untuk memusnahkan negara ini juga. 

---------

agak-agak la... kalau ada ahli keluarga si blogger pro-PR tu kat Mesir, dia nak selamatkan ke atau biarkan aje kat Mesir tu? ~BB


Tuesday, July 23, 2013

Jasa PR Pada Malaysia: Jenayah Meningkat, Provokasi Kaum Menjadi-jadi !!!


Pakatan Rakyat, melalui agen-agennya seperti SUARAM merupakan pendesak utama kepada penghapusan ISA, Akta Darurat dan Akta hasutan.  Alasan mereka, akta-akta ini telah menyekat kebebasan serta tidak adil kerana membenarkan seseorang ditangkap tanpa bicara. Untuk itu, Harakah pada hari ini terus menyiarkan kisah anak-anak tahanan ISA bagi meraih simpati rakyat sekali gus mencemuh akta itu. 

Akhirnya, atas desakan PR, kesemua Akta tersebut dihapuskan dan mereka pun bersorak gembira sebagai tanda kemenangan.  Kata mereka, kerajaan akhirnya berbuat sesuatu yang tepat apabila mendengar desakan mereka.   

Namun, malang sekali kerana ia tidak bermakna mereka akan berhenti dari menyerang kerajaan, dan jauh sekali menyokong BN. Lebih malang ialah mereka mengutuk dan menghentam BN pula apabila kadar jenayah meningkat dan provokasi menjadi-jadi. 

Akibat dari ketiadaan undang-undang pencegahan maka pihak berkuasa sukar untuk membanteras jenayah dengan lebih berkesan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila penjenayah yang ditangkap atas dasar pencegahan pula terpaksa dibebaskan. 

Hasilnya, ialah apa yang kita lihat berlaku pada hari ini iaitu kejadian bunuh, tembak, rompak dan pergaduhan meningkat dengan mendadak. Selain itu, ramai yang semakin berani menghina dan mencabar agama Islam dan juga Institusi Raja-raja secara terbuka dan melampau. 

Hari ini, pemimpin PR tidak lagi mendabik dada bangga kerana berjaya melepaskan penjenayah.  Mereka juga enggan bertanggungjawab terhadap sikap biadap beberapa individu yang menggunakan hak kebebasannya untuk menghina dan menghasut sesuka hati. Mereka yang ditangkap terpaksa dilepaskan kerana tiada akta yang membolehkan mereka ditahan. 

Dan pemimpin PR terus bersikap seolah-olah mereka tidak ada kena mengena dengan kekalutan yang berlaku akibat ketiadaan Akta-akta di atas. Sebaliknya, mereka meletakkan segala-galanya ke atas bahu kerajaan BN.   

Dari situ juga mereka mula membina persepsi terhadap BN sebagai kerajaan yang lemah. 

Rakyat harus lebih bijak dalam menilai apa yang berlaku dan jangan sekali-kali terlepas pandang akan motif dan sikap PR itu sendiri. 

Pernahkah kita bertanya kenapa PR begitu gemar membela orang salah? Kenapa PR perlu mendesak agar dilepaskan penjenayah?  Kenapa PR ingin membuka negara ini kepada risiko ketidakstabilan? 

Apakah motif PR sekadar untuk ‘mengenakan’ BN, atau sememangnya mereka benar-benar percaya bahawa penghapusan akta-akta tersebut adalah tepat?  

Sebelum ini, PR juga ada mendesak kepada penggunaan dakwat kekal dalam PRU.  Dakwat kekal, seperti yang ditegaskan oleh SPR ketika enggan melayan desakan mereka pada mulanya, merupakan sistem yang tidak efisien dan hanya diguna di negara dunia ketiga. Namun, PR tetap mendesak dan mengasak penggunaannya sebagaimana hebatnya mereka mendesak agar Akta-akta di atas dihapuskan juga. 


Akhirnya terbuktilah sudah bahawa apa yang diinginkan sangat oleh PR itu merupakan satu kesilapan. Dakwat kekal ternyata tidak lebih dari satu prosedur tambahan yang tidak efisien dan tidak mampu mengatasi sistem sedia ada.   Maknanya, kita telah mengeluarkan kos ke atas sesuatu yang tidak perlu. 

Kesimpulannya di sini ialah PR tidak pernah membawa idea yang bernas dan tepat. Semua idea yang didesak oleh PR ke atas kerajaan adalah idea yang salah, bodoh dan merugikan semua pihak. Dalam soal undang-undang pula, idea yang mereka kemukakan ternyata membahayakan rakyat juga. 

Sebagai langkah ‘pembetulan’ dari idea-idea PR yang menyusahkan semua pihak ini, Ketua Polis, bekas Ketua Polis dan juga Menteri Dalam Negeri telah mencadangkan penggubalan Akta pencegahan baru bagi mengawal keadaan. Justeru, kita berharap agar Akta-akta baru ini akan dapat menangani segala kelemahan yang dibawa oleh idea-idea pembangkang.