Monday, October 31, 2011

hentikanlah sikap bermuka-muka...

sekarang ni ramai yang suka bermuka-muka (ntah.. ada lagi yang banyak muka kot) dengan orang ni cakap lain, jumpa orang tu pulak lain cakapnya. kadang-kadang macam melaga-lagakan orang pun ye jugak. dengan orang ni ceritanya lain, dengan orang tu pulak ceritanya lain. apa yang cuba dia nak sampaikan/tampilkan pun tak tahulah. tak kurang juga menunjuk-nunjuk diri hebat, bercakap banyak, mencadangkan banyak tapi kerja tak mahu buat. pandai komen hasil kerja orang lain tapi sendiri punya kualiti kerja biasa je. tak lebih mana pun.

tapi yang tak bagus tu yang suka kondem/merendah-rendahkan orang lain, macam la bagus sangat diberi jawatan tapi tak tahu skop tugasan kemudian bila tugasan tak siap, salahkan orang lain sebab tak tahu tugasan sendiri. nak bertanya sombong sangat sebab iangat diri tu bagus sangat. ibarat seperti 'doktor cari pesakit bukan pesakit cari doktor'. dan sikap hipokrit...dah tentulah tu...

cerminlah diri sendiri dulu. jangan anggap diri tu dah sempurna.
lebih baik buat bodoh dari memandai-mandai nak ajar orang buat itu ini tapi kerja sendiri hampeh!

~BB

2 comments:

PemikirpolitikJerantut said...

Mohon Link Tuan
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com

belimbing bintang said...

silakan.