Tuesday, October 18, 2011

Hakikat.... UMNO/BN Adalah Yang Terbaik.

bukan nak mengampu atau apa. dari dulu mata ini melihat memang UMNO/BN lah yang membela nasib bangsa dan membantu rakyat dalam segala hal walaupun ada yang masih belum terlaksana atas sebab-sebab tertentu. tetapi kebanyakkan janji kepada rakyat Malaysia banyak telah ditunaikan. terbukti hingga kini negara Malaysia masih dalam keadaan aman, cuma ada beberapa pihak yang cuba untuk menghuru-harakan keadaan yang aman ini. tidak dinafikan campur tangan asing merupakan antara dalang cubaan tersebut. 

tidak sayangkah mereka melihat keamanan Malaysia tergugat dek kerana ada pihak yang tidak berpuasahati sebab apa yang diingini tidak dapat. terkilan juga melihat antara rakyat yang menyokong pihak yang tidak bertanggungjawab untuk 'menghancurkan' Malaysia ini. dengan nama nak 'membela rakyat' kononnya tetapi hakikatnya adalah untuk 'menghancurkan' sama sekali.  dengan menampilkan pemimpin yang bermasalah untuk dijadikan peneraju Malaysia ini adalah tidak wajar sama sekali.  tak terfikirkah jika Malaysia ini jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab, apa yang kita kecapi sekarang ini mungkin tidak dapat dirasai jika kita tidak memilih pemimpin yang benar-benar membela rakyat. 

sekarang ini kita beruntung kerana peneraju Malaysia mengutamakan rakyat - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. konsep 1Malaysia mengeratkan rakyat pelbagai kaum. tak banggakah kita kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum tetapi masih boleh duduk makan semeja dengan mesra dan dunia pun tahu. ~BB

No comments: