Sunday, July 17, 2011

Harga Barang Naik Salah Kerajaan?

kenaikan harga barangan makanan, minyak petrol dan sebagainya menjadi isu hangat masa kini. harga barang naik bukan kerana kerajaan yang naikkan tapi faktor global. tapi ada sebahagian rakyat sewenangnya menuduh kerajaan zalim menyusahkan rakyat (hasutan dari pihak tertentu).

hakikatnya :

'kerajaan memperuntukkan RM10.32 billion sebagai subsidi untuk barangan keperluan asas bagi tahun 2010. jumlah ini dijangka akan mencecah RM20.6 bilion pada tahun 2011. subsidi RM10.32 bilion tersebut trmasuk subsidi RM789 juta untuk gula, RM89 juta untuk tepung gandum, RM813 juta untuk minyak masak, RM486 juta untuk beras, RM3.13 bilion untuk petrol (RON 95), RM3.5 bilion untuk diesel, RM1.43 bilion untuk LPG. ini bermakna kerajaan menanggung kos 30sen bagi setiap kilogram gula, 45sen setiap kilogram tepung gandum, RM1 bagi setiap kilogram minyak masak, RM4 setiap beg beras seberat 6 kilo, 43sen setiap liter petrol RON 95 dan RM27.02 bagi setong LPG.'

kita beruntung kerana kerajaan prihatin terhadap rakyat. cuba tengok negara lain, rakyat mereka memang tak merasa subsidi macam di Malaysia ni. kita patut bersyukur kerana kita masih boleh menikmati makanan yang sedap-sedap dalam keadaan aman serta banyak pilihan yang boleh dibuat untuk meningkatkan ekonomi. bagi yang susah pula kerajaan tak pernah pinggirkan. buktinya masih ramai yang boleh bernafas, masih boleh menggerakkan kaki dan tangan. 

ada pihak yang suka menghasut supaya rakyat menyalahkan dan membenci kerajaan.


No comments: