aku tak faham lah kenapa rakyat malaysia sekarang nih makin pandai tapi kurang bijak. mana tidak nya, kalau dah memilih parti yang akan menghancurkan rakyat malaysia. termakan dek kata-kata yang kononnya perjuangkan untuk rakyat. plan 100 hari belum tahu hasilnya baik untuk rakyat yang telah berpuluh-puluh tahun biasa dengan keadaan yang sedia ada. bukan senang nak mentadbir kerajaan dengan rakyat berbagai kerenah dan kehendak. apa jua yang kerajaan telah penuhi untuk rakyat masih ada yang tak berterima kasih malah bersungut itu dan ini. kalau nak dibandingkan dengan rakyat dulu-dulu, dah tentu mereka sangat berterima kasih pada kerajaan malaysia sekarang kerana waris mereka berada di dalam keadaan yang selesa. cuma tidak dinafikan taraf hidup di malaysia ini berbagai2. tapi haruskah kita nak salahkan kerajaan kalau kita susah dan miskin dek kerana kemalasan sendiri serta sentiasa mengharap dan bergantung untuk sesuap nasi.
pada tika ini kita sangat kenal dengan hati budi kerajaan yang telah berpuluhan tahun mentadbir malaysia dan kita masih boleh bersuara sekiranya tidak berpuas hati. memang menjadi lumrah setiap manusia dengan berbagai nafsu. oleh itu jangan kerana kepincangan tugas seseorang yang mewakili kerajaan, abis semua kita tuduh yang lain-lainnya. bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. dalam setandan pisang bukan semua buahnya cantik.
aku tak boleh nak bayangkan kalau kerajaan sekarang ini diambil alih oleh yang lain yang kita masih ragu dengan kesahihan janji-janjinya itu. ada yang masih tidak sedar lagi dan terlepas nampak bahawa silaturrahim umat Islam sedang dicincang lumat oleh anasir-ansasir yang sememangnya nak menghapuskan orang-gorang Islam dengan mempergunakan orang-orang Islam sendiri. bayangkanlah nasib masa depan generasi kita yang akan datang. jika dari sekarang kita tidak mengatasi kebimbangan ini dikhuatiri nanti waris kita tidak beterusan. fikirkan lah.
Anak-anak Kita
Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu
No comments:
Post a Comment